Bismillahirrahmanirrahim...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Alhamdulillah....syukurku ke hadrat Allah, hari ini tiba kita di penghujung Ramadan, 29 Ramadan telah pun menjelma. Esok hari terakhir kita menjalani ibadah puasa...dijangkakan hari raya pada hari Khamis insyaaAllah! Bercampur baur perasaan ini, suka dan duka menyelubungi diri.....berjayakah aku kali ini, Ramadan kali ini lebih baik ke dari yang lepas??
Suka dan gembira menyambut ketibaan Aidifitri setelah selesai menjalani ibadah puasa selama sebulan...setelah berlapar dahaga, mendidik jiwa, mujahadah hati yang turun naiknya setiap kali........masyaaAllah hikmah puasa yang menanam takwa di hati adakah sudah ku perolehi??
Suka dan gembira kerana di waktu ini keluarga, sanak saudara, rakan taulan jauh dan dekat berkumpul saling bersilaturrahim setelah lama tidak bersua... indahnya pertemuan menjalin persahabatan dan ikatan kasih sayang......!!
Namun rasa sedih terselit juga di hati pada sujud terakhir menangisi diri....apakah diri ini sudah diampuni?
Sayunya suara imam yang melaung takbir pada setiap rakaat yang dilalui.......
Sedih kerana mungkin banyak kelalaian diri yang masih belum dapat diatasi, ibadah yang optimum belum tercapai lagi dek kelemahan diri....menyesali diri mungkinkah dapat ku tebus nanti di Ramadan akan datang??
Pelbagai persoalan menghantui diri....muhasabah diri di penghujung Ramadan untuk memohon ampun padaNya atas segala kekhilafan dan kelemahan ....di penghujung Ramadan yang akan berlalu pergi...!!
Ya Allah.....Tuhanku yang Maha Pengampun dan suka mengampunkan dosa , maka ampunilah aku!!
Itulah rintihanku, insan yang lemah dan banyak kekhilafan diri .....tiada yang boleh mengampunkan melainkan hanya Engkau ya Allah...banyaknya dosaku, banyaknya kelalaianku, kurangnya kesyukuranku padaMu.....aku hanya tahu menggunakan nikmatMu tapi lalai untuk mensyukuriMu....!!
Begitulah aku setiap kali....namun Engkau tetap membukakan pintu rahmah, pintu maghfirahMu..
Besarnya cinta dan kasihMu pada hamba-hamba Mu......!!
Aduh....... malu, hina dan kerdilnya diri ini di hadapan asmaMu kebesaranMu yang tiada tandingnya!!
Ya Allah......Tuhanku yang Maha Pengampun dan suka mengampunkan dosa....maka ampunilah kami!!
Ampunilah aku, ibu bapaku, suami dan anak-anakku, keluargaku, saudara maraku, sahabat handaiku, jiran tetanggaku, semua insan yang ku sayangi..seluruh muslimin dan muslimat..... ....Ampunilah kami Ya Allah ...Maha Luas PengampunanMu pada kami...insan lemah yang banyak buat silap, banyak lalai, kurang bersyukur, kikir diri.....!! Tiada yang boleh mengampunkan dosa selain Engkau, Tuhan yang Maha Agong!!
Sempena Ramadan yang akan pergi dan Syawal yang akan menjelma.....
Ucapan dari ku buat semua...
Taqqabbalallah minna wa minkum......
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu....
Maaf Zahir dan Batin di atas semua salah dan silap......
Minal Aidzin Wal Faizin
No comments:
Post a Comment