Friday, May 06, 2011

Menempuh jalan ke syurga......

Bismillahirrahmanirrahim....

Menempuh jalan ke syurga......? Memperkatakan hal ini ku rasakan tidak layaknya aku ke situ.....dengan amalan yang sedikit, kelemahan yang banyak.....namun..... aduh,  tak sanggup pula aku di campakkan ke neraka! Sakitnya bila tanganku terkena api, benda panas ketika memasak di dapur....panasnya neraka berganda-ganda lagi! Bagaimana aku harus menghindari dari dicampak kesana? Memang menempuh jalan kesyurga itu, sesungguhnya dilingkungi dengan onak dan duri, dugaan yang banyak, tapi jalan ke neraka itu dikelilingi dengan keinginan nafsu dan syahwat! Seronok dan melekakan!!

Menurut kata ulama, untuk melayakkan diri kesyurga itu bukanlah mudah, tidak ditaburi dengan bunga-bungan dan permaidani merah .....tapi perlu menempuh banyak ujian, melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Melaksanakan tuntutan Allah ini sebenarnya memerlukan semangat dan kekuatan......dan kekuatan ini kena dimulakan dari kekuatan iman pada Allah SWT. Nak kerja solat , puasa, haji dan amal kebajikan sebenarnya amat sukar kecuali bagi mereka yang beriman pada Allah.........!

Contohnya, semakin ramainya orang yang mengaku Islam tidak solat..............
Pada suatu hari Jumaat, bila aku ke Putrajaya, .....ku lihat orang Melayu Islam lelaki bermuka selamba sahaja membeli belah, makan-makan di restoran waktu tengahari Jumaat  ...sedangkan itu waktu untuk solat Jumaat! Mereka  tiada rasa malu malah biasa sahaja.....sedangkan meninggalkan solat itu dosa besar!  Ini solat Jumaat seminggu sekali....bagaimana pula solat 5 waktu setiap hari?

Maka tidak hairanlah sekarang ini berleluasanya maksiat di sekeliling kita....tak kira dilakukan oleh orang tua ke, muda ke, malah remaja dan budak kecil pun turut sama!! Solat itu tiang agama dan benteng diri, bila tumbang tiang dan runtuh benteng....apa lagi yang boleh diharapkan dari umat Islam yang semakin lalai dengan dunia ini?

Itu yang tidak solat....bagi yang solat pun, mungkin  hanya setakat solat touch n go saja, janji buat tapi kesannya?? Bila solat tidak  mendasari jiwa hanya  solat touch n go sahaja, ia  tidak mampu mencegah diri sendiri dari perbuatan keji dan mungkar! 

Jadi dalam melakukan ibadah dan amal kebajikan.....natijahnya ia akan boleh meningkatkan iman, kesedaran, komitment sesaorang terhadap agamanya......hatinya bertambah khusyuk, akhlaknya semakin baik.....pendekata melalui ibadah tersebut sesaorang dapat mengawal dirinya sendiri dari terjebak dalam dosa!  Jika ibadah tersebut gagal berbuat demikian, sebenarnya roh ibadah itu tidak ada....walaupun solat tapi hakikat solat tidak dijelmakan dalam kehidupan. Seolah-olah solat tidak memberi kesan dalam pembentukan peribadi...!    

Hakikat solat yang paling bawah yang perlu kita capai ialah bagaimana melalui amalan solat kita dapat zahirkan sifat-sifat ketaatan dalam solat di bawa dalam kehidupan sebenarnya diluar solat.   Jadi adalah sangat penting bagi kita memastikan solat kita benar-benar mempunyai hakikat bukan sekadar gambaran sahaja!  Begitu juga dengan ibadah dan amal kebajikan yang lain!

Jalan kesyurga  ini bukanlah mudah....perlu bermujahadah melawan nafsu untuk melakukan ketaatan pada Allah SWT. Jalan ke neraka memang mudah, kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat yang sememangnya manusia cenderung ke arahnya. Jadi terpulanglah kepada kita pilih jalan yang mana  kita ikuti.  Maka tepuklah dada...tanyalah iman , bukan tanya selera sendiri yang memang suka pada kehendak nafsu! 

Renungilah kata-kata ini... 
Semua orang jahil akan musnah kecuali yang berlimu. Orang yang berilmu akan musnah kecuali yang beramal. Orang yang beramal akan musnah kecuali yang ikhlas.  Untuk mencapai darjah keikhlasan, perlu banyak bermujahadah......ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak dan kuat semangat akan sampai ke puncak!'

Kebahagiaan yang kita capai didunia ini, belum tentu menjadi paspot  untuk kesyurga. Dikatakan kufur nikmat yang merupakan satu kesalahan jika harta yang kita miliki tidak digunakan dengan cara yang tidak Islamik. Semua yang ada pada kita ini hanya sementara sahaja, bukan boleh pun di bawa pulang nanti ke akhirat.  Sepatutnya kita menjadi orang yang bijak yang mengutamakan kesenangan di akhirat
berbanding dengan kesenangan dunia yang fana!

Dalam melakukan amalan, kita tidak sepatutnya merasakan amalan yang kita buat dah banyak dah, berbanding dengan orang lain.......belum tentu lagi amalan yang kita buat tu Allah terima, mungkin ada bercampur dengan niat tak bersih, riak contohnya. Perlunya kita sentiasa memohon pada Allah memperbaiki amalan kita....bukanlah kuantiti amalan yang kita perlu kejar tapi adakah berkualitinya amalan dan ibadah kita?  Kadang-kadang kita sering kritik orang itu dan ini tentang amalannya.....awaslah sebenarnya kita membuka pintu-pintu syaitan yang akan membisikan sesuatu  yang mengotori jiwa kita! Bukannya tak boleh kritik...tapi ada caranya...yang lebih penting jagalah hati kita selalu lebih dari kita menjaga harta kita!

Kesimpulannya.......kita sebenarnya terpaksa mengharungi kesusahan demi kesusahaan dalam mengharungi hidup ini.  Ia merupakan satu sunnahtullah! Apa yang penting , semasa melalui kesusahan ini,  Allah akan mengampunkan dosa dan meninggikan darjat kita jika kita sabar , redha dan pasrah pada kehendak dan ketentuan Allah. Allah akan mengurniakan kita ganjaran pahala yang besar disisiNya.....sebenarnya itu yang kita hajati sebagai bekal pulang menghadapNya!




1 comment:

  1. asm
    Buatlah persediaan untuk ke Akhirat...dan berdoalah semoga Allah masukan kita ke syurga...namun kita perlu berusaha untuk ke sana dan tidak ada jalan pintas..ingatlah bahawa kehidupan kita di dunia ini begitu singkat. Allah berfirman " Allah bertanya Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? Mereka menjawab Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka katanya kepada orang yang menghintung" Allah berfirman: kamu tidak tinggal di bumi melainkan sebentar saja, sesungguhnya jika kamu mengetahui Al Mukminun: 112-114
    Sekian, wslm
    Abu Hanif

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...