Bismillahirrahmanirrahim...
Bak kata pepatah....
Dunia itu adalah racun, maka zuhud itu adalah ubatnya.
Harta itu adalah racun, maka zakat itu adalah ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu adalah racun, maka zikir itu adalah ubatnya.
Seluruh umur itu adalah racun, taat itu adalah ubatnya.
Seluruh tahun itu adalah racun, Ramadhan itu adalah ubatnya!!
Ramadhan datang sebagai penawar bagi diri yang kelesuan dengan mehnah ujian kehidupan.!
Justru itu sewajarnya kita bergembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan yang mulia yang penuh barokah ini. Tidak seharusnya terlintas dihati kita ini, ianya sebagai satu beban untuk melaksanakan amal soleh dalam keadaan berpuasa pulak tu dan lagi...... perlu menahan lapar dahaga dan hawa nafsu!
Sebenarnya bulan ini adalah bulan latihan intensif bagi diri.....mensucikan hati nurani kita agar dengan hati yang bersih ini kita dapat menghubungkan jiwa kita dengan Allah, merasai panggilan Allah sebagai orang yang beriman yang siap siaga melaksanakan suruhan Allah persis seorang askar yang patuh menyahut panggilan melaksanakan tugas mempertahankan negara!
Walaupun matlamat akhirnya cukup murni....kenapa ramai yang kecundang dalam menghayati hakikat puasa yang sebenarnya? Di siang hari di bulan puasa hanya menahan lapar dan dahaga, bila tiba malam lain pula ceritanya. Nafsu yang dikekang tadi....sudah lepas bebas, belum pun habis bulan puasa! Nafsu dijamu sepuas-puasnya dengan makanan yang enak, sudah jadi pesta makanan menjamu selera!!
Hakikatnya ramai tidak faham dan tidak sedar akan tuntutan puasa ini dalam diri. Sebenarnya dibulan ini tidak kira siang atau malam perlunya kita mengekang nafsu diri kita mengikut yang disyariatkan....
dan keadaaan ini kita teruskan di bulan-bulan yang lainnya. Janganlah jadikan ibadah puasa ini sebagai adat tahunan setahun sekali.....yang ditunggu bukan bulan puasa tapi hari raya Aidil Fitri! Dari sebelum bulan puasaa lagi dah buat persediaan nak beraya, sibuk shopping itu ini, sehinggakan melaksanakan ibadah puasa ini hanya sebagi rutin sahaja.....setakat tahan lapar dahaga tidak lebih dari itu! Alangkah ruginya kita jika itulah kita lakukan selama ini!!
Kita sepatutnya kurangkan makan kita, kurangkan bercakap yang tidak perlu, kurangkan pembaziran, kurangkan tidor kita...tapi tambahkan amal ibadah kita ; solat fardu ditambahkan dengan solat sunat, tahajjud, tarawih, witir, taubat, tasbih, hajat dsbnya.., tingkatkan bacaan Quran kita sekurang-kurang sejuzuk sehari, tadabbur dan tadarrus Quran, tingkatkan sedekah kita dari segi wang ringgit , masa dan tenaga kita digunakan untuk jalan Allah......Kita jaga mata dari melihat perkara yang haram , begitu juga telinga, mulut , kaki tangan dan yang pentingnya hati kita.
Sebenarnya kita kena menjadikan nafsu diri kita tunduk dibawah telunjuk iman yang ada di dada....segala nilai yang kita pegang perlu selari dengan nilai Allah, nilai syarak........bukan ikut ego sendiri, logik akal masing-masing!
Dibulan yang mulia kita di galakkkan perbaharui iman kita dengan banyak menyebut kalimah tauhid, perbanyakkan istighfar untuk membersihkan jiwa kita dan memperbanyakkan doa mohon ampunan dosa supaya dibebaskan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ! Inilah sebenarnya yang wajar kita pohon dari Allah dan kita maksimakan amal soleh kita agar doa kita Allah makbulkan.
Mudah-mudahan dengan kesungguhan diri dan keikhlasan hati melaksanakan ibadah puasa sejak hari pertama hinggalah ke akhir Ramadhan, Allah mengizinkan kita bertemu dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam yang penuh keberkatan iaitu malam Lailatul qadar....... ini satu anugerah yang tidak terhingga dari Allah!
MasyaAllah.... mudah-mudahan Allah izinkan bertemu dengan malam keberkatan itu! Ameen.
No comments:
Post a Comment