Daripada hadith Rasulullah saw:
• “Solat yang paling baik selepas solat farhu adalah solat malam
• “Apabila sesiapa di antara kamu tidur , syaitan mengikat akan tiga ikatan di belakang kepalamu.Pada setiap ikatan, syaitan mengulang dan menghembuskan ayat-ayat ini,“Malam adalah panjang, jadi tidurlah”.
Jika kamu bangun malam dan mengingati ALLAH,akan terlerailah satu ikatan,
Jika kamu berwudu, ikatan kedua terlerai
dan jika kamu solat ikatan ketiga akan terlerai...
Kamu akan bangun pagi dengan penuh bertenaga dan dengan hati yang bersih....
Jika tidak kamu akan bangun pagi dengan rasa malas dan hati yang bercelaru!”
Al-Hasan pernah ditanya,
“Bagaimanakah orang yang bangun malam mempunyai wajah yang sangat menarik? Dia menjawab, “Ini adalah kerana mereka bersunyi2an dengan ALLAh dan berhubung rapat dengan Yang Maha Pengampun dan Dia, ALLAh memakaikan mereka dengan sebahagian dari CahayaNya.”
Dia juga berkata,” Sesaorang yang berdosa , oleh kerana itu sukar baginya untuk bangun malam(disebabkan dosanya).”
Seorang lelaki pernah berkata pada seorang soleh,” Saya tidak dapat berterusan berjaga malam , jadi berikanlah saya nasihat . Orang yang soleh itu berkata ,”Jangan mengingkari ALLAH di waktu siang, dan ALLAH akan membantumu untuk berjaga, antara TanganNYa, di waktu malam.
Ibnu Al – Munkadir berkata,” Hanya ada tiga keseronokan yang tinggal di dalam hidup ini: berjaga malam, berjumpa dengan sahabat dan melakukan solat fardhu secara berjamaah.”
Sesungguhnya solat in adalah cahaya yang terpancar, asalnya dari hati seorang mukmin,menyebar diwajahnya dan memantul ke anggota tubuhnya. Ia merupakan cahaya yang diberikan oleh ALLAH kepada orang yang mengikut petunjuk dan jalan ALLAH, yang hanya dimiliki oleh orang muknin.Ia mensucikan hati2 manusia dari noda dan kotoran!!
Ingatlah akan sabda Rasulullah ini,
"Dua rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya!"
Rebutlah peluang ini ketika hayat masih ada....bersihkan hati sucikan jiwa....dalam hati manusia tidak boleh berkongsi 2 keadaan jiwa ....bersih dan kotor serentak!
Apabila hati sudah dibersihkan...kotorannya menghilang....
Islam yang suci bersih dapat diterapkan..
Ukhwah di jalinkan...tiada permusuhan..........
Jiwa akan tenang...fikiran bertambah lapang!!
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Saturday, May 15, 2010
Tuesday, May 11, 2010
Ya ALLAH, ampunilah aku!!
' Dan mohonlah pengampunan dari ALLAH , sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang'.(73:20)
' Dan sesiapa yang berbuat dosa atau mengotori jiwanya dan kemudian memohon ampun dari ALLAH , ia akan mendapati ALLAH itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (4:110)
Kedua- dua firman Allah dalam ayat Quran di atas menyuruh kita sentiasa memohon ampun dari ALLAH pencipta kita apabila kita berbuat dosa ataupun kesalahan. Memohon ampunan dariNya merupakan doa yang terangkat ke hadratNya, terutama bila doa ini datangnya dari hati ikhlas yang rasa bersalah akan tindakannya! Lebih-lebih lagi bila doa ini dipanjatkan kepada ALLAH di malam dan subuh yang sunyi sepi...seolah-olah tiada berpenghuni...munajat hamba pada Khaliq dalam tahajjudnya!!
Manusia diciptakan oleh ALLAH serba lemah dan banyak berbuat dosa....tapi sebaik2 mereka yang berdosa....sentiasa memohon ampun padaNya.
Luqman pernah berkata pada anaknya....."Wahai anakku, jadikan ia satu tabiat lidahmu sentiasa mengucapkan Ampunilah aku Ya ALLAH, kerana ada masa ketikanya di mana ALLAH tidak akan menghampakan hamba yang memanggilNya."
Berkata Al-Hasan " Mintalah keampunan dari ALLAH sentiasa, di rumahmu, di mejamu, di jalanraya,
di pasar, di dalam mesyuaratmu, di mana saja kamu berada. Kamu tidak tahu bila ALLAH akan mengampunimu."
Pengampunan ALLAH sangat berharga buat diri kita yang sentiasa banyak salah silapnya...bumi mana yang tidak ditimpa hujan...manusia mana tidak melakukan kesalahan! Pengampunan ALLAH pada kita menentukan tempat akhir kita di sana....bahagia atau celaka!
Sebenarnya memohon pengampunan ALLAH merupakan ubat bagi semua kesalahan dan dosa!!
Dari Saidatina Aisha r.a. berkata " Berbahagialah bagi sesiapa di mana (pada hari Perhitungan) mendapati dalam kitab catatannya banyak doa pengampunan".
Dari Qatada " Al-Quran ini membimbing kita mengenali penyakit dan ubatnya........Penyakit kita adalah berbuat dosa dan ubatnya adalah memohon ampun dari ALLAH."
Dari Abi b.bi Talib r.a berkata" Allah tidak akan memberi ilham pada sesiapa jua pun dari hambaNya untuk memohon keampuanan dari ALLAH di mana ALLAH hendak mengazabnya!!
Jadi pohonlah hidayah dariNYA supaya hati dan lidah kita mudah memohon ampunan ALLAH diatas semua kesilapan dan dosa kita....petanda hati yang lembut , rendah diri dan tawuduk padaNYA!!.
Jangan biarkan hati kita keras tidak suka minta maaf atas kesalahan kita pada manusia, merasa ego dengan diri kita.....lebih-lebih lagi dari ALLAH ,Rabb kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!!

Sunday, May 02, 2010
Bersyukurlah kepadaNYA!
Firman ALLah dalam Surah Al-Hadid ayat 23-24:
'Setiap bencana yang menimpa bumi dan yang menimpa dirimu sendiri , semuanya tertulis dalam kitab,sebelum kami mewujudkannya.Sungguh yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu..Dan ALLAH tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri"
Seringkali dalam kehidupan kita di dunia ini, kita menghadapi kegagalan, kehilangan sesuatu atau sesaorang yang disayangi, tidak memperoleh apa yang dihajati, terkilan kerana terlepas peluang...........
semua ini membuatkan kita sedih dan tidak puas hati...tapi hakikatnya segala yang berlaku pada kita sebenarnya sudah ditakdirkan olehNya... tentulah ada kebaikan dan hikmah disebalik sesuatu kejadian tersebut.....ALLAH Maha Mengetahui apa terbaik untuk kita! Tetapi kadang2 kita sebagai manusia sukar untuk menerima takdir ALLah ini, mempersoalkannya, dan terlalu kecewa sehingga ada yang sanggup untuk mengambil nyawa nya sendiri!
Begitu juga kita terlalu gembira dengan kejayaan yang kita perolehi sehingga kita sombong dan lupa diri........ ?? Renungilah firman ALLAH ini.
' Dan apa saja yang ALLah berikan kepada kamu ( berupa kekayaan, keturunan, pangkat...) maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya, sedang apa yang ada disisi ALLah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti??' Surah Al-Qashash:60.
Apa saja yang ALLAH izinkan kepada kita manusia ini...baik berupa kesenangan dan musibah....semua nya untuk mempertingkatkan keimanan kita! Untuk mengembalikan hakikat ubudiah kita hanya senya kepada ALLAH swt semata2.
Firman ALLAH lagi , 'Dan tidak ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu' Surah Azzariyat :56
Itulah matlamat penciptaan kita di dunia ini......ada tujuan yang khusus ...bukan satu kebetulan atau main-main sahaja. Jadi seluruh penghidupan kita perlulah kita arahkan untuk merealisasikan hakikat ubudiah ini dalam seluruh penghidupan kita, mensyukuri setiap nikmat yang diberikan ALLAH kepada kita...semua itu adalah pinjaman sementara dari ALLAH! Insyallah apa yang hilang dari kita didunia ini ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik dan lebih kekal. Jadi redolah dan pasrah padaNya.
"Katakanlah, 'Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati nurani bagi kamu.Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur!'
Setelah semua ini.........apakah kita tidak boleh bersyukur dengan kurnia yang ALLAH berikan kepada kita? Matlamat akhir kita sebenarnya bukan dunia ini....tapi akhirat yang kekal abadi.

Saturday, May 01, 2010
Hakikat kecintaan pada ALLAH
Cinta................
Satu perkataan yang indah, mudah disebut..
Tetapi bagi yang bercinta.....hakikatnya bukanlah semudah itu.
Ia merupakan satu perasaan kasih sayang yang menguasai hati dan jiwa insan..sehingga seluruh pemikiran dan hatinya tertumpu pada yang dicintai...
sehingga timbul kerinduan pada yang dicintai.. untuk sentiasa bersama..
merasa resah gelisah bila berjauhan...
Inilah perasaan cinta yang ALLAH wujudkan antara insan..........
Namun...ada hakikat kecintaan yang lebih kekal dan abadi dari itu...
Yang patut di cari.................
Dimana kita tidak akan rasa sepi, resah gelisah, kesaorangan selalu...
kerana yang dicintai sentiasa bersama kita, tidak berpisah dari kita...
Sentiasa memerhati dan menjaga kita................
melimpahkan kurnia, rahmat dan kasih sayangnya tanpa batas.........
Itulah cinta ALLAH yang abadi!
Kasih sayang dan cinta ALLAH pada manusia melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya!
Kasih sayang dan cinta manusia cukup terbatas........dibatasi masa dan keadaan!
Tapi....adakah kita berusaha untuk mendapatkan cinta ALLAH ini??
Selayaknya....ALLAH lah yang patut kita cintai lebih dari segalanya....!!!
Dialah yang menjadikan kita, memelihara kita, melimpahkan nikmatNya tanpa batas
Mengampunkan dosa-dosa kita, Maha Pengasih lagi MahaPenyayang.....
Dan pada ALLAH terkumpul semua sifat2 keagungan pada DiriNYa??
Selayaknya .........ALLAHlah yang patut kita lebih cintai dari segalanya!!
Namun........ kerana noda dan nafsu menguasai diri.....
Mengaburi hati dan jiwa untuk meletakkan cinta ALLAH mengatasi segalanya.!
Jadi...pembersihan hati, mujahadah jiwa perlu dilaksanakan........
Sebelum kita mampu mencintai ALLAh dalam ertikata yang sebenarnya.!

Tuesday, April 20, 2010
The power of goals
Success happens not by chance but by design
The most important step that you must take in the whole process of succeeding in school and in life is setting GOALS!
Everything achieved and accomplished are not by chance.It happened because one's dreamed and design it clearly in one's goals. Most people do not set goals because they have low self esteem, do not believe in goals and fear failure and embarassment!!
Actually, goals empower us to succeed that is, it direct our choices and actions, drive us and stretch our potentials .
But if we have no goals in life , it' s dangerous because there is nothing to focus on, have no direction and always have excuses for not studying.
Without goals we will feel lazy and tired: goals energized and and empower you!
So what should you do now?
Set goals in all areas of your life , big and exciting goals!
Here are the six steps in order to create powerful goals.
1. Write down what you want specifically.
2. List all the benefits and reasons for achieving that goal
3. Write down a strategy and a plan of action.
4. Set a deadline.
5. Emotianally charge your goal
6. Create momentum by taking action now.
Set your mind to achieve the goals, never loose faith, always perservere, and remember that if you want to achieve something in life you can! Work hard according to your plan and tawwakal to Allah always. He is the divine power behind a muslim's faith.

Wednesday, April 14, 2010
LEMAHNYA IMAN
Sabda Rasullah: " Setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya...Barang siapa yang masa lemahnya , ia tetap berada dalam sunnah (petunjuk)ku maka ia telah beruntung. Namun barang siapa yang beralih kepada selain itu, bererti ia telah celaka".
Secara fitrahnya, manusia itu memiliki kecenderungan untuk berbuat dosa dan takwa. Keadaan inilah yang menyebabkan turun naiknya iman..Diantara faktor-faktor lemahnya iman adalah
Jadi perbanyakkan zikrullah bagi mengubati hati yang resah, sakit, sengsara akibat ujian Allah dalam usha meningkatkan iman.

- jauh dari suasana iman dalam waktu yang lama
- jauh dari pelajaran dan teladan yang baik
- berada dalam kemaksiatan
- tenggelam dalam kesibukan dunia
- sibuk mengurusi dunia, isteri dan anak-anak.
- panjang angan-angan
- berlebih-lebih dalam masalah makan, tidur, berjaga malam, berbicara, bergaul dan tertawa.
Jadi perbanyakkan zikrullah bagi mengubati hati yang resah, sakit, sengsara akibat ujian Allah dalam usha meningkatkan iman.
Monday, April 12, 2010
Soal hati......
Apakah yang meyebabkan hati hidup subur??
Sebenar ketaatan pada Allah itulah yang menyebabkan hati insan hidup sihat sejahtera sama seperti makan dan minuman yang berkhasiat kepada tubuh badan kita....tetapi keengkaran dan maksiat adalah sama seperti makanan beracun , ia akhirnya menyebabkan kerosakan pada hati...dan akhirnya hati itu akan mati..
Hati yang mati dalam diri manusia , umpama bangkai bernyawa...kerana benda yang mati tidak dapat merasai, menikmati sesuatu...ia adalah sesuatu yang tidak berguna yang tidak dipedulikan orang.
Tapi hati yang hidup, umpama ikan yang berada di laut yang masin, walaupun air laut masin, tapi ikan tersebut tetap segar dan enak isinya...
Tapi ikan yang mati....meresapkan semua kemasinan air laut tersebut...
Hati insan yang hidup inilah yang kita hajati supaya apabila kita mengharungi lautan kehidupan ini, kita tidak larut dalam arus dunia yang mencabar....hati kita tetap hidup kerana kita jagai hati kita...kita hubungkan dengan ALLAH yang sebenarnya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Sebenarnya kasih sayang ALLAH pada manusia itu melebihi kasih ibu kepada anak! Kasih sayang ALLAH tidak bertepi....sedangkan manusia...ada had masa dan ketikanya.
Firman ALLah dalam Surah ASh-Syams: Ayat 7-10 yang bermaksud:
"Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaannya), maka Dia (ALLAH) mengilhamkan kepadanya(manusia) jalan kejahatan dan keteqwaannya.Seungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya."
Sebagai hamba ALLAH kita, perlulah membesarkan dan meninggikanNya dalam kehidupan kita ini yang banyak ujian ini....
Kesihatan hati itu sangat penting.....dalam menjalin hubungan ini...maka jagai lah hati kita, jangan dirosakkannya.....Pilihlah jalan hidup yang ALLAH redai nescaya kita menemui kebahagiaan yang sebenarnya di dunia dan...akhirat yang kekal abadi!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Lewat tengah malam aku membelek buku untuk santapan rohaniku sebelum tidur....... maka ku dapati suatu bahan begitu bermakna untuk ku hayati...
-
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul Abidin menyenaraikan empat ujian yang menghalang manusia mendekatkan diri pada Allah......ia...
-
Sebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuh...