Wednesday, May 26, 2010

Hakikat kehidupan Dunia ini

  "Kehidupan ini hanyalah merupakan satu jalan
samada menuju ke taman-taman syurga 
atau ke neraka
malamnya merupakan tempat manusia bekerja
dan siangnya merupakan pasarnya."

Sebenarnya malam dan siang yang silih berganti dalam kehidupan ini umpama dua peti simpanan harta, jadi berhati-hatilah dengan apa yang kita simpankan dalamnya! 
Apabila hari telah berlalu, ia di lipat dan di kuncikan tidak akan dibuka oleh sesaorang, sehingga ALLAH membukanya pada hari Hisab.....  untuk setiap jiwa...
Jadi pergunakan detik-detik kehidupan ini dengan sebaik2nya...sebagai  harta simpanan kita diakhirat kelak!!
Firman ALLAH dalam surah 57:20
 " Ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah main-mainan sahaja, cakap yang sia-sia, menunjuk-nunjuk di antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpulkan harta dan anak2. Ia umpama tanaman yang disirami hujan yang menggembirakan petani, akan tetapi ia akan kering, dan kamu akan melihatnya bertukar menjadi kekuningan dan seterusnya ia akan mati."    
  Begitulah bersilih ganti dan bergiliran dalam hidup ini jalan kehidupan seorang manusia, yang mana setiap diri tetap akan kembali menuju ALLAH....... pada masa dan ketika yang telah ditetapkan!!
   Jadi menyedari tentang hakikat ini.....apakah tindakan kita sekarang ini?
  Sudahkah kita mempersiapkan diri kita untuk hari  di mana kembalinya kita ke alam yang abadi...?
Sebijak-bijak manusia adalah mereka yang sentiasa mengingati hari bila mereka akan pulang ke rahmatullah!  Hati mereka sentiasa dekat dengan mati, mempersiapkankan diri untuk hari tersebut.....!!







1 comment:

  1. asm

    Alhamdullillah, Allah mengizinkan kita hidup di dunia yang sementara ini selama hampir 50 tahun dan secara umumnya tak ada banyak lagi umur yang berbaki. Ayuh binalah persiapan dengan pecutan terakhir untuk kehidupan di akhirat. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada kita lebih daripada mencukupi untuk kita melipatgandakan ibadah kita. Sama-samalah kita membantu sesama keluara dan juga sahabat handai supaya kita dapat pulang mengadap Allah dan mendapat RedhoNya. Ya Allah ampunnilah dosa kami,anak-anak kami,ibubapa kami dan sahabat-sahabat kami dan mereka-mereka yang telah pergi mengadapmu ya Allah AMIN

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...