Praktik hidup masyarakat sekarang sedang menolak keterangan Al-Qurannul Karim.Ini bererti menolak kekuasaan , kedaulatan dan janji Allah serta menolak cara hidup yang diredai oleh Allah SWT. Ia juga menolak rahmat Allah SWT untuk di fahami disedari dan diyakini dalam kehidupan ini.. Penolakan ini berpunca dari hati yang terikat dengan dunia, terikat dengan hawa nafsu, terikat dengan kepentingan diri......
Justeru itu, penolakan jiwa terhadap kebenaran Al-Quran ini mengakibatkan kekalutan dunia yang berlaku sekarang....ia merupakan satu ancaman keras yang membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan segala tindakan kita......
Kesan penolakan ini maka tiada umah islamiyah, tiada hukumah islamiyah, tiada daulah islamiayah yang mana berjalannya hukum Allah...
Juga tiada tarbiyah islamiyah kearah ubudiyah Allah yang sebenar, tiada akhlaq dan keperibadian islam sebenar,tiada perlembagaan dan undang-undang islam yang sebenar,tiada kekuatan dan pertahanan sebenar, dan tiada kejayaan dan keharmonian sebenar!!!
Apa yang ada ialah celupan-celupan islam yang menghiasi diri dan masyarakat yang tidak mendasari jiwa...islam dipraktikan cuma pada ketika dan suasana yang tertentu sahaja, tidak lebih dari itu. Kesyumulan islam tidak wujud dalam diri umat islam...
Mengapakah terjadinya demikan??? Permasalahan umat islam sekarang begitu meruncing......hilang nilai dan maruah diri,silap neraca pertimbangan, rakus dan tamak dengan dunia, akhlak yang teruk,masalah sosial yang berleluasa.....apa silapnya??
Umat islam sekarang berada dalam keadaan sakit!! Sakit akidahnya kerana ia telah dipengaruhi dan diserang oleh oleh deen atau cara hidup yang bukan islamik.. akibatnya ia menolak cara hidup islam dalam diri dan masyarakat...
Justeru itu pelbagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku ..Islam telah kembali dagang!! Hilangnya rasa cinta pada cara hidup yang diredai Allah, hilangnya rasa keperluan pada pembentukan masyarakat islam, hilangnya rasa ukhwwah sesama islam.....yang ada hanya krisis...krisis nilai dengan ketetapan Allah SWT!!
Jadi sudah sepatut umat islam perlu kembali pada konsep kesedaran dan kefahaman islam yang sebenarnya. Kesedaran yang betul-betul melahirkan tindakan supaya kembali kepada islam secara syumul. Bermula dengan memproses diri dengan didikan islam, membuang segala nilai-nilai yang terpahat dalam diri yang tidak islamik menyerahkan seluruh penghidupan untuk di didik dengan didikan islam...
Bina semula kekuatan islam yang telah hilang dalam diri dan msyarakat...sehingga musuh-musuh Allah gerun dengan islam...bukan sperti sekarang...umat islam cukup lemah, berpecah belah, sehingga orang-orang kafir mengerumuni kita sebagaimana menngerumuni makanan...kita hilang daya tahan!!
Semua ini berlaku kerana salah kita sendiri.....tidak serius dengan deen Allah ini.. jadi rahmat dan hidayah Allah tidak datang pada kita... kita melupakan Allah maka Allah melupakan kita!
Jadi perlulah kembali padaNya dengan penuh keinsafan diri,mengikat hati dan jiwa kita dengan matlamat akhirat,menggabungkan diri sesama kita dan membina semula saf-saf umat islam yang bersatu padu supaya kita sama-sama mampu melawan arus jahiliyah yang datang...tidak bersendirian...kerana ibarat kambing yang terpisah senang dibaham serigala!!