Saturday, October 23, 2010

Berwaspadalah dengan cinta!

Firman Allah dalam surah Ali-Imran :14 yang bermaksud......
"Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak, sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik."
      Dijadikan kecintaan dalam diri insan terhadap apa yang diinginkan.......dan salah satunya cinta di antara lelaki dan wanita! Namun jika tidak berhati hati......cinta ini akan membuatkan manusia itu buta dan tuli! Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud......
" Cintamu pada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
      Namun cinta ini akan menjadi ujian pada kita  jika tidak berhati-hati kerana ia boleh mendorong kepada maksiat. Nafsu dalam diri  akan menjadikan indahnya cinta ini yang menjurus ke arah cinta nafsu. Inilah dia cinta terlarang dalam Islam yang perlu dijauhi.  Namun keadaan inilah yang berleluasa dalam masyarakat kita sekarang sehingga mengakibatkan bencana pada masyarakat kita. Akibat cinta nafsu ini adalah zina, bersekedudukan,  berkhalwat......... tak kira lah sama ada dilakukan oleh remaja atau orang dewasa........! Akibat gejala cinta terlarang ini......lahirnya anak-anak zina, dan kes membuang anak-anak zina ini berleluasa  seperti membuang sampah di merata tempat. Dari statistik bersumber dari Harakahdaily, di Malaysia sudah ada lebih dari suku juta anak-anak luar nikah ini! Cukup menakutkan.... dan bilangannya semakin hari semakin bertambah! Takutlah kita dengan hadis Rasulullah saw ini, yang bermaksud...
     "Apabila zina dizahirkan dalam sebuah negeri, sesungguhnya mereka telah menghalalkan bagi diri mereka (penduduk negeri itu) dengan azab Allah.” [HR at-Tabrani].
      Islam tidaklah mengekang rasa cinta ini yang sememangnya fitrah yang telah Allah jadikan dalam hati manusia. Bukan rasa cinta itu masalahnya.....tapi yang menjadi masalah bila menyalurkan nya ke tempat yang tidak sepatutnya di luar batas-batas yang dibenarkan dalam Islam!   Dalam Islam perlu mengarahkan rasa cinta insan ini untuk menjaga martabat diri dan kehormatan lelaki dan wanita.
Bukan sewenang-wenangnya menyuburkan rasa cinta di luar batas-batas perkahwinan.......kerana akibatnya cukup parah nanti.....cinta nafsu yang tidak akan puas dan diam selagi hajatnya tidak dipenuhi!  Jatuh cinta sebegini  umpama meminum air laut, lagi di minum lagi tidak puas dan semakin haus.  Kesannya ia akan mengganggu ibadah pada Allah........dan membuka pintu-pintu masuk syaitan! Jika pintu-pintu dan lubang-lubang ini tidak segera ditutupi.....akhirnya akan terjebaklah dalam maksiat!!         
      Rasa cinta yang wujud di luar perkahwinan ini perlu dibendung dan dikawal......jagalah pandangan mata yang akan menusuk ke hati yang merupakan panahan iblis, elakkan berdating, berdua-duaan, saling bersentuhan,  menghubungi sesama lain dengan teknologi canggih sekarang seperti sms, chatting, facebook, telefon yang boleh menyuburkan lagi rasa cinta ini..... semua ini adalah jalan-jalan yang menghampiri zina yang dilarang keras oleh Allah yang merupakan salah satu dosa besar! Di samping itu drama-drama TV yang bertemakan cinta di TV, memaparkan  pergaulan bebas, bahan media cetak yang memuatkan selebriti,  artis yang berpakaian menjolok mata, kisah-kisah kehidupan mereka dan remaja yang tiada menghiraukan batas-batas agama......semua ini menyumbang kepada gejala maksiat ini.
       Dalam Islam, hukuman zina ini sebenarnya berat....direjam sampai mati bagi pasangan yang pernah berkahwin dan dirotan seratus kali bagi yang belum pernah berkahwin! Tapi di Malaysia khususnya, hanya mengenakan denda yang tidak akan memberi apa-apa kesan pada mereka terjebak dalam maksiat ini. Namun, terlepasnya  dari hukuman dunia tidak semestinya terlepas dari hukuman akhirat! Hukuman akhirat lebih berat dan hebat  azabnya!  MasyaAllah , hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui betapa kehebatan dan kedahsyatan azabNya pada pelaku- pelaku maksiat! Tapi bagi jiwa yang kosong dari iman, ancaman ini tidak berkesan dan tidak hiraukan.....malah terlalu berani pula melakukannya!! 
        Bagi  yang sudah jatuh cinta terutama cinta terlarang ini, alihkanlah rasa cinta itu kepada Allah, perbanyakkan selawat dan zikir yang memberi kesan dijiwa, istighfar yang membuahkan penyesalan yang sebenarnya, solat fardhu dan sunat yang khusyuk yang boleh mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar ini! InsyaAllah,  masalah menjadi hamba cinta  ini dapat di bendung dalam jiwa dan nafsu tidak dapat menguasai kita. Sentiasa ingat akan pepatah Melayu, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu! Maka ikutilah jalan yang selamat......iaitu jalan iman dan takwa pada Allah!!
       Cinta pada Allah SWT adalah cinta yang paling mulia dan tinggi yang tidak memaksakan kehendaknya keatas kita .Selayaknya kita yang mengaku hamba pada Allah berusaha untuk mencintai Allah dengan sepenuh hati nurani kita. Cinta inilah yang sepatutnya kita cari dan rebut kerana inilah dia cinta sejati insan yang kekal selamanya!!     
        Sebenarnya cinta yang tulus dan sejati antara sesama insan adalah setelah akad nikah......ada penyelesaian nya dan rasa cinta itu dapat dimanifestasikan! Jiwa akan jadi tenang dan diikat dengan ikatan yang kukuh atas nama Allah. Keberkatan Allah diperolehi dan  diwujudkanNya rasa kasih sayang dan rahmat Allah SWT. Namun perlu jelas bahawa perkahwinan bukanlah semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu kerana cinta ini....ia lebih dari itu! Perkahwinan adalah untuk membentuk Baitul Muslim (rumahtangga Muslim). Rumahtangga yang merupakan rumahku syurgaku.....rumahatangga yang dapat meningkatkan ubudiah pada Allah. Saling bertoleransi, ingat memperingati dan lengkap melengkapi antara satu sama lain atas dasar iman dan takwa pada Allah. Barulah hakikat kebahagiaan rumahtangga yang sebenarnya dapat dikecapi!
     Berlakunya banyak keruntuhan rumahtangga sekarang kerana ia dibina di atas dasar yang tidak betul......wujud masalah dalam rumahtangga, kecurangan pasangan, tiada persefahaman, tidak serasi,terlalu cemburu, tidak ambil peduli, tidak bertanggungjawab.....semua ini kerana kurangnya didikan agama dalam diri, tidak menghayati ajaran Islam...!!   
        Masalah-masalah di atas merupakan simptom masyarakat yang sakit, masyarakat yang ketandusan iman dan takwa dan sedang menuju kelembah kehancuran dan kemurkaan Allah! Masyarakat yang pembangunan fizikalnya tidak selari dengan pembangunan jiwa. Maka akan wujudlah kepincangan demi kepincangan yang menjerumuskannya ke lembah kehinaan. Di mana kah peranan kita dalam hal ini?
      Bentuklah syahsiah Islam dalam diri dan keluarga kita. Proseslah hati ini supaya  ada persediaan untuk kembali kepada penyelesaian iman dan Islam ini. Keikhlasan itu penting, kerana kita nak kembali pada Islam semata-mata kerana desakan dari dalam hati nurani kita pada Allah setulusnya.   Inilah yang menjadi tenaga atau driving force untuk kita istiqamah...walaupun ujian dan tribulasinya banyak, dan perit menanggungnya......Ada pertolongan Allah disitu.
       Kita tidak boleh jadi penonton sahaja, kita hanya jaga diri kita dan keluarga kita sahaja, apa yang berlaku dalam masyarakat merupakan satu wabak yang berjangkit.....kena ada usaha kolektif untuk membendungnya! Usaha kearah amar maaruf nahi mungkar kena berjalan!
     Dalam perjalanan hidup ini....kita akan sentiasa diuji....tapi dengan ujian ini sebenarnya dapat meningkatkan iman kita pada Allah. Hadapilah dengan tabah dan sabar.....Allah sentiasa bersama kita, insyaAllah!!   

2 comments:

  1. asm

    Satu topik semasa yang menarik untuk perhatian remaja dan orang dewesa yang lupa hakikat dia diciptakan...kehidupan singkat yang mesti diisikan dengan bekalan untuk kembali ke akhirat...alam kekal samada disiksa atau balasan syurga...kesronokan menipu bercinta yang tak seberapa tapi mendapat siksaan pedih di neraka...sebesar zarah kejahatan pun dikira apatah dosa besar atau jalan-jalan kearah dosa besar...Buatlah persiapan iman untuk mendirikan rumah tangga supaya keluarga dapat berkumpul semula di Syurga bukan di sebaliknya berkumpul di neraka...Nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. asm

    Cinta tulen hanyalah salepas akad nikah...Antara contoh suami isteri terbaik ...lihatlah seerah Rasullullah SAW...Baginda menyuruh anaknya Fatimah pergi berjumpai dan meneladani Siti Muthi'ah cara melayani suaminya...Disediakan sebuah rotan, sebuah kipas dan sehelai tuala ketika menyambut kepulangan suaminya...Bacalah seerah ini unntuk cerita selanjutnya....Mereka amat bahagia..

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...