Bismillahirrahmanirrahim.....
Daripada sabda Rasulullah saw yang bermaksud....
" Adalah termasuk kebaikan Islam sesaorang, yakni dia meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya."
Sesaorang yang baik dan teguh keislamannya akan melakukan sesuatu yang bermanfaat baginya. Dia akan menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mendapat keredaan Allah SWT. Dan diantara kesibukan yang paling utama yang perlu dilaksanakan adalah membersihkan hati , yang sebenarnya merupakan sesuatu yang fardhu atau wajib. Mensia-siakan perkara-perkara yang fardhu akan menjejaskan ibadah yang sunat. Contohnya kebersihan anggota badan jadi tidak bermanfaat pada diri jika hati tidak bersih. Dan cara untuk membersihkan hati kita adalah dengan mengamalkan segala isi Al Quran. Al-Quran perlu sentiasa dekat di jiwa kita , membacanya, mentadabburnya dan mengamalkannya.......!!
Apabila hati kita bersih dan terjaga, anggota badan akan terjaga dan bersih dari melakukan perkara-perkara yang dosa dan maksiat. Hati yang bersih akan dipenuhi dengan ketauhidan dan keimanan pada Allah, tawakkal, yakin, taufiq, ilmu dan dekatnya dengan Allah SWT.
Apabila hati telah bersih dan suci, ia akan dapat mendengar seruan Allah SWT dari segenap penjuru. Hatinya dapat mendengarkan panggilan dari setiap para Nabi dan Rasul, para siddiqin dan para wali. Hatinya akan hidup bila ia dekat pada Allah SWT dan kematian bagi hati bila menjauh dari Allah SWT. Dia akan rasa puas dan redha akan segala sesuatu yang diberikan oleh Allah SWT dan tidak mengharap pada makhluk Allah SWT dalam memenuhi keperluannya.
Apabila hati seorang hamba telah sampai kepada Allah SWT, dia tidak akan menemui kesulitan untuk dekat pada Allah dan berbisik padaNya serta menjadi orang yang terpercaya di sisiNya serta tidak berkeinginan untuk kembali selain kepadaNya. Hati hanya akan mampu sampai ke tingkatan ini dengan melakukan semua yang fardhu, bersabar dalam meninggalkan yang haram, syubhat dan kesenangan.......Meninggalkannya semata-mata kerana Allah SWT, memerangi jiwa dari hawa nafsu dan syaitan dan kosong jiwa dari segala pujian dan cacian manusia, pemberian atau penolakan dan sebagainya....pendekata hatinya bergantung hanya pada Allah sahaja...!!
Begitulah hakikat hati yang ingin kita miliki.......hanya akan didapati dengan melalui usaha yang berterusan memproses jiwa, membuang segala sifat mazmumah dan menggantikannya denga sifat mahmudah. Menyedari bahawa keperluan membersihnya sesuatu yang wajib......sebab segalanya terletak di jiwa, iman takwa, tawakkal, redha.....dan hati inilah yang kita nak bawa pulang kepadaNya, jasad fizikal ini akan musnah dan hancur bila tiba saat kematian nanti.
Perjalanan hidup ini sebenarnya merupakan perjalanan hati kita menujuNya yang mana setiap detik semakin hampir...... bagaimanakah persediaan kita?? Sejauhmana kesedaran di jiwa kita tentang hakikat ini.......begitu jugalah usha kita.
Semoga Allah memberikan kita kesedaran yang tinggi , taufik dan hidayahNya untuk terus berada di atas jalanNya yang lurus ini.......Amin!!
Rujukan
Wasiat dan Nasihat kerohanaian
Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani
No comments:
Post a Comment