Tuesday, May 11, 2010

Ya ALLAH, ampunilah aku!!

' Dan mohonlah pengampunan dari ALLAH , sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang'.(73:20)
' Dan sesiapa yang berbuat dosa atau mengotori jiwanya dan kemudian memohon ampun dari ALLAH , ia akan mendapati ALLAH itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (4:110)
    Kedua- dua firman Allah dalam ayat Quran di atas menyuruh kita sentiasa memohon ampun dari ALLAH pencipta kita apabila kita berbuat dosa ataupun kesalahan. Memohon ampunan dariNya merupakan doa yang terangkat ke hadratNya, terutama bila doa ini datangnya dari hati ikhlas  yang rasa bersalah akan tindakannya! Lebih-lebih lagi bila doa ini dipanjatkan kepada ALLAH di malam dan subuh yang sunyi sepi...seolah-olah tiada berpenghuni...munajat hamba pada Khaliq dalam tahajjudnya!!
       Manusia diciptakan oleh ALLAH serba lemah dan banyak berbuat dosa....tapi sebaik2 mereka yang berdosa....sentiasa memohon ampun padaNya.
     Luqman pernah berkata pada anaknya....."Wahai anakku, jadikan ia satu tabiat lidahmu sentiasa mengucapkan  Ampunilah aku Ya ALLAH, kerana ada masa ketikanya di mana ALLAH tidak akan menghampakan hamba yang memanggilNya."
    Berkata Al-Hasan " Mintalah keampunan dari ALLAH sentiasa, di rumahmu, di mejamu, di jalanraya,
di pasar, di dalam mesyuaratmu, di mana saja kamu berada.  Kamu tidak tahu bila ALLAH akan mengampunimu."
  Pengampunan ALLAH sangat berharga buat diri kita yang sentiasa banyak salah silapnya...bumi mana yang tidak ditimpa hujan...manusia mana tidak melakukan kesalahan! Pengampunan ALLAH pada kita menentukan tempat akhir kita di sana....bahagia atau celaka!
    Sebenarnya memohon pengampunan ALLAH merupakan ubat bagi semua kesalahan dan dosa!!
Dari Saidatina Aisha r.a. berkata " Berbahagialah bagi sesiapa di mana (pada hari Perhitungan) mendapati dalam kitab catatannya banyak doa pengampunan".
Dari Qatada " Al-Quran ini membimbing kita mengenali penyakit dan ubatnya........Penyakit kita adalah berbuat dosa dan ubatnya adalah memohon ampun dari ALLAH."
       Dari Abi b.bi Talib r.a berkata"  Allah tidak akan memberi ilham  pada sesiapa jua pun dari hambaNya untuk memohon keampuanan dari ALLAH  di mana ALLAH hendak mengazabnya!!
   Jadi pohonlah hidayah dariNYA supaya hati dan lidah kita mudah memohon ampunan ALLAH diatas semua kesilapan dan dosa kita....petanda hati yang  lembut , rendah diri dan tawuduk padaNYA!!.  
   Jangan biarkan hati kita keras tidak suka minta maaf atas kesalahan kita pada manusia, merasa ego dengan diri kita.....lebih-lebih lagi dari ALLAH ,Rabb kita yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!!
 
   

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...