Bismillahirrahmanirrahim....
Ubudiyyah hanya pada Allah SWT semata-mata merupakan salah satu dari rukun pertama dalam aqidah Islam yang di jelmakan dalam pengakuan kita yang bermaksud Tiada illah yang disembah melainkan Allah SWT.......dan menerima pengakuan ini dari Rasulullah saw melalui persaksian bahawa Muhammad itu benar-benar pesuruh Allah.
Hati yang benar-benar beriman pada Allah dan hati yang muslim adalah hati yang menjelmakan hakikat di atas. Bukan setakat itu sahaja, apa sahaja yang berkaitan dengan asas-asas keimanan dan rukun Islam juga perlu direalisasikan dalam hidup ini. Keimanan pada Allah dan Rasul, Malaikat dan kitabullah, hari akhirat, qada dan qadar Allah, mendirikan solat, puasa, zakat, haji, melaksanakan hukum Allah sperti hukum hudud, qisas dan ta'zir, halal haram muammalat dan undang-undang dan arahan keislaman......semuanya tertegak atas dasar ubudiyyah pada Allah. Tiada satu pun yang tertinggal..yang mana semua ini diterima oleh Rasulullah dari Allah SWT.
Pengakuan kalimah tauhid ini merupakan satu kaedah atau manhaj yang sempurna yang mengambil Islam secara keseluruhannya...bukannya Islam dalam bentuk serpihan atau terpisah-pisah. Tertegaknya manhaj ini dalam diri individu Muslim merupakan satu kemestian di mana setelah itu barulah tertegak masyarakat Muslim.......Ia mestilah tertegak dengan sendirinya tanpa ada campur aduk atau kompromi dengan manhaj -manhaj lain. Jika tidak, maka tidak betullah hakikat ubudiyyah pada Allah yang menuntut bahawa illah itu semata-mata hanya Allah sahaja!
Jadi dalam seluruh hidup ini......hakikat ini perlu kita tegakkan dalam diri dan seluruh kehidupan kita, dari perkara yang sekecil-kecil hinggalah perkara yang sebesar-besarnya.......semua sekali termasuk juga segala rasahati kita ini perlu kita selaraskan dengan apa yang diredhai oleh Allah! Apabila kita mengaku tiada illah atau sembahan selain Allah.....tuntutannya adalah hanya nilai Allah sahaja yang semestinya kita ambil dalam hidup ini. Nilai nafsu, nilai manusia, nilai masyarakat...semuanya perlu diketepikan! Yang hanya ada adalah nilai Allah sahaja.......
Namun boleh ke kita laksanakan jika dalam hati masih ada rasa sayang dan cinta pada nilai selain Allah ini??
Memangnya sukar nak buang dan ketepikan apa yang kita sayangi dan cintai....tapi kita ada pilihan lainkah jika berhajat nak mengambil nilai Allah , kembali padaNya dan berhajat pada keredaanNya? Nilai Allah ini adalah nilai termahal dan tertinggi yang sebenarnya perlu kita junjung dalam diri kita. Perlunya kita korbankan segalanya untuk Allah SWT...............,itulah sebenarnya jalan yang seharusnya kita ikuti jika kita kata kita nak berubudiyyah semata-mata kerana Allah SWT!
Disinilah perlunya ada kekuatan diri dan keikhlasan hati untuk melaksanakannya......walaupun pahit untuk menelannya, namun setiap yang pahit itu adalah ubat sebenarnya....perlunya bersabar menelan ubat yang pahit ini sehinggalah tiada lagi dirasai kepahitannya...malah akhirnya Allah akan memberikan natijahnya yang merupakan kemanisan iman!
Sebagai manusia biasa, tentulah sukar bagi kita untuk bersabar .....sabar dengan kerenah orang lain, malah perlulah lebih sabar dengan kerenah diri sendiri yang perlu diproses, yang banyak kelemahan dan kemahuan! Kadang-kadang terasa letihnya dan sukarnya kita nak jinakkkan hati kita, nak istiqamahkan diri kita agar berada di atas landasan Islam yang lurus....kerana banyaknya godaan dari luar dan dalam diri kita , dunia yang melalaikan, hawanafsu yang cuba mempengaruhi kita!
Disinilah perlunya kita memohon kekuatan dari Allah SWT...hanya Dialah yang boleh membantu kita dalam hal ini......Hanya padaNya tempat kita bergantung harap dalam hidup ini....bukan bergantung pada yang lain seperti suami kita, anak kita, ibubapa atau sahabat dan kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja.......Mereka boleh memberikan sokongan namun sebenarnya bantuan dani sokongan dari Allahlah itulah yang terbaik dan yang sebenarnya kita dambakan!!
Disinilah perlunya kita memohon kekuatan dari Allah SWT...hanya Dialah yang boleh membantu kita dalam hal ini......Hanya padaNya tempat kita bergantung harap dalam hidup ini....bukan bergantung pada yang lain seperti suami kita, anak kita, ibubapa atau sahabat dan kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja.......Mereka boleh memberikan sokongan namun sebenarnya bantuan dani sokongan dari Allahlah itulah yang terbaik dan yang sebenarnya kita dambakan!!
Kita sebagai manusia, mungkin kita rasa nak berkongsi rasahati kita dengan manusia...tetapi sebenarnya perlulah terlebih dahulu kita berkongsi rasahati dan mengadu pada Allah....hanya Dia yang boleh membantu kita kerana Allah Maha Mengetahui segala isi hati kita..... dan yang sebenarnya memberi ketenangan pada jiwa kita!
Selalunya manusia suka dan silap menilai dan sering memberikan pandangan dan nasihat yang kurang tepat.....apapun mengadu dan kembali pada Allah terlebih dahulu dari pada mengadu pada manusia itu adalah penyelesaian yang terbaik!!
Seperti diri sendiri, orang lain juga ada kelemahan masing-masing.....tapi perlunya kita cuba fokuskan kekuatan bersama untuk dimanfaatkan. Segala kelemahan itu perlu sama-sama diperoses bukan diperbesar-besarkan sehingga menjadi satu isu yang hangat diperbincangkan!
Begitu uniknya hati manusia ini.....ia boleh jadi hati yang lembut, baik dan bersih ataupun ia juga boleh jadi hati yang busuk, keras dan kasar! Semua ini bergantung sejauhmana hati ini dikembalikan berhubung dengan Allah SWT. Semakin hati itu dihubungkan dengan Allah......semakin lembut, baik dan bersihlah ia!!
Jadi , sama-samalah kita memproses dan memperbaiki diri kita untuk memiliki hati yang Allah suka......iaitu hati yang paling bersih, paling lembut dan paling cekal.....iaitu paling bersih dalam keyakinannya, paling lembut dengan sahabatnya dan paling cekal dalam beragama...kerana dengan hati inilah kita akan menghadap kehadratNya nanti, insyaAllah!!
asm
ReplyDeleteAkhlak atau perbuatan kita sabenarnya terbit dari hati...raja kepada seluruh anggota kita....kita tidak dapat sorokan ...lambat laun akan terbukti terutama bila kita teruji atau teruja dengan persekitaran yang melalaikan disebabkan nafsu, iblis, syaitan, emosi dll. Manusia lain mungkin tidak mampu menghidu penyakit hati kita dengan kadar segera tetapi yakinlah Allah tahu segala-galanya dari awal lagi...Ingatlah " Dan Allah MAHA TELITI terhadap apa yang kamu kerjakan" At Taubah : 16
ATH