Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Monday, August 13, 2012
Coretan hati: Ramadhan bersama Huffaz....di Surau Taman Seri Ser...
Coretan hati: Ramadhan bersama Huffaz....di Surau Taman Seri Ser...: Ramadhan Bersama Huffaz : Betapa Di Hujung Dunia Ini Masih Ada Yang Peduli Palestin in Share 1 SERDANG, SELANGOR, 5 OGOS 2012 – Apabila She...
Monday, August 06, 2012
Tazkirah Ramadhan 2012....Melepasi fasa kedua Ramadhan kali ini...!!
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah....dengan izin Allah jua kita masih berada di bulan Ramadhan al Mubarak ini, sudah pun melepasi separuh Ramadhan, menuju dengan pantas sekali ke penghujung Ramadhan! Tidak lama lagi berakhirnya Ramadhan . Sudah ke kita mencapai target kita di awal Ramadhan dulu dari segi ibadah kita, Quran kita, sedekah kita dan lain-lain lagi? InsyaAllah sama-sama kita pertingkatkan lagi usaha kita dalam hari-hari yang berbaki ini. InsyaAllah sama-sama kita berdoa , mudah-mudahan Allah pertemukan kita dengan Malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar . Ameen Ya Allah
Dibulan yang mulia ini, salah satu amalan yang dianjurkan bagi kita adalah perlunya kita banyak berdoa dengan doa yang mathur dan lebih-lebih lagi doa keampunan dosa dan di bebaskan dari api neraka. Tapi adakah kita sedari segala doa dan harapan itu hanya sia-sia sahaja bila kita tidak mengambil berat akan perkara yang sungguh penting ini sebelum doa kita dimakbulkan?
Pernah ke kita menyoal diri kita balik kenapa doa yang dipanjatkan tidak makbulkan, walaupun kita sering berdoa dari hati sehingga mengalirkan air mata? Sebenarnya tidak ada yang menghalang doa termakbul melainkan ia datangnya dari diri kita sendiri......!!
Sama-sama kita renungkan nasihat dari Ibnu Athailah ini...
"Jangan menuntut pada Allah kerana terlambatnya permintaan yang engkau telah panjatkan kepadaNya. Engkau hendaklah memperbetulkan dirimu. Tuntutlah atas dirimu supaya tidak terlambat dalam melaksanakan kewajipanmu terhadap Allah."
Jadi terhalangnya doa bukan kerana Allah tidak mahu memberi....... sifat Allah itu Maha Pemurah dan Maha mengabulkan doa! Sebab utama sebenarnya ada pad diri kita sendiri.....iaitu tidak bersungguh-sungguhnya kita dalam memenuhi hak-hak Allah SWT seperti menunaikan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya....dengan kata lain menunaikan segala yang diwajibkan keatas kita.
Maka, muhasabahlah diri kita dibulan yang mulia ini.....
Sudah betulkah ibadah kita pada Allah, solat kita , puasa kita?
Ibadah kita ikut syarak ke.?
atau kehidupan kita masih bercampur aduk dengan yang haram dan syubhah.....?
atau kehidupan kita masih bercampur aduk dengan yang haram dan syubhah.....?
Sudah menyeluruhkah atau sudah total ke pengharapan kita pada Allah SWT?
Sudah bersungguh-sungguhkah kita dalam ketaatan padaNya?
Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang mencintai masjid, menjaga solat dan tepat waktu,
suka bertahajjud qiamulail, rajin bersedekah, suka tolong orang, berzikir dan beristighfar selalu
dan melakukan amalan soleh yang lain?
Jika masih belum dan banyak kekurangan.......hanya perlu salahkan diri sendiri bila tidak termakbulnya doa yang dipanjatkan! Bagaimana akan datangnya pertolongan Allah jika diri sendiri kurang kesungguhan dalam menunaikan kewajipan-kewajipan yang utama?
Jika masih belum dan banyak kekurangan.......hanya perlu salahkan diri sendiri bila tidak termakbulnya doa yang dipanjatkan! Bagaimana akan datangnya pertolongan Allah jika diri sendiri kurang kesungguhan dalam menunaikan kewajipan-kewajipan yang utama?
Sama-sama kita renungi dan hayati Hadith Qudsi ini......
"Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai dari apa-apa yang telah aku wajibkan padanya.Dan hambaKu itu selalu mendekatkan diri kepadaKu dengan nawafil ( perkara-perkara sunnah di luar yang fardhu) sehingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, maka Aku jadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, Aku jadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, Aku menjadi tangannya yang ia gunakan untuk memukul dan menjadi kakinya untuk ia berjalan. Jika ia meminta kepadaKu niscaya aku berikan dan jika ia minta perlindungan dari Ku niscaya Aku lindungi." (HR Bukhari)
Jelaslah dari hadith ini bahawa kunci datangnya pertolongan Allah, dimakbulkan doa, terbukanya pintu-pintu rezeki dan rahmat , ilmu dan segala kebaikan adalah terletak pada keimanan dan ketakwaan dijiwa serta kesungguhan dalam melaksanakan amalan yang dicintai Allah SWT.
Diriwayatkan dalam hadith-hadith Rasul....bagaimana Allah membukakan pintu langit, pintu syurga dan pintu rahmatNya seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka serta dirantaikan syaitan yang mengganggu manusia di bulan Ramadhan yang barokah ini. Jadi sepatutnya kita ambil kesempatan yang singkat selama sebulan ini untuk meraih rahmat dan keampunan dari Allah SWT......sangatlah rugi kita persia-siakan kerana ia hanya datang setahun sekali! Kemungkinan ini juga adalah Ramadhan yang terakhir kita.....tidak tentu kita akan bersua denganya lagi di tahun hadapan!!
Diriwayatkan dalam hadith-hadith Rasul....bagaimana Allah membukakan pintu langit, pintu syurga dan pintu rahmatNya seluas-luasnya dan ditutup pintu neraka serta dirantaikan syaitan yang mengganggu manusia di bulan Ramadhan yang barokah ini. Jadi sepatutnya kita ambil kesempatan yang singkat selama sebulan ini untuk meraih rahmat dan keampunan dari Allah SWT......sangatlah rugi kita persia-siakan kerana ia hanya datang setahun sekali! Kemungkinan ini juga adalah Ramadhan yang terakhir kita.....tidak tentu kita akan bersua denganya lagi di tahun hadapan!!
Jadi perlunya kita tingkatkan kesungguhan beribadah dalam diri seiring doa yang kita panjatkan kepadaNya . Kita melaksanakan ibadah puasa ini dengan sepenuh kemampuan diri ditambah dengan ibadah-ibadah lain. Kita seharusnya tidak berpuas hati dengan hanya menahan lapar dahaga dan melaksanakan amalan biasa yang kita buat di bulan-bulan lain. Bulan Ramadhan ini bulan yang istimewa, jadi ibadah dan amalan kita juga perlu istimewa juga.
Setiap hari kita perlu pasangkan niat....hari ini amalan ku akan lebih baik dari semalam. Semalam mungkin ada yang tertinggal tak sempat buat, mata tidak dijaga pandangan, terlepas tahajjud, bangun subuh lewat atau mungkin subuh terlepas, tidak baca Quran dan sebagainya....maka hari ini kita bertekad untuk menebus semula yang dah terlepas dan tertinggal itu......., insyaAllah.
Beginilah sepatutnya setiap hari.....cuba mancari-cari di mana kurang dan silap amalan diri serta mencari ruang dan peluang perbaiki diri selalu.... Sentiasa hati kita memohon doa dan beristighfar di atas keterlanjuran kita melalui kehidupan sehari hari ini.....
Apapun....masa akan terus berjalan dan berlalu dengan pantas tanpa menunggu kita. Kita seharusnya seiring dengan masa yang berjalan pantas ini. Jika kita leka sebentar...kita dapati kita akan ketinggalan dalam meraih rahmatNya yang sangat luas dibulan ini....Segala amalan soleh kita akan dilipatgandakan pahalanya dari biasa....satu peluang yang baik menambah bekalan untuk kita bawa pulang kehadratNya nanti.
Sebagaimana hebatnya promosi Megasale untuk shopping raya...sebenar bulan Ramadhan ini lagi lebih hebat promosi pahala ibadah yang dilipatgandakan !! Kalau ada jualan murah raya yang menguntungkan kita pasti ramai yang berpusu-pusu, berebut-rebut untuk shopping disitu. Tapi malangnya promosi pahala ibadah yang berganda-ganda dibulan ini......tidak ramai yang berebut-rebut mendapatkannya. Ini dibuktikan dengan saf solat tarawikh yang semakin lengang bila tiba ke penghujung Ramadhan. Hanya semangat yang membara diawal Ramadhan tapi ianya semakin luntur bila semakin berlalunya hari-hari dalam bulan Ramadhan ini.
Saban tahun inilah senario yang berlaku. Kenapakah terjadinya begini....? Dimanakah anak-anak muda yang gagah, yang dapat mengisi saf-saf yang kekosongan ini? Dimanakah anak-anak muda yang menpunyai kesedaran Islam yang dapat membela masa depan Islam yang tercalar? Tidak luluhkah hati kita melihat umat Islam ditindas, di sembelih, dibakar, disiksa diserata dunia....contohnya di Palestin, di Syria, di Myanmar, di Kashmir...???
Disaat para mujahidin berjuang di medan jihad dengan darah, nyawa dan airmata mempertahankan negara dan maruah Islam di sana.....pemuda-pemudi kita leka depan komputer, ketagih internet, tv,game, bola dan macam-macam lagi racun dan jarum Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam!! Sampai bila kita harus leka dan tidur ini.......??
Jadi tingkatkan kesedaran kita sekarang ini juga.....perbaiki diri kita, pisahkan diri dari jarum Yahudi ini, sibukkan diri dengan membelek Quran dan Hadith, Islam tidak akan tertegak dalam masyarakat selagi Islam tidak tertegak dalam diri sendiri!!
Selagi saf-saf masjid masih lengang di waktu Subuh, maka janganlah kita impikan kebangkitan Islam itu. Ini menunjukkan sebenarnya mujahadah diri untuk bersegera bangun menyahut panggilan Allah itu sangatlah penting....tanpanya kita hanya mengira angka-angka kosong bilangan Muslim yang boleh berjuang menegakkan Islam dalam diri!!
Disaat ini betapa banyaknya bilangan umat Islam di serata dunia...mencecah bilion orang.....tapi ia umpama buih-buih dilautan yang senang dibawa arus deras, tiada tujuan!! Jadi jangan biarkan diri kita tergolong dalam buih-buih yang tidak berguna ini!!
Jadi sama-samalah kita bina kekuatan diri....untuk maslahat Islam dan sebenarnya semua ini adalah untuk kebaikan diri sendiri juga!
Setiap hari kita perlu pasangkan niat....hari ini amalan ku akan lebih baik dari semalam. Semalam mungkin ada yang tertinggal tak sempat buat, mata tidak dijaga pandangan, terlepas tahajjud, bangun subuh lewat atau mungkin subuh terlepas, tidak baca Quran dan sebagainya....maka hari ini kita bertekad untuk menebus semula yang dah terlepas dan tertinggal itu......., insyaAllah.
Beginilah sepatutnya setiap hari.....cuba mancari-cari di mana kurang dan silap amalan diri serta mencari ruang dan peluang perbaiki diri selalu.... Sentiasa hati kita memohon doa dan beristighfar di atas keterlanjuran kita melalui kehidupan sehari hari ini.....
Apapun....masa akan terus berjalan dan berlalu dengan pantas tanpa menunggu kita. Kita seharusnya seiring dengan masa yang berjalan pantas ini. Jika kita leka sebentar...kita dapati kita akan ketinggalan dalam meraih rahmatNya yang sangat luas dibulan ini....Segala amalan soleh kita akan dilipatgandakan pahalanya dari biasa....satu peluang yang baik menambah bekalan untuk kita bawa pulang kehadratNya nanti.
Sebagaimana hebatnya promosi Megasale untuk shopping raya...sebenar bulan Ramadhan ini lagi lebih hebat promosi pahala ibadah yang dilipatgandakan !! Kalau ada jualan murah raya yang menguntungkan kita pasti ramai yang berpusu-pusu, berebut-rebut untuk shopping disitu. Tapi malangnya promosi pahala ibadah yang berganda-ganda dibulan ini......tidak ramai yang berebut-rebut mendapatkannya. Ini dibuktikan dengan saf solat tarawikh yang semakin lengang bila tiba ke penghujung Ramadhan. Hanya semangat yang membara diawal Ramadhan tapi ianya semakin luntur bila semakin berlalunya hari-hari dalam bulan Ramadhan ini.
Saban tahun inilah senario yang berlaku. Kenapakah terjadinya begini....? Dimanakah anak-anak muda yang gagah, yang dapat mengisi saf-saf yang kekosongan ini? Dimanakah anak-anak muda yang menpunyai kesedaran Islam yang dapat membela masa depan Islam yang tercalar? Tidak luluhkah hati kita melihat umat Islam ditindas, di sembelih, dibakar, disiksa diserata dunia....contohnya di Palestin, di Syria, di Myanmar, di Kashmir...???
Disaat para mujahidin berjuang di medan jihad dengan darah, nyawa dan airmata mempertahankan negara dan maruah Islam di sana.....pemuda-pemudi kita leka depan komputer, ketagih internet, tv,game, bola dan macam-macam lagi racun dan jarum Yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam!! Sampai bila kita harus leka dan tidur ini.......??
Jadi tingkatkan kesedaran kita sekarang ini juga.....perbaiki diri kita, pisahkan diri dari jarum Yahudi ini, sibukkan diri dengan membelek Quran dan Hadith, Islam tidak akan tertegak dalam masyarakat selagi Islam tidak tertegak dalam diri sendiri!!
Selagi saf-saf masjid masih lengang di waktu Subuh, maka janganlah kita impikan kebangkitan Islam itu. Ini menunjukkan sebenarnya mujahadah diri untuk bersegera bangun menyahut panggilan Allah itu sangatlah penting....tanpanya kita hanya mengira angka-angka kosong bilangan Muslim yang boleh berjuang menegakkan Islam dalam diri!!
Disaat ini betapa banyaknya bilangan umat Islam di serata dunia...mencecah bilion orang.....tapi ia umpama buih-buih dilautan yang senang dibawa arus deras, tiada tujuan!! Jadi jangan biarkan diri kita tergolong dalam buih-buih yang tidak berguna ini!!
Jadi sama-samalah kita bina kekuatan diri....untuk maslahat Islam dan sebenarnya semua ini adalah untuk kebaikan diri sendiri juga!
Monday, July 30, 2012
Tazkirah Ramadhan 2012.....Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul!
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita berada di bulan yang mulia ini, melaksanakan ibadah puasa yang ditaklifkan keatas kita....mudah-mudahan Allah SWT merahmati kita, insyaAllah. Ya, kita sudah hampir melewati fasa pertama puasa (10 ramadhan yang pertama) iaitu fasa rahmat dan akan memasuki fasa kedua iaitu fasa keampunan (10 ramadhan kedua).
Cepatnya masa berlalu...masyaAllah sudah 10 ramadhan berpuasa! Bagaimanakah kita telah menjalani puasa kita di fasa pertama itu? Sama-samalah kita muhasabah diri kita...sejauh mana kita telah berjaya mengawal seluruh pancaindera diri kita, meningkatkan amalan kita, sedekah dan infaq kita dan menyibukkan diri kita dengan Al Quran??
Jika masih banyak lagi kekurangan...sama-sama kita mohon keampunan dari Allah SWT. Giatkan lagi usaha kita dan betulkan yang biasa dan biasakan diri dengan yang betul dalam diri dan keluarga ! Segala kekurangan, tabiat-tabiat diri yang kurang baik....perlu dibuang, gantikan dengan yang lebih baik......Perlunya kita mengganggap Ramadhan ini adalah peluang untuk berubah kearah yang lebih baik! Segala amalan biasa yang kita buat ketika berbuka puasa, ketika sahur dan disepanjang bulan Ramadhan kita betulkan agar ia menepati sebagaimana yang sepatutnya, insyaAllah.
Lalui Ramadhan ini dengan hati yang hidup iaitu hati yang merasai sensitif dengan apa yang kita perbuat
walaupun perkara kecil....semua yang dilihat, didengar dan dirasai dijiwa menjadi bahan tarbiah untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah, untuk kita menjadi hamba yang lebih baik disisi Allah!!
Sebagai insan yang lemah, kita tidak dapat lari dari berbuat kesilapan dan dosa, dihati kita bertekad untuk mengawal dan mentarbiah diri dalam apa jua suasana....namun kadang-kadang kita kecundang juga bila berada dalam suasana tertekan dan tegang. Mohon keampunan juga dari Allah SWT diatas segala kesilapan yang dibuat.! Memang tabiat lama masih belum berjaya kita proses. Nak tukar dan ubah diri perlu ada kekuatan iaitu kekuatan hubungan dengan Allah.!
Justru itu. dibulan Ramadhan yang mulia dan barokah ini, untuk kita meningkatkan kekuatan hubungan kita dengan Allah adalah dengan meningkatkan iman dan taqwa dihati melalui tadabbur Al-Quran setiap masa yang terluang. Menyibukkan diri sentiasa dengan Al-Quran adalah diantara amalan yang afdol dibulan ini. Dikala nafsu telah lemah akibat disempitkan laluannya dengan puasa...peringatan Al-Quran akan senang meresap dijiwa bila dibaca dan dihayati.
Hati yang diresapi Al-Quran akan jadi lebih sensitif. Semuanya kerana jiwa tersebut telah jadi bersih dan lembut! Inilah dia mukjizat Al-Quran. Sebagaimana Al-Quran telah dapat melembutkan hati Saidina Omar yang keras sehingga apabila ia mendengar ayat Quran yang dibacakan oleh adiknya Fatimah , begitu jugalah ia juga boleh melembutkan hati kita !
Janganlah kita terlalu ghairah nak cepat mengkhatam Quran tanpa memahami makna disebalik ayat yang kita baca....memang setiap huruf yang kita baca pahalanya digandakan, namun adakah setakat itu sahaja yang kita hajati? Sepatutnya setiap ayat yang dibaca kita fahami untuk kita hayati dan meningkatkan kesedaran dijiwa supaya jiwa kita merasai setiap panggilan Allah, setiap suruhan dan laranganNya, merasai kebesaran Allah, merasai takut akan siksa dan azabNya dan gembira dan suka dengan pahala dan nikmat syurgaNya?
Jadi fokus kita adalah pada sekeping hati yang perlu merasai semua ini. Hati yang tidak ada rasa sebegini adalah hati yang mati yang tidak akan mampu berfungsi untuk menjadi hamba Allah dalam ertikata yang sebenarnya! Kita hanya ingin meraih setakat pahala bacaan sahaja, tapi kita mengabaikan sesuatu yang sangat penting yang perlu kita perbaiki, bersihkan dan pertingkatkan iaitu hati kita! Sedangkan pandangan Allah kepada manusia bukan terletak pada fizikalnya tapi pada hatinya yang salimah.
Selalunya kita dengari peringatan dari hadith Rasulullah saw ini.....Allah tidak memandang pada rupa wajahmu, tapi Allah memandang pada hatimu. Adakah kita berusaha untuk menjadikan hati kita ini tempat tumpahnya pandangan Allah? Atau kita biarkan saja hati kita begitu......memang saya macam ni atau macam tu?
Jadi dibulan ini....satu kesempatan yang sangat baik untuk kita berusaha bermujahadah mengekang nafu, memperbaiki hati yang telah lama kita biarkan.....
Matlamat akhirnya....kita nak proses hati kita jadi hati yang bersih , lembut dan sensitif, perlunya usaha yang berterusan walaupun Ramadhan telah berakhir nanti...
InsyaAllah sama-sama kita mohon kekuatan, petunjuk hidayah dari Allah supaya kita sentiasa berada diatas landasan yang lurus yang menuju ke matlamat akhirnya mencari keredhaan Allah dalam hidup ini.
Itulah jalan yang benar, jalan yang seharusnya kita ikuti.......
Buat renungan diri...
Pandangan mata selalu menipu
Buat renungan diri...
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itulah yang hakiki
jika....hati itu bersih!
Tuesday, July 24, 2012
Menjalani Ramadhan bukan sekadar adat tahunan!
Bismillahirrahmanirrahim...
Bak kata pepatah....
Dunia itu adalah racun, maka zuhud itu adalah ubatnya.
Harta itu adalah racun, maka zakat itu adalah ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu adalah racun, maka zikir itu adalah ubatnya.
Seluruh umur itu adalah racun, taat itu adalah ubatnya.
Seluruh tahun itu adalah racun, Ramadhan itu adalah ubatnya!!
Ramadhan datang sebagai penawar bagi diri yang kelesuan dengan mehnah ujian kehidupan.!
Justru itu sewajarnya kita bergembira dan bersyukur dengan kedatangan bulan yang mulia yang penuh barokah ini. Tidak seharusnya terlintas dihati kita ini, ianya sebagai satu beban untuk melaksanakan amal soleh dalam keadaan berpuasa pulak tu dan lagi...... perlu menahan lapar dahaga dan hawa nafsu!
Sebenarnya bulan ini adalah bulan latihan intensif bagi diri.....mensucikan hati nurani kita agar dengan hati yang bersih ini kita dapat menghubungkan jiwa kita dengan Allah, merasai panggilan Allah sebagai orang yang beriman yang siap siaga melaksanakan suruhan Allah persis seorang askar yang patuh menyahut panggilan melaksanakan tugas mempertahankan negara!
Walaupun matlamat akhirnya cukup murni....kenapa ramai yang kecundang dalam menghayati hakikat puasa yang sebenarnya? Di siang hari di bulan puasa hanya menahan lapar dan dahaga, bila tiba malam lain pula ceritanya. Nafsu yang dikekang tadi....sudah lepas bebas, belum pun habis bulan puasa! Nafsu dijamu sepuas-puasnya dengan makanan yang enak, sudah jadi pesta makanan menjamu selera!!
Hakikatnya ramai tidak faham dan tidak sedar akan tuntutan puasa ini dalam diri. Sebenarnya dibulan ini tidak kira siang atau malam perlunya kita mengekang nafsu diri kita mengikut yang disyariatkan....
dan keadaaan ini kita teruskan di bulan-bulan yang lainnya. Janganlah jadikan ibadah puasa ini sebagai adat tahunan setahun sekali.....yang ditunggu bukan bulan puasa tapi hari raya Aidil Fitri! Dari sebelum bulan puasaa lagi dah buat persediaan nak beraya, sibuk shopping itu ini, sehinggakan melaksanakan ibadah puasa ini hanya sebagi rutin sahaja.....setakat tahan lapar dahaga tidak lebih dari itu! Alangkah ruginya kita jika itulah kita lakukan selama ini!!
Kita sepatutnya kurangkan makan kita, kurangkan bercakap yang tidak perlu, kurangkan pembaziran, kurangkan tidor kita...tapi tambahkan amal ibadah kita ; solat fardu ditambahkan dengan solat sunat, tahajjud, tarawih, witir, taubat, tasbih, hajat dsbnya.., tingkatkan bacaan Quran kita sekurang-kurang sejuzuk sehari, tadabbur dan tadarrus Quran, tingkatkan sedekah kita dari segi wang ringgit , masa dan tenaga kita digunakan untuk jalan Allah......Kita jaga mata dari melihat perkara yang haram , begitu juga telinga, mulut , kaki tangan dan yang pentingnya hati kita.
Sebenarnya kita kena menjadikan nafsu diri kita tunduk dibawah telunjuk iman yang ada di dada....segala nilai yang kita pegang perlu selari dengan nilai Allah, nilai syarak........bukan ikut ego sendiri, logik akal masing-masing!
Dibulan yang mulia kita di galakkkan perbaharui iman kita dengan banyak menyebut kalimah tauhid, perbanyakkan istighfar untuk membersihkan jiwa kita dan memperbanyakkan doa mohon ampunan dosa supaya dibebaskan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ! Inilah sebenarnya yang wajar kita pohon dari Allah dan kita maksimakan amal soleh kita agar doa kita Allah makbulkan.
Mudah-mudahan dengan kesungguhan diri dan keikhlasan hati melaksanakan ibadah puasa sejak hari pertama hinggalah ke akhir Ramadhan, Allah mengizinkan kita bertemu dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, malam yang penuh keberkatan iaitu malam Lailatul qadar....... ini satu anugerah yang tidak terhingga dari Allah!
MasyaAllah.... mudah-mudahan Allah izinkan bertemu dengan malam keberkatan itu! Ameen.
Sunday, July 22, 2012
Alangkah Istimewanya Ramadhan...!!
Bismillahirrahmanirrahim............
Alhamdulillah, sehari telah berlalunya Ramadhan....adakah kita telah isi hari tersebut dengan bermanfaat? Seharusnya....di bulan Ramadhan ini , agenda sehariannya mesti dijadualkan! Jika tidak ia akan berlalu begitu sahaja, sedar-tak sedar.....habis dah Ramadhan! Apa yang telah kita perbuat di bulan barokah ini pun kita tak tau! Sama-samalah kita perhatikan apa yang kita perbuat setiap hari di bulan ini...
Ramadhan bukanlah untuk dilalui detik-detik keberadaannya begitu sahaja tanpa apa-apa planning yang rapi dan terancang. Ia harus di programkan dan dijadualkan! Jika tidak termasuklah kita di kalangan orang yang rugi seperti yang digambarkan dalam sebuah hadith Rasulullah saw yang bermaksud.....
"Rugilah sesaorang yang memasuki bulan Ramadhan, namun bulan ini berlalu sementara dosa-dosanya belum diampuni. " (Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnnu Hibban)
Maka janganlah kita jadi manusia yang rugi, kerana tidak mendapat rahmat Allah, dosanya tidak terampun dan tidak dibebaskan dari api neraka setelah melalui Ramadhan. Ramadhan yang berfungsi sebagai terminal atau stesyen pembersihan dosa tidak beroperasi sepenuhnya dalam diri. Akibatnya...rugilah kita membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Untuk itu, perlulah kita letakkan satu target yang ingin dicapai.........dan ushakan ke arah itu dengan jiwa yang besar!
" Zero dosa se usai Ramadhan yang berlalu tahun ini"
Ganjaran taqwa dari Allah SWT. Inilah target kita! Namun, bukanlah semudah itu nak dapatkan taqwa itu tanpa usaha yang bersungguh-sungguh!
Jadi......
Perlunya ditanamkan keazaman untuk melakukan sesuatu yang luar biasa di bulan mulia ini.
Perlunya istiqamah dengan keazaman tersebut dan memfokuskan hala tuju dan target kita.
Perlunya pelaksanaan yang bersungguh-sungguh dalam mencapai target.
Perlunya keikhlasan diri dalam beramal sehingga ke akhir bulan Ramadhan.
Anggaplah ini adalah Ramadhan terakhir buat kita!
Bayangkan, andainya ini adalah Ramadhan terakhir kita, tentulah ia merupakan motivasi diri untuk menjadikannya Ramadhan yang terbaik, insyaAllah!
Gambarkan juga Ramadhan ini juga adalah bulan menghadapi peperiksaan dan ujian-ujian yang pelbagai, dimana semestinya kita berhajatkan pada keputusan yang cemerlang! Setelah membuat persediaan fizikal dan mental di bulan sebelumnya iaitu bulan Rejab dan Syaaban, maka sekarang kita menghadapi bulan peperiksaan ini dengan yakin dan penuh persediaan!
Para sahabat dan para salafussoleh menganggap bulan Ramadhan ini sebagai musim tengkujuh.....yang membawa hujan rahmat, kebaikan, keampunan, belas kasihan dan keberkatan dari Allah SWT. Bukankah ini merupakan satu anugerah yang tidak terhingga dan cukup berharga dari Allah SWT? Melalui madrasah Ramdhan ini dapat memberi kekuatan ruhiyyah kepada jiwa-jiwa mukmin yang mengasihi dan mencintai Allah SWT!
Justru itu, masih awal dan belum terlambat lagi untuk kita melakukan persiapan dan persediaan diri untuk melakukan ibadah ini. Di bulan ini, peluang terbuka luas untuk membuat amalan kebaikan dan merasai kemanisan beribadah padaNya dengan jiwa yang bersih, hati yang tenang damai. Perbanyakkan istighfar , taubat dan zikir kita setiap masa untuk membersihkan jiwa kita........jangan biarkan walaupun sedkit masa kita di bulan ini terbiar begitu sahaja! Hanya hati yang bersih sahaja dapat merasai kelazatan ibadah ini!!
Maka, sama-samalah kita isi bulan ini dengan menghitung kelalaian diri, memperbaiki kesilapan, menyuluh kesihatan rohani kita, melakukan amal soleh yang dapat menjernihkan hati yang terpancar di wajah. Sebelum waktu sahur di waktu pagi yang sunyi sepi...panjatkan doa dan munajat melalui qiyamulalil disertai dengan rintihan memohon ampunan dosa. InsyaAllah, Allah sentiasa membuka pintu langit keampunannya bagi setiap hamba yang berdosa....Allah itu Maha luas Rahmat dan PengampunanNya!
Jadi, jangan lepaskan peluang ini begitu sahaja!
Insafilah peringatan Nabi saw tentang celakanya mereka yang keluar dari Ramadhan tapi gagal mendapat rahmat, manfaat dan mendapat keampunan dari Allah SWT .
Satu harapan untuk muslim semua.....
" Islam itu tidak akan diperjuangkan oleh mukmin yang bangun tidur selepas azan Subuh. Pesan para ulama , mukmin itu dikira lalai apabila ia bangun setelah azan Subuh berkumandang . Jadi oleh itu marilah kita berazam dengan penuh tekad untuk bangun di awal pagi sebelum subuh dan mempertingkatkan amalan soleh."
" Jadikan Ramadhan kali ini turning point untuk berubah kerana Allah SWT."
Semoga Ramadhan kali ini dicintai kehadirannya, dimanfaati masanya, dirindui kedatangannya dan ditangisi pemergiannya nanti. Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberikan kita kekuatan jiwa melalui madrasah Ramadhan ini dengan sabar dan tabah menjalani proses tarbiyyah diri dan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kebatilan...Dengan melalui tarbiyyah Ramadan ini....mudah-mudahan.kita mendapat kekuatan roh yang menjadi pendorong diri kita untuk menjadi hamba Allah yang taat, soleh dan bertaqwa untuk bulan-bulan yang seterusnya insyaAllah!!
Rujukan
Artikel Pengajian Umum
Masjid Putra bersama Haluan Putrajaya
Saturday, July 21, 2012
Kelebihan tadarrus Al-Quran di bulan Ramadhan
BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud:
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.'
Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan.
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.” (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)
Dr. Muhammad al-Zuhaili dalam bukunya Mausu’ah Qadaya Islamiah Mu’asirah 1/328 berkata:
“Sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, dan sesiapa yang mahu berbicara dengan Tuhannya, maka hendaklah membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan hidangan Allah yang diturunkan-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk dinikmati dan dikecapi.”
Sebuah hadis riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya menyebut: Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”
“Sesungguhnya al-Quran merupakan hidangan Allah, maka terimalah hidangan-Nya semampu kamu. Sesungguhnya al-Quran ini tali Allah, cahaya yang nyata, penyembuh yang bermanfaat, penyelamat bagi siapa yang berpegang dengannya, kesejahteraan bagi siapa yang mengikutinya. Tidaklah ia menyeleweng, pasti diperbetulkan dan sesat pasti ditunjukkan keajaibannya tidak putus-putus. Ia tidak binasa dengan sebab banyaknya dibaca. Bacalah al-Quran kerana Allah menggandakan kepada kamu pahala pada setiap bacaannya. Setiap huruf dengan sepuluh kebajikan. Adapun sesungguhnya aku tidak berkata ali lam mim satu huruf tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.”
Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam berhimpun untuk membaca al-Quran dan bertadarus. Baginda menjelaskan kepada mereka kelebihannya antaranya: Diturunkan sakinah dan tama’ninah serta ketenangan, rahmat dan pelbagai lagi kelebihan kepada yang cintakan al-Quran.
Sebuah hadis riwayat al-Turmuzi daripada Abi Sa’id bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Firman Allah SWT dalam hadis Qudsi, siapa yang disibukkannya oleh Al-Quran daripada memohon kepadaku, nescaya Aku kurniakannya yang lebih afdal daripada yang Aku kurniakan kepada orang yang meminta. Dan kelebihan kalam Allah SWT berbanding dengan semua kalam sama seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya.”
Artikel oleh Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri.
Tuesday, July 17, 2012
Menjelang Ramadhan kali ini....Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan! Ku nantikan kedatanganmu....
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya...akhirnya dapat ku coretkan juga sedikit perkongsian buat kali ini setelah agak lama berhenti menulis sejak kembalinya dari US baru-baru ini. Hampir sebulan lebih.......setiap kali aku cuba menulis , teringat kerja sekolahku yang bertimbun yang belum terusik, program sekolah pulak hampir setiap hujung minggu memenuhi jadual dan kerja rumah yang tidak pernah habis........
Begitulah sebagai wanita bekerjaya ni terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, rumahtangga dan lain-lain.....dan hal pengurusan masa yang cekap inilah yang merupakan kelemahan yang perlu diatasi sejak kebelakangan ini.Mudah-mudahan Allah memberikan ku kekuatan semangat dan motivasi diri semula, insyaAllah! Itulah yang di harapkan.
Alhamdulillah kedatangan bulan Ramadhan Al- Mubarak ini, tepat pada masanya untuk mengecas semula bateri iman yang lemah dan asyik turun naik akibat menghadapi mehnah dan ujian kehidupan yang tidak putus-putus menimpa diri, insyaAllah. Umpama kedatangan tetamu yang sangat istimewa yang datang mengunjungi hanya setahun sekali.....satu kedatangan yang ditunggu-tunggu! Alhamdulillah.
Ya Allah berkatilah bulan Rejab dan Syaaban yang akan berlalu ini...dan sampaikanlah aku ke bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barokah ini, insyaAllah! Inilah doa yang perlu kita panjatkan supaya kita dapat menghirup udara bulan Ramadhan yang suci ini...inilahlah sebaik-baik bulan dalam setahun yang di dalamnya terdapat beribu kebaikan dan keberkatan. Mudah-mudahan Allah menyampaikan kita kebulan ini....kerana ada orang yang tidak dapat berjumpa bulan Ramadhan tahun ini kerana sudah dijemput pulang kerahmatullah. Izinkan aku bertemu lagi , ya Allah , untuk berada di bulan yang mulia ini!
Perlunya kita mempunyai tekad dan keazaman yang kuat untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas. Kemudian merancang strategi berkesan untuk menjadikan setiap masa dalam bulan ini dapat di manfaatkan sebaik-baiknya. Mungkin buat satu checklist khusus amalan di bulan Ramadhan ini dan cuba mengikutinya sebaik mungkin. Sebenarnya di bulan rejab dan syaaban lagi kita sudah melatih diri melakukan banyak amalan sunat seperti tahajjud, sunat nawafil, bersedekah , puasa sunat...amalan ini sudah terbiasa kita buat dan seterusnya dapat dilanjutkan ke bulan Ramadhan. Dalam erti kata lain....... warmimg up first before Ramadhan in order to get the real momentum during Ramadhan!
Di antara aktiviti warming up before Ramadhan, yang boleh kita lakukan...
1. Perbaiki dan tambahkan perbacaan Quran dan maknanya sekali supaya kita memahami dan menghayati apa yang di baca, dan seterusnya berusaha menghayatinya. Juga membaca buku-buku fikrah islam, fikh berpuasa , sirah dan banyak lagi...set kan target bagi pembacaan.
2. Muhasabah diri, perbanyakkan istighfar dan taubat dari dosa dan bersyukur padaNya diatas segala nikmat yang Allah berikan sebelum tidur dan masuk tidur awal agar dapat bangun solat tahajjud nanti
3. Buatlah sebanyak mungkin amal kebaikan seperti bersedekah walaupun sedikit setiap hari, membantu orang lain yang memerlukan bantuan, jadi orang yang bermanfaat pada orang lain........ semuanya atas dasar mencari keredhaaan Allah SWT!
4. Tingkatkan solat-solat sunat nawafil dan tahajjud dan banyakkan doa kita setiap masa..Pada masa lapang pula hadirkan diri ke masjid, bersolat jemaah sekerap mungkin disana dan menghadiri majlis-majlis ilmu .
5. Jauhi dari melihat TV, gambar lucah dan tidak senonoh, mendengar muzik yang haram dan melalaikan, bercakap yang sia-sia dan kotor, membuang masa dengan sia-sia seperti melayari internet, facebook yang tidak kira masa ....jauhi juga dari merokok yang membazirkan wang dan merosakkan kesihatan!!
InsyaAllah , mohon kekuatan dari Allah agar kita dapat sama-sama melaksanakan seperti diatas.....mungkin boleh buat banyak lagi insyaAllah, alhamdulillah teruskan......
Apapun, buatlah dengan kemampuan diri, tingkatkannya dan beristiqamahlah dalam beramal. Bab istiqamah ini yang paling sukar....... tapi kita kena cuba dan terus bertahan dengan izin Allah....!!
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.....sambutlah ia dengan hati yang terbuka, jiwa yang bersih dan suci, memuliakan tetamu istimewa ini, insyaAllah!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul Abidin menyenaraikan empat ujian yang menghalang manusia mendekatkan diri pada Allah......ia...
-
Sebagai seorang muslim , kita tidak boleh mensia-siakan waktu lapang dan sihat kita untuk tidak mentaati Allah, dan hanya bergantung sepenuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...

