Esok bermulanya SPM dan STPM 2010! Semoga berjaya insyaAllah, tenangkan hati ingat Allah banyak-banyak, tawakkallah padaNya setelah membuat persediaan.
Bagi yang telah membuat persediaan dengan baik, insyaAllah dapat melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin dan tawakkal padaNya. Namun bagi yang kurang bersedia, rasa kecut perut, semua yang di pegang tidak kena, tidur pun tak lena, makan tak kenyang , resah menghadapi peperiksaan yang akan tiba. Apapun, untuk menghadapi hari esok perlulah cukup rehat dan tidur supaya dapat menjawab soalan dengan tenang.
Dalam apa sahaja yang kita buat, persediaan awal sangat penting. Kita dapat merancang dengan baik dan cuba mengikut apa yang dirancang. Perancangan yang baik dan teliti sebenarnya memudahkan kita bekerja atau belajar, ada hala tujuan, sistematik ,menyeluruh .......dan tidak terburu-buru. Jauhi lah sifat terburu-buru kerana ia dari syaitan! Sebelum buat kerja, semasa melakukannya, sentiasalah ingat Allah supaya ada keberkatannya. Hati kita perlu sentiasa memohon padaNya agar Allah memudahkan kerja-kerja kita , tambahkan ilmu yang bermanfaat pada diri kita dan niatkan apa yang kita buat tu adalah kerana Allah!
Sebenarnya setelah kita melalui satu peperiksaan , kita akan melalui banyak lagi peperiksaan yang lain, mungkin semasa kita dikolej atau universiti. Jadi iktibar menghadapi peperiksaan perlu kita sematkan dijiwa supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Sentiasa bersedia, bersedia dan bersedia selalu! Itulah kuncinya.....untuk menghadapi apa juga peperiksaan! Itu baru peperiksaan dunia di mana penilainya manusia dan kita di beri sijil, gred, markah pada kertas peperiksaan yang kita ambil!
Bagaimana dengan peperiksaan atau ujian di akhirat nanti? Dimana kita akan dihisab di hadapan Allah nanti dengan terperinci dan kita akan datang menuju Allah dengan sendiri-sendiri? Kitab catatan amal kita dibentang luas dihadapan kita tanpa ada sedikitpun yang tertinggal! Kita akan melalui siri-siri ujian yang getir disana. MasyaAllah, tidaklah boleh kita bayangkan perasaan hati kita pada ketika itu! Nak hadapi peperiksaan dunia pun dah kecut perut bila kurang persediaan apatah lagi di akhirat nanti! Kejayaan kita mengharungi ujian di akhirat nanti banyak bergantung pada bagaimana kita melalui ujian Allah di dunia ini. Apabila kita berjaya di sisi Allah di dunia, maka insyaAllah kita akan berjaya di sisiNya di akhirat nanti!
Sama-sama kita renungi firman Allah dalam surah An Najm: ayat 39-43 yang bermaksud....
" Dan bahawa manusia hanya memperolehi apa yang telah diusahakannya.Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).Kemudian dia akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang sempurna. Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan segala sesuatu. Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
Apa yang kita usahakan itulah yang kita dapat samada dunia kita atau akhirat kita. Semuanya balik pada persediaan kita tadi. Kejayaan hanya akan dikecapi oleh mereka yang berusaha.....benarlah ungkapan Usaha tangga kejayaan!
Jadi, perlu usahakan di dunia ini agar kita berada ditempat yang baik di akhirat nanti...
Perlu usahakan agar kita mendapat keampunan dan keredhaan disisiNya.
Perlu usahakan di dunia ini lagi agar kita dapat bersedia menghadapi peperiksaan Allah nanti....
Perlu berusaha menyahut panggilan dan seruan Allah untuk menyelamatkan diri kita di dunia dan di akhirat nanti.....
Firman Allah dalam surah Al-AhQaf ayat 32 yang bermaksud....
" Dan barangsiapa yang tidak menerima seruan orang yang menyeru(Nabi Muhammad) maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dari siksaan Allah di bumi, padahal tiada pelindung baginya selain Allah . Mereka berada dalam kesesatan yang nyata."
Selalunya setelah habis periksa, dan dapat keputusan exam nanti....sangat seronok, bersyukur dan gembira bila berjaya, namun ada yang menangis walaupun tidak semua akan menangis bila gagal dan dapat keputusan yang teruk! Tapi di akhirat nanti, semuanya pasti menangis bila gagal melepasi peperiksaan/ujian Allah, tiada kecuali! Apa tidaknya, penyesalan disana tidak boleh ditebus balik, sedangkan jika kita gagal sekali didunia tidak bererti kita gagal seumur hidup. Masih ada peluang lagi untuk perbaiki diri dan betulkan kesilapan kita! Tapi diakhirat...masih ada peluang ke?
Jadi sebelum terlambat, perlulah kita sama mengorak langkah mulai saat ini untuk kita semak muhasabah diri kita, kembalilah kepadaNya mengikut apa yang Allah kehendaki bukannya mengikut kita kehendaki, tundukkan nafsu-nafsi kita dibawah telujuk iman, tidak kira siapa kita ini...tua atau muda, kaya atau miskin, bijak pandai atau kurang ilmu, sempurna atau cacat sifat......hakikatnya kita ini semuanya sama disisi Allah secara fizikalnya.......yang membezakan kita di mata Allah SWT adalah apa yang ada dalam hati kita!
asm
ReplyDeleteHidup kita sebagai manusia memang penuh dengan ujian atau peperiksaan...Untuk kejayaan di dunia kita perlu berusaha bersungguh -sungguh untuk lulus dan mendapat pengikhtirafan manusia...Memakai jubah dan sijil di hari konvokesyen atau majlis penyampaian hadiah...Ujian fizikal akan mendapat ganjaran fizikal..Ini akan di perolehi oleh semua orang yang taat atau engkar pada Allah...Tapi untuk mendapat pengikhtirafan Allah di Padang Masyar kelak kita mesti lulus ujian hati dan fizikal dan hanya orang yang beriman sahaja yang memegang sijil taqwa yang akan lulus dan seterusnya mendapat ganjaran Syurga Allah... Tetapi bukan semudah ujian peperiksaan dunia disini kerana ia memerlu pengorbanan masa, tenaga dan jiwa untuk berjaya...mereka yang mampu menjadikan seluroh kehidupan dan ujian dunia ini sebagai ibadah....barulah Allah ikhtiraf berjaya...Jadi , berdoalah lah bersungguh supaya kejayaan di dunia ini menjadi jambatan ke Akhirat.....Semoga kita berjaya..