Beberapa kaedah untuk renungan jiwa yang di petik dari buku yang dapat dijadikan panduan bersama ......
1. Nikmatilah hari-hari dan detik-detik dalam hidupmu. Masa lalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih dan masa depan jangan sampai membuatmu risau. Serahkan segala urusanmu pada Allah SWT.
2. Janganah membiarkan kemusykilan sebesar apapun membinasakan emosimu dan fikirkanlah dengan tenang dalam mencari jalan penyelesaian.
3. Janganlah sesekali meragui bahawa kamu adalah seorang yang bahagia. Jangan selalu menanyakan diri adakah kamu bahagia atau tidak. Kamu pasti bahagia selagi kamu mentaati Allah, menyembahNya, mencari keredhaanNya, menuntut ilmu keranaNya dan melakukan apa sahaja kerana Allah.
4. Bersungguh-sungguh dan bertekunlah dalam menuntut ilmu dan beramal, menikmatinya dan menjadikannya mampu untuk mengisi kekosonganmu.Ketika itu pasti kerisauan dan kegelisahan akan hilang.
5. Lupakan masalah yang remeh temeh dan tidak bermanfaat. Jangan biarkan diri marah kerananya, lantas ia menakluki diri dan menyukarkan hidup mu.
6. Janganlah khuatir akan masa depan. Percayalah dengan takdir Allah dan ketentuanNya. Yakin dengan kebijaksanaan Allah. Relakan apa yang ditakdirkan Allah untukmu. Bersikaplah dengan baik, syukur dan redha dan hadapi segala dugaan dengan sabar dan berserah diri padaNya.
7. Berfikirlah dengan matang sebelum membuat apa-apa keputusan dan tindakan. Pertimbangkan segala hakikat yang bakal terjadi sebelum membuat apa-apa keputusan. Setelah itu laksanakan segera apa yang diputuskan sambil memohon pertolongan Allah. Berserah dan pasrah padaNya..
8. Jadikan dirimu sentiasa tenang dalam sikap, tutur bicara dan pergerakan. Bergaullah dengan orang lain dengan ceria, senyum dan bertolak ansur.
9. Janganlah suka mengkritik orang lain, berdebat, mencari-cari kesalahan orang lain dan membesar-besarkannya.
10. Janganlah banyak mengeluh dan merintih. Pandanglah hidup ini secara positif dan optimis. Beri tumpuan pada perkara-perkara yang positif bukannya negatif.
11, Jadikan setiap amalan yang dibuat ikhlas kerana Allah. Janganlah menunggu dan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain. Kebanyakan manusia sememangnya tidak mampu mengakui kebaikan orang lain. Cukuplah Allah bagimu untuk menerima segala amal kebaikan yang dibuat ikhlas keranaNya kerana Dialah yang memberi ganjaran yang terbaik.
12. Ingatlah akan segala nikmat Allah padamu dan bersyukurlah serta nikmatilah ia.
13. Ketepikan egomu ketika berinteraksi dengan orang lain dan perlakukanlah orang lain dengan baik supaya terukir senyuman di bibir mereka. Kamu akan rasa bahagia bila dapat membahagiakan orang lain.
14. Kritik dan perbaiklah diri sendiri dan janganlah mengabaikan krtikan orang lain yang menyuruh pada kebaikan.
15. Jadilah teladan kepada orang lain dengan mengakui kebaikan mereka, berterimakasih kepada mereka dan memuji orang yang berbuat baik. Janganlah suka menyakiti hati orang lain.
Mudah-mudahan, insyaAllah dapat kita sama-sama praktikan tips diatas dalam diri kita.......
Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk melaksanakannya... Amin
Rujukan
Janganlah bersedih, kebahagiaan pasti bersamamu
Madar Al-Wathan

No comments:
Post a Comment