Tips Ramadhan yang kurasakan berguna bagi kita untuk direnung-renungkan......dan dimanfaatkan. Artikelnya dari i luv islam dan diterjemahkan untuk kita sama-sama dapat cuba menghayatinya..
Kebanyakan orang mampu berlapar dari makan dan minium serta menahan nafsu seksual dari pasangan masing-masing semasa siangnya Ramadhan. Namun demikian satu tahap disiplin diri perlu ada untuk melakukan kebaikan dan mecegah kemungkaran dan kemaksiatan.
Satu disiplin diri yang perlu dibina yang boleh mengubah kehidupan sesaorang. Contohnya bila kita bangun sahur, bertahajjudlah terlebih dulu dengan bangun awal sedikit, kemudian membaca Quran, seterusnya bersahur dan menunggu waktu solat subuh. Dalam menunggu solat subuh perbanyakkan doa dan istighfar. Inilah disiplin diri yang dikehendaki kita tanamkan dalam diri dan cuba kita laksanakannya dengan istiqamah di sepanjang Bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang seterusnya......
Satu disiplin diri yang perlu dibina yang boleh mengubah kehidupan sesaorang. Contohnya bila kita bangun sahur, bertahajjudlah terlebih dulu dengan bangun awal sedikit, kemudian membaca Quran, seterusnya bersahur dan menunggu waktu solat subuh. Dalam menunggu solat subuh perbanyakkan doa dan istighfar. Inilah disiplin diri yang dikehendaki kita tanamkan dalam diri dan cuba kita laksanakannya dengan istiqamah di sepanjang Bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang seterusnya......
Ramadhan adalah bulan ibadah di mana Allah hendak menyedarkan kita apakah matlamat kehidupan kita dan mengapa kita dijadikan Allah. Allah menciptakan kita hanya senya untuk berubudiyyah padaNya sahaja bukan pada yang lain. Seluruh penghidupan kita ini adalah untuk Allah segala apa yang kita lakukan adalah sebagai persembahan kita yang tulus ikhlas kepadaNya.
Di bulan yang mulia ini, perlunya kita mendekatkan diri kita dengan Al Quran iaitu meluangkan masa kita dengan Al-Quran , membaca serta mentadabbur seluruh Quran itu sekurang-kurang sekali dalam bulan ini. Kemungkinan kita tidak berkesempatan menghabiskan tafsirnya dalam bulan ini, tapi boleh ditangguhkan sehingga selepas Ramadhan.
3. Merasai penderitaan mereka yang susah.
Disamping itu, agar puasa orang lain memberi manfaat kepada kita, perlunya kita banyak bersedakah dengan menyediakan makan dan minum bagi orang yang berbuka puasa. Pahala puasa orang yan kita beri makan dan minum ini dapat kita nikmati tanpa mengurangi sedikit pun pahala mereka.
4. Terikat dengan Quran
Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan.. Jadi Ramadhan adalah bulan Al-
Quran. Sangat-sangat penting bagi kita untuk menwujudkan hubungan yang erat di mana sahaja kita berada dengan Al-Quran. Bacalah Quran di setiap kesempatan yang terluang.
Bagi kita orang kebanyakan yang bukan hafiz, kita perlu membaca Quran sekurang-kurangnya satu juzuk sehari, lebih kurang 20 muka surat (10 helai sejuzuk) dengan ini dapatlah menghabiskan 30 juzuk al-Quran sebulan Ramadhan. Jika kita dapat melakukan lebih lagi, alhamdulillah, itu lagi baik..
Disamping itu , perlu juga memahami isi kandungan Al-Quran : membaca Al Quran, melihat terjemahannya dan membaca juga komentarinya..Cubalah lakukannya setiap hari. Seluruh 30 juzuk komentari ini mungkin tidak dapat dihabiskan dalam sebulan Ramadhan, namun satu perancangan telah ada dan sedang dibuat untuk menghabiskanya sepanjang tahun nanti, insyaAllah.... . Juga , cubalah menghafal surah-surah pendek seperti Al Mulk, Surah al- Kahfi, Yasin, Waqiah dan Sajdah serta surah dari juzuk 30.
Ramadhan adalah bulan mujahadah dan pengorbanan. Ia adalah satu bulan di mana Allah menghendaki masa kita, kesihatan kita, dan seluruh jiwa raga kita diserahkan kepadaNya . Dibulan-bulan yang lain kita sibuk dengan kehidupan dunia kita .....hanya sebulan ini kita perlu melatih diri kita benar-benar menyerahkan seluruh kehidupan kita untuk Allah, mengekang hawa nafsu kita untuk Allah SWT! Kita korbankan masa tidur kita, keinginan syahwat kita, hajat kita, wang ringgit kita untuk Allah.
Kebiasaannya kita hidup dengan kemewahan, makan minum dengan sekenyangnya, berbelanja ikut keinginan hati, santai, banyak rehat....... ambil masa sejenak, dalam sebulan ini kita bertafakur dan muhasabah diri.......adakah ini tujuan hidup kita? Bak kata pepatah Inggeris, "No pain, no gain,” bermaksud..... Tiada pengorbanan atau kesakitan maka tiadalah keberuntungan. Jumlah pengorbanan dan mujahadah yang kita lakukan dalam bulan ini , Allah akan beri ganjaran di hari akhirat nanti. Berkorbanlah untuk Allah dan lihatlah nanti apa yang Allah akan sediakan untuk kita kelak!!
Dalam memperhambakan diri pada Allah. satu perkara yang penting adalah hendaknya kita selalu berdoa kepada Allah SWT. Sepanjang bulan ini, Allah akan memakbulkan dan menerima doa kita. Amatlah rugi kita tidak menggunakan peluang ini untuk meminta kepada Allah akan segala keperluan kita. Dalam berdoa, letakkan prioriti doa untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan ummah Islam amnya.
Semasa berdoa, mohonlah kebaikan hidup di dunia, lebih-lebih lagi untuk akhirat kita. Berdoa ini bukanlah semata-mata kita inginkan semua hajat kita Allah makbulkan, tapi sebenanyanya berdoa ini adalah sebagai tanda kehambaan kita padaNya, rasa bergantung harap kita pada Allah dalam seluruh kehidupan kita. Itulah sebenarnya tujuan utama kita berdoa dengan sebanyak mungkin.
Diantara perkara yang Allah suka adalah, menjawab segala doa hambaNya yang berdoa kepadaNya. Sebaik-baiknya, berdoalah dengan sungguh-sungguh yang datangnya dari hati yang ikhlas sehingga mengalirkan air mata. Air mata yang menitis kerana Allah ini dinilai tinggi olehNya. Jadi , bersihkan lah hati kita dengan banyak beristighfar dan berdoa dengan bermandikan airmata keinsafan. Mudah-mudahan roh kita dapat dibersihkan dan ianya bersinar dengan air mata yang di tumpahkan kerana Allah......
Semasa berdoa, mohonlah kebaikan hidup di dunia, lebih-lebih lagi untuk akhirat kita. Berdoa ini bukanlah semata-mata kita inginkan semua hajat kita Allah makbulkan, tapi sebenanyanya berdoa ini adalah sebagai tanda kehambaan kita padaNya, rasa bergantung harap kita pada Allah dalam seluruh kehidupan kita. Itulah sebenarnya tujuan utama kita berdoa dengan sebanyak mungkin.
Diantara perkara yang Allah suka adalah, menjawab segala doa hambaNya yang berdoa kepadaNya. Sebaik-baiknya, berdoalah dengan sungguh-sungguh yang datangnya dari hati yang ikhlas sehingga mengalirkan air mata. Air mata yang menitis kerana Allah ini dinilai tinggi olehNya. Jadi , bersihkan lah hati kita dengan banyak beristighfar dan berdoa dengan bermandikan airmata keinsafan. Mudah-mudahan roh kita dapat dibersihkan dan ianya bersinar dengan air mata yang di tumpahkan kerana Allah......
Ramadhan adalah satu bulan untuk memaksimumkan amal soleh dan dan mencegah diri dari melakukan apa jua perbuatan keji dan maksiat. Dengan berada bersama-sama rakan atau sahabat yang baik dan soleh dapat membolehkan kita mencapai matlamat ini. Keuntungan yang minima yang kita perolehi bila bersama sahabat yang soleh ini kita akan terhindar dari melakukan maksiat dan dosa dimana dengan ini membolehkan kita kemudiannya menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Tarmizi di mana Nabi saw memegang tangan Abu Hurairah sambil berkata...
" Wahai Abu Hurairah, jauhkan diri dari segala kemungkaran dan engkau akan menjadi hamba Allah yang sebenarnya. "
Jadi manafaat yang minima boleh didapati apabila kita bersama orang yang bersama Allah adalah kita juga tergolong dikalangan mereka....Bukankah ini yang terbaik untuk kita?
8 Bersyukur
Rahsia untuk meningkatkan dan menggandakan sesuatu adalah dengan bersyukur. Untuk memastikan kita bertemu lagi dengan bulan Ramdhan pada tahun hadapan adalah perlunya kita bersyukur dan menghargai Ramadhan pada tahun ini. Sebenarnya kesyukuran ini perlu kita lakukan dalam semua aspek, walaupun pada benda atau perkara yang kita pandang remeh dan kecil atau perkara yang kita "take things for granted".
Kita bersyukur kita mempunyai iman, mempunyai Islam dan kita adalah ummah yang terbaik disisi Allah SWT. Jadi sebagai melahirkan kesyukuran kita, segala sesuatu yang ada pada diri kita digunakan di atas jalan Allah semata-mata. Allah mempunyai kurnia dan rahmatnya yang tidak terhingga kepada sesiapa yang mensyukuriNya. Ramadhan adalah salah satu kurniaan, rahmatNya: jadi untuk kita benar-benar menghargai kurniaan Allah ini, kita mestilah menjalani kehidupan kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mudah-mudahan diakhirnya nanti ...kita akan memperoleh sesuatu yang cukup berharga dalam diri iaitu taqwa!
Sesiapa yang mencintai akan dicintai. Itu adalah asas kasih sayang. Allah mengakui bahawa Rasulullah itu adalah kekasihNya. Jadi jika kita mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah dengan mengikuti sunnahnya, maka kita juga akan mendapat kasih sayang Allah. Jadi dalam bulan Ramadhan ini kita berbuatlah sesuatu amal itu dengan cara yang terbaik dan cara terbaik adalah dengan mengikuti sunnah Rasulullah saw.
10. Istiqamah
Imam Junaid Al-Baghdadi (RA) berkata, “Istiqamah itu adalah lebih hebat dari 1000 keajaiban..”
Janganlah kita terlalu memberatkan diri di awal Ramadhan, fikir dan rancangkanlah satu rutin harian yang boleh kita lakukan secara istiqamah dibulan ini. Perlu kita sedari bahawa sebenarnya amalan yang paling Allah suka adalah amalan yang istiqamah walaupun sedikit.
Juga, perlunya kita bersyukur selalu pada Allah kerana dengan izinNya kita dapat melakukan amal soleh, dapat menghindarkan diri kita dari berbuat maksiat dan juga kerana kita boleh beristiqamah dengan amalan kita . Jadikanlah amalan di bulan Ramadhan ini bukan terhenti setelah berakhirnya bulan ini, malah juga mampu diteruskan di sebelas bulan yang akan datang. Shaikhul Imam-Hasan Kandehlawi (RA) said, “ Sesiapa yang kehidupannya sama seperti yang dia buat di bulan Ramadhan, kematian akan menjemput mereka sepertimana kedatangan hari Eid bagi orang yang berpuasa."
Rujukan...
i luv islam
salam alaik cikgu,
ReplyDeletesubhanallah. bila ada penulisan mcm ni,
terasa dekat dgn diri utk diamalkan,
bahkan disisip pencerahan yg baik bg setiap amalan.
insyaAllah. akan berusaha utk mengamalkannya.
moga Allah kasih dengan cikgu.
jazakillah.
walaikum salam...
ReplyDeletesebenarnya artikel di cari ditujukan untuk diri yang banyak leka dan lalai ini, dan sama-sama dapt dikongsikan dengan pembaca blog.
InsyaAllah Allah mengasihi semua orang yang benar-benar beriman padaNya yang sanggup berkorban untukNya. Semoga kita tergolong dikalangan mereka.Amin