Thursday, July 28, 2011

12 amalan-amalan yang perlu dilakukan semasa memasuki bulan Ramadhan


  • Memperbanyakan taubat dan istighfar kepada Allah S.W.T supaya memasuki bulan Ramadhan ini dengan jiwa dan hati yang bersih, putih dan jernih.
  •  Berbaiki hubungan dengan orang lain dan lupakan segala sengketa. Jadikan ia sebagai medan bermaaf maafan.

  •  Meminta keampunan dan kemaafan daripada kedua orang tua . Banyakan istighfar dan sedekahkan doa untuk mereka.
  •  Belajar dan fahamkan Fiqh Saum ( Puasa). Telaah kitab, lihat dan rujuk buku-buku karangan ulamak muktabar.
  •  Memperbanyakan amalan soleh. Gempurkan diri dengan ibadah-ibadah sunnat tanpa mengabaikan ibadah yang fardhu.
  • Menanam azam untuk menghidupkan semua amalan soleh di dalam Bulan Ramadhan.
  • Membaca Al-Quran. Letakan target secara ansur maju untuk mengkhatam Al-Quran.
  • Memelihara solat berjemaah terutamanya di masjid.
  • Perhebatkan amalan-amalan sunnat dalam kehidupan.
  • Merancang untuk melaksanakan iktikaf di masjid pada 10 akhir Ramadhan.
  • Menjauhi amalan-amalan kefasadan dan kemungkaran terutama yang melibatkan anngota panca indera kita
  • Perlu memelihara dan menjaga hati kita daripada dosa-dosa, maksiat-maksiat dan noda-noda.
Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan dan memampukan kita untuk melaksanakannya, insyaAllah!

1 comment:

  1. asm
    InsyaAllah...sama-sama kita doakan supaya kita masuk Ramadhan dengan hati yang bersih...maafkan semua orang mudahan Allah beri nikmat semasa menjalani puasa di bulan yang mulia ini....

    Berdoalah untuk diri, keluarga dan seluruh manusia lain supaya Allah bersihkan hati-hati kita semua...

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...