Wednesday, February 23, 2011

Peringatan tentang tipu daya dunia....

Bismillahirrahmanirrahim.......

Rasulullah saw telah memperingatkan kita tentang  penyakit yang menimpa umatnya di akhir zaman iaitu takutkan mati dan cintakan dunia. Kedua-dua penyakit ini sebenarnya melemahkan tekad untuk mujahadah diri, tiada semangat juang untuk akhirat, sukakan kerehatan dan kesenangan dan selalunya suka mementingkan diri sendiri. Sebenarnya banyaknya peringatan dari Al-Quran dan Hadith Rasul tentang tipu daya dunia ini di antaranya......... 

Firman Allah yang bermaksud.....
" Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anak kamu dari mengingati Allah.  Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang yang merugi." 
( Surah Al- Munafiqun: 9)  

"Sesungguhnya harta bendamu dan anak-anakmu menjadi cubaan bagimu.  Disisi Allah pahala yang besar." ( Surah At-Taghabun : 15)

" Jangan sekali-kali.  Sesungguhnya manusia itu amat derhaka, kerana ia melihat dirinya telah kaya raya."  (Surah Al-Alaq: 6-7)

" Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan ( memperbanyakkan harta benda dan anak-anak)." 
(Surah At-Takaathur : 1)   

Sebagai Muslim, kita perlu sedar apakah matlamat hidup ini.....adakah kita hidup ini semata-mata untuk dunia  tanpa adanya tujuan tersirat untuk akhirat? Dalam kita mencari dunia kita, bekerja membanting tulang dari pagi ke petang kadang-kadang sampai ke malam samada di ofis ke, di sawah ladang ke, di syarikat besar ke.....adakah kita sentiasa  ingat  akan matlamat kita bekerja? Begitu juga dalam mengejar pangkat dan kedudukan, mengejar sijil dunia dengan degree kita , masters dan Phd kita.......apa tujuan kita belajar setinggi mungkin..... mendapat jawatan dan pangkat  tinggi , nak dapat kerja bagus, bergaji mahal di syarikat berprestij?  

Apa pun yang ada dalam fikiran kita, sebenarnya kita tidak boleh lari dari hakikat.........bekerjalah di dunia ini untuk mencari akhiratmu! Islam tidak melarang kita berusaha untuk dunia, menjadi kaya, berjawatan tinggi, berpendidikan tinggi.........semua itu adalah kekuatan yang perlu dicari...kekuatan yang perlu kita manfaatkan untuk kepentingan Islam, bukan hanya untuk diri dan keluarga sendiri sahaja, dan seterusnya dilalaikan dengan apa yang diperolehi, tidak ingat Allah dan sombong diri! Merasakan apa yang dia dapat adalah haknya yang mutlak dari titik peluh sendiri tanpa sedikit pun menyedari seluruh rezeki ini hanya datangnya dari Allah SWT yang dipinjamkan kepada manusia.
 Bila-bila masa Allah boleh tarik balik!

Rasulullah memperingatkan dalam hadithnya yang bermaksud......
" Gila harta dan kedudukan, kedua-duanya menumbuhkan kemunafiqan dalam hati bagai air menumbuhkan sayuran..."

Rasulullah pernah ditanyakan...." Siapakah umatmu yang terburuk?'  Baginda menjawab, " Orang-orang kaya."   Iaitu orang  kaya yang menumpukkan hartanya, bakhil dalam mengeluarkan zakat dan bersedekah, tidak peduli akan penderitaan orang lain sedangkan dia mampu menolong, sombong dan angkuh pada orang miskin dan berkedudukan rendah........

Rasulullah bersabda lagi.....
" Akan datang sesudahmu kaum kaum yang makan makanan yang terlazat, menunggang kuda yang terelok, mengahwini wanita yang tercantik, memakai pakaian yang terbaik, namun perut mereka tidak pernah kenyang, nafsu mereka tidak pernah puas juga.  Mereka memburu dunia pagi dan petang. Mereka jadikan dunia sebagai Tuhan. Lalu mereka patuhi perintahnya dan mereka perturutkan keinginannya."

Sebenarnya kita berada di zaman yang disebutkan Rasulullah itu! Di zaman ini, orang tidak mahu lagi memberi salam dan menyebarkan salam kecuali terpaksa, menziarahi orang sakit, menghantar jenazah dan menghormati orang tua, berlumba-lumba mengejar dunia........... Keadaan sebegini sebenarnya merobohkan Islam!

Pernah disuatu ketika seorang lelaki berkata pada Rasulullah, " Ya Rasulullah , aku tidak suka mati."  Rasulullah bertanya," Adakah kamu punya harta?" Lelaki itu menjawab," Ya."  Rasulullah berkata, 
" Dahulukan (Sedekahkanlah) harta mu. Sungguh,  hati orang mukmin bersamanya. Jika dia didahulukan (hartanya disedekahkan), tentu suka akan menyusul (suka mati) .  Jika disimpan sahaja (hartanya), ia pun suka tinggal bersamanya ( tidak suka mati). 

Rasulullah saw bersabda.......
"Ada tiga hal yang mengikuti manusia.  Yang pertama iaitu mengikuti sampai roh tercabut. Kedua , mengikutinya sampai ke kuburnya dan ketiga mengikutinya sampai ke padang Mahsyar. Yang hanya sampai sehingga nyawa tercabut adalah hartanya. Yang menghantarnya sampai ke kubur adalah keluarganya. Yang menghantarnya sampai ke padang Mahsyar adalah amalnya."

Seorang sahabat Rasulullah iaitu Salman Al-Farisi mengirimkan surat kepada Abu Darda memperingatkannya tentang harta ,"  Hai saudaraku, takutlah mengumpulkan harta yang tidak kamu syukuri, ku dengar Rasulullah bersabda.............
' Didatangkan pemilik dunia yang dibuatnya untuk taat akan harta yang ada di depannya. Di saat dia meniti titian Sirat, hartanya berkata  "Lalulah, kamu telah menunaikan hak Allah padaku." Kemudian di datangkan pula pemilik dunia yang tidak dibuatnya untuk taat akan harta yang ada di depannya.  Ketika dia meniti titian Sirat, hartanya berkata," Celaka , kamu tidak memberikan hak Allah kepada yang sepatutnya. " Demikianlah seterusnya sehingga dia meratap dan menjerit.'

Harta kita yang sebenarnya adalah harta yang dimanfaatkan di atas jalan Allah, bukan harta yang disimpan dan ditumpukkan . Harta tersebut  yang kita tidak belanjakan atas jalan Allah akan jadi musibah bagi kita nanti di akhirat dan ia akan melaknat kita! 

Sama-sama kita merenungkan hadith ini.....
" Ketika seorang hamba meninggal dunia malaikat berkata," Apa yang telah dia sedekahkan? Dan manusia pula bertanya, " Apa yang dia tinggalkan?"

Manusia sibuk menanyakan tentang harta yang ditinggalkan oleh simati pada saat kematiannya sedangkan malaikat menanyakan tentang harta yang dia sedekahkan yang akan dibawa pulang bersamanya ke akhirat!  Jadi amatlah rugi kita pulang kepada Allah dengan harta yang sedikit atau tiada langsung.....sedangkan didunia kita adalah orang yang kaya raya! Rasulullah berpesan pada kita supaya janganlah jadi hamba abdi kepada dunia  kerana sesiapa yang memuliakan dirham(wang/harta) akan dihinakan Allah!

Begitulah peringatan dari  Rasulullah kepada umat yang dicintainya.....supaya awas dengan tipu daya dunia ini.  Ramai orang boleh tahan sabar dengan ujian kesusahan dan penderitaan tapi hanya sedikit yang mampu bertahan dengan ujian harta dan kesenangan. Memang kejadian manusia itu Allah ciptakan dengan berbagai kelemahan .... salah satu nya bakhil dan kikirnya denga harta 'miliknya'!

Kesusahan dan penderitaan akan menjadikan diri manusia itu kuat dan cekal hatinya, tapi kesenangan akan menjadikan dia manja, lembik dan kurang daya ketahanan. Kesedihan dan kekecewaan akan menjadikan manusia itu patah semangat dan hilang kekuatan diri.  Jadi  jangan biarkan diri bergelumang dalam kesenangan dan kesedihan!! Binalah kekuatan diri.....Ingatlah Allah sentiasa bersama kita asal kita ikhlas, sabar dan redha akan segala ketentuanNya!

Rujukan
Penenang jiwa , Pengubatan dan Rawatan
Imam Al-Ghazali

5 comments:

  1. asm

    Berhati-hatilah dengan tipu daya dunia...untuk kejayaan di Akhirat...Dunia yang pandai menipu inilah lah yang menyebabkan kita baik individu atau masyarakat bercelaru...Jahiliah dan dunia mempamirkan keseronokan hawa nafsu setiap hari...mereka yang ingainkan Islam sebagai cara hidup pun selalu tewas..Terikut-ikut mengumpul harta..contohnya isteri berkerja sampai malam untuk menambah pendapatan supaya dapat dunia...rumah besar..kereta camtik...beli tanah dsbnya Kerja dakwah tak nampak langsung atau sedikit sekali jika dibandingkan dengan mengejar dunia..akibatnya keluarga runtuh..suami isteri anak-anak bertabur...dalam waktu yang sama mimpikan syurga Allah..Oleh itu, muhasabah lah diri...Sedialah jawapan pada Allah kelak...apa tujuan kita hidup di dunia yang sementara ini...

    Risau juga..

    Wasalam

    ReplyDelete
  2. Tipu daya dunia semasa: Dosa-Dosa & Facebook Oleh: Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net

    Antaranya pesanan Ustaz: MELETAKKAN GAMBAR: Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya.

    Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).

    Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai. Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin.

    Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat �lamaran' nafsu.

    Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

    Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan.

    Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah �janganlah kamu menghampiri zina'.

    JADI, TAKUTLAH DOSA WALAUPUN SEBESAR ZARAH…DAN DITAKUTI IA BERTERUSAN SELAGI GAMBAR KITA TERPAPAR…TANYA IMAN DAN BUKAN TANYA NAFSU ATAU DUNIA…KERANA PASTI DUNIA AKAN MENIPU KITA LAGI….

    ReplyDelete
  3. LAGI TIPU DAYA DUNIA FACEBOOK: Pandangan Ustaz Zamri Hashim
    Sekretariat MUIS mengeanai tipu daya dunia: facebook..Antara kupasan beliau...

    ...Maka dengan itu , sengaja meletakkan gambar walaupun menutup aurat didalam laman sosial (eg facebook, friendster) atau blog peribadi tanpa tujuan dharuri hendaklah dijauhi

    lebih-lebih jika gambar itu ada unsur tabarruj , aksi yang merangsang dan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada diri sendiri mahupun keluarga .

    Kecuali ada maksud tertentu yang diterima oleh shara’ tetapi dengan penampilan yang cukup beradab seperti
    BERSAMA-SAMA RAKAN YANG LAIN DALAM SESUATU PROGRAM ATAU BERSAMA SUAMI

    TUJUAN DHARURI YANG ADA MASLAHAH DAKWAH DAN KEBAIKAN …DAN BUKAN GAMBAR BERSAORANGAN TANPA TUJUAN YANG JELAS…

    1. Antara hikmahnya wanita difokuskan di dalam al quran dalam penjagaan aurat ialah wanita sangat dijaga kemuliaannya oleh Islam dan fitrahnya mempunyai daya yang tinggi untuk mencairkan ketahanan iman orang lelaki .

    2.Jika gambar itu ada unsur-unsur diharamkan oleh shara’ maka tetap tak boleh walaupun gambar itu gambar seorang lelaki , suami isteri dsb.

    JADI AWASILAH TIPU DAYA DUNIA...

    ReplyDelete
  4. TAJUK PANAS LAGI TIPU DAYA INTERNET

    SUMBER BLOG
    HUKUM WANITA "ISLAM" MELETAKKAN GAMBAR DI INTERNET
    Soalan:
    apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat….

    jawapan:
    Bismillahiwalhamdulillah

    Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan.

    Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah. Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.
    Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.

    INI PULA LUAHAN HATI SEORANG MUSLIMAH....

    MUQADDIMAH

    Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, mahupun yang berpurdah tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

    Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar tapi perlulah bertepatan dengan hukum syara'. Selain itu, jadikan gambar itu satu penanda bahawa anda adalah seorang muslimah atau perempuan iaitu dengan meletakkan gambar kartun seperti kartun ana muslim atau kanak-kanak yang belum baligh seperti bayi atau budak kecil. Tidak perlulah meletak gambar anda sebenar kecuali untuk tatapan kaum hawa sahaja dengan menprivatekan dan tidak dibenarkan rijal2 melihatnya. Jika anda mahu rakan-rakan lama anda mengenali anda, anda hanya perlu meletakkan nama bukan meletak gambar anda sebesar-besarnya dan jelas sehingga setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
    Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut…..Allahu A’alam..

    WALLAHUALAM...SEKADAR BERKONGSI DENGAN SEMUA MUSLIMAH...BETULKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH...INSYAALLAH SEMUANYA SELAMAT....SEMOGA ALLAH MERAHMATINYA...

    LEBIH-LEBIH LAGI KITA YANG NAK BAWA ISLAM……..

    ReplyDelete
  5. Salam. Mohon webmaster menulis nama-nama orang yang meriwayatkan hadis-hadis dalam rencana di atas supaya kita boleh menentukan kesahihan hadis-hadis tersebut. Syukran.

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...