Monday, October 11, 2010

Perkara-perkara yang menghalang mendekatkan diri pada Allah.

     Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul Abidin menyenaraikan empat ujian yang menghalang manusia mendekatkan diri pada Allah......iaitu
1. Dunia- menghancurkan ramai manusia dengan kelazatan dan keindahannya. Ramai manusia menjadi tidak normal hari ini kerana mengejar glamor. Ramai manusia tertipu dengan dunia yang menggoda. Ramai manusia yang tewas diri kerana cintanya pada nikmat dunia....sanggup berbuat apa saja asal hajat tercapai.
2. Manusia-  kadangkala jadi penghalang kebaikan...Contohnya suami yang tidak bertanggungjawab yang selalu mendera isteri dan anak-anak.... Mengabaikan tanggungjawab rumahtangga sehingga anak isteri terbiar! Pemimpin dan ketua yang sering  menyalahgunakan kuasa juga jadi menghalang kepada kebaikan...menggunakan posisi untuk kepentingan diri...tidak fikir akan orang lain.
3. Hawa nafsu- tidak dapat dipisahkan dari manusia. Nafsu yang tidak terkendali menukar manusia jadi haiwan yang tidak memahami erti tanggungjawab. Menuruti hawa nafsu bererti menempah kebinasaan kerana hawa nafsu tidak mengenal erti puas dan batas-batas yang dibolehkan. Jika nafsu dituruti dan diikuti, badan jadi lesu, jiwa jadi lemah.....tiada jati diri mudah saja menuruti apa saja.
4. Syaitan- merupakan musuh yang nyata bagi manusia yang mana ia bersumpah dengan Allah untuk menghancurkan semua manusia tidak kira siapa pun. Tidak akan berhenti selagi misinya tidak tercapai!!
  Jadi bagi kita yang ingin kembali pada Allah SWT perlu berwaspada terhadap ujian-ujian ini. Hati jangan dibiarkan tergoda oleh ujian-ujian  ini, kelak jiwa akan sakit dan menderita...! Mencegah lebih baik dari mengubati hati yang sakit! Usaha dan keazaman yang kuat perlu di buat untuk mengubati jiwa yang sakit ini....
Mengenai Hati , menurut Ibnul Qaiyyim......
  • Didalam hati manusia terdapat kekuatan- tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah
  • Didalam hati ada keganasan- tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah
  • Didalam hati ada kesedihan- akan terlerai dengan menyukai dan berhubung baik dengan Allah.
  • Didalam hati ada kegelisahan- akan tenang dan damai jika berjumpa dan berlari mendapatkanNya.
  • Didalam hati ada api penyesalan- tidak akan padam kecuali dengan redha pada suruhan, larangan, qadha dan sentiasa sabar sehingga menemuiNya.
  • Didalam hati ada hajat- tidak akan terbendung kecuali dengan kecintaan pada Allah SWT, memohon padaNya, ikhlas dan sentiasa berzikir padaNya.  
    Hati ibarat raja dalam badan, jika baik hati, baiklah seluruh anggota badan tersebut. Jadi perlulah kita jaga hati kita lebih dari yang lain! Dengan hati inilah kita merasai nikmat dan manisnya iman, dengan hati juga kita merasai kesengsaraan jiwa! Dan hati ini jugalah yang akan menghadap Allah SWT nanti.
Dan di atas dunia ini tiada bejana atau bekas yang Allah lebih cintai melainkan hati yang paling bersih dalam keyakinan, paling lembut dengan saudaranya dan paling keras dengan musuh Allah. Jadi proses tarbiyah dan pembersihan hati ini perlu kita lakukan sentiasa....supaya hati kita dapat hidup sihat sejahtera! Hati yang sejahtera inilah yang merasai hakikat kebahagiaan sebenarnya!!    

1 comment:

  1. asm saya rasa tulisan yang sangat berkaitan rapat dengan permasalan hidup kita di dunia. Derita merana sengsaranya kehidupan adalah disebabkan oleh hati yang rosak...dan dia tak boleh di bendung walau pun kita cuba rahsiakan...oleh itu ambil beratlah kita tentang masalah hati dan hanya Allah yang dapat merawatnya..jadi ubatnya hanya dari Allah...Doktor pakar pun tak boleh nak ubat..cari lah panduan dari buku Ulamak muktamar atau baca kembali tulisan blog islamik termasuk blog ini...BERUNTUNGLAH MEREKA YANG KEMBALI DENGAN HATI YANG SALIM...

    WSLM

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...