Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana masih diberiNya kesempatan lagi untuk menghirup udara dunia ini.....setiap hari sebenarnya adalah bonus dalam kehidupan yang singkat ini. Saban hari ku terdengar dan melihat di dada akhbar dan TV berita-berita kematian.....di musim raya ini kematian disebabkan kemalangan paling kerap ku dengari. Setiap kali berita ini akan menggusarkan diriku.....aduh... mereka-mereka ini dah sampai masa menghadap Tuhan, samada bersedia atau tidak, ajal mereka sudah sampai yang mana tidak akan ditunda sesaat ke hadapan atau kebelakang!
Namun setakat menggusarkan hati tidak mencukupi jika tidak disusuli amalan yang sepatutnya dilakukan sebagai persediaan untuk mati. Kekadang ku rasakan kesibukan kita dengan dunia... sering melalaikan diri
ini. Apakah persediaan lain lebih besar dari persediaan untuk mati? Memang semua kita akan mengakui hakikat ini.....buatlah sebanyaknya persediaan untuk hari terakhir kita!!
Dibulan puasa yang lepas ku telah menyaksikan ibu mertua ku menghadapi saat-saat kematiannya.....masih lagi terbayang jelas di mataku, begitulah keadaannya sesaorang yang sedang menghadapi sakaratul maut.....! Diketika itu bergelut dalam ujian dan dugaan syaitan yang menyesatkan.....hanya amalan kita dan pertolongan dari Allah SWT yang Maha Mengasihani yang dapat membantu kita melepasi ujian tersebut dan mengakhiri hidup ini dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik) .
ini. Apakah persediaan lain lebih besar dari persediaan untuk mati? Memang semua kita akan mengakui hakikat ini.....buatlah sebanyaknya persediaan untuk hari terakhir kita!!
Dibulan puasa yang lepas ku telah menyaksikan ibu mertua ku menghadapi saat-saat kematiannya.....masih lagi terbayang jelas di mataku, begitulah keadaannya sesaorang yang sedang menghadapi sakaratul maut.....! Diketika itu bergelut dalam ujian dan dugaan syaitan yang menyesatkan.....hanya amalan kita dan pertolongan dari Allah SWT yang Maha Mengasihani yang dapat membantu kita melepasi ujian tersebut dan mengakhiri hidup ini dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik) .
Sakaratul maut adalah satu pertarungan yang dahsyat. Setiap orang pasti akan melaluinya kerana Allah telah menetapkan kematian bagi setiap yang bernyawa. Firman Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 26-27 yang bermaksud....
"Semua yang dibumi akan binasa, dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."
Perumpamaan kematian itu seperti yang diberitahu oleh Kaab kepada Umar Al- Khattab....
Ia bagaikan seorang lelaki yang dipukul dengan pokok bidara (yang dipenuhi duri yang tajam). Setiap duri itu masuk dan menusuk setiap urat saraf. Apabila pokok itu ditarik dengan kuat, setiap duri yang melekat pada urat saraf itu akan ikut tercabut bersamanya.
MasyaAllah sakitnya tidak terkata.....suara tenggelam, tidak boleh terkeluar untuk menjerit kerana terlalu sakit!
Seorang sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Darda ra. menjelang kematiannya berkata....
Adakah orang yang sanggup melawan pertarungan yang dahsyat ini?
Adakah orang yang mampu melawan kematian ini?
Adakah orang yang kuasa menghadapi huru hara ini?
Justru itu Allah SWT sentiasa mengingatkan kita tentang kematian di dalam Al-Quran. FirmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 281 yang bermaksud....
"Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang waktu itu kamu dikembalikan kepada Allah ( kematian). Kemudian masing-masing akan diberi balasan yang sempurna terhadap apa-apa yang telah dikerjakan sedangkan mereka sedikit pun tidak dianiaya."
Namun demikian, walaupun Allah SWT telah memberikan peringatan demi peringatan akan musibah besar ini, sungguh ramai umat manusia yang lalai, leka dan terbuai dengan kenikmatan duniawi! Walaupun saban hari mendengar malah mungkin ada yang menyaksikan kematian di depan mata, namun jiwanya masih belum terkesan dengan hakikat mati ini. Hanya setelah berlakunya kematian pada diri yang akan menyedarkannya kelak. Pada ketika itu nasi sudah menjadi bubur! Tidak mungkin kembali semula kedunia untuk menebus kembali segala yang dilalai dan dilekakan!
Firman Allah dalam surah Qaf ayat 22 yang bermaksud....
" Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu , maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam."
Disaat kematian kita, segalanya akan tersingkap.....amalan-amalan kita sama ada baik atau jahat, semuanya akan dipaparkan dihadapan mata kita......, malah kita juga akan mengetahui kemanakah kita akan dicampakkan sama ada kesyurga atau neraka!
Kita lihat para sahabat Rasulullah saw telah bertahun-tahun mempersiapkan diri menghadapi kematian dan sakaratul maut. Mereka benar-benar merasai tentang hakikat ini dalam jiwa sehingga mereka sedikit pun tidak lalai dan leka dalam hidup ini mencari bekalan amal soleh dan sentiasa menunaikan hak dan tanggung jawab pada Allah SWT. Seluruh hidup ini adalah persiapan untuk menghadapi kematian.
Menjelang kematian mereka, sahabat-sahabat Rasulullah saw begitu takut dan menangis untuk menghadapinya, contohnya seperti Panglima perang tentera Muslimin di zaman Rasulullah iaitu ' Amr bin Al- 'Ash yang menangis tanpa hentinya menjelang kematian beliau. Jadi, bilakah lagi manusia akan menangis jika tidak menangis pada ketika itu? Bilakah lagi dia bersiap sedia menghadapi kematian ini? Bilakah lagi dia akan menyesal jika tidak menyesal pada saat-saat menggerunkan ini?
Apabila puteranya Abdullah cuba menghiburkan dengan menyatakan segala apa yang telah diperbuatnya adalah untuk Islam, dia tetap menangis dan mengenang fasa-fasa kehidupan yang dilaluinya. Dia merasai ada ketikanya dunia sempat mempermainkan dirinya sehingga dia merasakan sekarang dia tidak tahu sama ada dia akan di dimasukkan kesyurga atau dicampakkan keneraka. Walaubagaimanapun, dirinya masih utuh dan tetap berpegang pada kalimah yang sangat diperlukan ketika berhadapan dengan Allah iaitu kalimah Laa illa ha illallah, Muhammadur rasulullah. Kemudian Amr menggengam erat tangannya seolah-olah dia memegang erat kalimah itu.
Setelah dia mengucapkan dua kalimah syahadah itu, Amr pun meninggal dunia. Meskipun setelah dimandikan dan dikafankan, dan kaum muslimin cuba melepaskan genggaman tangan Amr berulang kali, namun tidak berjaya tetap kembali pada asalnya sehinggalah mereka menguburkannya dalam keadaan tangan tergenggam erat.
Muaz bin Jabal pula menjelang kematiannya di pagi waktu sahur pula menanti-nantikan terbitnya waktu fajar lantas berdoa pada Allah agar melindunginya dari pagi yang mungkin akan membawanya keneraka. Dia mengatakan dalam hidup ini dia hanyalah mencintai kehidupan dunia ini kerana 3 perkara iaitu untuk berpuasa disiang hari, berqiyamulail dimalam hari dan untuk berkumpul dengan ulama di majlis-majlis zikir.
Itulah hakikat kehidupan didunia sebenar sebagaimana yang di fahami oleh para sahabat. Hidup ini bukanlah untuk makan-makan, bermain, mengikuti hawa nafsu syahwat, menikmati hiburan-hiburan yang menggoda, melakukan perbuatan-perbuatan keji, menyanyi dengan lagu-lagu lucah, membaca majalah-majalah lucah, duduk lepak membuang masa, mengumpat keji keaiban orang.....kehidupan sebegini adalah satu kehidupan yang kosong, hampa tidak bermakna, angan-angan kosong , tidak memberi manfaat sedikit pun malah mendatangkan kesengsaraan dan penyesalan yang luar biasa kepada sesiapa yang melakukannya!
Sama-samalah kita renungi kata-kata Saidina Ali ra. yang menyentuh kalbu kerana ia keluar dari hati yang suci dan ikhlas kerana Allah SWT.
" Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap menanti. Oleh itu jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat, dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia. Hari ini adalah hari beramal tanpa hisab sedangkan esok (hari akhirat) adalah hari hisab bukannya hari beramal."
Jadi sesungguhnya, yang dituntut dari kita sekelian orang Islam sebelum menghadapi sakaratul maut ada beberapa perkara....iaitu
1. Hendaklah sentiasa mengingati kematian sepanjang pagi dan petang.
Disinilah letaknya kesalahan kita dimana kita melupakan hari yang menggerunkan tersebut, tidak mahu ambil tahu akan kejadian-kejadian luar biasa yang bakal terjadi pada saat itu dan hari-hari selepas kematian kita. Kelupaan kita pada kematian menyebabkan kita terjatuh ke dalam perbuatan maksiat, menuruti hawa nafsu, tidak ambil berat akan perbuatan syubhat malah suka melakukan perlanggaran akan hukum-hukum Allah sehingga Allah murka kepada kita! Nauzubillahiminzaalik..
Di antara cara yang paling bermanfaat mengingati kematian adalah dengan selalu menziarahi kubur, memberi salam pada penghuninya dan mendoakan mereka sambil mengingatkan diri kita bagaimana mereka ketika dijemput oleh pemutus segala kenikmatan iaitu kematian. Ada yang mati ketika memandu kereta mewah, ada yang mati kemalangan, ada yang mati dibunuh, ada yang mati ketika sedang bermaksiat pada Allah.......
Disamping itu memperingati kematian melalui pergaulan dengan orang-orang yang soleh, menziarahi mereka, menimba ilmu dari mereka dengan menghadiri majlis-majlis pengajian, ceramah-ceramah agama mendengarkan nasihat , memohonkan doa dari mereka dan mencintai mereka.
2. Memahami dan sentiasa bersama Al-Quran, menghafal apa yang termampu dari Al-quran dan mengamalkannya.
Orang soleh berkata," Dahulu aku sering membaca buku-buku nasihat dan penawar hati, namun setelah aku bandingkan dengan Al-Quran, ia tidak sehebat Al-Quran."
Jika Al-Quran itu meresap dalam hati yang suci bersih, pasti ia mempunyai kesan yang luar biasa. Oleh kerana itu Rasulullah berpesan dalam hadithnya...
" Bacalah Al-Quran, ia akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat kepada para pembacanya.." (Riwayat Muslim)
" Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." (Al-Bukhari)
3. Pendek angan-angan
Pendek angan-angan terhadap dunia yang bersifat sementara, penuh tipu daya, sering melekakan manusia dari matlamat kehidupan dunia yang sebenarnya.
Dari Ibnu Umar ra berkata Rasululllah saw telah menarik kedua bahuku seraya berkata, " Jadilah kamu di alam dunia ini seperti orang asing atau bagaikan orang yang sedang bermusafir."
Ibnu Umar sering berkata...." Apa yang patut kamu lakukan diwaktu pagi jangan tunggu diwaktu petang. Dan apa yang patut kamu lakukan diwaktu petang jangan tunggu diwaktu pagi. Gunakanlah kesihatanmu dengan baik sebelum kamu sakit. Dan pergunakanlah dengan baik
kehidupanmu sebelum datang kematian."
Di samping itu ,kita juga dituntut agar segera bertaubat pada Allah SWT kerana orang yang bersiap sedia menghadapi kematian adalah mereka yng sentiasa segera bertaubat dan sering memperbaharuinya pagi dan petang. Kita disuruh sentiasa berdoa agar mati dalam keadaan baik. Dalam hidup ini kita perlu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan amal soleh jangan suka bertangguh-tangguh, kerana bila kematian datang ia tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi!
Jadi sama-samalah kita bersiap sedia dari awal lagi, jangan amalkan budaya last minute atau budaya better late than never! Kita tidak boleh menjagakan apakah kesudahan nasib kita nanti..... sedangkan orang-orang soleh , para sahabat Rasulullah begitu gusar dan takut menghadapinya....sepatutnya kita yang kurang amal dan banyak dosa ini lebih-lebih lagi ketakutan dan kegusaran menghadapi mati.
Semoga Allah menetapkan hati kita semua dengan kalimah tauhid didunia dan diakhirat nanti, insyaAllah!
assalam
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa menjaga amalan kita untuk persediaan hari yang pasti....
assalamualaikum wm
ReplyDeleteCikgu yang diminati
Saya seronok membaca blog cikgu dan saya pasti cikgu boleh jadi idola saya. saya isteri muda dan saya ingin jadi isteri yang soleh saperti cikgu berdasarkan tulisan cikgu. Tentu sekali suami cikgu bertuah mendapat isteri saperti cikgu. Jadi saya minta sangat-sangat kalau boleh cikgu tulis tentang isteri soleh termasuk macamana nak ambil hati suami supaya ia reda dengan kita. Saya dengar ustaz kata keredaan Allah di atas keredaan suami..tolonglah saya cikgu kerana takut kepada Allah kadang-kadang saya banyak tak puas hati dengan suami saya. kami masih baru di alam berkeluarga.
terima kasih kerana memahami saya dan saya akan tunggu nasihat atau penulisan cikgu.
Isteri muda
asm....wm wb
ReplyDeleteJazakallh kerana megikuti blog ini. Sebenarnya setiap penulisan di tulis ditujukan pada diri sendir yan sememangny perlu sentiasa diperingatkan kerana masih banyak lalai dn leka dlm memenuhi tggungjwb pd Allah.
Status isteri soleh bg sy tu adlh terlalu tinggi.......masih dlm proses tarbiah untk mlaksanakn tuntutan Allah....smoga Allah megampuni dosa dn kelalaian diri.....
Sbnrnya asas hbgn sesama manusia adalah hubungan dgn Allah. Apabila hbgn dgn Allah j elas dn mantap, maka hbgn dgn manusia akn beres tiada mmasalah bsr. Jadi perkera pertama dn utama yg kita nak jalin adalh hbgn dgn Allah ini degn cara melakukn segala tuntutan Allah dn mjauhi lrgnNya (perkara wajib) .Seterusnya tingkatkn lg hubgn ini mlalui amal sunat....
Begitu juga dalm pembinaan rumahtangga....asasnya adalh kerana Allah juga untuk membina baitul muslim dimana disitu berjalannya proses lengkap melengkapi, ingat memperingati, kuat memperkuat dalam rngka melaksanakan tanggungjwab yang ALlah tetapkan.....
Disini tiada sifat ego, ptgkan diri, akulah yang betul......masing2 berusaha bersama dan membina persefahaman yang baik serta memainkan peranan untuk membina rmhtangga yang diidamkan....
Ketidakpuasan hati tidak diblh dipendam.....perlu dibcg utk mcari jln penyelesaian..... Untuk mendapatkan keharmonian,
Perlu ada give n take antara suami isteri dlm semua aspek......sama berkongsi susah senang, tanggungjwb rumhtangga di pikul bersama......degn cara ini dpt megeratkan hbgn suami isteri.
Pihak suami juga perlu mendidik isteri deg cara penuh kasih syg, ad mwwadah dan rahmah.......bukan hya nak menuntut hak tanpa memahami keadaan isteri.....
Semua diatas perlu diushakan bersama.....bkn terletak di bahu slh seorg shj. Walaubgmpun.....perkara ini mungkin terlalu ideal but sesetgh psgn......ada yang memang sukar berubah, tidak ada persefahaman, selalu berselisih faham tidak puas hati.......disini kena ada kesabaran yang baik dalam menangani masalah....jgnlah cepat melenting, bersabarlah, dan pilihlah cara yang hikmah untuk menangani masalah ini......mohon lah pertolongan Allah selalu, dekatkan diri padaNya, selau bermunajat, merintih segala masalah kita pdNya dan minta di beri jalan keluar masalah yang dihadapi....i
Yakin dan berbaik sangka dgn Allah, disebalik suatu ujian itu.....ada tersembunyi hikmah yang banyak......
Saling bermaafan sesama suami isteri jika buat silap, terkecil hati....jgn biarkan hbg dingin berlarutan berhari2....rendahkn hati dgn Allah, apa yang kita buat....semuanya untuk mendapat keredaan Allah,
Cubalah fahami dan taaruf suami kita, apa yang disukai dn di benci....
Dekati hatinya, fahami masalahnya, dan jadilah pendengar yang baik..layanilah keperluan suami zahir dan batin.....suami pun kena buat begini juga, kedua-dua belah pihak kena main peranan...
Nak tulis mungkin pjg lagi....byk perkara sebenarnya.....apabila kita melayari bahtera kehidpan berumah tangga ini, byk ujian dn dugaan....bukn lah seindh yang disangka....
Apapun....bersabarlah, bersabarlah,bersabar....keran ia separuh dari iman. Mohonlah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat...
Hidup kita sebenarnya bukn di dunia ini...tapi nun diakhirat sana...bersabarlah diatas kesusahan yang sedikit untuk mendapat kesenangan yang abadi disana.....
Wallahualam....allah shj yang maha benar, maha mengetahui....