Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, petang tadi apabila malam mula melabuhkan tirainya, matahari mula menyembunyikan dirinya...dengan laungan azan maghrib maka bermulalah Tahun Hijrah yang baru! Saban tahun silih berganti....inilah yang kita sambut setiap tahun dengan Cuti Awal Muharram dan Sambutan Maal Hijrahnya!
Lazimnya , di akhiri tahun lepas dengan bacaan doa akhir tahun dan di awali dengan doa awal tahun......
Kita mengakhiri tahun hijrah yang lepas dengan penuh kepedihan dihati....peristiwa yang menimpa umat Islam di seluruh dunia terutama di Syria, Palestin, di Mynmar, di Mesir.....meruntun jiwa kita di separuh tahun hijrah lepas. MasyaAllah, betapa setiap hari kita dihidangkan dengan berita-berita yang menyayat hati dan menyedihkan jiwa kita, terpukul rasanya dihati, kita hanya menjadi penonton sepi melihat umat Islam di sana dibunuh, disiksa, dirogol, disembelih tanpa rasa ihsan....tiada nilainya atau harga nyawa manusia, seolah-olah mereka pembunuh ini dirasuk syaitan yang dahagakan darah dan airmata, membunuh membabi buta tanpa mengira usia!! Hanya airmata yang mengalir lebat setiap kali melihat peristiwa yang disebarkan dan doa yang berterusan yang mampu dipanjatkan kehadrat Illahi agar Allah membantu mereka.
Ampunilahlah kami, ya Allah ! Apa daya kami disini selain doa yang berterusan agar ditabahkan jiwa di kuatkan iman umat Islam disana menanggung dugaan yang maha hebat itu! Tabahlah kalian menentang penindasan musuh-musuh Islam, juga musuh Allah, cukuplah Allah sebagi pelindung dan Dialah sebaik-baik pelindung dan pemelihara! Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian para mujahideen yang berjuang dijalan Allah! Allah sentiasa bersamamu!!
Iktibar bagi kita umat Islam seluruh dunia....dekatkanlah hubungan kita dengan Allah, tingkatkan iman dan takwa dijiwa, perkemaskan dan perbaiki diri kita supaya diri terhias dengan syahsiah Islam, sebolehnya jauhi diri dari maksiat, jangan terleka dengan perangkap-perangkap Yahudi yang ingin melemah dan melalaikan kita dengan agenda halus mereka melalui hiburan-hiburan di media elektronik seperti TV atau internet! Pengembalian kita pada Islam sebenarnya menakutkan musuh Islam kerana mereka tahu disitulah letaknya kekuatan kita.
Apabila saf-saf jemaah diwaktu subuh sudah dipenuhi....disitulah ukuran kekuatan umat Islam! Jadi... ayuh para pemuda Islam....jadilah pendokong agama Allah, campakkan selimut pagimu, bingkas bangun dan sahutlah panggilan azan setiap pagi! Mulai setiap hari dengan nama Allah, berzikir dan bertasbih memmbesarkan Allah, maka dengan itu Allah akan memenangkan kita dan memberikan kita kejayaan, kita tidak lagi dikerumuni oleh musuh Islam seperti orang lapar mengerumuni makanan! Tega ke kita melihat apa yang berlaku sekarang pada umat Islam?? Tanyai hati kecilmu lagi....tegakah kita melihat semua itu? Aduh...pedih dan sedih yang tidak tergambarkan!
Mulai tahun baru hijrah ini dengan tekad dan semangat, tahun ini lebih baik dari tahun lepas! Hijrahkanlah hati kita agar dekat lagi hubungan kita dengan Allah, berhijrahlah kita dari akhlak yang tidak baik kepada yang baik dan jika sudah baik menjadi bertambah baik lagi. Inilah konsep sebenarnya penghayatan hijrah kita!
Perlulah buat perancangan rapi untuk tahun baru hijrah ini untuk mecapai matlamat diri....apa yang ingin di capai tahun ini? Senaraikan perancangaan dan buat action plan untuk dunia kita, lebih-lebih lagi akhirat kita. Seterusnya, teruskan melangkah untuk mencapai matlamat itu tanpa meninggalkan doa pada Allah supaya Allah memberikan kita kekuatan dan kemampuan diri melaksanakannya! Setiap usaha, setiap langkah yang di ayun....mesti diiringi doa yang berterusan kerana pada Allahlah terletak segala pergantungan jiwa!! Disisi Allahlah tersimpan segala perbendaharaan langit dan bumi, segala sesuatu adalah milikNya.
Semoga hari-hari depan adalah hari-hari yang memancarkan sinar bagi kebangkitan semula umat Islam agar kembali berpegang teguh pada deen Allah ini. Sebenarnya kitalah yang sangat-sangat perlukan Islam, kita sangat-sangat perlukan Allah dalam hidup ini.......
Tanpa Allah, kita bukan siapa siapa...we are nothing without Allah!! Disitulah punca kekuatan kita, kejayaan kita, kemuliaan umat Islam!!