Bismillahirrahmanirrahim......
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadratNya, kerana dengan izinNya ku telah melangkahkan kakiku ke tahun baru Masihi 2012, tahun baru yang mendatang dengan tugas dan tanggungjawabku sebagai pendidik...mendidik anak-anak bangsaku . Kan ku cuba melaksanakan tugas ini sebaik mungkin.....difikiranku tersemat satu kata-kata ...untuk menjadi pendidik perlulah terdidik! Memang berat sebenarnya tanggungjawab ini....bukan setakat memberikan ilmu tapi sebenarnya perlu memberikan kefahaman tentang tanggungjawab kita sebagai insan yang dijadikan Allah...Namun bukanlah semudah itu, sebenarnya kita perlu menjadi contoh kepada anak didik kita dari segi sahsiah, akhlak yang dapat diikuti...
Esok adalah hari pertamaku ke sekolah pada tahun ini. Jadi perlu diiisi jiwa ini dengan matlamat yang jelas mengapa aku ke sekolah! Perlunya sentiasa mendidik diri, memperbaiki segala kelemahan di tahun lepas.....bila ku kenangi, aduhai...kan ku cuba tidak mengulangi kesilapan yang lepas...ya Allah bantulah aku yang lemah ini!! InsyaAllah mudah-mudahan dengan pertolongan dariNya ku dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih baik, lebih sistematik......
Teringat kata-kata sahabat sewaktu taklimat semasa aku menghantar anakku mendaftar diri ke Tingkatan Satu di Sekolah Maahad Tarbiyah Islamiyah ........apa yang penting dalam mendidik anak-anak ini bukanlah setakat hanya menjadikan mereka cemerlang dalam akademik dengan banyaknya A tapi yang penting sekali mendidik mereka menjadi manusia yang tahu matlamat hidup mereka...apakah tujuan kehidupan ini, bukanlah setakat mainan belaka? Bukanlah matlamat pendidikan itu untuk melahirkan orang yang bijak pandai supaya dapat jadi doktor, jurutera, pensyarah dsbnya sahaja....
Realitinya sekarang masing-masing berlumba untuk mendapatkan banyaknya A dalam subjek tapi terlupa menekankan soal iman dan aqidah yang menjadi teras dan tunjang diri.....akibatnya setelah mencapai kejayaan ada yang terbabas dari segi pergaulan, sahsiah diri bahkan aqidah juga ! Kita lihatlah apa yang berlaku sekarang kepada yang menjadi kebanggaan Malaysia suatu ketika dulu yang telah meraih 17 A dalam SPM 2005 ...seorang pelajar wanita yang sopan dan bertudung, tapi sekarang ni telah berubah sama sekali sahsiah diri!
Begitu juga ku dapat berita dari sahibahku seorang kaunselor di salah sebuah pusat pengajian tinggi.....seorang pelajar yang mendapat 10 A1 dalam SPM yang sedang mengikuti foundation studies disebuah institusi.....telah murtad ke agama Kristian..., tidak diduga sama sekali oleh ibu bapanya kerana anaknya itu bukanlah tergolong dari yang suka bersosial, sahsiahnya baik dan dia solat! Gejala kemurtadan ini sudah berleluasa di Malaysia sekarang. Mana tidaknya, dakyah Kristian ini mencari mangsanya yang lemah iman, yang bermasalah, yang tidak pandai bersosial suka bersendirian...mereka ini didekati dengan kasihsayang, ambil berat, diberi bantuan...akhirnya terjebak!
Di manakah silapnya pendidikan hari ini?
Pendidikan hari ini adalah pendidikan sekular yang memisahkan agama dari ilmu. Ilmu yang disampaikan begitu terpisah dari ilmu deen yang dapat mendidik jiwa mengenali siapakah pencipta manusia, makhluk seluruhnya dan segenap alam ini. Hati dan jiwa tidak diisi dengan keimanan pada Allah yang menyebabkan jiwa itu kosong...dan kekosongan ini diisi dengan unsur-unsur negatif dan menyeleweng!
Ibubapa pulak sibuk bekerja mencari wang, dan biasanya lebih menekankan hal akademik anak sahaja......anak mesti dapat banyak A dalam peperiksaan untuk itu anak di hantar ke tuition hampir semua subjek. Anak-anak ditekankan supaya belajar, belajar dan belajar.....Ibubapa yang kaya pula hantar anak ke personal tuition yang mahal yang bayarannya lebih kurang Rm 40 sejam bagi satu subjek! Penekanan agama pula tidak dipentingkan......kenapa jadi begini? Bukankah dunia yang dikejar ini hanya sementara sahaja? Bahagiakah kita dengan pencapaian akademik semata.....tapi cetek dari segi agama?
Perlulah sama-sama betulkan semula prioriti dalam hidup kita ini.....dunia yang dikejar akhirat jangan ditinggalkan. Lebih tepat lagi kejarlah akhirat maka dunia akan menyusuli kalian....!
Sama-samalah kita memanjatkan doa ke hadratNya supaya tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.....usahakanlah supaya ada peningkatan dalam diri dari segi hubungan dengan Allah dan Rasul, hubungan dengan ibu bapa dan hubungan dengan masyarakat. Bukanlah semestinya banyak kita lakukan sekali gus tapi pertingkatkan sedikit demi sedikit tapi berterusan. Ini lebih baik dan berkesan dalam membentuk tabiat diri yang berkekalan, insyaAllah.
insyaalah, sama samalah muhasabah
ReplyDeletehabat
Abang doakan semoga Allah mudahkan urusan sekolah untuk tahun 2012..pohonlah pertolongan dalam urusan kecil dan besar..kita kuat jika Allah bersama kita...kita lemah jika syaitan bersama kita..minta dilindungi Allah
ReplyDeleteSuamimu
Umi, hasan nak minta maaf atas salah silap yg dibuat, samada sengaja atau tidak. maaf jk terkilan , tak jaga perasaan dan dsb .
ReplyDeleteKekadang, bila bercakap ttg sesuatu lebih senang drp mempraktikan perkara tersebut. hasan sendiri pun banyak kelemahan. so, sama samalah perbaiki diri bermula dgn diri sendiri dan kpd org lain agar dpt manfaat bersama. wallahua'lam
waalaikum salam
ReplyDeleteinsyaAllah sama-samalah kita perbaiki diri untuk kita mendekatkan diri kita pd Allah. Kita semua ni insan biasa yg byk kelemhan dan selalu buat dosa. Tapi sebaik- baik manusia yg buat silap ni, yg cepat-cepat bertaubat, dan perbaik diri. Manusia man x buat silap, bumi mana x ditimpa hujan!