Kita yang mengaku Muslim sebenarnya perlulah memberikan perhatian yang serius dalam memperelokkan akhlak diri supaya ia jadi contoh yang baik dalam usaha mengajak orang lain kepada kebenaran Islam. Dengan adanya contoh ini nampak keindahan akhlak Islam yang mulia dan tinggi.....lantas orang akan tertarik kepada Islam! Ia juga salah satu usaha dakwah kita...menarik orang pada Islam melalui qudwah hasanah(contoh yang baik).
Kedatangan Rasulullah saw sebenarnya adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia..... Saidatina Aisyah ditanya bagaimanakah akhlak Rasulullah saw....Jawab beliau," Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran." Jawapan yang ringkas tetapi tepat dan padat...menggambarkan bagaimana Rasulullah menterjemahkan Al-Quran dalam dirinya.....sebagai contoh kepada sahabat-sahabat beliau dan seterusnya contoh bagi kita. Firman Allah dalam surah Al-Qalam : 4 yang bermaksud.....
" Sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai budi pekerti yang agung."
Satu pengiktirafan dari Allah tentang akhlak Rasulullah saw. Dalam diri Rasulullah dan seterusnya para sahabatnya terserlah pengaruh dan kesan dari didikan Al-Quran.....terbimbing hati dan jiwa dengan ayat-ayat Allah .....sehingga merekalah umat terbaik dan generasi Al-Quran yang unik....yang mana Al- Quran bukan setakat dihati malah dalam seluruh aspek diri, keluarga dan masyarakat!!
Mereka berjaya memiliki akhlak yang unggul kerana
- mengambil Al-Quran dengan sepenuh hati- membaca Al-Quran untuk diamalkan bukannya semata-mata untuk tujuan lain seperti merawat penyakit hati, menjadi hafiz Quran atau menghalau syaitan dsbnya....
- menerima arahan dan larangan Allah dalam Al-Quran dengan penuh keikhlasan hati- bersungguh-sungguh dalam hal ketaatan padaNya ,meletakkan dan mengutamakan Allah dalam semua aspek
- benar-benar menyakini Al-Quran sebagai pemisah antara hak dan batil...tiada secebis keraguan dalam jiwa. Al-Quran adalah kebenaran dari Allah, tidak dapat disanggah lagi!! Keyakinan ini menghunjam dikalbu sehingga ia mempengaruhi persepsi diri tentang hidup ini....dunia adalah sementara sahaja, akhiratlah yang kekal abadi. Dengan keyakinan yang mendasari jiwa ini, mereka nampak matlamat akhir hidup ini....apa yang dibuat menjurus kearah ini! Sungguh hebat transformasi diri yang berlaku akibat dari keyakinan ini!
Umat Islam sekarang ketandusan jiwa dan akhlak mulia yang syumul....tiada contoh unggul seperti sahabat generasi Al-Quran yang unik. Masyarakat bukan Islam tidak tertarik kepada Islam melalui contoh yang dipaparkan.....mereka kebanyakan masuk Islam kerana meneliti dan mengkaji Al-Quran yang mulia...! Contoh akhlak mulia ini sudah hilang dari diri umat Islam...syahsiah mereka bercampur aduk, tiada pemisah yang jelas antara Islam dan bukan Islam! Pelaksanaan Islam dalam diri kucar kacir....tidak mempamirkan yang benar-benar yang Islam kehendaki!
Contoh yang sangat jelas berlaku dalam realiti sekarang..... sebagai contoh lihatlah cara tutup aurat wanita Islam, berbagai-bagai cara dan fesyen terkini, sehingga minima yang dibenarkan dalam Islam tidak dipraktikan! Tudungnya yang singkat, mengikut bentuk tubuh, jarang, menarik perhatian, pakaian yang ketat, lengan nampak separuh, bersolek ....unsur-unsur tabarruj yang terlarang nyata kelihatan. Itu baru satu aspek fizikal...belum lagi sentuh akhlak diri..... Memang kita umat islam ini benar-benar ketandusan akhlak tidak seperti akhlak Al-Quran ! Sewajarnya kita kembali meneliti balik apa yang Allah kehendaki dari kita .....bukan ambil ikut hawa nafsu kita! Sakit mata memandang dan tidak terpelihara pandangan mata kita bila keluar dalam masyarakat. Jadi bagaimana nak jaga hati kita bila pandangan mata kita liar?
Jadi bagaimanakah kita yang mengaku masyarakat muslim akan mendapat rahmat dan barokah Allah? Kita tidak jaga apa yang Allah suruh jaga! Wanita diamanahkan pada kaum lelaki untuk mendidiknya....jadi para-para suami, para-para ayah, abang-abang di wajibkan untuk mendidik dan menjaga urusan wanita ini....bukan lepas tangan ...mereka perlu dididik oleh lelaki beriman! Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah!!
Sebenarnya bukan mudah nak bangunkan Akhlak Islam dalam diri jika tiada kesungguhan. Kesungguhan inilah yang hilang dalam hati kerana banyak sangat alasan diri, tidak mampu dan tak sanggup berkorban, tipis iman, kurang keikhlasan..........
Jadi kita sama-samalah muhasabah diri kita.....adakah kehendak hati kita selaras dengan kehendak Allah? Sejauhmana kita dah mula kembali ke ajaran Allah? Atau kita masih bertangguh lagi?
Masa tetap berlalu, tidak menunggu kita..........wajarkah kita masih berpeluk tubuh dan tidak mengorak langkah? Sama-samalah kita fikirkan!!
asm Saya sangat setuju bahawa kita mesti memperoses hati kita supaya mengambil Al-Quran dengan sepenuh hati , kerana inilah manual kita…Untuk membimbing kita demi kebahahagiaan di dunia dan di Akhirat - membaca Al-Quran untuk diamalkan bukannya setakat kita gunakan untuk merawat penyakit hati, menjadi hafiz Quran atau menghalau syaitan dsbnya....
ReplyDeleteBenarlah lelaki diamanahkan dan perlu memainkan peranan penting di dalam mendidik wanita… Firman Allah dalam surah An Nisa’ 34—Laki-laki adalah pengurus bagi perempuan, lantaran Allah telah melebihkan sebahagian mereka dari sebahagian nya, dan lantaran laki-laki itu telah memberikan nafkah dengan harta-harta mereka….Bertuahlah wanita yang terdidik dan solehah yang mana ….Sabda Rasullah SAW apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina…atau menggalakan sebab-sebab musabab kearah itu) dan metaati suaminya (yang ingin membawanya kepada Islam) masuklah ia kedalam syurga daripada pintu –pintu yang dikehendakinya….
ReplyDeleteTetapi Jalan ke Neraka juga mudah bagi wanita….sekira nya ia memilih yang di sebalik panduan di atas……Oleh itu gunakan panduan Al Quran untuk buat pilihan…….
asm
ReplyDeletesaudara dan saudari Binalah akhlak mulia, inilah yang membezakan kan kita dengan orang yang tidak beriman...dan jagalah akhlak kita dikala bersendirian atau di tengah orang ramai....ALLAH MELIHAT DAN MALAIKAT MENCATIT...