Alhamdulillah segala puji bagi Allah Rabbulalamin , walau di bumi mana kita berada, sesungguhnya ia adalah milik Allah SWT semata-mata, sepenuh pujian kupanjatkan kehadratNya dari bumi US yang asing ini...yang telah sekian lama ku dengari. Alhamdulillah, telah selamat kujejaki ke sini walaupun terpaksa berada begitu lama iaitu selama 16 jam dalam perut kapalterbang mengikut laluan KL-Tokyo-LA.....walau sebentar disini, mudah-mudahan dapat kumanfaatkan perjalanan ini dan diberkati Allah hendaknya. Semoga dengan banyaknya perjalanan luaslah pengalaman yang boleh di manfaatkan. Amin
Sesungguh persiapan awal ke sini didahului dengan menyiapkan kerja-kerja sekolah, dan persiapan barangan...tidak banyak tapi perlu juga difikirkan bagi yang hendak pergi dan yang hendak ditinggalkan.... Segalanya berjalan lancar sehinggalah pada hari kami bertolak ke KLIA... suamiku tidak menyedari dia tertinggal poster yang perlu dipersembahkan semasa conference....tapi Alhamdulillah, disedari oleh kakakku yang datang bermalam di rumah dan dapat dihantar oleh anakku diseparuh perjalanan ke KLIA. Jazakallah di atas ingatan dan pengorbanan kalian!
Perjalanan dalam kapalterbang berjalan lancar dari KL ke Tokyo.....yang memakan masa 6 jam...cuma apa yang kurang menyenangkan bagi diriku adalah penumpang yang berbangsa Jepun yang duduk bersebelahan kami yang asyik minta minuman keras setiap kali hidangan disediakan, Malaysia Airline ni tak boleh ke mengharamkan minuman keras ini...? Dimana letakknya identiti negara yang mengambil Islam sebagai agama No 1 tapi dalam perlaksanaan bagaimana? Makanan yang dihidangkan pun ala Jepun...nak makan pun bukanlah selera kita., tidak ada pilihan ! Semasa dalam penerbangan, hanya roti dan stek daging pilihan hati berserta kurma yang ku bawa sebagai bekalan. Berilah makanan Malaysia yang terkenal dengan sedapnya tu.....bukannya makanan asing yang rasanya......wallahualam !
Begitu juga bagi yang nak solat dalam kapal terbang, sepatutnya diperingatkan masa kerana pertukaran waktu yang kita kurang arif...Bagi mereka yang perihatin...alhamdulillah dapatlah menunaikan solat yang sepatutnya tapi rasanya ramai juga yang terlepas! Sebenarnya jiwa kita perlulah sensitif dengan perintah Allah ini walau kemana sahaja kita pergi...ada kemudahan dari segi syarak untuk melaksanakan! Samada kita sedar atau tidak bergantung pada sensitiviti diri dan kehendak yang kuat dan ambil berat untuk tetap melaksanakan perintah Allah! Perintah solat ini tidak boleh diabaikan walau dalam apa keadaan sekalipun.
Transit di lapangan terbang Narita, Tokyo.
Setelah transit di Tokyo selama satu setengah jam dan sempat menunaikan solat jamak maghrib isya di lapangan terbang Narita, kami meneruskan perjalanan ke LA yang memakan masa 9 jam pula....aduh jauhnya, rasanya dah lama sangat berada dalam kapal terbang ni....bagaimana nak tahan lagi 9 jam?
Malam beransur gelap pertukaran waktu untuk subuh perlu di perhatikan......aku tertidur dan sedar2 suamiku sedang solat subuh...pukul 11malam waktu Malaysia! Aku masih tidak menukarkan zon waktu di jam tanganku. Alhamdulillah, aku dan suami tersedar dan dapat terus tenang berada dalam kapal terbang setelah selesai menyempurnakan solat subuh!
Akhirnya, insyaAllah kami sampai di lapangan terbang LAX di LA pada pukul dua petang waktu US....perlu melepasi kastam dan check barangan yang dibawa....alhamdulillah dapat cleareance dengan cepat tanpa masalah. Cuaca di sini ok.... nyaman dan segar lebih kurang 14- 18 celcius......cuma kami agak keletihan setelah berada begitu lama dalam penerbangan.
Di Los Angeles Airport
Kami terus bertolak dari LA dengan van menuju ke hotel yang agak jauh dari LA iaitu di wilayah Ontario di Rancho Cocamunga ( peliknya nama tu)......perjalanan kesana sepatutnya hanya satu setengah jam tapi memakan masa 3 jam kerana traffic jam! Oh...... rupanya ada traffic jam juga disini...lebih kurang sama dengan Malaysia! Ingatkan negara maju kurang trafiic jam seperti Eropah (seperti negara Germany, Holland)!! Pemandu van kami merungut juga terpaksa memandu begitu lama.....
Banjaran gunung yang tandus dalam perjalanan...
Sepanjang perjalanan, seolah-olah semacam berada di negara padang pasir di Timur Tengah...rumputnya kekeringan berwarna coklat, bumi California ini gersang dan pokoknya kurang, banjaran gunungnya dipenuhi batu tiada pokok! Kedapatan banyak pokok palma ...disinilah kita dapat California dates yang terkenal tu yang perlukan cuaca panas! Berdekatan wilayah ini juga terdapat gurun dan Grand Canyon yang gersang itu! Padanlah cuaca di sini panas...menurut kata pemandu van tidak ada snow di sini..dan cuacanya lebih panas dari LA....
Tempat penginapan di Hotel Sheraton
Akhirnya .....kami sampai ke perkarangan Hotel Sheraton yang selesa walaupun tidaklah berapa besar biliknya cantik dan selesa , ada kemudahan free WIFI , microwave, peti ais dan lain-lain.............
Bila kelapangan aku akan online dan berhubung dengan anak-anak dan rakan-rakan nanti insyaAllah. Di sinilah sebenarnya nikmat adanya internet.....walaupun berjauhan masih dapat berhubung tanpa bayaran mahal, Alhamdulillah! Walau berada jauh di bumi US ini...aku masih dapat berhubung dengan anak-anakku dengan cepat dan dapat lihat muka sekaligus menghilangkan rasa rindu! Perkara ini tidak dapat dilaksanakan 20, 30 tahun yang lepas...walau sejauh mana pun ....hanya surat pengganti diri dan penghilang rindu, mungkin dulu dengan telefon tapi kemudahan ini begitu mahal sekali!
Itulah teknologi internet yang boleh dimanfaatkan atau disalahgunakan. Semuanya bergantung pada diri sendiri, apa yang ada dihati iaitu imanlah yang akan dapat menjadi penapis segala kekotoran yang masuk kedalam jiwa, pengawal jiwa dalam melakukan sesuatu.Tanpa iman dijiwa umpama cerek tanpa penapis, setelah lama digunakan lihat betapa berkaratnya ia dan susahnya hendak ditanggalkan!! Begitulah juga jiwa tanpa penapis iman......semua sekali yang baik dan buruk masuk...sehingga tak dapat nak bezakan mana satu...akhirnya larutlah dalam suasana sekeliling!
Lebih-lebih lagi jika berada di bumi yang asing ini, di mana Islam tidak dipraktikkan...bagaimana nak jaga mata, jaga hati, jaga iman jika keluar saja dari hotel, rumah....pakaian begitu menjolok mata, seolah-seolah tak cukup kain...lagi hendak didedahkan tambahan pula di musim panas ini? Ditambahkan pula dengan perlakuan tidak senonoh, berpelukan, berciuman tanpa segan silu....seolah-olah tidak peduli pada orang sekeliling..? Yang lebih hebat lagi orang sekeliling pun tak kisah...itu adalah satu budaya yang biasa bagi mereka!!
Begitu juga rancangan TV di sini, ada macam-macam rancangan, baik, buruk, porno dan sebagainya...semua ini boleh di lihat di rumah atau di hotel....all at the tips of your finger! Kitalah yang buat pilihan sendiri, nobody is watching you except......He is watching us every minute every second!
Tapi adakah jiwa itu merasai bahawa Allah itu sentiasa bersama kita dimana sahaja......di saat kita hendak melakukan sesuatu kejahatan terlintaskah dihati ...ya Allah, aku malu dan takut padaMu ? Jika ada.....Alhamdulillah hati itu masih hidup....masih ada iman, insyaAllah akan selamat.
Namun akan tergugatlah juga iman didada jika tidak cari suasana yang soleh yang berterusan untuk menuetralkan balik apa yang masuk dari jendela mata yang turun ke hati! Sedangkan dalam Islam menyuruh kita menjaga pandangan mata untuk menjaga hati....Terfikir aku , bagaimana agaknya pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara terutama di US, Eropah, Australia menjaga diri.....maksudku jaga hati dan iman mereka? Dalam Islam, aset yang paling penting yang perlu dijaga bukanlah fizikal kita semata-mata tapi hati, yang didalamnya tempat bertapaknya iman dan takwa!
Suasana di negara kita Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur dan bandar besar lain seperti KLCC tiada bezanya dengan US ni...Orang Melayu kita pun ada yang lebih barat dari orang Barat...dedah merata, perangai tidak senonoh , masing-masing terpaku pada handfon melayari internet, lepak sana sini merempit pulak dimalam hari......sampai bila kita nak ikut budaya yang tidak Islamik yang merosak diri dan masyarakat? Masyarakat kita akan hancur kerana tiada berakhlak jika berterusan dengan budaya bebas begini dalam dunia tanpa sempadan sekarang!
Kambing yang bersendirian akan di makan serigala....begitulah jika di bumi asing ini kita hanya buat hal kita tidak bersama-sama dengan mereka yang ada 'Islamic values' dan jika kita di Malaysia ini juga tidak kisah dengan Islam........suasana luaran akan melarutkan kita! Kita jadi terikut dengan budaya barat yang tidak senonoh itu. Jadi sayangilah Islam dan iman yang ada dijiwa....berpeganglah dengannya walaupun dimana sahaja kita berada! InsyaAllah bila kita ikhlas, Allah akan membantu kita mengawal diri kita dan memperkuatkan hati kita....Dan Allah menyediakan pahala yang banyak bagi orang yang bersabar!
Riverside Islamic Centre (University of California)
Perkuatkan jiwa dengan selalu berhubung dengan Allah, berhubung dengan saudara semuslim tidak kira apa bangsa dan warna kulit. Menurut seorang Muslim yang kami temui di mesjid Riverside, US semasa solat jumaat disini...Islam adalah the fastest growing religion here! Apa tidaknya.....jiwa yang tandus iman, tiada pedoman akan terasa kehilangan sesuatu dari dalam diri.....dan hanya Islam sahaja yang dapat mengisi kekosongan jiwa itu! Inilah yang dirasa oleh masyarakat US di sini. Ini terbukti bila solat jumaat
dipenuhi oleh jamaah dari berbagai bangsa dan warna kulit....semuanya kembali menyembah Allah yang satu! AllahuAkbar.....satu hari bumi US akan disinari oleh cahaya Islam, insyaAllah! Sama-sama kita doakan....Amin Ya Allah!
Wallahualam...