Alhamdulillah , dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat terus berkongsikan peringatan yang berguna buat diri ini bersama-sama pembaca blog sekelian. Ada kalanya merasakan diri begitu lemah sekali sehingga merasakan tidak mampu menulis walau secebis perkataan, hanya mampu menatapi dan mengulang-ulangi...........dan cuba menghayati apa yang telah dicoretkan sebelumnya, mencari-cari kekuatan dari peringatan-peringatan dan ayat-ayat Allah agar ia menyentuh jiwa dan menggetarkan perasaan hati ini!.
Peringatan yang menyuruh kita memperbaiki diri kita dan mengajak orang lain memberikan sedikit kekuatan untuk menuliskan peringatan buat diri yang lemah ini masih belum mampu melaksanakan banyak tuntutan Allah SWT! Hanya Allah sahajalah yang Maha Kuat dan bantuanMu jua ku dambakan dalam mengharungi hidup yang banyak menguji hati ini pada setiap masa dan ketika. TanpaMu sirnalah hidup ini, tidak bererti hidup yang terumbang ambing tanpa panduanMu ya Allah!
Dihujung minggu lepas ku telah menghadiri satu kuliah tazkirah untuk peringatan jiwa yang menyentuh tentang apakah persiapan diri kita sebagai seorang Muslim. Persiapan yang perlu kita cari sebelum kita menghadap Allah SWT di suatu hari nanti, hari yang pasti akan tiba tapi entah bila dan di mana! Sedang kita berada di dunia yang singkat ini, kita perlu rebut peluang yang ada meningkatkan kefahaman dan kesedaran diri apakah sebenarnya matlamat hidup kita di dunia ini.
Sejauhmana kefahaman dan kesedaran yang tersemat di hati kita, sejauh itu pulalah komitmen kita mencari bekalan untuk kita bawa pulang ke akhirat nanti. Jadi, kita tidak boleh berlengah untuk sentiasa menyibukkan diri kita mencari suasana yang soleh yang dapat menyirami hati kita yang sering ketandusan peringatan, sering tergoda dan digoda oleh buaian nafsu dan bisikan syaitan! Beradanya kita dalam suasana yang soleh secara konsisten menjadikan hati kita ingat dan sedar semula akan tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah, mengembalikan kita semula di atas landasan yang betul di atas jalan Allah!
Diantara persiapan yang perlu sebagai seorang Muslim adalah.......

- persiapan deen
Persiapan deen yang mencakupi persiapan akidah dalam diri iaitu akidah yang soheh yang di dokong oleh para salafus soleh yang di warisi terus dari Rasulullah saw. Telah terbukti dalam diri mereka dalam kehidupan akan jihad dan perjuangan untuk memperhambakan diri hanya senya kepada Allah SWT semata-mata. Keimanan mereka mantap kepada Allah dan hari akhirat dan menjadikan seluruh hidup ini sebagai jalan untuk mendapatkan keredaan Allah. Tiada komprominya mereka dengan jahiliyyah walau sedikit pun. Seluruh hidup ini hanya untuk Allah!
- persiapan ibadah yang soheh
Seluruh hidup ini dipersiapkan hanya atas tujuan ibadah semata-mata. Ibadah yang syumul bukan hanya setakat solat sahaja tapi diluar solat juga ibadah dipraktikkan dalam seluruh kehidupan ini. Ibadah yang dilaksanakan berdasarkan syarak dan di atas dasar keikhlasan semata-mata kerana Allah SWT tiada kompromi dengan yang lain! Perlu dan pentingnya kita sentiasa memperbaiki ibadah kita pada Allah sebab itulah hakikatnya nilaian diri kita disisi Allah. Menjadi hamba Allah atau hamba kepada yang lain selain Allah? Setiap detik masa ini kita nak jadikan ia ibadah pada Allah bukan ia sia-sia dan terbuang begitu sahaja!
- persiapan akhlak yang soleh
Perlunya kita sentiasa memperbaiki dan melengkapkan diri kita dengan akhlak yang soleh dan mulia. Contoh kita yang utama ada pada diri Rasulullah saw. Maka galilah dan carilah perbendaraan berguna ini untuk kita hayati dalam kehidupan kita sebagi seorang yang mengaku Muslim yang sepatutnya memiliki akhlak yang mulia. Pada hari ini umat Islam kehilangan contoh akhlak yang tidak dapat dilihat oleh masyarakat bukan Muslim. Bukan sedikit dari orang Islam itu yang tidak mampu mempamerkan contoh yang baik. Mengaku Muslim tapi rasuah, pecah amanah, berbuat dosa, menipu, memfitnah , bunuh orang dan diri sendiri dan banyak lagi.......Ini cuma Muslim celup di luar sahaja tapi tidak mendasari jiwa!
Sewajarnya kita mempamerkan akhlak Muslim luar dan dalam diri, bukan hanya dakwaan kosong! Jangan kita tinggalkan proses mendidik diri ini walau di tahap mana sekali pun, kita tidak mungkin mencapai tahap kesempurnaan sebab kita ini manusia lemah.......yang sempurna hanya Allah SWT sahaja! Apa yang penting perbaiki diri selalu dan sentiasalah beristighfar pada Allah di atas kelemahan diri. Hubungkan hati kita selalu dengan Allah dengan merendahkan hati kita untuk menerima segala saranan dan peringatan dari Allah!
- persiapan saqafah (ilmu pengetahuan)
Perbaiki dan perlengkapkan diri dengan saqafah yang mencakupi beberapa aspek penting seperti....
- pengetahuan ilmu islam yang sempurna dan bagaimana melaksanakannya dengan perlaksanaan yang betul dan soheh,
- mengetahui tentang ilmu realiti dahulu dan sekarang dan cara-cara bergerak dan bertindak dalam melaksanakan Islam dalam kehidupan
- memperbaiki pengkhususan dalam pelbagai aspek ilmu dan membina kekuatan diri dan ummah
- meningkatkan usaha menjadi seorang Muslim yang sehat dan kuat yang mana kekuatan ini boleh di manfaatkan untuk Islam
Dalam kita melayari bahtera kehidupan ini, kita nak merasakan apa sahaja yang kita lalui merupakan satu kemanisan hidup....manis dan nikmatnya hidup berada dalam iman dan Islam, walaupun apa yang kita hadapi itu merupakan ujian yang pahit dan getir..........tapi bila kita hubungkan dengan Allah hati akan menjadi tenang dan redo, ada hikmah dan rahmat disebalik ujian!
Melaksanakan segala tuntutan Allah merupakan satu cabaran buat diri kita yang mempunyai banyak kelemahan diri .........tapi apakah yang mampu kita buat selain menyahut cabaran ini kerana sebenarnya tiada lagi alternatif lain bagi kita menuju kebahagiaan sebenarnya melainkan dengan kembali padaNya. Kekuatan diri kita hanya boleh kita bina apabila kita menghubungkan diri dan kehidupan kita dengan Allah SWT......TanpaNya kita sebenarnya sungguh lemah tidak berdaya dan terdedah pada musuh-musuh kita dan musuh Allah yang suka mengheret kita ke lembah kebinasaan!!
No comments:
Post a Comment