Tuesday, March 21, 2017

Bersatu hati kerana Allah



Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.

Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula.

Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya.

Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).

Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta?

Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang.

Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak.

Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan.

Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu.

Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi.

Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati.

Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak?

Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara.

Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati.

Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri.

Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung.

Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri?

Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu.

Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran?

Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya.

Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang.

Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya?

Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran.

 Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah.

Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu.

Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

UZTAZ PAHROL MOHD JUOI

Monday, December 19, 2016

Kata kata hikmah tentang SABAR

Bagi orang orang yang mampu bersabar maka mereka akan mendapat imbalan yang setimpal dengan semua kesabarannya.
Kebahagiaan itu hanyalah  bagi orang orang yang mampu menunggu kebahagiaan itu datang dengan sabar dan lapang dada.
Sabar dan ikhlas itu boleh menjadikan kamu seorang yg mulia dan terhormat di dunia sekalipun kamu bukan apa-apa.
Cinta memang terlihat sangat indah, tetapi cinta yang indah akan datang bagi mereka yang mampu bersabar dan setia menunggu keindahan tersebut.
Cinta tanpa masalah dan pertengkaran hanya ada dalam dongeng. Sabar saja. Ini semua akan membaik.
Menjadi lebih dewasa dan kuat berarti kita harus belajar pula menjadi orang bisa bersabar.
Orang yang tidak memiliki pasangan hidup adalah orang-orang yang mampu bersabar sampai pasangan sejatinya akan datang menghampirinya.
Orang yg kuat dan sabar adalah orang yg berjaya mnyembunyikan perasaan sedihnya kpda orang lain dan sentiasa mengukir senyuman dengan ikhlas
Harus sabar sih, pasti banyak cobaan yang terpenting kita bisa mengambil hikmah dari Setiap masalah
Yang sudah berjalan baik, tidak ada masalah, kita rusak karena tidak sabar, prasangka, terlalu sensitif dan sebagainya.
Nasihatilah dirimu sendiri sampai engkau taat kpd dirimu..untuk sabar dan ikhlas kpd segala ketentuan Ilahi.
Aku akan menjadi pribadi yang lebih sabar menghadapi kesulitan dan lebih ikhlas menerima perpisahan.
Terkadang kita diuji oleh tuhan bagaimana kita mampu bersabar ketika kita diberikan suatu cobaan yang disebut dengan ujian dari tuhan.
Orang yg sabar bukan berarti orang yg tidak akan pernah marah.Mereka hanya sebahagian orang yg masih tetap diam sabar saat melihat masalah.
Adakalanya sebuah keputusan tidak sesuai dengan apa yg kita harapkan:) tapi dari situ kita belajar untuk ikhlas dan sabar
Awalnya pasti Kecewa dan tidak percaya atas sesuatu keputusan...Tapi yakinlah dikemudian hari kita bakal menjalaninya dengan Ikhlas dan Sabar
Terkadang kita harus sabar ketika apa yang kita inginkan tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan.
Berkasih2an itu bukan hanya sekedar cinta dan sayang, tapi harus belajar untuk tulus, ikhlas dan sabar.
Belajar menjadi sabar ketika menghadapi masalah akan membuat kita menjadi lebih dewasa dan baik.
Sabar adalah cara yg harus digunakan untuk menyelesaikan masalah apapun. Seberat apapun, akan cepat diselesaikan dengan kesabaran.
Ujian itu didikan daripada Allah . Mengajar hati untuk sabar dan ikhlas . Bicara pada Allah untuk kita faham makna redha tanpa ada batas
Orangtuaku mengajarkanku kesabaran yang luar biasa, jadi seberat apapun masalah hidupku harus sabar dan ikhlas menerima
Ketika masalah datang, Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat. Tetapi, Allah hanya minta sabar dan solat
Cinta sejati tidak datang dengan sendirinya, namun cinta itu akan hadir dengan tenang apabila kita bisa sabar menunggunya.
Menjadi sabar dan ikhlas memang tak mudah, tapi itu harus. Belajarlah untuk menerima arti kehilangan dan penantian.
Apabila cinta kita jalani dengan sabar dan tulus maka cinta itu akan berujung dengan suatu kebahagian.
Sabar dan Ikhlas adalah kunci sukses menjalani segala cobaan yg Tuhan beri, agar hati & keyakinan kita tetap kuat bertahan..
Sebelum lahir kita sudah mengenal sabar dan ikhlas, ketika ibu melewati masa mengandung dan melahirkan, saat ayah berjuang penuhi kebutuhan
Bahagia itu datang bersama sabar dan perginya bahagia bersama ikhlas.
Untuk menjadi orang yang mampu bersabar memang tidak mudah, tetapi kita harus bisa menjadi orang yang sabar demi kehidupan kita nanti.

Tuesday, May 17, 2016

6 perkara jika dimiliki sesaorang bererti Allah menghendaki kebaikan bagi nya

Bismillahirrahmanirrahim

Allah Ta’ala telah memberikan banyak ayat, baik qauliyah maupun kauniyah, kepada umat manusia. Sayangnya banyak yang lalai dan tidak menyedarinya.
 Hanya orang beriman yang benar-benar menyedari tanda-tanda tersebut, lantas memanfaatkannya dengan baik dalam menjalani kehidupan dunia yang fana ini.

Di dalam Risalah al-Mustarsyidin, Imam al-Harits al-Muhasibi menyebutkan enam tanda yang jika terdapat pada diri seseorang, berarti Allah Ta’ala menghendaki kebaikan baginya.

Mari periksa enam hal ini, adakah di dalam diri kita? Jika tidak, bergegaslah untuk mengupayakannya dengan sungguh-sungguh hingga titisan darah terakhir.

1. Allah Ta’ala berikan kecerdasan baginya.

Kecerdasan imani yang membuat seseorang bergegas untuk beriman dan bertaqwa kepada Allah Ta’ala. Kecerdasan yang mengantarkan seseorang pada mendekatkan diri kepada-Nya. Kecerdasan yang melahirkan kesedaran, bahwa dunia ini sementara dan bergegas untuk beramal bagi menghadapi kehidupan akhirat yang abadi.

2.Allah Ta’ala membuatnya menyukai ilmu.

Bermaksud ilmu sejati yang sekadar pengetahuan. Iaitu ilmu yang membuatkan seorang hamba semakin besar rasa takutnya kepada Allah Ta’ala. Ialah ilmu yang mampu membezakan antara yang haq dan bathil. Juga ilmu yang mampu melihat dengan jelas antara halal dan haram dan ilmu yang mendekatkan pemiliknya pada Zat yang Maha Berilmu.

3.  Allah Ta’ala membekalinya dengan sikap waspada.

Waspada terhadap semua keburukan dan sebab yang menghantarkan kepadanya, lalu bergegas untuk menjauhinya. Dan waspada dalam melihat sekecil apa pun peluang kebaikan, lantas bersegera mengamalkannya sebelum datangnya ajal yang tiba-tiba.

4.  Allah Ta’ala anugerahi sikap berkasih sayang.

Ialah manifestasi dari Kasih Sayang Allah Ta’ala kepada seluruh makhluk-Nya. Maka orang yang dikehendaki kebaikan padanya amat besar rasa kasih sayangnya kepada seluruh makhluk, namun tetap tegas dengan segala jenis keburukan dan kekufuran di sekitarnya.

5. Allah Ta’ala membuatnya kaya dengan merasa cukup terhadap yang sedikit.

Mereka memiliki sikap qana’ah. Puas dan cukup dengan sekecil apa pun pemberian, karena menyedari bahwa Zat yang Memberinya adalah Allah Ta’ala Yang Maha Besar. Mereka merasa cukup lantaran memahami hakikat dunia yang amat sementara sehingga tidak pernah berlebih-lebihan dalam melabuhkan harapan.

6.  Allah Ta’ala membuatnya mampu melihat kekurangan diri.

Mereka yang dikehendaki kebaikan oleh Allah Ta’ala tidak pernah merasa baik. Kesibukannya adalah memohon ampun dan memperbaiki diri. Mereka selalu merasa serba kekurangan dalam amal. Mereka tidak pernah berbesar hati, sebab menyadari bahwa sebanyak apa pun amal kebaikan tidak akan bisa memasukkannya ke dalam surga, kecuali atas Rahmat dari Allah Ta’ala.

Wallahu a’lam.
 [Pirman/Kisahikmah]

Smoga bermanfaat.

Thursday, June 11, 2015

AZAM DAN PERSEDIAAN RAMADAN 2015


Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi sebenar adalah bulan yang teristimewa berbanding bulan-bulan yang lain....

Pada bulan ini di gandakan pahala amal soleh, dibuka segala pintu kebaikan, diberi limpahan rahmat dan keampunan bagi yang melaluinya dengan penuh rasa keimanan pada Allah...semestinya kita rasa gembira menerima limpahan rahmat Allah ini dengan menjalani latihan intensif selama sebulan penuh...!!!

Apabila kita menjalani ibadah puasa ini , kita melatih diri kita untuk sabar...kerana sabar ini satu elemen penting yang perlu ada dalam diri. Bukankah sabar itu separuh dari iman?? Amat pentingnya kita memiliki sifat sabar ini kerana Allah sangat menyukai orang yang sabar dan sentiasa bersama orang yang sabar...

Dan lagi....apabila kita bermasalah, ditimpa musibah, bukankah kita disuruh mohon pertolongan dari Allah dengan sifat sabar dan solat....??

Jadi latihan intensif Ramadan ini sebenaarnya mendidik dan membina sabar yang praktikal dalam diri...supaya tertingkatnya sabar yang menyeluruh..

Sesungguhnya dunia ini adalah medan ujian....maka itulah sebabnya kita perlu ada sifat sabar untuk kita menghadapinya!!

Sabar dalam menahan lapar dan dahaga
Sabar menunaikan solat dengan khusyuk
Sabar menahan diri dari sifat ammarah
Sabar untuk menjauhi perbuatan dosa dan sia-sia
Sabar dan ikhlas dalam menjalani ibadah-ibadah lain


...dan banyak lagi kesabaran yang perlu kita ada....

Menjalani puasa Ramadan ini umpama kita menjalani ujian......ujian sama ada kita berjaya atau tidak mengekang diri melawan hawa nafsu di sepanjang bulan ini..

Sama juga sebelum kita mengambil ujian atau peperiksaan yang penting seperti SPM, STPM...perlu ada persediaan yang rapi supaya lulus dengan cemerlang....!!

Tanpa persediaan...mampukah kita meraih kejayaan yang di idam-idamkan??

Persediaan penting untuk menghadapi Ramadan ini di antaranya....

Persediaan hati
sediakan hati dan sucikan ia dengan perbanyakkan taubat dan istighfar untuk kita mempersembahkan amalan yang paling bersih di sisi Allah SWT dengan harapan Allah menerima segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
Amatlah rugi kita melalui Ramadan tapi apa yang kita perolehi cuma lapar dan dahaga sahaja, tiada nilai di sisi Allah, tiada pahala, tiada keampunan, tiada rahmat dan limpah kurnia dariNYa...!!
Umpamanya kita melalui satu tempat yang terdapat bermacam-macam nikmat...tapi kita lalui sahaja tempat tersebut tapi tak ambil apa-apa pun...sedangkan ramai orang berebut- rebut untuk memperolehinya dengan penuh rasa ghairah dan seronok dengan hadiah-hadiah dan anugerah yang tidak terhingga....!!

Persediaan Ilmu
Ilmu untuk memahami tentang cara-cara menghayati puasa dengan sempurna, melaksanakan ibadah lain seperti solat tarawikh, solat solat sunat, ilmu untuk meningkatkan kefahaman tentang Islam perlu di cari, di fahami supaya dapat dihayati dalam diri.
Orang yang berlimu mempunyai darjat yang tinggi disisiNya, kerana dengan imu ini dapat meningkatkan rasa takwa kita pada Allah. Dengan ilmu kita dapat mebezakan mana yang hak dan batil, mana yang betul dan salah....
Menghadiri majlis ilmu yang mendekatkan diri kita pada Allah umpama berada di taman-taman syurga, di naungi oleh para malaikat yang sentiasa mendoakan orang yang berada di dalamnya...
Orang yang berjalan kerana pergi untuk menuntut ilmu umpama mereka yang pergi berjihad di atas jalanNya....

Persediaan fizikal
Untuk kita kuat beramal, ia perlukan fizikal yang kuat dan sihat. Jadi persiapkan diri sebelum menghadapi Ramadan dengan menjaga kesihatan diri dengan pemakanan sihat, senaman dan berpuasa sunat..
Sebelum Ramadan, itulah sebabnya mengapa kita di suruh banyakkan berpuasa sunat di bulan Rejab dan Syaaban sebagai persediaan awal menghadapi Ramadan. Jadi fizikal kita sudah terbiasa dengan latihan diri sebelum Ramadan....dah warming up sebelum menghadapi perjuangan yang sebenarnya. Tanpa warming up ini...sama seperti orang yang nak pergi bersukan marathon, di separuh jalan dah tak mampu nak teruskan sebab tidak ada stamina untuk meneruskan perjalanan yang jauh ini.....
Ingatlah, mukmin yang kuat lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang lemah, jadi cari jalan untuk kita rasa lebih sihat dan kuat supaya kita dapat meningkatkan amal kita pada Allah, untuk kita meraih kasih sayaang Allah yang tiada batasannya!!

Persediaan Azam dan Amal
Perlu ada sasaran diri yang ingin dicapai di sepanjang bulan Ramadan ini dari segi ibadah kita, bacaan Quran, zikir, ibadah, sedekah, dan lain-lain amal..
Perlu setkan target diri yang mampu dicapai dan berazam untuk melaksanakannya nanti... umpamanya nak baca Quran 1 juzu sehari, usahakan supaya target dicapai dengan izin Allah.
Berazam dan berdoa banyak-banyak supaya Allah beri kemampuan diri untuk istiqamah melaksanakan apa yang kita targetkan.

Mudah-mudahan kita dapat menghadapi Ramadan kali ini dengan ada persediaan awal supaya kita dapat bertahan dan berupaya melaksanakan ibadah puasa yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas....

Apa yang kita hajati dalam hidup ini adalah keampunan dariNya...kerana kita ini adalah hambanya yang banyak silapnya, banyak lalainya, banyak dosanya...!!

Siapakah yang dapat mengampuni dosa kita selain Allah?

Kepada Allah seharusnya kita kembalikan segala urusan diri kita, kerana Dialah pemilik sebenar kita!!
WALLAHUALAM

RAW
JUN 2015

Tuesday, March 31, 2015

Analogi kehidupan....umpama sebuah buku!!


Kita ini seperti sebuah buku.
Muka depan adalah tanggal lahir. Kulit belakang adalah tanggal kematian.
.
Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan....
Ada buku yg tebal, ada buku yg nipis. Ada buku yg menarik dibaca, ada yg sama sekali tidak menarik.
.
Sekali atau  berkali² tertulisnya dosa, ternyata Allah masih memberikan kesempatan untuk kita menghapusnya dengan Taubatan Nasuha.
.
Tapi hebatnya, seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.
.
Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin, Allah Yang Maha Rahman selalu menyediakan hari yang baru untuk kita..

Kita selalu diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yg benar dalam hidup kita setiap harinya..

Kita selalu boleh memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita kedepannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkan olehNya....

Terima kasih Ya Allah untuk hari yg baru ini. Syukuri hari ini dan isilah halaman buku kehidupanmu dgn hal² yg baik semata.... supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita mampu tersenyum....

Selamat menulis di buku kehidupanmu....

Menulislah dengan tinta cinta dan kasih sayang, serta pena yang diredhai Allah Ta'ala..

Hari yang berlalu jangan kita meratapinya sebab ianya sudah mati...
Masa akan datang jangan kita khayalkan sebab itu belum pasti...
Sibukkan kita dengan detik waktu yang sedang kita tempuh.

Kata-kata dari Ibnu Masud r.a. utk renungan diri...
"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam,
'Amalku tidak bertambah sedikitpun,padahal aku tahu saat ini umurku berkurang"

Nasihat ini untuk diri sendiri,untuk dikongsi bersama-sama kawan2,anak2 , keluarga.......semoga Allah memberkati dan  meredhai kita.

Aamiin..
Wallahua'alam..

Ikhlas itu....


  IKHLAS ITU  

Menentukan diterima atau tidak diterimanya aktiviti kita sebagai ibadah, 
Karenanya pastikan ia senantiasa menyertai setiap aktiviti kita......

Ikhlas itu…. Ketika nasehat, kritik dan bahkan fitnah, tidak mengendorkan amalmu dan tidak membuat semangatmu punah.

 Ikhlas itu… Ketika hasil tak sebanding usaha dan harapan, tak membuatmu menyesali amal dan tenggelam dalam kesedihan.

 Ikhlas itu… Ketika amal tidak bersambut apresiasi sebanding, tak membuatmu serik bertanding.

 Ikhlas itu… Ketika niat baik disambut berbagai prasangka, kamu tetap berjalan tanpa berpaling muka.

 Ikhlas itu… Ketika sepi dan ramai, sedikit atau banyak, menang atau kalah, kau tetap pada jalan lurus dan terus melangkah.

 Ikhlas itu… ketika kau lebih mempertanyakan apa amalmu dibanding apa posisimu, apa perananmu dibanding apa kedudukanmu, apa tugasmu dibanding apa jabatanmu.

 Ikhlas itu.. ketika ketersinggungan pribadi tak membuatmu keluar dari barisan.

 Ikhlas itu… ketika posisimu di atas, tak membuatmu lewa, ketika posisimu di bawah tak membuatmu enggan bekerja.

 Ikhlas itu… ketika khilaf mendorongmu minta maaf, ketika salah mendorongmu muhasabah, ketika ketinggalan mendorongmu mempercepat jalan.

 Ikhlas itu… ketika kebodohan orang lain terhadapmu, tidak kau balas dengan kebodohanmu terhadapnya, ketika kezalimannya terhadapmu, tidak kau balas dengan kezalimanmu terhadapnya.

 Ikhlas itu… ketika kau bisa menghadapi wajah marah dengan senyum ramah, kau hadapi kata kasar dengan
jiwa besar, ketika kau hadapi dusta dengan menjelaskan fakta.

 Ikhlas itu…. Mudah diucapkan, sulit diterapkan….. namun tidak mustahil diusahakan….

 Ikhlas itu... Seperti surah Al Ikhlas.. Tak ada perkataan ikhlas di dalamnya...

 Semoga Bermanfaat 

The best songs of maher zain