Sunday, October 10, 2010

Umur yang barakah....

     Hari demi hari berlalu.....begitu cepat sekali....sedar-sedar kita dah semakin berusia, umur semakin bertambah sedangkan hayat kita berkurang. Rasanya perjalanan kehidupan ini yang begitu pantas berlalu menyedarkan kita....apa yang dah ku perbuat selama ini? Bagaimana telah ku habiskan umur ku ini?  Atau mungkin kita tidak peduli langsung......aku sudah dapat apa yang dicita-citakan...kaya-raya, hidup senang tiada masalah kewangan.....puas dengan hidup ini?? 
      Adakah kita sedari sebenarnya umur kita ini  adalah modal....sama seperti modal untuk berniaga...tanpa modal kita tidak dapat menjalankan perniagaan untuk meraih keuntungan. Jadi umur ini juga adalah modal untuk perniagaan akhirat... kita perlu menggunakan sebaik-baiknya umur kita yang merupakan kurniaan Allah ini bagi kita untuk meraih keuntungan nanti dihari akhirat! 
        Jadi umur kita ini mestilah kita gunakan secara optimum....ia tidak boleh dipersia-siakan! Tapi malangnya itulah yang sering berlaku samada sedar atau tidak!! Kita sangat sensitif tentang pembaziran wang ringgit kita, harta benda kita.....tapi adakah kita sensitif dengan pembaziran umur dan masa kita? Banyak masa dari umur kita dibazirkan dengan aktiviti melalaikan seperti perbualan kosong, melayari internet berjam-jam, chatting, facebook, main game komputer, bergayut di telefon, window shopping......nak disenaraikan terlalu banyak!! Kita tak rasa bersalah dan rasa rugi pun berbuat demikian......kita bazirkan masa bermakna kita bazirkan usia kita!
        Apabila umur dibazirkan, ia tidak akan kembali lagi....wang yang dibazirkan dapat di cari ganti.
Umur ini umpama harta, bukan banyak yang jadi perhitungan tetapi keberkatannya! Harta yang  berkat....sedikitnya mencukupi, banyaknya dapat diagih-agihkan. Begitu juga umur yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian! Janganlah kita jadi seperti orang Yahudi, mengharapkan umur panjang kerana rakus terhadap dunia.
        Firman Allah dalam surah Al-Baqarah : 96 yang bermaksud......
" Dan sungguh kamu akan dapati mereka manusia paling tamak terhadap kehidupan dunia, bahkan lebih tamak daripada orang Musyrik.  Masing-masing mereka ingin supaya diberi umur seribu tahun, padahal umur yang panjang itu tidak sekali-kali akan menjauhkannya daripada seksa.  Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." 
       Perbandingan dari Al Quran tentang masa  di dunia dan akhirat: 1 hari di akhirat adalah bersamaan
1000 tahun di dunia. Jadi jika umur kita hanya setakat 63 tahun di dunia itu adalah bersamaan satu jam setengah diakhirat!! Sama seperti masa kita menjawab soalan peperiksaan objektif 50 soalan! Jadi apalah sangat dengan masa sependek itu. Memang benar pun hidup kita seolah-olah sedang  menghadapi ujian/peperiksaan yang masanya amat pendek. Jadi wajar ke kita main-main, buang masa, mengelamun bila sedang menghadapi peperiksaan/ujian? Kesannya kita akan gagal dan kecewa! Tapi bagi mereka yang perihatin tentang ujian  ini, setiap soalan akan dibaca dan dijawab dengan teliti, masa digunakan sebaik-baiknya, sering perhatikan masa agar sempat buat semua soalan dengan baik!  Begitulah sepatutnya sikap kita sebagai seorang Muslim! Sentiasa meneliti akan bagaimana umur ini di habiskan.  Inilah hakikat yang diungkap oleh Imam Syafie dalam syairnya...
      Sangat aneh melihat masa berlalu terlalu laju
      Lebih aneh lagi sikap manusia yang melalaikannya
Sahabat Nabi Abdullah bin Masud pernah berkata....
      "Aku tidak pernah menyesali sesuatu...
        seperti penyesalanku ketika matahari terbenam..
        yang saat umurku berkurang
        Namun amalku tidak bertambah!
Kita telitilah hati kita....sama ke rasa hati sebagaimana sahabat ini? Jika kita tiada rasa sesal di jiwa......ada sesuatu yang tidak kena pada kita! Perlu buat sesuatu.....hati kita yang tidak sensitif ini merupakan simptom jiwa kita ada penyakit hati!
      Jadi tambahkan keberkatan dan panjang umur kita dengan benar-benar menambah kuantiti umur melalui amalan yang dianjurkan , menambahkan kualiti umur dengan mengisi padat dengan amalan yang berganda pahala dan melakukan amal jariah yang sentiasa hidup walaupun kita sudah mati. Setiap hari dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya tanpa bertangguh. Setiap hari juga adalah  penghidupan baru, hari esok tidak pasti dan tidak ditunggu. Tiada hari esok bermakna tiada kata tangguh. Lakukan pada hari ini juga!!  Inilah semangat yang ada pada sahabat Rasulullah saw. 
     Jadi kita perlu perihatin akan diri kita, bagaimana umur ini dihabiskan....untuk ketaatan pada Allah atau untuk menderhakaiNya?  Apapun kita perbuat...kitalah yang akan menanggung risikonya nanti....
Sanggupkah kita menanggungnya? Tepuk dada tanyalah iman dijiwa....aku ini benar-benar ke yakin dengan janji Allah ini? 

1 comment:

  1. asm

    umur adalah masa yang dianugerah Allah kepada kita..jumlah masa yang kita dapat adalah umur kita...di dalam dunia ini kita boleh kira jumlah dengan bil jam,hari atau tahun..ada orang Allah bagi sekejap saja masa untuk hidup..keluar dari perut ibu terus meninggal dsb..ada yang 4 hari...tetapi bagi yang masih di berI masa oleh Allah untuk menghabiskan baki umur yang Allah dah ketahui ini..ayuh kembali pada Allah, kembalilah pada Islam sebagai cara hidup dan penyelesaian bukan berdasar nafsu dan bisikan syaitan...kita akan rugi...rugi Allah akan tanya..di hari kiamat Tentang umur kita ..untuk apa di gunakan...TAKUT LAH SIKSAAN ALLAH UNTUK KEHIDUPAN YANG KEKAL DISANA...berdoalah supaya kita selamat.. PRIHATIN

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...