Dalam melaksanakan amalan kita dituntut untuk bersifat dengan sifat ihsan....satu sifat yang mulia dan terpuji. Ihsan ini umpama atap bagi bangunan islam yang didirikan di atas batu asas iman dan islam sebagai tiangnya. Atap melindungi bangunan dan isi nya dari hujan, panas, ribut dan petir....begitu juga lah ihsan tadi memelihara dan menjaga bangunan islam yang didirikan dari perkara-perkara yang mengganggu- gugat dalam kehidupan. Ihsan yang merupakan perbuatan baik dan berkualiti itu adalah pelindung bagi bangunan keislaman sesaorang. Jika berbuat ihsan, maka amal-amal islam lainnya akan terperlihara dan tahan lama,,
Seorang ulama islam Sayid Sabiq berkata " Islam mengajak dan menganjurkan berbuat ihsan sebab pelaksanaan ihsan itu merupakan satu jalan yang paling ampuh untuk menanamkan dan menancapkan akar-akar keutamaan di dalam jiwa, untuk meningkatkan darjat manusia dalam meningkatkan potensi kemanusiaan memajukan kehidupan dan memberikan kebaikan kepada orang-orang yang mermerlukan kebaikan dan kasih sayang..."
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:195 yang bermaksud....
" Dan infakkanlah(hartamu) di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan diri kamu dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
Dalam satu hadis Rasulullah (riwayat Muslim) menerangkan definisi ihsan...
" Sembahlah Allah seakan-akan kamu melihat Dia, tapi jika kamu tidak melihatNya, Dia Allah melihat kamu."
Sesaorang yang beramal dengan sifat ihsan ini memperolehi tiga keuntungan, dicintai Allah, mendapat pahala dan mendapat pertolongan Allah.
Jadi berbuat kebaikan atau berihsan sangat-sangat di anjurkan dalam dalam semua hal dan segala sesuatu...dengan diri sendiri, dengan manusia lain, dengan haiwan, tumbuhan, segala-galanya....tapi boleh ke kita buat begitu kalau kita tidak merasai muraqabatullah Allah (monitoring dari Allah)??
Kita tak rasa sebenarnya apa saja yang kita buat ini tidak terlepas dari pengawasan Allah? Dimana saja kita berada ,sama ada seorang diri ke beramai-ramai ke di tempat yang sunyi atau tidak....Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita!! Apa yang terlintas dalam hati kita pun Allah tau....macamana nak sembunyikan?
Keyakinanlah yang membezakan manusia dengan yang lain....bila kita yakin dengan sebenar-benar yakin yang Allah sentiasa mengawasi kita, inilah yang berkesan dalam menentukan tindakan kita zahir dan batin...kita akan bersegera berbuat kebaikan sebagaimana yang Allah kehendaki......Tanpa keyakinan pada Allah, manusia akan buat apa saja yang disukai mengikut hawa nafsu saja, mereka lebih hina dari binatang! Diberi akal tapi tidak digunakan untuk berfikir tentang diri dan ciptaan Allah. Diberi hati tapi tidak digunakan hati untuk merenung-renung dan merasai tentang kekuasaan Allah dalam kehidupan! Manusia begini kehilangan nikmat terbesar dalam diri.....nikmat iman dan islam!!
Sabda Rasulullah saw ..... "Jika Allah hendak memberi kebaikan kepada sesorang..Dia akan memberikannya faham tentang deen." Kefahaman tentang deen Allah ini adalah satu nikmat yang Allah beri pada sesiapa yang dikehendakinya...insan yang Allah pilih untuk terima kebaikan! Kefahaman tentang deen Allah bukan secara luaran tapi kefahaman yang menyeluruh yang mendasari jiwa, mencorakkan tindakan dan cara hidup ..sebagaimana kefahaman sahabat-sahabat generasi Al-Quran yang pertama yang dididik oleh Rasulullah! Mereka merupakan umah terbaik yang pernah wujud di muka bumi ini.Segala tindakan dan cara hidup mereka merupakan terjemahan Al-Quran dalam kehidupan...Mereka di datangi iman sebelum Al-Quran, sebaliknya kita ada Al-Quran yang lengkap bersama kita..tapi iman kita lemah dan longgar....!! Itulah kenapa berbezanya tindakan kita dengan mereka......
Sifat ihsan tidak akan dapat dicapai dalam diri jika asas iman tidak kukuh, iman longgar dan mandul... kerana diri tiada matlamat dan kemahuan yang kuat untuk berbuat ihsan....kalau adapun mungkin kerana sebab-sebab lain selain Allah..bukan kerana dorongan Allah semata-mata!
Jadi ..dalam hidup ini...kita kena selalu ada hubungan hati dengan Allah...sentiasa memohon pertolongan Allah dalam melayari kehidupan ini, memberikan kita taufik dan hidayah, menunjuki kita jalan yang lurus...... Inilah jalan yang perlu kita lalui ...jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat!!
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Friday, July 30, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Bersolatlah......jika inginkan kejayaan!
Perihal solat banyak firman Allah menyentuh tentang solat.....
Surah Al-Ankabut(45) yang bermaksud..
"Dirikan solat dengan tekun. Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar...Mengingati Allah adalah lebih besar faedah dan kesannya.."
Solat merupakan perintah Allah kepada kita orang islam untuk menunaikannya...yang merupakan kemuncak hubungan kita padaNYa. Setiap hari kita bersolat.....tapi pernahke kita berfikir sejauh mana solat itu benar2 dapat mendidik jiwa kita, benar2 dapat mecegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar.....?Saban hari kita solat....tapi adakah solat ini dapat meningkatkan iman dan ketakwaan kita? Kadang-kadang kita solat hanya setakat nak penuhi rutin harian kita ...mesti solat sekurang-kurangnya 5 waktu sehari semalam...tapi bagaimana kualiti solat kita?
Inilah yang perlu bermain-main di fikiran kita, kita sentiasa cakap pasal Hari Kualiti, Hari Kecemerlangan dalam organisasi yang kita ceburi...kualiti kerja itu dan ini.....semua menjurus untuk memperelokkan dunia kita....tapi urusan akhirat kita....solat kita pada ALLAH berkualitikah?
Dari Thabrani, satu hadis Rasulullah saw tentang solat yang berbunyi....
" Perkara pertama yang akan ditanyakan kepada seorang hamba pada hari kiamat adalah perhatiannya kepada solat..Apabila solatnya baik, dia beruntung, Tapi apabila solatnya rosak , dia gagal dan rugi.."
Sabda Rasulullah saw lagi.." Saat manusia mengerjakan solat, dosa-dosanya jatuh berguguran laksana daun berguguran dari pohon. Solat itu adalah cahaya mataku. Bagiku solat laksana makanan bagi orang yang lapar dan air bagi orang dahaga. Sekalipun orang yang lapar dan haus itu akan merasa kenyang, tetapi aku tidak pernah mersa kenyang dengan solat."
Jadi perhatian Rasulullah dan para sahabat pada solat sangat tinggi....mereka menjaga solat dan mewariskannya! Kehidupan mereka bersama solat dan mereka meraih kejayaan dan kemuliaan diri dari nya!
Tapi mengapa realiti kita umat islam sekarang...ramai yang bersolat tapi hakikat solat tidak diterjemahkan dalam hidup....lantas lihatlah apa yang berlaku pada kita sekarang? Sebak dada dan terkedu kita dengan keadaan masyarakat sekarang....kes jenayah, buang bayi, berleluasa.... mengucap panjang kita? Apa yang sudah terjadi? Apakah yang telah kita buat untuk mengurangkan kepanasan yang membakar bumi ALLAH ini?
Mestilah ada silap di mana-mana...keadaan ini terus menjadi-jadi saban hari!
Sama-sama kita renungi Hadis Rasulullah saw " Sesiapa yang tidak terhindar dari perbuatan keji dan mungkarnya dari solatnya, maka dia tidak bertambah dekat dengan ALLah tapi sebenarnya bertambah jauh,Betapa ramai orang yang berdiri untuk solat tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali penat."
Dari Hadis Qudsi yang berbunyi "Allah berfirman, Aku hanya menerima solat daripada orang yang merendahkan dirinya kerana kebesaranKu, menahan diri daripada hawa nafsu kerana aku, memanfaatkan sebahagian dari waktu siangnya untuk berzikir kepadaKu, tidak sombong kepada makhlukKu, memberi makanan kepada orang yang lapar, memberikan pakaian pada orang yang tidak ada pakaian, menyayangi orang yang ditimpa musibah dan memberikan perlindungan kepada orang yang terasing."
Hakikatnya, solat tidak boleh terpisah dari kehidupan kita seharian!Kehidupan kita ini dari awal kita bangun bagi sehinggalah kita tidur semula nanti dimalam hari...semestinya lah mengikut sibghah (celupan ) ALLah. Pembentukan peribadi diri Muslim diusahakan setiap masa melalui tarbiyah islam. Tarbiyah atau pendidikan islam yang mesti berjalan setiap masa, membentuk hati dan jiwa kita, tindakan dan amal kita supaya selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Jika kita abaikan tarbiyah islam dalam kehidupan kita..kita sebenarnya tidak mengikut jalan yang di ajar oleh Rasulullah untuk mempraktiKkan islam secara syumul dalam hidup ini..Keperibadian islam bukan menjelma secara tiba-tiba....tapi ia melalui proses tarbiyah yang panjang yang mana ia bertitik tolakkan iman sebagai masdar (penggerak)...
Jadi kita perlulah kembali kepada didikan Rasulullah saw ini...untuk kita dapat merealisaikan hakikat ubudiah kita yang sebenarnya kepada Allah, setiap masa dalam kehidupan kita , kemuncaknya solat kita......sehingga kita dipanggil pulang oleh Allah...dalam keadaan kita redo pada Allah dan Allah redo kepada kita....Alangkah bahagianya saat itu!! Ameen.

Sunday, July 25, 2010
Muhasabah diri......
Di sepanjang perjalanan hidup yang kita lalui hari demi hari ini......seringkali kita tergelincir dari landasan yang lurus....jadi sebenarnya kita di tuntut untuk muhasabah diri kita.....
Muhasabah diri yang bermaksud mengkaji diri sendiri dengan menghitung berapa banyaknya kesalahan yang kita dilakukan setiap hari......dengan niat kita tidak akan mengulangi kesalahan yang sama atau melakukan kesalahan yang berbeza!! Semakin banyak kita muhasabah diri kita.... semakin terbukalah lapisan yang menutupi kesedaran jiwa.....kesedaran jiwa untuk kembali ke pangkal jalan!!
Muhasabah diri perlulah dilakukan secara bersendirian, bukan beramai-ramai di mana kita menyendiri dalam suasana malam yang hening...inilah muhasabah yang berkesan.
Diwaktu malam yang sepi dan hening, ini kita berbicara sendiri dengan hati kita, berdialog dengan kesalahan diri kita sendiri,dan memutuskan hubungan dengan kesalahan -kesalahan tersebut. Dengan keheningan malam, jadi kita lebih mudah melihat kesalahan- kesalahan kita!! Hati akan tersedar dan keinsafan merangkak datang!!
Peniaga-peniaga yang berniaga pada waktu siang akan menghabiskan waktu malam mereka untuk mengira keuntungan atau kerugian...mereka menilai kesilapan yang dilakukan dan merancang perkara yang akan dilakukan pada esok hari. Mereka sanggup habiskan waktu rehat semata -mata untuk tujuan ini...!!!
Jika kita sanggup untuk melakukan sedemikian untuk tujuan kebahagiaan dunia.......adakah kita sanggup pula mengira-ngira keuntungan atau kerugian yang di buat setiap hari untuk mengecapi kebahagiaan di akhirat, sedangkan kebahagiaan akhiratlah yang kekal abadi?? Adakah kita manfaatkan waktu malam kita bagi mengingati dan menghitung-hitung banyak mana ibadah dan zikir kita dan banyak mana pula dosa-dosa kita??
Sudahkah kita mengira berapa banyakkah bekalan yang kita perlu bawa bagi mengharungi perjalanan akhirat yang menyesakkan jiwa dan penuh dengan penghitungan rapi dari Allah nanti?? Sesungguhnya alam akhirat adalah alam penghitungan dan penghisaban amal-amal yang telah dilakukan di dunia!! Tiada penyesalan akan diterima nanti di sana!!
Jadi penyesalan hanya berguna bagi orang yang hidup sahaja...selagi nyawa tidak sampai ke kerongkongan. Para ulama dan orang-orang soleh banyak memanfaatkan waktu malam bagi muhasabah diri dan menghitung amal perbuatan, mempersiapkan bekal amal ibadat pada malam itu dan juga bersiap sedia untuk hari esok untuk memanfaatkan hari esok agar lebih baik dari hari semalam.
Dalam Surah Al- Fathir (29- 30) yang bermaksud...
"Sesungguhnya orang-orang selalu membaca Kitab Allah(Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada nya secara diam-diam atau terang-terangan..mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi. Agar Allah menyempurnakan pahalannya kepada mereka dan menambah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun , Maha Mensyukuri."
Jadi begitulah sifat-sifat mereka yang berniaga dengan Allah setiap hari....dan perniagaan ini ganjarannya sangat mahal iaitu syurga!! Bagi kita inilah perkara yang perlu kita sentiasa sedari bahawa...kehidupan ini sebenarnya adalah satu perniagaan sama ada kita akan mendapat keuntungan atau kerugian ....
Jadi perancangan perniagaan, pelaksaanaannya , perlu dibuat dengan teliti supaya kita tidak rugi nanti...Kerugian di dunia boleh ditebus balik...tapi kerugian akhirat..... tiada peluang langsung!!
Sama-samalah kita fikirkan....

Thursday, July 22, 2010
Percikan iman .....
Seorang oceanografer Perancis bernama Jacques Yves Costeau..seorang pelaut, pengembara di alam samudera menyelami lautan dalam di serata dunia dan membuat filem dokumentari tentang hidupan laut...dan filemnya yang sungguh menakjubkan itu di tayangkan di serata dunia...bertajuk Discovery
Suatu hari ketika beliau melakukan ekplorasi di bawah laut.....tiba-tiba ia terpandangkan kumpulan mata air tawar yang segar yang sangat sedap rasanya tidak bercampur baur dengan laut masin disekelilingnya, seolah-olah ada dinding yang membatasi keduanya...sungguh takjub dia dengan penemuan ini.......................
Penemuan ini membuatkan beliau terfikir dan tertanya-tanya dalam diri....mencari jawapan akan fenomena ganjil ini.....mungkin halusinasi saja?? Namun jawapan yang memuaskan hati nya tidak ditemui selepas sekian lama mencari...
Akhirnya dengan izin Allah, beliau berjumpa dengan seorang professor muslim dan menceritakan fenomena ganjil yang menghantui fikirannya selama ini....
Professor itu teringat tentang ayat al Quran Surah ArRahman (9-10) yang bermaksud..
'Dibiarkan dua lautan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak bisa tembus......"
Surah Al Furqan (53)....yang bermaksud..
" Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir berdampingan, yang ini tawar dan yang ini masin lagi pahit...Dia menjadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.."
Nah..itulah jawapan yang mempersonakan Mr Costeau, mengkagumi Al-Quran yang menerangkan kejadian ini yang di lihatnya di laut dalam...tercetus dihatinya..mustahil Al-Quran ini disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ketujuh.....suatu zaman yang belum ada peralatan menyelam yang canggih!! Al-Quran itu benar-benar satu mukjizat dari Allah Tuhan sekelian Alam!!
Kebenaran Al Quran membuktikan kewujudan fenomena ganjil yang hanya di temui di abad ke 20!!
Benarlah Al-Quran ini kitab suci berisi firman Allah....cetus hati Mr Costeau. Maka berimanlah beliau dan akhirnya memeluk agama islam....begitulah cerita percikan iman yang singgah dihati manusia yang mengkagumi alam ciptaan allah....apabila tiada ketemu jawapan....hatinya mencari-cari jawapan.....yang hanya ada dalam Al-Quran...petunjuk bagi sekelian alam...
Sama kita renungi maksud ayat ini...
" Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu , dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang yang ragu-ragu."

Wednesday, July 21, 2010
Konsep kesedaran islam yang sebenar
Praktik hidup masyarakat sekarang sedang menolak keterangan Al-Qurannul Karim.Ini bererti menolak kekuasaan , kedaulatan dan janji Allah serta menolak cara hidup yang diredai oleh Allah SWT. Ia juga menolak rahmat Allah SWT untuk di fahami disedari dan diyakini dalam kehidupan ini.. Penolakan ini berpunca dari hati yang terikat dengan dunia, terikat dengan hawa nafsu, terikat dengan kepentingan diri......
Justeru itu, penolakan jiwa terhadap kebenaran Al-Quran ini mengakibatkan kekalutan dunia yang berlaku sekarang....ia merupakan satu ancaman keras yang membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan segala tindakan kita......
Kesan penolakan ini maka tiada umah islamiyah, tiada hukumah islamiyah, tiada daulah islamiayah yang mana berjalannya hukum Allah...
Juga tiada tarbiyah islamiyah kearah ubudiyah Allah yang sebenar, tiada akhlaq dan keperibadian islam sebenar,tiada perlembagaan dan undang-undang islam yang sebenar,tiada kekuatan dan pertahanan sebenar, dan tiada kejayaan dan keharmonian sebenar!!!
Apa yang ada ialah celupan-celupan islam yang menghiasi diri dan masyarakat yang tidak mendasari jiwa...islam dipraktikan cuma pada ketika dan suasana yang tertentu sahaja, tidak lebih dari itu. Kesyumulan islam tidak wujud dalam diri umat islam...
Mengapakah terjadinya demikan??? Permasalahan umat islam sekarang begitu meruncing......hilang nilai dan maruah diri,silap neraca pertimbangan, rakus dan tamak dengan dunia, akhlak yang teruk,masalah sosial yang berleluasa.....apa silapnya??
Umat islam sekarang berada dalam keadaan sakit!! Sakit akidahnya kerana ia telah dipengaruhi dan diserang oleh oleh deen atau cara hidup yang bukan islamik.. akibatnya ia menolak cara hidup islam dalam diri dan masyarakat...
Justeru itu pelbagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku ..Islam telah kembali dagang!! Hilangnya rasa cinta pada cara hidup yang diredai Allah, hilangnya rasa keperluan pada pembentukan masyarakat islam, hilangnya rasa ukhwwah sesama islam.....yang ada hanya krisis...krisis nilai dengan ketetapan Allah SWT!!
Jadi sudah sepatut umat islam perlu kembali pada konsep kesedaran dan kefahaman islam yang sebenarnya. Kesedaran yang betul-betul melahirkan tindakan supaya kembali kepada islam secara syumul. Bermula dengan memproses diri dengan didikan islam, membuang segala nilai-nilai yang terpahat dalam diri yang tidak islamik menyerahkan seluruh penghidupan untuk di didik dengan didikan islam...
Bina semula kekuatan islam yang telah hilang dalam diri dan msyarakat...sehingga musuh-musuh Allah gerun dengan islam...bukan sperti sekarang...umat islam cukup lemah, berpecah belah, sehingga orang-orang kafir mengerumuni kita sebagaimana menngerumuni makanan...kita hilang daya tahan!!
Semua ini berlaku kerana salah kita sendiri.....tidak serius dengan deen Allah ini.. jadi rahmat dan hidayah Allah tidak datang pada kita... kita melupakan Allah maka Allah melupakan kita!
Jadi perlulah kembali padaNya dengan penuh keinsafan diri,mengikat hati dan jiwa kita dengan matlamat akhirat,menggabungkan diri sesama kita dan membina semula saf-saf umat islam yang bersatu padu supaya kita sama-sama mampu melawan arus jahiliyah yang datang...tidak bersendirian...kerana ibarat kambing yang terpisah senang dibaham serigala!!
Tuesday, July 20, 2010
Kehidupan di dunia ini....
Firman Allah dalam surah Yunus Ayat 7-8 yang bermaksud....
" Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami , mereka itu tempatnya di neraka, kerana apa yang telah mereka lakukan."
Dalam kehidupan ini, manusia terdiri daripada dua jenis: jenis pertama golongan kafir yang menafikan kewujudan kehidupan selepas mati di mana manusia diberi ganjaran dan hukuman. Manusia sebegini hidup mereka hanya satu matlamat sahaja.....menikmati hidup sepuas-puasnya dan mengejar segala kelazatan dunia dan segala keindahannya.....umpama mereka seperti binatang.....seperti di nyatakan dalam firman Allah surah Muhammad Ayat 12.....yang bermaksud
"......Dan orang-orang kafir menikmati kesenangan dunia, dan mereka makan seperti haiwan makan dan kelak nerakalah tempat tinggal mereka."
Mereka ini mengejar dunia, harta, pangkat, kemewahan, wanita.....sehingga lupa diri dan sanggup buat apa saja untuk mencapai matlamat mereka...alangkah singkatnya pandangan mata hati manusia jenis ini!! Dunia adalah matlamat mereka!!
Golongan kedua pula....golongan manusia ini menerima dan percaya ada hidup selepas mati, ada balasan terhadap dosa dan pahala!!Mereka mengikut apa yang dibawa oleh Rasul Allah....Namun golongan kedua ini terbahagi kepada tiga golongan pula...
Pertama ....yang tidak berlaku adil pada diri sendiri
Kedua......yang menzalimi diri sendiri
Ketiga...yang berlumba2 dalam berbuat kebajikan...
Golongan pertama merupakan golongan majoriti....mereka ini puas dengan kehidupan dunia, menikmatinya dan selalu menuruti hawa nafsu ....Dunia adalah tumpuan utama mereka..cinta dan kasih mereka pada dunia sangat ketara....walaupun percaya pada kehidupan akhirat tetapi sebenarnya jiwa mereka ini terikat dengan dunia dan tidak begitu memahami apakah tujuan kehidupan ini!
Golongn kedua pula.....merupakan golongan yang menzalimi diri sendiri....mereka mengambil dan menikmati dunia dalam batas-batas yang dibenarkan...namun mereka terleka dalam kenikmatan dunia ini...
Tapi golongan ketigalah sepatutnya kita contohi....iaitu mereka yang bersegera berbuat kebajikan, memahami hakikat kehidupan ini sebenarnya, menjaga batas-batas yang telah ditetapkan, mengetahui mereka merupakan khalifah Allah yang di beri amanah untuk melaksanakan amanah Allah..!!
Mereka ini hanya mengambil sedikit bekalan dunia ini dalam perjalanan seterusnya menuju akhirat...
Dunia ini adalah ladang akhirat yang mana hasilnya akan dituai kemudian....
Rasulullah pernah bersabda....."Apa gunanya aku dengan dunia ini? Di dunia ini aku umpama musafir lalu yang berehat sebentar di bawah naungan pepohon dan kemudian akan meneruskan perjalananku...."
Al-Hassan berkata " Betapa manis dan indahnya dunia ini bagi seorang mukmin, dia menggunakan bahagiannya di dunia untuk tujuan syurga dan akhiratnya;dan betapa celakanya hidup di dunia ini bagi seorang kafir dan munafiq...mereka bazirkan dunia mereka untuk dapat balasan api neraka!!
Rasulullah bersabda lagi.." Sesiapa yang cinta dengan kehidupan dunia ini akan membahayakan kehidupan akhiratnya, dan sesiapa yang mencintai kehidupan akhiratnya akan membahayakan kehidupan dunia nya....dan kamu sepatutnya menyukai apa yang kekal selamanya dari apa yang akan binasa dan fana..!!
Awn ibn Abdullah berkata " Kehidupan dunia dan akhirat ini terletak antara pertimbangan dalam hati umpamanya berada di atas satu neraca. Jika salah satu timbangan berat, maka yang satu lagi akan menjadi ringan dna tidak penting.
Ibn Masud berkata " Setiap orang dari kita di dunia ini umpama tetamu dan hartanya adalah satu pinjaman. Bila tetamu telah pergi, pinjaman tersebut perlulah dibayar."
Jadi marilah sama-sama kita renungi....golongan manakah kita ini....kita diberi akal untuk memilih dan ikhtiar untuk melaksanakan...jadi halatuju hidup kita perlulah diperbetulkan supaya kita tidak menjadikan dunia matlamat kita...jadilah kita manusia yang paling bijak iaitu manusia yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa mengingatkan diri kita dengan matlamat akhir kehidupan kita iaitu akhirat!

Monday, July 19, 2010
Live in reality..............
Yesterday is history.....
Tommorow is uncertainty...
But today is reality......!!
Why fret for something that has gone...
Why eat your heart away
for things that cannot be undone??
Live in reality.....!!
Don't waste the minutes and seconds away...
Thinking on things.....
that cannot increase your iman and taqwa...???
Live in reality.......!!!
As time is ticking away....
Your time will come.....
To meet your Lord The Most High....
So...live in reality...
This world is not forever.....
The miseries you suffer.....
The unhappiness you tolerate...
Is just a test from your Lord....
To purify your heart......!!!
by seeking His forgiveness....
and His blessing......
Life is nothing other than a road...
that leads to the Garden..
or to the Fire...
Its night are a man's workshop,
and its day are his market place..!!
Your wealth and your family..
are only with you on trust,
And whatever is held on trust
must inevitably be returned!!
by
RAW
RAW
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul Abidin menyenaraikan empat ujian yang menghalang manusia mendekatkan diri pada Allah......ia...
-
Sebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...