Monday, May 31, 2010

Hakikat kebahagiaan dalam islam

Firman Allah dalam surah Ali- Imran : 102 yang bermaksud....

" Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu  mati melainkan dalam keadaan beragama Islam"

Dengan segenap kemampuan dan keupayaan manusia, mereka akan cuba mencari kebahagiaan dan mencapainya....... tapi adakah kebahgiaan itu terletak pada harta ,pangkat , kesihatan tubuh badan semata??
Ramai manusia berlumba-lumba untuk mencari harta.................berlumba-lumba mengejar pangkat dan kedudukan......berlumba-lumba untuk dunia......dapatkah kebahagiaan yang dicari??
Namun kebahagiaan itu sering mengelak diri...............
Kebahagiaan itu adalah sesuatu yang sangat bernilai pada manusia  di mana jika ia dapat dibeli...pasti ramai yang sanggup membelinya jika ia mampu !!  
Tapi hakikatnya kebahagiaan itu....terletak di hati.......tidak boleh di jual beli!!!
Jangan lah kita jadi Qarun yang rasa sungguh bahagia dengan hartanya yang banyak, tapi harta inilah yang meyebabkan ia kufur nikmat pada ALLAH lantas ALLAH menenggelamkannya dengan hartanya sekali  ke dalam perut bumi setelah di peringatkan oleh ALLAH dan sahabatnya!.
  Kebahagiaan sebenarnya adalah iman dan amal soleh.......Nabi Yunus memperolehnya takala ia berada di dalam perut ikan ....ia diselaputi tiga kegelapan...kgelapan berada dalam perut ikan, kegelapan laut dan kegelapan malam.... Takala ini semua tali pengharapan telah putus ...kecuali...tali pengharapan pada ALLAH....ia berdoa dengan nada sedih....
  "Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.  Maha Suci Engkau....sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim...." Surah Al-Anbiya:87.
Ia menemui kebahagiaan dengan penuh pengharapan pd ALLAH .........ALLAH mendengar rintihan hambaNYA  yang ikhlas lantas menyelamatkannya....!!
Dengan iman dan amal soleh....hati akan jadi lapang dan tenang....di situlah letaknya kebahagiaan.
Tapi bagi jiwa yang ketandusan iman.....hatinya jadi sempit.......fikirannya buntu.....
   " Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanKU, maka baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan yang buta."
Jadi perlulah berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan ini .........kerana usaha adalah muqaddimmah pada hidayah ALLAH ....
Sedarilah hanya dengan iman dan amal soleh saja.......manusia merintis jalan menuju kebahagiaan  sebenarnya......!!
YA ALLAH! Kurniakanlah kami kebahagiaan hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat.Dan jauhi kami dari azab api neraka.................Amin..

Wednesday, May 26, 2010

Hakikat kehidupan Dunia ini

  "Kehidupan ini hanyalah merupakan satu jalan
samada menuju ke taman-taman syurga 
atau ke neraka
malamnya merupakan tempat manusia bekerja
dan siangnya merupakan pasarnya."

Sebenarnya malam dan siang yang silih berganti dalam kehidupan ini umpama dua peti simpanan harta, jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita simpankan dalamnya! 
Apabila hari telah berlalu, ia di lipat dan di kuncikan tidak akan dibuka oleh sesaorang, sehingga ALLAH membukanya pada hari Hisab.....  untuk setiap jiwa...
Jadi pergunakan detik-detik kehidupan ini dengan sebaik2nya...sebagai  harta simpanan kita diakhirat kelak!!
Firman ALLAH dalam surah 57:20
 " Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah main-mainan sahaja, cakap yang sia-sia, menunjuk-nunjuk di antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpulkan harta dan anak2. Ia umpama tanaman yang disirami hujan yang menggembirakan petani, akan tetapi ia akan kering, dan kamu akan melihatnya bertukar menjadi kekuningan dan seterusnya ia akan mati."    
  Begitulah bersilih ganti dan bergiliran dalam hidup ini jalan kehidupan seorang manusia, yang mana setiap diri tetap akan kembali menuju ALLAH....... pada masa dan ketika yang telah ditetapkan!!
   Jadi menyedari tentang hakikat ini.....apakah tindakan kita sekarang ini?
  Sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk hari  di mana kembalinya kita ke alam yang abadi...?
Sebijak-bijak manusia adalah mereka yang sentiasa mengingati hari bila mereka akan pulang ke rahmatullah!  Hati mereka sentiasa dekat dengan mati, mempersiapkankan diri untuk hari tersebut.....!!







Saturday, May 15, 2010

Qiyamullail membersihkan jiwa!

Daripada hadith Rasulullah saw:
• “Solat yang paling baik selepas solat farhu adalah solat malam
• “Apabila sesiapa di antara kamu tidur , syaitan mengikat akan tiga ikatan di belakang kepalamu.Pada setiap ikatan, syaitan mengulang dan menghembuskan ayat-ayat ini,“Malam adalah panjang, jadi tidurlah”.
Jika kamu bangun malam dan mengingati ALLAH,akan terlerailah satu ikatan,
Jika kamu berwudu, ikatan kedua terlerai
dan jika kamu solat ikatan ketiga akan terlerai...
Kamu akan bangun pagi dengan penuh bertenaga dan dengan hati yang bersih....
Jika tidak kamu akan bangun pagi dengan rasa malas dan hati yang bercelaru!”
Al-Hasan pernah ditanya,
“Bagaimanakah orang yang bangun malam mempunyai wajah yang sangat menarik? Dia menjawab, “Ini adalah kerana mereka bersunyi2an dengan ALLAh dan berhubung rapat dengan Yang Maha Pengampun dan Dia, ALLAh memakaikan mereka dengan sebahagian dari CahayaNya.”
Dia juga berkata,” Sesaorang yang berdosa , oleh kerana itu sukar baginya untuk bangun malam(disebabkan dosanya).”
Seorang lelaki pernah berkata pada seorang soleh,” Saya tidak dapat berterusan berjaga malam , jadi berikanlah saya nasihat . Orang yang soleh itu berkata ,”Jangan mengingkari ALLAH di waktu siang, dan ALLAH akan membantumu untuk berjaga, antara TanganNYa, di waktu malam.
Ibnu Al – Munkadir berkata,” Hanya ada tiga keseronokan yang tinggal di dalam hidup ini: berjaga malam, berjumpa dengan sahabat dan melakukan solat fardhu secara berjamaah.”
Sesungguhnya solat in adalah cahaya yang terpancar, asalnya dari hati seorang mukmin,menyebar diwajahnya dan memantul ke anggota tubuhnya. Ia merupakan cahaya yang diberikan oleh ALLAH kepada orang yang mengikut petunjuk dan jalan ALLAH, yang hanya dimiliki oleh orang muknin.Ia mensucikan hati2 manusia dari noda dan kotoran!!
Ingatlah akan sabda Rasulullah ini,
"Dua rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya!"
Rebutlah peluang ini ketika hayat masih ada....bersihkan hati sucikan jiwa....dalam hati manusia tidak boleh berkongsi 2 keadaan jiwa ....bersih dan kotor serentak!
Apabila hati sudah dibersihkan...kotorannya menghilang....
Islam yang suci bersih dapat diterapkan..
Ukhwah di jalinkan...tiada permusuhan..........
Jiwa akan tenang...fikiran bertambah lapang!!

Tuesday, May 11, 2010

Ya ALLAH, ampunilah aku!!

' Dan mohonlah pengampunan dari ALLAH , sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang'.(73:20)
' Dan sesiapa yang berbuat dosa atau mengotori jiwanya dan kemudian memohon ampun dari ALLAH , ia akan mendapati ALLAH itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (4:110)
    Kedua- dua firman Allah dalam ayat Quran di atas menyuruh kita sentiasa memohon ampun dari ALLAH pencipta kita apabila kita berbuat dosa ataupun kesalahan. Memohon ampunan dariNya merupakan doa yang terangkat ke hadratNya, terutama bila doa ini datangnya dari hati ikhlas  yang rasa bersalah akan tindakannya! Lebih-lebih lagi bila doa ini dipanjatkan kepada ALLAH di malam dan subuh yang sunyi sepi...seolah-olah tiada berpenghuni...munajat hamba pada Khaliq dalam tahajjudnya!!
       Manusia diciptakan oleh ALLAH serba lemah dan banyak berbuat dosa....tapi sebaik2 mereka yang berdosa....sentiasa memohon ampun padaNya.
     Luqman pernah berkata pada anaknya....."Wahai anakku, jadikan ia satu tabiat lidahmu sentiasa mengucapkan  Ampunilah aku Ya ALLAH, kerana ada masa ketikanya di mana ALLAH tidak akan menghampakan hamba yang memanggilNya."
    Berkata Al-Hasan " Mintalah keampunan dari ALLAH sentiasa, di rumahmu, di mejamu, di jalanraya,
di pasar, di dalam mesyuaratmu, di mana saja kamu berada.  Kamu tidak tahu bila ALLAH akan mengampunimu."
  Pengampunan ALLAH sangat berharga buat diri kita yang sentiasa banyak salah silapnya...bumi mana yang tidak ditimpa hujan...manusia mana tidak melakukan kesalahan! Pengampunan ALLAH pada kita menentukan tempat akhir kita di sana....bahagia atau celaka!
    Sebenarnya memohon pengampunan ALLAH merupakan ubat bagi semua kesalahan dan dosa!!
Dari Saidatina Aisha r.a. berkata " Berbahagialah bagi sesiapa di mana (pada hari Perhitungan) mendapati dalam kitab catatannya banyak doa pengampunan".
Dari Qatada " Al-Quran ini membimbing kita mengenali penyakit dan ubatnya........Penyakit kita adalah berbuat dosa dan ubatnya adalah memohon ampun dari ALLAH."
       Dari Abi b.bi Talib r.a berkata"  Allah tidak akan memberi ilham  pada sesiapa jua pun dari hambaNya untuk memohon keampuanan dari ALLAH  di mana ALLAH hendak mengazabnya!!
   Jadi pohonlah hidayah dariNYA supaya hati dan lidah kita mudah memohon ampunan ALLAH diatas semua kesilapan dan dosa kita....petanda hati yang  lembut , rendah diri dan tawuduk padaNYA!!.  
   Jangan biarkan hati kita keras tidak suka minta maaf atas kesalahan kita pada manusia, merasa ego dengan diri kita.....lebih-lebih lagi dari ALLAH ,Rabb kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!!
 
   

Sunday, May 02, 2010

Bersyukurlah kepadaNYA!

Firman ALLah dalam Surah Al-Hadid ayat 23-24:
   'Setiap bencana yang menimpa bumi dan yang menimpa dirimu sendiri , semuanya tertulis dalam kitab,sebelum kami mewujudkannya.Sungguh yang demikian itu mudah bagi ALLAH. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu..Dan ALLAH tidak menyukai  orang yang sombong dan membanggakan diri"
  Seringkali dalam kehidupan kita di dunia ini, kita menghadapi kegagalan, kehilangan sesuatu atau sesaorang yang disayangi, tidak memperoleh apa yang dihajati, terkilan kerana terlepas peluang........... 
semua ini membuatkan kita sedih dan tidak puas hati...tapi hakikatnya segala yang berlaku pada kita sebenarnya sudah ditakdirkan  olehNya... tentulah ada kebaikan dan hikmah disebalik sesuatu kejadian tersebut.....ALLAH Maha Mengetahui apa terbaik untuk kita!  Tetapi kadang2 kita sebagai manusia sukar untuk menerima takdir ALLah ini, mempersoalkannya, dan terlalu kecewa sehingga ada yang sanggup untuk mengambil nyawa nya sendiri! 
  Begitu juga kita terlalu gembira dengan kejayaan  yang kita perolehi sehingga kita  sombong dan lupa diri........ ?? Renungilah firman ALLAH ini.
     ' Dan apa saja yang ALLah berikan kepada kamu ( berupa kekayaan, keturunan, pangkat...) maka itu adalah kesenangan hidup duniawi  dan perhiasannya, sedang apa yang ada disisi ALLah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti??' Surah Al-Qashash:60.
 Apa saja yang ALLAH izinkan kepada kita manusia ini...baik berupa kesenangan dan musibah....semua nya untuk mempertingkatkan keimanan kita! Untuk mengembalikan hakikat ubudiah kita hanya senya kepada ALLAH swt semata2.
 Firman ALLAH lagi , 'Dan tidak ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu' Surah Azzariyat :56
Itulah matlamat penciptaan kita di dunia ini......ada tujuan yang khusus ...bukan satu kebetulan atau main-main sahaja. Jadi seluruh penghidupan kita perlulah kita arahkan untuk merealisasikan hakikat ubudiah ini dalam seluruh penghidupan kita, mensyukuri setiap nikmat yang diberikan ALLAH kepada kita...semua itu adalah pinjaman sementara dari ALLAH! Insyallah apa yang hilang dari kita didunia ini ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik dan lebih kekal. Jadi redolah dan pasrah padaNya.
"Katakanlah, 'Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan  pendengaran, penglihatan, dan hati nurani bagi kamu.Tetapi sedikit sekali kamu bersyukur!'
Setelah semua ini.........apakah kita tidak boleh bersyukur dengan kurnia yang ALLAH berikan kepada kita?  Matlamat akhir kita sebenarnya bukan dunia ini....tapi akhirat yang kekal abadi.

Saturday, May 01, 2010

Hakikat kecintaan pada ALLAH

Cinta................
Satu perkataan yang indah, mudah disebut..
Tetapi bagi yang bercinta.....hakikatnya bukanlah semudah itu.
Ia merupakan satu perasaan kasih sayang yang menguasai hati dan jiwa insan..sehingga seluruh pemikiran dan hatinya tertumpu pada yang dicintai...
sehingga timbul kerinduan pada yang dicintai.. untuk sentiasa bersama..
merasa resah gelisah bila berjauhan...
Inilah perasaan cinta yang ALLAH wujudkan antara insan..........
Namun...ada hakikat kecintaan yang lebih kekal dan abadi dari itu...
Yang patut di cari.................
Dimana kita tidak akan rasa sepi, resah gelisah, kesaorangan selalu...
kerana yang dicintai sentiasa bersama kita, tidak berpisah dari kita...
Sentiasa memerhati dan menjaga kita................
melimpahkan kurnia,  rahmat dan kasih sayangnya tanpa batas.........
Itulah cinta ALLAH yang abadi!
Kasih sayang dan cinta ALLAH pada manusia melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya!
Kasih sayang dan cinta manusia cukup terbatas........dibatasi masa dan keadaan!
Tapi....adakah kita berusaha untuk mendapatkan cinta ALLAH ini??
Selayaknya....ALLAH lah yang patut kita cintai lebih dari segalanya....!!!
 Dialah yang  menjadikan kita, memelihara kita, melimpahkan nikmatNya tanpa batas
Mengampunkan dosa-dosa kita, Maha Pengasih lagi  MahaPenyayang.....
Dan pada ALLAH terkumpul semua sifat2 keagungan pada DiriNYa??
Selayaknya .........ALLAHlah yang patut kita lebih cintai dari segalanya!!
Namun........ kerana noda dan nafsu menguasai diri.....
Mengaburi hati dan jiwa untuk meletakkan cinta ALLAH mengatasi segalanya.!
Jadi...pembersihan hati, mujahadah jiwa perlu dilaksanakan........
Sebelum kita mampu mencintai ALLAh dalam ertikata yang sebenarnya.!

Bismillahirrahmaanirrahim 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN Jom Prepare! 1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang....