Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua dapat ku teruskan coretan di blogku ini setelah beberapa minggu 'berehat' seketika. Berehat dalam ertikata aku membuat refleksi diri tentang apa yang telah ku tulis selama ini.....walaupun tidak menulis namun sering ku ulang-ulangi membaca apa yang ku tulis selama ini.... sebenarnya pengulangan itu perlu dalam rangka muhasabah diri, sebenarnya masih banyak yang kita perlu perbaiki diri .Dirasakan kita ini lebih banyak bercakap, membaca, mengumpul ilmu dari kita mengamalkan apa yang kita faham!
Ilmu yang hidup dan bermanfaat adalah ilmu yang di amalkan....tidak semestinya apa yang kita tahu itu semuanya kita sudah amalkan! Dalam kita melalui hidup ini....sebagai manusia disebabkan kekurangan kesungguhan diri, kemalasan diri, suka bertangguh.....kita lebih banyak bercakap dari beramal. Cakap selalunya tak serupa bikin! Perkara inilah yang perlu kita ambil berat dan proseskan dalam hati kita.....sejauhmana benar-benar kita sudah melaksanakan apa yang difahami tentang deen Allah ini.
Sesungguhnya tanpa pertolongan dariNya, taufik dan hidayahnya sememangnya kita tak mampu buat apa-apa! Justru itu, panjatkanlah doa kita selalu padaNya agar Allah mencampakkan dalam hati kita ini rasa suka dan cinta pada apa yang dicintai Allah.....dan benci pada apa yang benciNya. Kita mulailah dalam diri kita melakukan perkara atau amal yang kecil...walaupun nampak kecil tapi jika ada keikhlasan jiwa dalam melaksanakannya...maka ia jadi amal soleh.
Tarbiah diri di mulai dengan tarbiah hati yang memfokuskan pada melaksanakan sesuatu itu atas dasar yang betul dan ikhlas kerana Allah. Jangan setakat nak cepat sahaja menghabiskan sesuatu kerja.....tapi dalam melaksanakannya, terlupa jiwa kita ketika itu berhubung dengan Allah. Mulai sesuatu dengan Bismillah dan akhiri ia dengan Alhamdulillah dan istighfar.........dan semasa melaksanakannya jaga niat kita sentiasa. Ku rasakan nak istiqamah dengan ini pun ...sukar juga, kadang-kadang kita nak cepat siap, kelam kabut.....akhirnya walaupun perkara ini nampak mudah sahaja, kita sering terlupa! Apatahlagi bila banyaknya kerja yang kita kena buat......
Keterikatan hati kita dengan Allah akan membantu kita melalui proses tarbiah ini dengan istiqamah...walaupun dengan keadaan jatuh bangun, lemah kemudian kembali kuat.....pada setiap keadaan kita perlu sentiasa kembali pada Allah menyerah diri padaNya! Dalam apa jua suasana kita tidak boleh pisahkan diri kita dari tarbiah Islam...jika kita berhajat untuk menghayati kesyumulannya dalam diri. Islam tidak mampu ditegakkan tanpa tarbiah!
Sememangnya, jika kita sedari sebenarnya kita ini sentiasa dalam kesibukan diri mentarbiah jiwa kita walaupun kita berada bersendirian mahupun bersama masyarakat.Tiada istilah kita tiada kerja nak buat, bosan dan sebagainya... Setiap detik dan masa seharusnyanya kita isi dengan perkara yang memberi manfaat pada deen islam, pada peningkatan diri sama ada dari sudut akli atau rohi. Setiap detik masa itu berharga sebenarnya! Namun perkara inilah yang sering kita terlalai dan terleka.....
Masa berlalu dan pergi, tidak menunggu kita. Suatu masa kita akan kembali padaNya. Teringat aku pada kawan baikku yang baru kematian suaminya.....yang kesedihan ditinggalkan, sentiasa merinduinya. Kubisikkan padanya, suami yang dikasihi itu telah kembali ke kampung halaman yang abadi terlebih awal dari kita....kita juga akan mengikutinya entah bila, mungkin cepat atau lambat...masanya pasti tiba. Jadi persediaan kita untuk itu, bagaimana? Itu yang sepatutnya kita takuti....bukanlah kita merintih menangis kepiluan berpanjangan kerana ditinggalkan. Hati mana yang tidak rasa sedih menangisi insan tersayang, itu memang lumrah insan yang kehilangan dan kerinduan....tapi sedarilah kita akan menyusuli kemudian, hidup ini perlu diteruskan walau bagaimana berat jiwa ini!
InsyaAllah semoga Allah memberikan kita kekuatan jiwa dalam melalui samudera kehidupan yang banyak ujian ini....agar kita dapat melaluinya dengan tabah. Teringat ku akan lirik nasyid kumpulan Shoutul Harakah yang sering terngiang-ngiang di fikiranku....
Mengharungi samudera kehidupan...
Kita ibarat para pengembara...
Hidup ini adalah perjuangan..
Tiada masa untuk berpangku tangan...
Setiap tetes peluh dan darah
Tidak kan sirna di telan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan...
Semoga kita tingkatkan kesungguhan kita mendalami dan menghayati islam dalam diri, keluarga dan masyarakat . Mudah-mudahan hati kita gembira dan bahagia kerana mentaati Allah dan menjauhi laranganNya dan juga rasa sedih kerana memaksiatiNya. Amin.
Ku akhiri dengan rakaman video yang menyentuh hatiku....sama-sama kita saksikan semoga ia menyentuh jiwa kita bersama.
Ku akhiri dengan rakaman video yang menyentuh hatiku....sama-sama kita saksikan semoga ia menyentuh jiwa kita bersama.
No comments:
Post a Comment