Untuk menghadapi mehnah dan ujian hidup ini, dalam diri kita perlu ada bentang pertahanan untuk melawan segala hasutan dan bisikan syaitan yang sentiasa menggoda manusia. Namun bila kita semakin menjauh dari Allah, hati semakin lama semakin keras, cahaya atau nur Allah yang menyinari jiwa semakin malap dan akhirnya padam. Hati manusia akan mati dan apabila benteng pertahanan diri dan kekuatannya telah runtuh, maka pintu masuk kejahatan dan penyelewengan terbuka luas , syaitan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadilah : 19 yang bermaksud....
"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi."
Jadi lupanya sesaorang pada Allah dalam hidupnya kerana syaitan telah menguasai hatinya akibat kelalaian diri yang membuka luas pintu-pintu kemasukan syaitan dalam dirinya.....Jadi perlulah kita mengetahui apakah pintu-pintu ini dan berusaha menutup pintu-pintu ini supaya kita dapat menghalang godaan syaitan dalam diri kita dari awal-awal lagi.....
Menurut para solihin, ada sepuluh pintu dari mana syaitan itu masuk ke dalam diri manusia.
1. Tamak dan buruk sangka - hadapi dengan menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.
2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan- hadapi dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku dengan tiba-tiba.
3. Cintakan rehat dan kemewahan- hadapi ia dengan keyakinan bahawa segala nikmat itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.
4. Kagum terhadap diri sendiri (ujub)- hadapi dengan rasa terhutang budi dengan Allah dan takut akan akibat yang buruk.
5. Memandang rendah pada orang lain dan tidak menghormati mereka- Hadapi dengan mengenali hak-hak mereka dan menghormati secara wajar.
6. Hasad dengki- hadapi ia dengan sifat qanaah (berpada-pada) dan redha terhadap kurniaan Allah pada makhluknya
7. Riya dan sukakan pujian orang lain pada dirinya- hadapi ia dengan sifat ikhlas dalam semua kerja yang dilakukan
8. Bakhil atau kedekut- hadapi dengan menyedari apa yang ada di sisi manusia akan binasa, manakala yang kekal itu adalah yang ada disisi Allah.
9. Takabbur (besar diri)-hadapi ia dengan rasa tawaddhu' pada Allah.
10. Tamak haloba- hadapi ia dengan mempercayai ganjaran yang ada disisi Allah SWT dan tidak tamak dengan apa yang ada disisi manusia.
Selain dari itu untuk menghindari dari bisikan dan godaan syaitan ini, dalam apa sahaja yang dilakukan mulailah ia dengan mengingati Allah, semasa ia makan, minum, berpakaian, menyikat rambut.....pendekata dalam semua perkara disebut nama Allah dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim... Syaitan tidak akan menyertai sesaorang yang memulakan sesuatu kerjanya dengan nama Allah.
Ada juga beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menjadi benteng dalam diri dalam menghadapi godaan dan bisikan syaitan....
- Janganlah makan terlalu kenyang meskipun menghadapi makanan yang halal dan baik.
Rasulullah mengingatkan kita dalan satu hadisnya yang bermaksud...
" Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam itu mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan."
Disamping itu juga ,Allah juga tidak menyukai sifat berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara meskipun halal.
FirmanNya dalam surah Al-A'raf : 31 yang bermaksud...
" Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap(memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."
- Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan seperti yang disuruh oleh Rasulullah dalam sabdanya.....
" Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya keatas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah syaitan pun lari darinya, sekiranya ia melupakan Allah , maka syaitan akan mengunyah hatinya."
- Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan kerana tergopoh gapah itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah SWT. Perancangan awal perlu supaya dapat melaksanakan sesuatu kerja dengan teratur dan tenang, tidak membuat kerja disaat-saat akhir yang mengundang sifat terburu-buru atau gopoh gapah ini.
Sebagai Muslim, sebenarnya kita perlulah mengikuti cara-cara yang dianjurkan dalam Islam untuk menangani masalah godaan syaitan ini. Kita tidak mahu syaitan ini jadi pendamping kita, menggoda kita, membisikkan rasa was-was dijiwa dan menyesatkan kita. Syaitan ini adalah musuh utama dalam diri kita yang kita tidak nampak oleh mata kasar kita. Namun pada setiap masa dan ketika, syaitan sentiasa berusaha tanpa henti dan penat lelah untuk menjalankan misinya. Hal ini perlulah kita sedari, dan kita tidak boleh lalai dan leka dalam kehidupan kita yang sentiasa dibayangi oleh musuh Allah dan musuh kita yang ghaib ini. Justru itu selalulah ingat pada Allah supaya segala aktiviti harian kita sentiasa disertai penyertaan Allah bukan penyertaan syaitan! Sentiasa memohon perlindungan dari Allah akan syaitan yang direjam ini. Apa yang kita hajati adalah keberkatan Allah dalam semua kerja-kerja kita!
asm
ReplyDeleteselalulah berdoa....Ya Tuhan ku, aku berlindung denganMu dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung dengan Mu wahai Tuhanku dari kehadiran mereka disisiku....ameen