Daripada hadith Rasulullah saw:
• “Solat yang paling baik selepas solat farhu adalah solat malam
• “Apabila sesiapa di antara kamu tidur , syaitan mengikat akan tiga ikatan di belakang kepalamu.Pada setiap ikatan, syaitan mengulang dan menghembuskan ayat-ayat ini,“Malam adalah panjang, jadi tidurlah”.
Jika kamu bangun malam dan mengingati ALLAH,akan terlerailah satu ikatan,
Jika kamu berwudu, ikatan kedua terlerai
dan jika kamu solat ikatan ketiga akan terlerai...
Kamu akan bangun pagi dengan penuh bertenaga dan dengan hati yang bersih....
Jika tidak kamu akan bangun pagi dengan rasa malas dan hati yang bercelaru!”
Al-Hasan pernah ditanya,
“Bagaimanakah orang yang bangun malam mempunyai wajah yang sangat menarik? Dia menjawab, “Ini adalah kerana mereka bersunyi2an dengan ALLAh dan berhubung rapat dengan Yang Maha Pengampun dan Dia, ALLAh memakaikan mereka dengan sebahagian dari CahayaNya.”
Dia juga berkata,” Sesaorang yang berdosa , oleh kerana itu sukar baginya untuk bangun malam(disebabkan dosanya).”
Seorang lelaki pernah berkata pada seorang soleh,” Saya tidak dapat berterusan berjaga malam , jadi berikanlah saya nasihat . Orang yang soleh itu berkata ,”Jangan mengingkari ALLAH di waktu siang, dan ALLAH akan membantumu untuk berjaga, antara TanganNYa, di waktu malam.
Ibnu Al – Munkadir berkata,” Hanya ada tiga keseronokan yang tinggal di dalam hidup ini: berjaga malam, berjumpa dengan sahabat dan melakukan solat fardhu secara berjamaah.”
Sesungguhnya solat in adalah cahaya yang terpancar, asalnya dari hati seorang mukmin,menyebar diwajahnya dan memantul ke anggota tubuhnya. Ia merupakan cahaya yang diberikan oleh ALLAH kepada orang yang mengikut petunjuk dan jalan ALLAH, yang hanya dimiliki oleh orang muknin.Ia mensucikan hati2 manusia dari noda dan kotoran!!
Ingatlah akan sabda Rasulullah ini,
"Dua rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik dari dunia dan seluruh isinya!"
Rebutlah peluang ini ketika hayat masih ada....bersihkan hati sucikan jiwa....dalam hati manusia tidak boleh berkongsi 2 keadaan jiwa ....bersih dan kotor serentak!
Apabila hati sudah dibersihkan...kotorannya menghilang....
Islam yang suci bersih dapat diterapkan..
Ukhwah di jalinkan...tiada permusuhan..........
Jiwa akan tenang...fikiran bertambah lapang!!
Buat insan yang mudah lalai dan lupa..."Ingatlah pada Allah, hanya dengan mengingatiNya, hati akan menjadi tenang.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hakikat hidup ini...
Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...
-
Hawa nafsu adalah merupakan kecenderungan terhadap sesuatu baik berupa cinta pada nafsu(syawat atau keinginan) merasa lebih hebat, benci...
-
Mengapa Allah menguji kita? Apabila diuji dengan kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan... terdetiklah rasa , "Apakah Tuh...
-
Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering d...
No comments:
Post a Comment