Bismillahirrahmanirrahim....
Hari demi hari telah berlalu....semakin lama semakin menghampiri bulan Ramadhan. Sedar tak sedar, minggu hadapan telah mula kita umat Islam seluruh dunia akan berpuasa. Kita akan menginjakkan kaki kita ke bulan mulia penuh barokah, bulan rahmat di mana di bulan ini kita sepatutnya mengawal dan menundukkan hawa nafsu kita, menjaga tuturkata kita, menjaga agar puasa kita sempurna zahir dan batin, meningkatkan ibadat solat kita dan berusaha sebanyak mungkin membuat amal kebajikan...........
Perlunya kita membuat persediaan sebelum memasuki Ramadhan......lebih-lebih lagi dengan penuh persediaan hati dan jiwa kita untuk menjalani madrasah Ramadhan! Ya.... di samping persediaan ilmu tentang hakikat berpuasa yang sepatutnya kita ketahui dan apakah matlamat utama ibadah ini....
Persediaan hati inilah merupakan persediaan yang paling penting dan juga paling sukar.....kerana hati inilah yang kita nak didik, nak tundukkan hawa nafsu yang ada dalamnya. Supaya apa yang ada didalam jiwa kita ini dapat dihubungkan dengan kehendak Allah.
Kita hanya boleh menjaga lidah kita, tuturkata kita bila hati kita ini, kita kekang dari berkata yang bukan-bukan......kita dapat mengawal mata dari melihat perkara yang haram dan telinga kita dari mendengar yang tidak syarak , hanya setelah kita telah dapat mengawal hati kita......
Hakikatnya, mengawal hati ini kerja yang paling susah. Hati kita ini ibarat kuda liar yang perlu dijinakkan....caranya dengan banyak mengingati Allah, mengekang kehendak hawa nafsu melalui berpuasa zahir dan batin, membanyakkan ibadah supaya hati tu dapat di bersihkan dari kotoran yang sekian lama telah mencemarinya.....dengan itu hati jadi lunak dan lembut, tersentuh jiwa dengan ayat-ayat Allah!! Dengan kata lain hati kita sebenarnya yang perlu menjalani ibadah puasa, bukan hanya sekadar puasa perut dari makan dan miinum sahaja!!
Dalam realiti kita seharian berinteraksi dengan insan lain, perlunya kita lebih berhati-hati agar tidak 'over'...kadang-kadang terlebih cakap, terlebih gurau, akhirnya sendiri terjebak dalam perbuatan ghibah (mengumpat) dan lagha (sia-sia). Kurasai sendiri hal ini.....kadang-kadang rasanya lebih baik banyak menyendiri dari banyak bergaul dan bercakap , akhirnya mengutip dosa-dosa kering! Kita kena sibukkan diri kita dengan ibadah seperti membaca Al- Quran, berzikir dan berdoa serta memperbanyakkan istighfar...............
Jadi, dengan itu kita tidak akan punya banyak masa untuk yang lain iaitu perkara yang tidak berfaedah sekalipun memikirkannya!!
Tapi persoalannya yang bermain di fikiranku.....cukup bersediakah aku untuk melaksanakan apa yang ku tahu? Hakikatnya, aku kecundang juga sebelum ini, menuruti keinginan hawa nafsuku, sehingga diri jadi lemah, lesu dan semangat diri hilang. Begitulah Allah uji kita untuk kita sedari bahawa kita ini cuma insan biasa yang banyak kelemahan diri. Apabila kita menghubungkan hati kita dengan Allah semula, dapatlah kita mengawal diri kita semula, dapat membangunkan semula semangat diri yang hilang...........
Tapi bila kita leka dari mengingatiNya , kita akan lemah, letih , sempit jiwa dan tidak bermaya semula. Begitulah jatuh bangun, kuat atau lemah diri ini bergantung sejauh mana kita dapat menghubungkan hati dengan Allah!!
Kekuatan kita sebenarnya bukan terletak pada fizikal tubuh yang kuat , tapi sebenarnya terletak pada kekuatan jiwa yang tersembunyi. Bila hati sakit, lemah tidak bermaya, maka fizikal tadi turut sakit dan tidak bermaya! Jadi perlu sangat kita jagai hati kita ini.....walau pun ia merupakan sekeping hati yang kita tak nampak secara fiziknya, tapi peranannya cukap besar dalam kehidupan kita ini!
Ya Allah, berikanlah aku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut NamaMu, hati yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan badan yang ringan menyempurnakan ketaatan perintahMu...........
Ya Allah, kurniakanlah aku iman yang sempurna, hati yang khusyu, ilmu yang berguna dan keyakinan yang benar-benar mantap...
Amin Ya Rabbal Alamin....perkenankanlah ya Allah , TuhanKu yang Maha Pengasih...
Kasihanilah daku dan kasihanilah semua orang-orang yang beriman..
asm
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kita Kekuatan iman untuk memasukki Ramadhan....Semoga kita mampu berperang dengan nafsu kita yang sentiasa berusaha untuk mempengaruhi akal dan fizikal kita untuk membuat perkara yang melalaikan dan maksiat pada Allah...dan bila kita mula melakukan dosa ia ibarat kita mula meminum racun...kalau pun tidak mematikan kita tetapi tetap melemahkan kita....Selamat Meyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini.....
Abu HAB