Dari satu hadis Rasulullah saw oleh Abu Hurairah.........
"Rasulullah saw telah bersabda, " Lihatlah pada orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, kerana yang demikian lebih baik supaya kalian tidak meremehkan nikmat Allah keatas kalian." (Riwayat Muslim)
Dalam kehidupan ini, keadaan dan nasib manusia serta bentuk fizikal adalah tidaklah sama. Allah jadikan kita ini semuanya berbeza-beza dari semua aspek. Ada yang dilahirkan dalam keluarga berada, ada yang miskin, ada yang sempurna sifatnya, ada yang cacat, ada yang cantik dan ada yang kurang cantik, ada yang pandai, ada yang kurang pandai ................pendekata bermacam-macam rupa bentuk dan keadaan sebenarnya manusia ini. Disinilah terletaknya kekuasaan Allah yang Maha Tinggi. Dan disisi Allah semua keadaan ini sempurna, perfect belaka......tetapi manusia melihatnya dari sudut pandangan yang berbeza!! Manusia menilai menggunakan neraca fizikal sedangkan Allah melihat terus ke hati!
Apabila manusia redha diatas segala nikmat yang diterima dalam kehidupan ini.....itulah yang menjadi pangkal kebahagiaan hidupnya. Bila hati sudah redha, barulah jiwa dapat bersyukur padaNya diatas apa yang Allah kurniakan padanya baik banyak mahupun sedikit. Jiwa jadi puas dan qanaah( rasa cukup) dengan apa yang Allah beri. Sebaliknya jika dalam hati tidak redha, jiwa akan sakit hati ,sedih dan sesal....mungkin akan meyemarakkan api kedengkian.......natijahnya jiwa akan terus menderita dalam menjalani kehidupan di dunia ini....
Tanpa redha, tiada kebahagiaan walaupun dia mendapat banyak kehormatan dan kekayaan. Apabila dia mencapai apa yang dihajati....dia akan rasa bosan, terus mencari-cari......apa yang dicari? Hati sentiasa rasa tidak puas dan jiwa kosong! Sebenarnya jiwa itu kosong dari rahmat dan barokah Allah yang menyaluti hati insan yang bersyukur dan redha denganNya. Jadi sepatutnya diri manusia itu sentiasa melihat pada orang yang kurang bernasib baik dan lebih rendah darinya untuk menyuburkan sifat redha dalam diri dan lantas bersyukur dengan apa yang ada. Bukannya melihat pada orang yang lebih tinggi status, kaya, popular dan serba serbi ada!!
Sepatutnya, dengan kekurangan yang ada dalam diri, kita patut lebih berfikir menggunakan akal kita apakah hikmat disebalik sesuatu kurniaan! Mungkin kita kurang dari segi harta benda, tapi kita lebih sihat dari mereka yang kaya...itu sesuatu yang patut disyukuri! Bila kesihatan bagus...ini salah satu kunci kebahagiaan! Betapa ramai mereka yang kaya raya...tapi di uliti penyakit diri seperti sakit jantung, strok, lemah fizikal.....mereka tak dapat pun menikmati kekayaan sepenuhnya! Duit banyak pun untuk bayaran bil hospital swasta yang mahal.....bukannya dinikmati! Jadi ada pro dan con bagi sesuatu itu....sama-samalah kita fikirkan.
Justru itu, walau apapun yang Allah izin keatas diri kita.....bertafakkurlah dahulu, fikirkan sejenak dan tarbiyahlah diri supaya dapat menerima takdir Allah pada kita....takdir yang kita tidak boleh tolak...sudah ditentukan sejak azali lagi. Tapi bagi takdir yang boleh diusahakan tidak ditetapkan.....usahakan untuk mendapat takdir yang baik...bukan menyerah saja! Contohnya takdirnya kita akan lulus periksa bila belajar bersungguh-sungguh. Jika tidak belajar, takdirnya akan gagal. Jadi perlulah berusaha dan berusaha....selepas tu tawakkal dan serah pada Allah!
Apapun dalam kehidupan ini....yang penting bukanlah siapa kita disisi manusia, tapi siapa kita disisi Allah. Manusia mungkin pandang hina dan remeh pada kita.....tapi janganlah Allah yang pandang remeh dan hina pada kita! Nilaian manusia terletak pada material dan fizikal.....tapi nilaian Allah berbeza. Nilaian Allah itu pada kita yang mahal dan tinggi harganya...bukannya manusia. Jadi kita kena cari jalan dan rebut peluang sementara jantung masih berdegup, mata masih melihat, telinga masih mendengar dan hati masih merasai untuk kita dinilai tinggi dan mulia disisi Allah.......!!
asm
ReplyDeleteYa betui tu, redho lah apa yang Allah tetapkan pada kita, Allah lah yang tahu dan apa yang berlaku selepas kita berikhtiar telah di tentukan sejak azali lagi...sudah tentu ada hikmahnya kalau tidak di dunia ini tentunya kebaikan di Akhirat...