Tuesday, July 13, 2010

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan.......

Ke manakah harus ku hadapkan hatiku ini...
Kalau bukan kepadaMU, ya Allah...
Disaat aku kesedihan.....merintih kesaorangan
Perlukan bimbingan dan petunjuk !!!

Kemanakah harus ku serahkan hati ini...
Kalau bukan kepadaMu, ya Allah...
Kerana Engkau yang menciptakan ku...
Aku adalah hambaMu!!

Kemanakah harus ku harungi kehidupan ini...
Melainkan mengikut keredaanMu...
Meniti liku-liku dan onak berduri...
Disepanjang perjalanan singkat...
hari demi hari menuju padaMu!!

  Seketika aku terbabas.....
Tersilap langkah dalam perjalanan hidup ...
Mohon keampunanMu jua...
Manusia mana yang tidak berbuat silap...
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan!!
Apakan daya ujian datang melanda..
Bagai ribut taufan yang menyesakkan jiwa
Merongkai hati dan fikiran
Lemah longlai seluruh anggota
Menghilangkan seketika pertimbangan yang waras ..
Bila jiwa lemah, iman teruji!!

Namun rahmat dan kasih sayangMu sungguh luas..
Bila kuhadapkan hati ini dengan penuh keinsafan diri...
Dunia yang sempit menjadi luas kembali...
Aku sujud padaMu...
Memohon keampunan dan rahmatMU!!

Benarlah firmanMU....
'Ingatlah pada Allah, 
sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah
jiwa akan jadi tenang.'


Nukilan rasahati
RAW





Wednesday, July 07, 2010

Manfaatkan waktu lapang dan sihat untuk taat pada Allah..

Sebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuhnya kepada amalan-amalan yang lepas.....
Di waktu sihat dan lapanglah kita berusaha keras untuk memanfaatkan masa-masa ini....
kerana...
tidak setiap waktu dapat kita berikan yang terbaik dan tidak setiap yang luput dapat kita peroleh kembali...

Sebenarnya dalam waktu lapang itu ada penyimpangan atau penyesalan....
dan dalam kesendirian itu ada kecenderungan dan keresahan.....

Saidina Umar Al-Khattab ra.pernah berkata:
"Bagi kaum lelaki diam itu adalah kelalaian sedangkan bagi kaum wanita diam itu adalah nafsu yang membara."

Ini adalah kerana bagi kaum lelaki terlalu banyak tanggungjawab deennya untuk ia hanya berdiam diri dan bagi kaum wanita pula diamnya yang tiada hubungan dengan Allah akan diisi dengan perkara-perkara yang sia-sia dan hanya memenuhi tuntutan hawa nafsu!!

Seorang bijak pandai mengatakan: "Hindarilah oleh mu bersendirian kerana ia sesungguhnya dapat mengeruhkan pemikiran dan mencelarukan persoalan yang hendak diselesaikan."

Hari-hari yang berlalu perlu diisikan dengan sesuatu yang bermanfaat dan harta yang ada perlu dimanfaatkan agar ia produktif di atas jalan Allah. Ini adalah kerana umur kita terlalu pendek untuk untuk disia-siakan, dan harta-harta kita itu adalah terlalu sedikit untuk disimpan pada perkara-perkara yang tidak produktif dan bukan di belanjakan di atas jalan Allah.

Dari pernyataan Nabi Isa 'Alaihissalam...
Kebaikan itu ada tiga : Ucapan, penglihatan dan diam....
Barangsiapa yang ucapannya selain zikir....maka ia melakukan yang sia- sia.....
Barangsiapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pelajaran..
maka sesungguhnya ia telah lupa.
Barangsiapa yang diamnya tidak berfikir tentang kebenaran ....
maka dia telah tenggelam dalam ketidakseriusan....!!!

Selagi jantung masih berdegup..
Selagi itulah kehidupan perlu diteruskan....
Mengikut telunjuk illahi......
Selagi akal masih boleh berfikir...
Selagi itulah perlu ada pertimbangan yang waras
Bagaimana mengemudi lautan kehidupan penuh ujian ! 
Selagi lidah boleh berbicara...
Selagi itulah bicara bukan mengikut kehendak hati..
Selagi hati boleh merasai...
Selagi itulah  perlu merasai hakikat kewujudan ini.......
Merasai hakikat kebesaran illahi dalam setiap maujud...
Merasai hakikat kesyukuran dalam diri...
Merasai nikmat apa yang diberiNya.....
Tanpa persoalaan yang menghantui!
Redha dan pasrah......
Meniti perjalanan kehidupan ini!

Tuesday, July 06, 2010

Janganlah bersedih....wahai insan!!

Firman Allah swt yang bermaksud  (Surah Ar-Rum :6)
" Sebagai janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjiNya ......"
Dalam kesempitan hidup yang kita lalui....samada kesempitan hati, bosan dan tidak bersemangat dengan kehidupan, di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang mendekat, jalan keluar dari kesempitan dan ada kemudahan sesudah kesulitan.........itulah janji Allah......
FirmanNya dalam surah Al-Insyirah (Ayat 5  dan 6) yang bermaksud...
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan......"
  Sesungguhnya segala kesempitan dan kesengsaraan yang dirasakan, musibah yang melanda, akan ada jalan keluarnya.....
Sesungguhnya dalam hal-hal yang tidak kita sukai itu ada kenikmatan dan kebaikannya.......
  Firman Allah lagi dalam Surah Fathir :34 yang bermaksud
" ....Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita bagi kami........"
Sebenarnya dalam menghadapi hidup ini, kita perlulah gantikan segala keraguan kita pada Allah dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk......walaupun kebenaran tu pahit, ketidaklurusan fikiran dan jalan itu menyeronokkan nafsu......tapi sebenarnya sengsara jiwa kita  kerana tidak menuruti fitrah yang Allah telah tetapkan!!
   Hentikanlah airmata kesedihanmu bukan kerana Allah....kerana mata yang menangis kerana takutkan Allah sahaja yang layak mendapatkan perlindunganNya dari api neraka
 pemeliharaan Allah sentiasa dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti....
 Tenanglah hatimu apabila berurusan degan Dzat Yang Berkuasa atas urusanNya, Yang Maha Bijaksana atas hambaNya, Yang Maha Pengasih pada makhlukNya dan Yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya..................kerana ... 
 Setelah kefakiran itu ada kekayaan , setelah kehausan ada kesegaran, setelah perpisahan ada pertemuan, setelah kesedihan ada kegembiraan............
  Tenanglah hati....kerana di akhir perjalanan ini adalah kebaikan, hasilnya kesenangan dan penutupnya kemuliaan..... !!
Sama-samalah kita renungkan....
Apabila kita mencintai Allah, bermakrifat padaNya, selalu berzikir padaNya, mencari ketenanganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, harap dan tawakkal hanya padaNya, dengan keyakinan bahawa Allah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hambanya, itu adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain.....dan itulah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah......
(petikan dari buku La tahzan, jangan bersedih)...

Wednesday, June 30, 2010

Bersabarlah, kerana Sabar menjadikan anda terpuji!!

Lewat tengah malam aku membelek buku untuk santapan rohaniku sebelum tidur.......
maka ku dapati suatu bahan begitu bermakna untuk ku hayati dan renungi...mudah-mudahan Allah memberikan ku kekuatan untuk melaksanakannya dalam diriku..... 
satu petikan dri buku La Tahzan, Jangan bersedih oleh Dr. 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni...

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu anhu:  'Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredaan hati, sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan. '

Dia  juga pernah mengatakan: 'Orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik. '

Aban bin Taghlab pernah mengatakan: " Saya pernah mendengar seorang Arab Badui berkata ' Sikap yang paling baik dari sesaorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah, kerana ia akan menjadikan sabar itu sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberikannya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu segera berakhir.  Dan kerana kesabarannya, ia seperti melihat jalan keluar, dan pertolongan itu berada di depan matanya kerana tawakkal dan prasangka baiknya kepada Allah. Ketika orang ini telah sampai ke tingkatan ini,  Allah pasti akan memberikan semua yang diinginkannya, akan menghilangkan semua yang menyukarkannya, dan akan mengabulkan semua permintaannya.  Dan dia selamat bersama agama, kehormatan dan keperibadiannya. 

Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik, dan berharaplah kebaikan dari tempat yang buruk. Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati, dan boleh jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup.Dan tidak jarang rasa nyaman itu datang dari rasa takut.
  Apabila pertolongan Allah
 mengerlingkan perhatiannya kepadamu
maka tenanglah kerana semua kejadian 
akan berlangsung aman bagimu 

Seorang bijaksana  mengatakan:
   Orang berakal bersabar bila musibah menimpanya kerana dua alasan:
  • ia boleh bergembira kerana masih ada sesuatu untuknya...
  • kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya..
Sebaliknya orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya, kerana dua alasan:
  • membesar-besarkan musibah yang menimpanya
  • ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang menimpa dirinya.
Sebenarnya ujian adalah program latihan dari Allah yang ditetapkan kepada makhluknya; Ia adalah latihan untuk membukakan hati, pendengaran dan penglihatan!!
Al-Hasan bin Sahl menggambarkan ujian sebagai berikut:
   " Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapatkan pahala degan cara bersabar dan mengingati nikmat Allah dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pandangan Allah dan qadha' Nya semuanya adalah baik."  

Sama- sama kita renungi sabda Rasulullah saw (dari Ma'qal bin Yasar) :
    "Tuhan kamu Tabaroka wa Taala telah berfirman:  ' Wahai anak Adam, tumpukanlah perhatian untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dengan perasaan kaya dan memenuhi kedua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah engkau menjauh dariKu supaya Aku tidak memenuhi hatimu dengan kefakiran dan tidak memenuhi kedua tanganmu dengan kesibukan."  
 Menghadapkan diri pada Allah, kembali padaNya, menerima semua ketentuanNya dengan penuh redha, memenuhi hati dengan mahabbah kepadaNya, berzikir kepadaNya dan bahagia dapat bermakrifat kepadaNya, merupakan pahala yang diturunkan di dunia, syurga dan kehidupan itu sendiri. Jika dibandingkan dengan kehidupan para raja, maka kehidupan begini jauh lebih baik...

 Sama-sama lah kita berdoa agar Allah sentiasa memimpin kita ke arah jalanNya yang lurus...
mengampunkan dosa-dosa kita disepanjang perjalanan kehidupan menuju akhirat.......
kita sangat-sangat memerlukan bimbingan Allah dalam kehidupan yang fana ini...!! 

Monday, June 28, 2010

Meningkat diri melalui mujahadah


       PADA adatnya tidak mungkin kita sampai pada lapangan makrifat terhadap Allah SWT apabila kita tidak mahu bermujahadah, tidak mahu melihat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam diri kita, lebih-lebih lagi kelemahan itu berupa penyakit hati.
Oleh itu Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Orang-orang yang berjuang di jalan Kami, sesungguhnya Kami akan memberi petunjuk mereka itu pada jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang membuat kebaikan.”
     “Mujahadah” yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredaan Allah SWT.  Tegasnya, orang-orang yang mengerjakan sesuatu yang tidak baik bererti ia mendatangkan kekurangan pada peribadinya sendiri. Umumnya tabiat manusia tidak menghiraukan keaiban-keaiban tetapi mengutamakan pada hal-hal yang dianggap baik.

       Meskipun sifatnya masih fatamorgana bahkan masih belum apa-apa, sama seperti orang sakit tidak mahu melihat penyakitnya untuk diubati tetapi perhatiannya lebih dahulu mengarah kepada hal-hal yang harus dikerjakan apabila ia sihat. Manusia yang sempurna dalam berfikir serta sempurna dalam perasaan akan melihat keaibannya lebih dahulu demi untuk mencapai keutamaan yang dicita-citakan. 
      Ulama tasawuf pernah berkata:  “Hendaklah kamu mencari istiqamah dan jangan anda mencari karamah, kerana sesungguhnya nafsumu menggugatmu mencari kemuliaan, sedangkan Tuhan-mu menuntut kamu dengan istiqamah. Dan sesungguhnya berada di sisi hak Tuhanmu adalah lebih patut dari beradanya kamu dengan keuntungan diri anda.”
      Allah menghendaki agar kita istiqamah pada jalan-Nya dan apabila kita selalu mematuhi kehendak-Nya maka dengan sendirinya Allah akan memberikan kurniaan pula buat kita iaitu keutamaan-keutamaan yang datang apabila amal yang ikhlas telah kita kerjakan. Oleh itu, kita harus mengutamakan hak Allah daripada mendahulukan keuntungan diri dan nafsu kita.
       Tahukah kita, jalan apakah bagi kita untuk mengenal segala keaiban-keaiban diri kita dan dapat pula mengatasi semua itu?  Imam Al-Ghazali r.a telah menunjukkan jalannya sebagai berikut:

• Hendaklah seseorang itu berada di bawah pimpinan seorang guru, dia dapat melihat kekurangan-kekurangan dan keaiban-keaiban serta penyakit-penyakit murid yang dipimpinnya. Dengan demikian si guru dapat mengeluarkan hukum-hukum atau jalan-jalan apakah yang harus dijalani oleh murid agar penyakit-penyakitnya sembuh.
• Bergaul dengan teman yang mencintai kita dan berhati benar terhadap kita. Bergaul dengan teman itu ertinya, kita dapat diawasi olehnya mengenai hal keadaan kita dan pekerjaan kita. Andainya kita menyimpang dari landasan yang sebenarnya, maka si teman tidak segan-segan menegur dan menasihati.
• Penyakit-penyakit atau keaiban-keaiban orang lain menjadi pengajaran bagi kita, agar kita tidak mengerjakan penyakit-penyakit yang serupa.
• Hendaklah banyak mengambil faedah dari pergaulan sesama kita.  Mana yang baik untuk diikuti, maka kerjakanlah. Dan mana yang buruk hindarkanlah, sebab tabiat kemanusiaan anatara satu dengan lain kadang-kadang saling berdekatan.

Demikian Imam Al-Ghazali dalam memberikan tuntutan dan nasihat kepada orang-orang sakit di mana segala penyakitnya itu dapat menjauhkannya dari Allah SWT. Bahkan dapat menjatuhkannya ke dalam kemarahan Allah SWT apabila si sakit tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan selaku hamba terhadap Tuhannya.

Justeru, dalam kita menggali telaga kekurangan dan kelemahan yang terhimpun di dasar diri kita, maka lihatlah akan hikmat yang tersembunyi padanya. Jangan kita mengatakan bahawa Allah Ta'ala itu zalim kerana mengurniakan kelemahan pada hamba-Nya, tetapi renunglah bahawa dengan adanya kelemahan itu menjadikan “taqarrub” kita kepada Khaliq lebih bermakna. Maka sewajarnya kekurangan dan kelebihan yang terkumpul pada diri anak adam itu disyukuri untuk menzahirkan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Pencipta.

Saturday, June 19, 2010

Perbaiki diri....

Tazkirah pagi Jumaat lepas oleh Ustaz Abdullah Gymnastiar, sorang ulama terkenal Indonesia di Tv oasis menyentuh jiwaku...ingin ku kongsikan bersama sbg peringatan diri.....

Sbg manusia lebih2 lagi sbg muslim kita harus memperbaiki diri kita......jgn biarkan diri kita dlm kelemahan.....
Kita perlu berikan yang terbaik dari kita kpd umat,dan jangan lah suka melihat keburukan orang lain.....
Semaklah keburukan diri sendiri terlebih dulu....
Jika kita hendak memperbaiki orang lain...mulailah dgn memperbaiki diri sendiri terlebih dulu!!!
Tidak banyak manfaat yang boleh kita lakukan jika kita sibuk perbaiki orang lain tapi abaikan diri sendiri...!!
Ada 5 cara perbaiki diri....
1. Mengenali diri sendiri..
Selalu bertafakur,jujur dgn diri sendiri akan kelemahan yang ada,akuinya dan berusaha mengatasinya....
2. Perlu ada cermin diri.
Sahabat yang baik dapt menjadi cermin diri kita yang boleh membantu kita mengetahui kelemahan kita dan seterusnya membantu kita. Perlu ikhlas menerima teguran dari mereka.
3. Jika menghadapi masalah, pergilah pada mereka yang ahli  untuk merawat hati supaya dpt perbaiki kelemahan diri, umpama seperti kita pergi ke doktor bila kita sakit.
4. Manfaatkan orang yang benci pada kita. Anggap segala kritikan yang diterima  sebagai satu rezeki untuk kita ambil manfaat dalam memperbaiki diri. Jangan rasa kecewa dan terhina bila dikritik. Sesaorang tu akan sukses bila kritikan diambil sbg cabaran dalam memperbaiki diri!!
5. Tafakur akan segala kejadian yang berlaku disekeliling kita. Ambil pengajaran segala yang baik dan jadikan sempadan bagi yang buruk. Gunakan kesempatan yang ada  setiap waktu untuk sentiasa muhasabah dan perbaiki diri....jika banyak lagi kelemahan...usahakanlah atasinya.
Jika ada kelebihan diri....bersyukur dan jangan sombong atau riak. Kita dipuji dan  dihormati org bukan kerana kelebihan diri kita tapi kerana Allah tutup keburukan diri kita dari orang lain mengetahuinya!!
Perbaiki diri dg 3 cara....
Mulai dgn diri sendiri terlebih dulu..
Mulai dgn hal yang kecil yang kita mampu..
Mulai dari saat ini.....jangan bertangguh.
Masa tidak menunggu kita..jangan tangguhkan untuk buat kebaikan...
Semoga Allah permudahkan urusan kita!

Monday, June 07, 2010

song for gaza...we will no go down..

javascript:void(0)
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
video  and lyrics...song for gaza

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...