Setiap muslim berikrar bahawa Allah SWT adalah Rabbnya, Islam adalah deennya dan Rasulullah saw adalah rasul ikutannya seperti yang sering dibaca dalam doa...
Aku redha Allah sebagai Rabbku dan Islam sebagai deenku dan Muhammad saw sebagai nabi dan rasulku...
Sebenarnya kita harus memahami erti ikrar ini dan berusaha merealisasikanya dalam kehidupan kita. Tapi hakikatnya tidak semua orang memiliki kefahaman yang baik tentang Islam dan menghayatinya dalam semua aspek kehidupan. Dan bagi yang dapat menghayatinya, belum tentu dapat bertahan dan tetap istiqamah dalam melaksanakan tuntutan Islam dalam kehidupan. Banyak faktor-faktor dalaman diri dan luaran iaitu persekitaran yang mempengaruhi pendirian untuk tetap istiqamah dalam melaksanakan Islam dalam kehidupan kita secara syumul. Kenapakah terjadinya demikian?
Firman Allah dalam surah Hud : 12 yang bermaksud...
" Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Dia melihat apa yang kamu kerjakan."
Tetap pendirian atau istiqamah ini merupakan satu tuntutan dalam kita beramal soleh dan juga bagi orang yang telah bertaubat.......tidak mengulangi dosa yang lampau, tidak menyorot ke belakang balik setelah kembali ke pangkal jalan!
Umar Al-Khattab menyatakan istiqamah itu adalah iltizam( berpegang teguh) terhadap perintah dan larangan Allah serta tidak menipu sebagaimana tipuan musang, sementara Mujahid pula mengatakan istiqamah adalah terhadap syahadah sehingga bertemu Allah SWT.
Pernah Rasulullah saw ditanya tentang istiqamah ini, " Ya Rasulullah katakan kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada sesaorang selain engkau."
Baginda menjawab," Katakanlah , Aku beriman pada Allah dan kemudian beristiqamahlah."
Keyakinan hati kita terhadap Allah mestilah mantap untuk kita dapat terus beristiqamah padaNya, kerana apabila kita teruji dan diuji, di sini baru kita menyedari dan dapat mengukur sejauhmana benarnya pengakuan kita sebagai seorang muslim yang beriman pada Allah, sejauhmana kita mampu beristiqamah di atas jalan yang lurus. Istiqamah ini bukanlah dakwaan semata-mata........tapi ia adalah konsistennya kita dalam penghayatan dalam apa juga keadaan samada aman atau terancam! Untuk istiqamah juga mesti melalui tarbiyyah yang panjang .........
Faktor-faktor yang dapat melahirkan istiqamah di antaranya....
- beramal dengan amalan yang sebaik-baiknya.
Firman Allah SWT yang bermaksud....
" Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (Al-Hajj:78).
Melalui jihad ini sebenarnya dapat memantapkan pendirian kita .....tanpa jihad, amalan yang kita buat tidak sempurna, separuh hati, ikut keadaan, bermusim.....macam-macam sebab lagi. Jihad dalam amalan ini akan menyebabkan kita sentiasa berusaha memperbaiki dan meningkatkan amalan kita setiap masa, mendisiplinkan diri.......sehingga kesannya kita mampu dan boleh beristiqamah dengan apa yang kita buat.
Contohnya solat tahajjud....mungkin pada awalnya kita agak sukar bangun malam namun dengan usaha dan jihad yang berterusan.... kita dapat istiqamah dengannya!! Tapi perlulah kita ada kesungguhan dan dorongan dalaman diri yang kuat untuk itu, bukan ikut-ikutan semata!! Apapun kita buat semuanya kerana kita hendak kembali pada Allah!

- Bertindak keatas sesuatu berasaskan ilmu dan kefahaman.
Firman Allah dalam surah Al-Isra:36 yang bermaksud.......
" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan minta dipertanggungjawabkan."
Kepentingan berilmu dalam beramal mestilah di ambil kira. Apabila kita memahami kenapa kita perlu beramal, bagaimana kita beramal, tujuan beramal, kesan dan manfaatnya.....keyakinan kita akan lebih mantap dan ia dapat mendorong kita untuk melakukannya dengan istiqamah. Hakikatnya, ilmu, iman dan amal tidak boleh dipisahkan.....dengan ilmu kita akan dapat menyakini dan seterusnya melaksanakan apa yang kita yakin.
Tanpa ilmu dan iman.....kita tidak akan dapat bertahan lama. Pentingnya kita mempelajari ilmu dan seterusnya melaksanakan tuntuan ilmu tersebut dalam diri......supaya ilmu tersebut jadi manfaat pada kita!! Janganlah kita jadi orang yang jahil yang hanya mengikut tanpa ilmu......sesungguhnya segalanya akan minta dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT.

- Tidak bersandarkan kepada sesuatu dengan faktor-faktor yang bersifat sementara, tetapi bersandarkan kepada sesuatu yang kekal.
Apa sahaja yang kita buat.....semuanya bukan untuk manusia tetapi kita laksanakannya atas dasar ketaatan kita pada Allah SWT. Kita hanya berharapkan balasan akhirat bukannya didunia ini.....semua yang ada didunia ini adalah sementara belaka, tidak kekal dan tidak boleh dibawa mati kecuali tiga amalan iaitu ilmu yang bermanfaat yang diajarkan, sedekah jariah kita dan doa anak yang soleh! Segala yang lain, akan kita tinggalkan......
Adapun rezeki kita di dunia ini, bukannya datang dari manusia tapi sebenarnya ia adalah dari Allah.....walaupun pada lahirnya manusia yang memberikannya! Jadi apabila kita beramal kerana Allah.....kita akan tetap istiqamah di atas amalan kita walaupun kita dihina, diketepikan dan tidak dapat ganjaran dunia.....! Di hati kita tetap berpegang teguh dengan apa yang diyakini!

- Ikhlas dalam amalan pada Allah SWT sebagaimana firman Allah dalam Surah Al- Bayyinah :3 yang bermaksud, " Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama yang lurus."
- Mengikut sunnah Rasulullah saw.
Dengan mengikuti sunnah , kita mendapat barokah, mengikuti sesuatu amalan mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah yang diberikan pahala! Berkata Imam Sufian," Tidak diterima sesuatu perkataan, kecuali apabila ia disertakan amal. Dan tidak lurus perkataan dan amal kecuali dengan niat dan tidak lurus perkataan, amal dan niat kecuali mengikut sunnah."
Jadi untuk melahirkan istiqamah perlu pada tiga pendekatan sekali gus iaitu kerana Allah, bersama Allah dan menuju pada Allah. Kerana Allah bermaksud mengambil Islam sebagai prinsip hidup, bersama Allah pula bersama-sama berada diatas sistem atau manhaj Allah, dan menuju Allah bermakna sentiasalah bermatlamatkan Allah dalam setiap kerja-kerja dan usaha kita. Dalam setiap kerja dan amal kita inilah yang perlu ada.....barulah dapat melahirkan amal yang mantap dan istiqamah!!
Tanda-tanda orang yang istiqamah itu dia akan bersifat berani, tidak gentar terhadap tentangan, mempunyai ketenangan jiwa kerana keimanan yang mantap, sentiasa optimis bahawa masa depan di tangan Islam dan yakin dengan pertolongan Allah SWT. Dia tidak merasa lelah yang membolehkan ia kecewa dalam perjuangan. Jiwanya sentiasa pasrah dan berharap pada Allah SWT dalam apa sahaja yang di hadapinya dalam hidup ini.
Jadi kita cubalah proseskan dalam diri kita supaya dapat sifat istiqamah ini.......kerana tiada amal yang Allah cintai melainkan amal yang istiqamah yang kita buat walupun sedikit! Kita mulailah dari yang sedikit dan seterusnya pertingkatkannya dari masa ke semasa.....Ingatlah amal yang kita buat itu bukannya untuk orang lain, tapi untuk diri kita sebagai bekalan nanti ke hari Akhirat! Janganlah kita berlengah lagi, masa tidak menunggu kita!
No comments:
Post a Comment