Wednesday, October 13, 2010

Jagalah pandangan .....untuk hati jadi tenang!

    Firman Allah dalam Surah An-Nur :30-31 yang bermaksud................
    "Katakan pada lelaki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakan pada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali apa yang biasa nampak dripadanya." 
    Daripada ayat di atas, wajib bagi kita lelaki dan wanita muslim mengawal dan menahan padangan mata kita...........sesungguhnya pengaruhnya sangat kuat dan ia berkaitan dengan desakan nafsu!  Lantaran itu Rasulullah saw mengumpamakan pandangan mata itu seperti  anak panah racun iblis yang boleh menggoda manusia......setiap pandangan mata mesti dijaga! Tak kiralah pada mereka yang menutup aurat ataupun tidak.   Mata adalah jendela hati.....jadi apa-apa yang terpandang oleh mata akan memberi kesan dihati. Pandangan mata yang rakus dan liar boleh menjerumuskan setiap diri kepada hal-hal yang membinasakan.
       Sabda Rasullah pada Saidina Ali, " Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagian mu ( dosa atasmu)." 
       Jadi kita bersihkanlah jiwa kita dengan bersungguh-sungguh menjaga pandangan mata kita......takala menonton TV yang banyak di paparkan gambar-gambar mereka yang tidak menjaga aurat, ketika kita berada di luar rumah , berada di shopping kompleks dan di mana sahaja.......dimana terdapat suasana yang tidak soleh yang boleh menggugah iman kita! Kita akan mengutip dosa demi dosa jika kita tidak berhati-hati dalam menjaga pandangan  kita! Ingatlah hati akan jadi tenang bila pandangan mata
sentiasa dapat dikawal, mudah melaksanakan ketaatan dan menjauhi kemungkaran.  Dan berwaspada lah kerana  kemungkaran bermula dari pandangan mata yang turun ke hati!
       Kata-kata daripada Ibnu Abbas.......
       "Kedudukan syaitan dalam diri orang lelaki ada tiga tempat iaitu pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya.  Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita pula juga ada tiga tempat iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya."
       Sabda Rasulullah saw yang bermaksud...
       " Pandangan mata itu laksana anak panah iblis.  Barangsiapa yang  menahan pandangannya dari keindahan wanita maka Allah akan mewariskan kelazatan di dalam hatinya yang dia dapat rasakan hingga dia bertemu Allah."
Sama-sama kita renungi syair Arab ini...

Aduhai betapa buruknya pemuda..
Memiliki pekerti tidak beradab
Nafsu sendiri menuruti kehinaan
Padahal disedari tercemarnya maruah diri
Menyenangi kehinaan!
Alahai kedua mata.... 
Kau nikmati pandangan......
Lalu kau susupkan kepahitan dihati
Hatilah yang memaksakan kehendakya
kerana hati dan mata tidak tunduk pada Pencipta!!.   
    
     Jadi segala saranan dari Al-Quran dan hadis di atas perlulah kita ambil perhatian yang serius.  Allah dan Rasul telah menggariskan cara-cara bagi kita menjaga hati  yang merupakan wadah tempat iman dan takwa bertakhta.  Jadi kebersihan hati perlu dijaga supaya iman dan takwa ini dapat hidup subur dalam jiwa dan tiada yang dapat merosakkannya!

Petikan dari buku Anak-anakku berjuanglah

1 comment:

  1. asm

    tiulisan yang menyentuh dan amat perlu diberi perhatian. Mata anugerah Allah, nikmat yang memboleh kita menikmati keindahan ciptaan Illahi, tapi malangnya selalu di salah gunakan ..malah kita gunakan untuk buat maksiat pada Allah...Adilkah ini!..maka sudah tentulah balasan mereka yang kufur nikmat ini amat besar...Bayangkan dan bandingkan sekiranya Allah ambil balik pemberiaan ini...wang berjuta sudah tida bereti lagi...jadi bersyukur lah pada Allah dengan melakukan suruhan Nya.....

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...