Lewat tengah malam aku membelek buku untuk santapan rohaniku sebelum tidur.......
maka ku dapati suatu bahan begitu bermakna untuk ku hayati dan renungi...mudah-mudahan Allah memberikan ku kekuatan untuk melaksanakannya dalam diriku.....
satu petikan dri buku La Tahzan, Jangan bersedih oleh Dr. 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni...
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu anhu: 'Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredaan hati, sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan. '
Dia juga pernah mengatakan: 'Orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik. '
Aban bin Taghlab pernah mengatakan: " Saya pernah mendengar seorang Arab Badui berkata ' Sikap yang paling baik dari sesaorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah, kerana ia akan menjadikan sabar itu sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberikannya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu segera berakhir. Dan kerana kesabarannya, ia seperti melihat jalan keluar, dan pertolongan itu berada di depan matanya kerana tawakkal dan prasangka baiknya kepada Allah. Ketika orang ini telah sampai ke tingkatan ini, Allah pasti akan memberikan semua yang diinginkannya, akan menghilangkan semua yang menyukarkannya, dan akan mengabulkan semua permintaannya. Dan dia selamat bersama agama, kehormatan dan keperibadiannya.
Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik, dan berharaplah kebaikan dari tempat yang buruk. Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati, dan boleh jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup.Dan tidak jarang rasa nyaman itu datang dari rasa takut.
Apabila pertolongan Allah
mengerlingkan perhatiannya kepadamu
maka tenanglah kerana semua kejadian
akan berlangsung aman bagimu
Seorang bijaksana mengatakan:
Orang berakal bersabar bila musibah menimpanya kerana dua alasan:
- ia boleh bergembira kerana masih ada sesuatu untuknya...
- kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya..
Sebaliknya orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya, kerana dua alasan:
- membesar-besarkan musibah yang menimpanya
- ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang menimpa dirinya.
Sebenarnya ujian adalah program latihan dari Allah yang ditetapkan kepada makhluknya; Ia adalah latihan untuk membukakan hati, pendengaran dan penglihatan!!
Al-Hasan bin Sahl menggambarkan ujian sebagai berikut:
" Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapatkan pahala degan cara bersabar dan mengingati nikmat Allah dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pandangan Allah dan qadha' Nya semuanya adalah baik."
Sama- sama kita renungi sabda Rasulullah saw (dari Ma'qal bin Yasar) :
"Tuhan kamu Tabaroka wa Taala telah berfirman: ' Wahai anak Adam, tumpukanlah perhatian untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dengan perasaan kaya dan memenuhi kedua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah engkau menjauh dariKu supaya Aku tidak memenuhi hatimu dengan kefakiran dan tidak memenuhi kedua tanganmu dengan kesibukan."
Menghadapkan diri pada Allah, kembali padaNya, menerima semua ketentuanNya dengan penuh redha, memenuhi hati dengan mahabbah kepadaNya, berzikir kepadaNya dan bahagia dapat bermakrifat kepadaNya, merupakan pahala yang diturunkan di dunia, syurga dan kehidupan itu sendiri. Jika dibandingkan dengan kehidupan para raja, maka kehidupan begini jauh lebih baik...
Sama-sama lah kita berdoa agar Allah sentiasa memimpin kita ke arah jalanNya yang lurus...
mengampunkan dosa-dosa kita disepanjang perjalanan kehidupan menuju akhirat.......
kita sangat-sangat memerlukan bimbingan Allah dalam kehidupan yang fana ini...!!
Sama-sama lah kita berdoa agar Allah sentiasa memimpin kita ke arah jalanNya yang lurus...
mengampunkan dosa-dosa kita disepanjang perjalanan kehidupan menuju akhirat.......
kita sangat-sangat memerlukan bimbingan Allah dalam kehidupan yang fana ini...!!