Firman Allah dalam surah Al-Ahzab :21 yang bermaksud......
" Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap bertemu dengan Allah dan hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."
Dalam ayat di atas Allah menyarankan kepada kita supaya mencontohi Rasulullah saw dalam semua aspek kehidupan kita. Tapi bagaimana kita nak mencontohi baginda jika kita tidak benar-benar mengenalinya? Kita lebih mengenali selebriti, penyanyi dan tokoh lain selain Rasulullah! Penyanyi-penyanyi seperti Michael Jackson, Siti Norhaliza, pemain-pemain bola seperti Manchester United, Liverpool lebih kita kenali dan minati dari Rasulullah saw.....begitu fanatik dengan mereka, mengikuti perkembangan diri mereka ini sehingga mereka ini dijadikan idola...! Kenapa kita jadi begini?
Tak kenal, maka tak cinta....itulah hakikatnya bila kita tidak atau kurang mengenali sesaorang. Sebagai manusia, apabila kita mengenali sesaorang, hati budinya yang baik, akhlaknya yang soleh, senang bertolak ansur lantas kita akan suka dan senang pada sesaorang itu...dan mencintainya! Itulah fitrah insan yang Allah campakkan dalam hati manusia yang sememangnya sukakan kebaikan dan keindahan.
Justru itu pengenalan kita pada diri Rasulullah itu perlulah sampai ke tahap kita mencintainya....kerana pada Baginda terkumpul sifat-sifat yang agung, mulia, manusia yang sempurna di sisi Allah, yang sangat mengasihi umatnya sehingga ke akhir hayatnya, sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi, tiada kepentingan diri untuk dakwah. Beliau merupakan Rasul yang mulia, murabbi agung yang mendidik manusia mengenali Allah, mengenali diri sendiri, membuka mata manusia tentang hakikat kehidupan ini, menunjukkan kita jalan yang lurus....jalan menuju kebahagiaan! Kerana perjuangan Bagindalah dan sahabat-sahabatnya menyebabkan kita merasai nikmat iman dan Islam sekarang....sejarah perjuangan yang cukup getir di mana di penuhi dengan airmata dan darah para syuhada untuk mempersaksikan tertegaknya kalimah Allah yang tinggi dan daulah Islam dalam masyarakat! Selayaknyalah Rasululllah saw lebih kita kenali dan cintai dari orang lain!!
Tidak hairanlah kita lihat bagaimana sahabat-sahabat generasi Al-Quran sangat-sangat mencintai baginda melebihi diri sendiri......sehingga sanggup berkorban nyawa untuk Rasulullah saw. Saidina Ali yang masih lagi kanak-kanak pada masa itu sanggup menggantikan Rasullulah di tempat tidur baginda takala rumahnya dikepung oleh orang kafir Quraish...supaya baginda dapat keluar dan berlepas diri! Para sahabat rasa resah gelisah bila tidak bersua dengan Rasulullah walaupun sehari! Takala Saidina Umar sedar dari pengsannya setelah dipukul oleh kafir Quraish kerana mengumumkan keislamannya secara terang-terangan bersama dengan Rasulullah......soalan pertama yang ditanya di mana dan bagaimana Rasulullah? Beliau lebih pentingkan keselamatan Rasul dari dirinya....kerana cintanya pada Baginda!
Kenapa mereka sangat cinta pada Baginda?Sebenarnya hati sahabat-sahabat ini telah diikat dengan ikatan iman pada Allah dan Rasul....dimana jiwa jiwa mereka ini terpimpin dengan roh Al-Quran yang di bawa oleh Rasulullah. Segala kebenaran yang dibawa oleh beliau dan contoh tauladan yang berlandaskan Al-Quran.....membuka mata para sahabat bahawa Rasulullah ini benar-benar pesuruh Allah....keyakinan inilah yang menyebabkan mereka tanpa ragu-ragu menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk Allah dan Rasul! Setiap tutur bicara Rasulullah didengari dan di taati, setiap langkah diikuti dan segala tindakannya dicontohi. Ketaatan mereka pada perintah Allah dan Rasul adalah bulat, tiada berbelah bagi dan tanpa soal. Mereka mengikuti arahan seperti dalam firman Allah dalan surah Ali-Imran yang bermaksud....
" Katakanlah, jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku (Rasulullah) nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang."
Asas kecintaan pada Rasul adalah kerana kecintaan pada Allah. Bagi kita yang mengaku umat Muhammad di akhir zaman ini....inilah yang sepatutnya kita contohi.Apabila kita mengaku beriman pada Allah, kita juga diwajibkan beriman pada Rasul yang membawa risalah Allah dan mengasihi mereka. Mengenali diri Rasulullah dari segi peribadi, akhlak dan perjuangannya akan melahirkan rasa cinta kita padanya. Walaupun Rasulullah sudah wafat dan tidak bersama kita sepertimana sahabat-sahabat terdahulu, segala sirah dan Sunnah Rasul cukup banyak yang boleh kita kaji, teliti dan diikuti.
Ketiadaan Rasulullah secara fizikal tidak boleh kita jadikan alasan bahawa sukar nak kembali pada Islam tanpa contoh hidup. Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul masih terpelihara yang boleh dijadikan sumber tarbiyyah diri kita untuk kita kembali pada Allah. Apa yang penting adalah keikhlasan hati kita....jika kita hendak seribu daya kita, jika tak nak seribu dalih!
Rasulullah pernah bersabda, " Bertuahlah orang yang beriman dengan ku tapi tidak pernah melihatku."
Ganjaran yang besar kerana iman kepada Rasul ketika beliau sudah tiada....iman pada Allah dan Rasul yang kedua-nya ghaib yang perlu pada keyakinan diri yang tinggi. Inilah realiti kita sekarang.....
Dalam segenap aspek kehidupan kita, Rasulullah adalah contoh utama kita. Contohilah sikap, dan rasahati Baginda dalam menghadapi mehnah dan fitnah hidup. Contohi kesungguhannya dalam mendidik umat dan menyampaikan dakwah tanpa penat dan jemu. Contohilah kesederhanaan hidupnya, akhlaknya yang mulia, cara kehidupan berkeluarganya, sebagai pemimpin, sebagai suami, sebagai ayah............
Kita akan hanya dapat merasai nikmat berada dalam Islam apabila kita mengikuti Rasulullah. Tiada jalan lain. Jadi perlu ajak diri kita, keluarga kita dan masyarakat untuk balik semula kepada sumber kita yang soheh...Al-Quran dan Sunnah serta Sirah Rasul .....menghayati perjuangan nya seolah-olah kita berada bersama Rasul sehingga kita benar-benar merasai dijiwa kita kegetiran dan kepahitanya, dicaci dihina, dipulau, difitnah diserang oleh kafir Quraish sehingga kita menitiskan airmata!
Dengan itu kita akan dapat menghargai jerih payah Rasulullah dan para sahabat memperjuangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan tapi dengan penuh keimanan dan kesabaran, sentiasa istiqamah diatas jalan ini! Pengorbanan mereka sungguh tinggi ......kita bagaimana? Jika kita ini mengaku umat Muhammad, kita harus meneliti diri kita sejauh mana kita sudah melaksanakan risalah yang dibawa oleh Baginda....adakah Allah dan Rasul dekat di hati kita?
asm
ReplyDeleteRasulullah ikutan kita...jangan ambik ringan segala sunnah baginda.dan serah Baginda .dalam segala aspek..nak jadi anak yang solleh, suami yang solleh, isteri yang sollehah, pekerja yang baik, individu dan Daei malah semua sekali.semuanya untuk kebahgiaan kita...Barulah diAkhirat kelak Rasulullah menjadi saksi ke atas kita sebagai Umat Baginda...Kalu tidak rugi lah kita di Padang Masyar nanti...Hamba Allah