Bismillahirrahmanirrahim............
Apabila kita mengingat-ingat masa lalu yang penuh luka, duka dan kecewa, dan bersedih hati kerananya, ia adalah satu tindakan yang bodoh dan tidak waras kerana dengan berbuat demikian ia boleh mematikan kehendak, melemahkan semangat dan membinasakan masa depan! Biarkanlah itu berlalu pergi...........
Bagi orang yang waras, fail-fail dan dairi masa lalu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukannya dibuka dan dipersoalkan. Tutuplah ia selama-lamanya, dikurung dalam penjara kelupaan, diikat dan digari dalam kurungan yang kuat agar ia tidak terlepas keluar menghantui perasaan! Semua itu sesuatu yang sudah berlalu dan sudah selesai. Segala kegagalan, kekecewaan dan kedukaan lampau tidak dapat diubah atau diperbaiki, tidak dapat dihadirkan atau dihidupkan semula...................ia adalah sesuatu yang sudah tiada!
Janganlah biarkan diri dihantui dan dibayangi masa lampau yang telah pergi. Lepaskan dirimu darinya......Sesungguhnya meratapi masa lalu dan menangisinya akan membuatkanmu terbakar dengan apinya. Kembali pada masa lalu meletakkan diri kita dalam kemelut dan tragedi yang dahsyat dan menakutkan.
Hidup dengan mengingati masa lalu bererti menyia-yiakan masa sekarang. Sebenarnya kita perlu berusaha menangani masa kini, merancang untuk masa depan untuk dunia lebih-lebih lagi akhirat kita! Sebenarnya banyak perkara yang perlu kita rancang dan laksanakan dari teringat dan sibuk memikirkan apa sudah luput dari kita di masa lalu. Sesungguhnya tiada apa yang dapat di buat untuk mengembalikan apa yang telah berlalu. Namun untuk mengambil iktibar darinya adalah sesuatu yang perlu supaya kita tidak mengulangi kesilapan masa silam dan berusha memperbaiki diri kita!
Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh dan berpaling kebelakang sebab hembusan angin sentiasa menghala ke hadapan begitu juga air sungai sentiasa mengalir laju kehadapan. Justru itu, janganlah kita cuba menentang arus, aturan hidup dan sunnah alam. Kelak kita akan tenggelam!
La Tahzan

No comments:
Post a Comment