Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah setinggi-tinggi rasa syukur ku panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya dapat ku coretkan sedikit peringatan buat diri sendiri dan sama-sama dikongsikan kepada pembaca blog untuk kita sama-sama muhasabah diri kita, memperbaiki diri kita dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT kerana hubungan dengan pencipta kita ini adalah teramat penting yang perlu kita jaga melebihi segalanya......
Ini adalah kerana hubungan kita dengan Allah menentukan status diri kita di sisiNya...sama ada di terima atau di tolak oleh Allah SWT. Penerimaan Allah pada diri kita sebagai hambaNya seharusnya menjadi persoalan diri kita selalu....adakah amal yang aku buat ni Allah redo, Allah terima sebagai amal soleh? Bagaimanakah nak jadikan amalku ini walaupun kecil diterima Allah? Jalan manakah yang seharusnya ku ikuti, dan bagaimanakah yang di katakan jalan yang lurus yang sering kita baca dalam solat kita setiap hari sehari ?
Jadi sebagai seorang yang mengaku Muslim, sebenarnya persoalan-persoalan sebegini perlu kita cari jawapannya. Kita perlu menjadi Muslim melalui kefahaman dan kesedaran yang sebenarnya, bukannya Muslim ikut-ikutan atau Muslim yang diwarisi dari keluarga kita! Kita seharusnya mempunyai ilmu yang memberikan kita kefahaman dan membangkitkan kesedaran tentang status diri kita......di mana kita disisi Allah?
Sama-sama kita renungkan satu hadith Rasul......
" Apabila Allah menghendaki kebaikan pada sesaorang, Allah akan memberikannya kefahaman akan deenNya".
Mempunyai kefahaman yang sebenarnya dalam deen Allah ini merupakan keperluan bagi setiap Muslim....kerana dari sini akan tercetusnya kesedaran diri untuk menjadi hamba kepada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya.! Ramai orang yang tahu tapi tak sedar, ada yang tahu tapi tak faham,ada yang faham tapi tak kisah tapi yang Islam kehendaki adalah tahu, faham dan sedar dan ambil kisah!
Membiarkan diri dalam kejahilan itu adalah satu dosa yang akan ditanya Allah nanti.......jadi sewajarnya kita tingkatkan usaha kita untuk mendalami deen Allah SWT ini iaitu Islam satu-satunya deen yang Allah redai ini. InsyaaAllah, melalui kefahaman kita akan deen Allah ini, mudah-mudahan dapatlah kita melalui jalan-jalan kehidupan sebagaimana yang Allah kehendaki........kita selalulah panjatkan doa ikhlas kita supaya Allah sentiasa memberikan kita bimbinganNya dalam kita membuat keputusan,membuat penilaian, membuat plihan mengikuti syariatNya. Sebenarnya dalam hidup ini , kita tiada kepentingan diri melainkan kita nak cari redha dan barokah Allah dalam setiap gerak kerja dan rasa hati kita. Itu matlamat utama kita!
Musuh kita yang sebenarnya adalah yang tersembunyi dalam diri kita iaitu syaitan dan nafsu yang sering mengajak kita kepada kebatilan dan musuh Islam yang hendak memecahbelahkan umat Islam dan berhasrat nak menjauhkan diri kita dari deen Islam sebagai cara hidup. Agenda musuh ini tidak akan terhenti selagi kita tidak mengikuti mereka dan membuang Islam jauh-jauh dari kehidupan kita!
Musuh Allah ini sentiasa mencari ruang dan peluang supaya umat Islam ini tenggelam dan leka dalam arus keduniaan...... cintakan dunia dan takutkan mati! Inilah penyakit yang telah menimpa umat di akhir zaman nanti seperti yang telah di perkatakan oleh baginda Rasulullah saw dahulu. Jadi kita perlu bebaskan diri dari penyakit ini untuk kita menjadi umat pilihan Allah yang mendokong Islam sebagai cara hidup kita. Perlunya kita kembali pada Allah dalam segenap aspek hidup ini jika kita berhajatkan kejayaan di sisiNya, dunia dan akhirat.!
Apapun....yang penting sentiasa perbaiki diri, jaga hubungan dengan Allah selalu...inilah yang kita nak mantain dalam diri dan keluarga kita. Apabila Islam tertegak dalam diri kita, maka Islam akan tertegak dalam negara kita! Menegakkan Islam dalam negara merupakan satu tuntutan yang dipertanggungjawabkan oleh Allah pada setiap Muslim kerana melaluinya akan dapat menegakkan sistem Allah di muka bumi ini, meninggikan kalimahNya sehingga tiada yang tinggi melainkan hanya Allah SWT sahaja!! Namun ini hanya laungan kosong jika umat Islam tidak mengambil nilai-nilai Islam secara syumul dalam diri atau mengambil Islam sekularisme yang hanya ambil Islam ikut nafsu diri, mana yang sesuai ambil , tak sesuai , tinggalkan!
Tanpa kita melalui proses kefahaman dan kesedaran Islam , melalui proses tarbiyah dan tauiyah dan melakukan mujahadah dalam diri, Islam yang kita nak tegakkan dalam diri, keluarga dan masyarakat hanya akan jadi impian sahaja. Maka mulakan impian kita dengan diri kita dulu.....ambillah Islam sebagai satu-satunya pilihan hidup kita. Usahakan dalam diri kita setiap hari...bagaimana nak menjadi Muslim sebenar yang Allah kehendaki. Sibukkan diri dengan mencari kelemahan diri bukan kelemahan orang lain untuk di perbaiki!
Bukanlah orang yang menulis lebih baik dari yang membaca ...semua ini di tulis dalam rangka untuk peringatan diri sebenarnya untuk sama-sama dikongsikan. Jika ada kebenaran semuanya datang dari Allah jua tapi yang banyak kelemahan dan kesilapan dari diri sendiri yang menulis ini. Mohon maaf pada yang mengenali diri jika ada yang tersentuh jiwa terasa dihati.
Sama-sama kita bermuhasabah.... pilihanraya negara datang 5 tahun sekali, tapi sebenarnya pilihanraya dalam diri kita kena tentukan setiap hari...apakan pilihan kita sesuai dengan yang Allah kehendaki? Setiap masa kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini..........
Jadi pilihan kita di dunia ini menentukan tempat kita pilih di akhirat nanti.....sama-sama kita buat pilihan yang bijak sebelum lidah kelu dan mata tertutup!
Wallahualam....Allah dan Rasul lebih mengetahui segalanya.
assalamualaikum..
ReplyDeleteInsyaAllah..semoga kita selalu tingkatkan kefahaman dan kesedaran kita dari hari ke hari..ini amat penting bagi kita yang sentiasa perlu untuk membuat pilihan..iman atau nafsu, baik atau buruk, dosa atau pahala, syurga atau neraka.....