Wednesday, June 30, 2010

Bersabarlah, kerana Sabar menjadikan anda terpuji!!

Lewat tengah malam aku membelek buku untuk santapan rohaniku sebelum tidur.......
maka ku dapati suatu bahan begitu bermakna untuk ku hayati dan renungi...mudah-mudahan Allah memberikan ku kekuatan untuk melaksanakannya dalam diriku..... 
satu petikan dri buku La Tahzan, Jangan bersedih oleh Dr. 'Aidh b. Abdullah Al-Qarni...

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu anhu:  'Jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredaan hati, sedangkan keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan ketidaksukaan. '

Dia  juga pernah mengatakan: 'Orang yang banyak bersabar akan memperoleh yang terbaik. '

Aban bin Taghlab pernah mengatakan: " Saya pernah mendengar seorang Arab Badui berkata ' Sikap yang paling baik dari sesaorang akan muncul ketika ia ditimpa musibah, kerana ia akan menjadikan sabar itu sebagai senjata menghadapi musibah tersebut dan akan memberikannya inspirasi untuk selalu berharap agar musibah itu segera berakhir.  Dan kerana kesabarannya, ia seperti melihat jalan keluar, dan pertolongan itu berada di depan matanya kerana tawakkal dan prasangka baiknya kepada Allah. Ketika orang ini telah sampai ke tingkatan ini,  Allah pasti akan memberikan semua yang diinginkannya, akan menghilangkan semua yang menyukarkannya, dan akan mengabulkan semua permintaannya.  Dan dia selamat bersama agama, kehormatan dan keperibadiannya. 

Takutlah terhadap keburukan yang muncul dari tempat yang baik, dan berharaplah kebaikan dari tempat yang buruk. Sebab boleh jadi kehidupan itu ada kerana adanya permintaan untuk mati, dan boleh jadi kematian itu terjadi kerana adanya harapan untuk tetap hidup.Dan tidak jarang rasa nyaman itu datang dari rasa takut.
  Apabila pertolongan Allah
 mengerlingkan perhatiannya kepadamu
maka tenanglah kerana semua kejadian 
akan berlangsung aman bagimu 

Seorang bijaksana  mengatakan:
   Orang berakal bersabar bila musibah menimpanya kerana dua alasan:
  • ia boleh bergembira kerana masih ada sesuatu untuknya...
  • kerana ia masih dapat mengharapkan jalan keluar dari apa yang menimpanya..
Sebaliknya orang yang bodoh akan ketakutan menghadapi ujian yang menimpanya, kerana dua alasan:
  • membesar-besarkan musibah yang menimpanya
  • ketakutannya akan sesuatu musibah yang lebih besar daripada yang menimpa dirinya.
Sebenarnya ujian adalah program latihan dari Allah yang ditetapkan kepada makhluknya; Ia adalah latihan untuk membukakan hati, pendengaran dan penglihatan!!
Al-Hasan bin Sahl menggambarkan ujian sebagai berikut:
   " Dalam ujian itu ada penghapusan dosa, ada peringatan agar tidak lalai, ada tawaran untuk mendapatkan pahala degan cara bersabar dan mengingati nikmat Allah dan ada harapan untuk mendapatkan ganjaran. Dalam pandangan Allah dan qadha' Nya semuanya adalah baik."  

Sama- sama kita renungi sabda Rasulullah saw (dari Ma'qal bin Yasar) :
    "Tuhan kamu Tabaroka wa Taala telah berfirman:  ' Wahai anak Adam, tumpukanlah perhatian untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dengan perasaan kaya dan memenuhi kedua tanganmu dengan rezeki. Wahai anak Adam, janganlah engkau menjauh dariKu supaya Aku tidak memenuhi hatimu dengan kefakiran dan tidak memenuhi kedua tanganmu dengan kesibukan."  
 Menghadapkan diri pada Allah, kembali padaNya, menerima semua ketentuanNya dengan penuh redha, memenuhi hati dengan mahabbah kepadaNya, berzikir kepadaNya dan bahagia dapat bermakrifat kepadaNya, merupakan pahala yang diturunkan di dunia, syurga dan kehidupan itu sendiri. Jika dibandingkan dengan kehidupan para raja, maka kehidupan begini jauh lebih baik...

 Sama-sama lah kita berdoa agar Allah sentiasa memimpin kita ke arah jalanNya yang lurus...
mengampunkan dosa-dosa kita disepanjang perjalanan kehidupan menuju akhirat.......
kita sangat-sangat memerlukan bimbingan Allah dalam kehidupan yang fana ini...!! 

11 comments:

  1. asm

    para akhir mengingatkan kita untuk kembali pada Allah dalam semua hal. Allah lah tempat pengantungan dan maha kuat. manusia lemah dan makluk baru yang tidak mampu menyelesaikan masalah kita secara hakiki. Inna llillahi wainaaa ilaihirajiun, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada ALlah jualah kami kembali.
    wslm

    ReplyDelete
  2. asm

    Isteriku

    Saya doakan supaya kita dapat bersabar di dalam kehidupan yang sementara ini. Kata-kata ulamak di atas amat menarik dan menyentuh hati kita. Saperti yang di ungkapkan di akhir kalam bimbingan Allah lah yang kita pohon untuk mendapat kebahagiaan hakiki di akhirat kelak. Doa mu ku Amiin kan bersama.

    Suami mu

    ReplyDelete
  3. asm cikgu
    seronok baca tulisan pasal sabar di atas. Saya ada sikit masalah untuk sabar kerana saya selalu buat dosa. Saya ada seorang ibu dia selalu menasihatkan saya berbuat baik dan taat pada Allah. ya di depannya saya buat baik tak ada apa-apa tapi di belakang nya saya buat macam pekara yang ibu tak suka dan mesti dia marah sekiranya dia tahu.
    Perkara ini berlaku sudah lama dan pekara dosa di belakang ibu itu saya tak boleh tinggal. Saya tahu saya derhaka pada ibu dan saya akan masuk neraka sekiranya saya mati sekarang , saya pun sakit-sakit sekarang ini dan bila-bila boleh mati. Saya tak mahu masuk neraka walau pun saya sekarang buat dosa yang menyeronokan.

    Saya takut mati
    saya takut mati
    saya takut mati Tolong saya macamana nak terus terang dan tak mahu buat dosa lagi

    anak berdosa sentiasa.

    ReplyDelete
  4. asm

    Terima kasih atas tulisan cikgu yang menyentuh. Saya pun ada masalah sabar dan saya rasa memang senang cakap dan praktikal nya sukar. boleh tak cikgu nasihat bagaimana tip nak sabar yang terbaik.

    Pelajar perlu bantuan

    ReplyDelete
  5. salam

    cikgu rabiah,

    saya seorang motivator di sekolah rendah. Akhir-akhir ini saya dapati Allah menguji saya dengan kata-kata saya sendiri. Saya dilihat kurang sabar dan 'sokmo' tewas dengan perasaan saya sendiri. Tetapi saya cuba untuk melawan, lagi saya lawan, lagi saya tewas.... Kini saya hampir tidak dihurmati oleh isteri & anak-anak sendiri....

    Insan Perlukan Bimbingan

    ReplyDelete
  6. asm

    Saya tertarik dengan komen anak berdosa sentiasa dan terharu dengan pengakuan iklhlas tu. Mungkin Cikgu akan menjawab nya. Bagi pandangan saya sebagai Uztaz Muda kembali lah bertaubat dengan taubat Nasuha, taubat betul-betul dan tak ulang lagi pekara yang menderhakai ibu atau siapa-siapa pun. Kalau anak ibunya lah kalau isteri suaminya lah, takut tak bau syurga. Walau pun syurga tu siapa pun tak boleh jamin hak Allah, tapi Rasullallah telah memberi amaran kepada kita. Keseronokan yang sementara (tak pasti apa maksud dosa yang menyeronokan) apabila buat dosa hanya di lakukan oleh orang yang putus hubungan dengan Allah pada masa itu. Saudara pun sakit pulak tu. kalau mati masa hubungan dengan Allah terputus, tak taulah nasib saudara di Akhirat. Jadi bertobat lah segera dan berdoa bersunggoh-dengan tidak melaksanakan maksiat, kalau taubat main-main dan berterusan dalam maksiat dan ingat kita boleh hidup panjang lagi maka takut-takut terlambat. Kalau mati sakit ok juga kalau keluar jalan tiba-tiba kemalangan dan meninggal saudara akan menyesal selama-lamanya. Jadi ingat lah Allah duk perhati kita, Allah tahu apa yang kita sedang buat ni atau maksiat yang kita seronok ni WALAU PUN IBU TAK NAMPAK. Tapi kadang ibu boleh rasa juga dengan lintasan hatinya hal-hal tentang anaknya. itu fitrah ibu.

    setakat itu dulu yang lain Cikgu mampu memberi jawapan yang lebih jitu

    Ustaz Muda

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum wm

    tertarik juga nasihat Ustaz Muda tu. Tapi saya rasa kadang-kadang orang tak takut pun bila di peringatkan dengan Neraka. Dia rasa dia biasa dan ada masa lagi untuk bertaubat. Dia kata Allah maha pengampun. macamamana ni? Adakah hati dia sakit. Masih teringin juga nak buat benda yang tak syarak, tau salah tapi nak buat juga. itu yang berlaku pada adik saya. Dia cakap saya tau tapi tak boleh buang juga kerja maksiat, seronok dan ketagih. Saya pun tak tu nak nasihat adik saya tu, budak kolej Islam tapi macam tak tau hukum hakam layan nafsu saja.

    Itu realiti Ustaz cakap senang cuma saya minta adik saya selalu baca doa surah Al Furqan ayat 65-66.

    Maksudnya Wahai Tuhan Kami, sisihkan lah azab neraka Jahanam daripada kami, sesunggohnya azab siksanya itu adalah mengerikan. Sesunggohnya neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.

    Wasalam
    Semenyeh prihatin

    ReplyDelete
  8. Asm....
    Sebenarnya dah lama saya fikirkan apa yang nak ditulis....
    Kerana topik sabar ni juga sedang ku alami.....
    Bagaimana nak sabar dgn kelemahan diri......
    Bagaimana nak sabar dg org lain...
    Bagaimana nak sabar dengan pertolongan allah...bilakah akan tiba?
    Ku dapati sebenarnya kita terlalu cepat nak natijah.....
    Sedangkan usaha apakah yang telah kita perbuat......
    Sejauhmanakah kita memproses atau mentarbiyah diri kita....
    Supaya kita kembali pada allah??
    Sejauhmanakah keikhlasan hati kita nak membersihkan hati dan tindakan kita??
    Setakat mana kita panjatkan doa kita pada allah....
    dan melaksanakan dalam diri kita ayat Quran yang bermaksud “mintalah pertolongan dari allah dengan sabar dan solat.....”
    Dan “sabarlah ( menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati), sesungguhnya allah beserta dengan orang –orang yang sabar.” (al-anfal:46).
    So semua ini kita muhasabah hati kita.......
    jika ada secebis keikhlasan dalam hati kita....allah maha mengetahuinya.....
    prasangka baiklah dgn allah.....pujuk hati redo dgn apa yang telah allah izinkan terjadi....
    sesuatu itu berlaku mesti ada hikmah disebaliknya......
    memang senang nak cakap.....
    medan beramal tak sama dengan medan bercakap.....
    perlu ada mujahadah diri...ikatkan hati dgn allah selalu..yakin allah akan bantu...tawakkal pdnya...
    believe in heart that there is light at the end of the tunnel......
    sabar sebenarnya satu peningkatan iman kita pada allah!!!!
    Sabar itu separuh dari iman.....!!!
    Maafkan saya.... jika x dapat memberi hujjah yang mantap...
    Semua diatas itu hanya cetusan rasa hati diri ini yang lemah...
    Yang sebenarnya ditujukan pd diri ini.....smoga allah bantu kita..
    Melalui kehidupan ini dgn penuh sabar dan beriman pada allah.....

    ReplyDelete
  9. Assalam mualaikum semua pembaca yg dirahmati ALLAH SWT ....

    Ana setuju beno dengan ape yg cikgu cakap tu !!!

    Ana nak kongsikan sedikit panduan mengembangkan sifat sabar ..
    Harap dapat membantu dalam menghadapi ujian yang di lalui !!!!

    Selagi kita hidup, selagi itulah kita harus bersabar... jgn ikutkan sgt gerak nafsu yg terlalu amarah itu... jika tidak, nescaya akan membakar diri kita sendiri...

    So, mari lah kita kongsi bersama 15 panduan yg boleh mengembangkan sifat sabar kita... INSYAALLAH...

    1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

    2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

    3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

    4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

    5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

    6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

    7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

    8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

    9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

    10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

    11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

    12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

    13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

    14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

    15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

    Wallah Hu alam ...
    Pak Janggut Ustaz Tua

    ReplyDelete
  10. Pembaca yangbudiman sekelian....

    Selagi kita hidup, selagi itulah kita harus bersabar... jgn ikutkan sgt gerak nafsu yg terlalu amarah itu... jika tidak, nescaya akan membakar diri kita sendiri...

    So, Ana nak kongsi bersama 15 panduan yg boleh mengembangkan sifat sabar kita... INSYAALLAH...

    1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

    2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

    3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

    4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

    5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

    6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

    7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

    8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

    9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

    10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

    11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

    12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

    13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

    14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.

    15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain. Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

    Pak Janggut

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...