Wednesday, September 12, 2018

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang,
Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan.

Siapa yang memiliki sikap belas ihsan,
Maka akan disayang sesama manusia.

Siapa yang suka menanam "Pohon" kebaikan,
Maka ia akan menuai buah kebaikan itu.

Setiap kali engkau menyuntik kebaikan kebahagiaan dan kesenangan di dalam hati orang lain,
Engkau akan mendapati kebahagian dan kesenangan di dalam hatimu.

Kebahagiaan dan kesenangan tidak akan mampu diberi dengan harta,
Malah ia dibeli dengan usaha-usaha kebaikan dan ketaatan.

Engkau bahagiakanlah orang-orang lain,
Nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Hidup kita sebenarnya tak lama...

Sebab itu Islam ajar kita hargai seolah kita akan kehilangannya.

Hargai keluarga seolah kita akan berpisah ..

Hargai usia seolah ini hari terakhir...

Ingatlah tentang sementaranya kita.

Firman Allah SWT :

أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِين

[Surat Az-Zumar 58]

‎Terjemahan :"Atau berkata semasa ia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!"

"HARGAILAH HIDUP DI DUNIA INI HANYA SEKALI DAN JANGAN DISIA SIAKAN TANPA MENGERJAKAN KEBAIKAN"

Peringatan utk diri..


*Bagaimana Hatimu Pagi Ini*

*_Yang aku takut,_*
hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat namun *_sangat pandai menasihati_.*

*_Yang aku takut,_*
aku merasa paling benar sehingga *_merendahkan yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
egoku terlalu tinggi hingga *_merasa paling baik di antara yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
aku lupa bercermin diri namun *_sibuk berprasangka buruk kepada yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
ilmuku akan membuatku *_menjadi sombong dan memandang hina pada yang berbeza denganku_.*

*_Yang aku takut,_*
lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku namun *_lupa dengan aibku sendiri yang kian menggunung_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya hebat dalam berkata-kata namun *_buruk dalam bertindak_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya pintar dalam berdakwah namun *_sulit untuk mentaati_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya cerdas dalam mengkritik namun *_lemah dalam memperbetulkan diri sendiri_.*

*_Yang aku takut,_*
aku membenci dosa orang lain namun *_enggan membenci dosaku sendiri_.*

*_Ya Allah ya Tuhanku,_*
*_aku berlindung padaMu,_*
*_dari kelemahanku sendiri,_*
*_lembutkanlah hatiku,_*
*_dan hapuskanlah egoku,_*
*_jauhkan aku,_*
*_daripada sifat berbangga diri, hasad, iri dan dengki_.*

*_Sungguh_,*
*_aku memohon hidayah,_*
*_dan keampunanMu_,*

*Aamin Ya Allah...*

Thursday, September 06, 2018

ILMU DAN AMAL



Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

ILMU itu kena AmaL

Ilmu itu penting...
Bila Amal jadi manfaat...

Ilmu itu sumber hidayah.
Amal itu bekal akhirat.

Ilmu  itu rahmat.
Amal itu nikmat

Ilmu itu buat muhasabah diri
Amal itu makanan rohani

Iimu itu wajib dituntut
Amal itu wajib dilaksana

Ilmu dan amal itu ketenangan...
Serta kebahagiaan...

Salman Al-Farisi R.A berkata ;

Ilmu itu luas, sedangkan umur kita pendek.
Oleh kerana itu pilihlah ilmu yang
Sangat kamu perlukan bagi agamamu
Dan tinggalkan yang lain.

Perumpamaan seorang mukmin di dunia
Ini adalah seperti seorang pesakit yang sedang Dipantau dan dirawat oleh doktornya.

Ketika si pesakit menginginkan sesuatu,
Sang doktor melarangnya dan
Setelah dia sembuh barulah sang doktor Mengizinkannya...

Begitu juga dengan seorang mukmin,
Terkadang ia menginginkan sesuatu yang
Dimiliki orang lain tetapi Allah SWT tidak Mewujudkan keinginannya itu hingga
Dia meninggal dunia
Dan masuk syurga (kerana jika diberikan di dunia, akan membuatkan dia tersesat).

"Ilmu itu adalah Cahaya Nur..
Dan nur Allah tidak akan ditembusi jika hati dan Perbuatan masih melakukan perbuatan  maksiat."

(Imam Syafi’e rahimahullah)

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Nuim dari hadis Anas sebagai berikut :

Barangsiapa yang beramal dengan ilmunya maka Allah swt akan memberikan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya..

Jika engkau dengan ilmu yang kau dapati tidak engkau amalkan Maka, untuk apa engkau mencari ilmu yang tidak engkau ketahui?

(Imam Al Ghazali - Ihya Ulumuddin)

Ilmu Allah itu adalah Nur Allah kerana
itu kita wajib memelihara Nur itu.
Imam Malik pula telah berwasiat
kepada muridnya Imam Syafi’e Ra.

Bertaqwalah kepada Allah.
Dan janganlah engkau padamkan
Cahaya ini yang telah dikurniai Allah SWT
Kepadamu dengan
Mengerjakan lagi dosa dosa.

Dengan demikian, ilmu dan amal itu membuahkan taat dan dapat mencegah maksiat dengan taufik Allah Swt.

Tidak ada lagi yang harus dituju dalam ibadah kepada Allah, selain menuruti perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Oleh kerana itu wajib bagimu, wahai orang yang menuntut akhirat, menggapai ilmu dahulu sebelum segala sesuatunya.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕💕💕 😃😃😃

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋


Tuesday, September 04, 2018

CINTA DENGAN MENGENALI AKHLAK RASULULLAH ﷺ

Bismillahirrahmanirrahim
Tak kenal maka tak cinta.Untuk kita mencintai Rasulullah saw, maka sangat perlu kita mengenali beliau. Mencintai baginda adalah tuntutan agama kerana ia adalah perintah dari Allah. Barangsiapa yang ingin dicintai Allah maka ia perlulah mencintai RasulNya.

١. Baginda selalu diam.

٢. Berbicara ketika perlu.

٣. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .

٤. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.

٥. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله  swt).

٦. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.

٧. Berfikir terus-menerus.

٨. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

٩. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

١٠ . Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.

١١ . Marah bukan kerana nafsu.

١٢ . Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.

١٣ . Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.

١٤ . Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.

١٥ . Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.

١٦ . Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.

١٧ . Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.

١٨ . Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله  swt.

١٩ . Apabila menghadapi dua  perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.

٢٠ . Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

٢١ . Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.

٢٢ . Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.

٢٣ . Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.

٢٤ . Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.

٢٥ . Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.

٢٦ . Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.

٢٧ . Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.

٢٨ . Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

٢٩ . Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

٣٠ . Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

٣١ . Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.

٣٢ . Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.

٣٣ . Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

٣٤ . Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

٣٥ . Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.

٣٦ . Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.

٣٧ . Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.

٣٨ . Paling berlapang dada.

٣٩ . Paling tepat dalam berbicara.

٤٠ . Paling halus keperibadiannya.

٤١ . Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.

(Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Perbanyakkan Selawat pada Nabi.

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

Sunday, September 02, 2018

Tanda tanda sifat sombong



Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG

Dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.

Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.

3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.

4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.

5. Memandang hina kepada golongan bawahan.

6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.

8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.

10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.

12. Dia suka dihormati.

13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.

16. Kurang menghormati pemberian orang.

17. Suka mencerita kelebihan diri.

18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.

19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.

20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.

23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji, dia berasa bangga dan senang hati.

Muhasabah Diri.....

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕💕💕 😃😃😃

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•

#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad
#MuhasabahDiri

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...