Tuesday, July 06, 2010

Janganlah bersedih....wahai insan!!

Firman Allah swt yang bermaksud  (Surah Ar-Rum :6)
" Sebagai janji yang sebenar-benarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjiNya ......"
Dalam kesempitan hidup yang kita lalui....samada kesempitan hati, bosan dan tidak bersemangat dengan kehidupan, di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang mendekat, jalan keluar dari kesempitan dan ada kemudahan sesudah kesulitan.........itulah janji Allah......
FirmanNya dalam surah Al-Insyirah (Ayat 5  dan 6) yang bermaksud...
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan......"
  Sesungguhnya segala kesempitan dan kesengsaraan yang dirasakan, musibah yang melanda, akan ada jalan keluarnya.....
Sesungguhnya dalam hal-hal yang tidak kita sukai itu ada kenikmatan dan kebaikannya.......
  Firman Allah lagi dalam Surah Fathir :34 yang bermaksud
" ....Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita bagi kami........"
Sebenarnya dalam menghadapi hidup ini, kita perlulah gantikan segala keraguan kita pada Allah dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk......walaupun kebenaran tu pahit, ketidaklurusan fikiran dan jalan itu menyeronokkan nafsu......tapi sebenarnya sengsara jiwa kita  kerana tidak menuruti fitrah yang Allah telah tetapkan!!
   Hentikanlah airmata kesedihanmu bukan kerana Allah....kerana mata yang menangis kerana takutkan Allah sahaja yang layak mendapatkan perlindunganNya dari api neraka
 pemeliharaan Allah sentiasa dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti....
 Tenanglah hatimu apabila berurusan degan Dzat Yang Berkuasa atas urusanNya, Yang Maha Bijaksana atas hambaNya, Yang Maha Pengasih pada makhlukNya dan Yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya..................kerana ... 
 Setelah kefakiran itu ada kekayaan , setelah kehausan ada kesegaran, setelah perpisahan ada pertemuan, setelah kesedihan ada kegembiraan............
  Tenanglah hati....kerana di akhir perjalanan ini adalah kebaikan, hasilnya kesenangan dan penutupnya kemuliaan..... !!
Sama-samalah kita renungkan....
Apabila kita mencintai Allah, bermakrifat padaNya, selalu berzikir padaNya, mencari ketenanganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, harap dan tawakkal hanya padaNya, dengan keyakinan bahawa Allah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hambanya, itu adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain.....dan itulah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah......
(petikan dari buku La tahzan, jangan bersedih)...

5 comments:

  1. Assalamualaikum wm

    Isteri tersayang

    Saya amat kagum dengan kesunggohan mu untuk menulis sesuatu sebagai terapi diri dan berkongsi dengan orang lain. Ya kehidupan kita hanya sementara, mungkin berbaki hanya sehari jdi mengapa bersedih kerana dia tak berguna untuk di bawa sebagai bekalan ke akhirat. Masa yang bersedih itu sepatutnya kita boleh guna untuk memecut membuat amalan kebaikan yang dapat membantu kita di akhirat. Tetapi manusia biasa macam kita ini amat lemah dan selalu bersedih diatas perkara-perkara yang tak sebesarmana yang menimpa kita. Fikirkan musibah yang lebih besar yang menimpa orang lain. Kalau kita tak ada sepatu mungkin orang lain langsung kudung tidak berkaki. Itulah sebabnya kita mesti berdoa dan memang ada banyak doa mathur yang boleh kita amalkan untuk menghilangkan sedih ini.

    Sekian, dari suami tersayang yang ingin sama -sama bahagia di Akhirat.

    ReplyDelete
  2. asm

    Cikgu

    Tulisan di atas nampaknya ada mesej tersendiri. Adakah cikgu sedang bersedih? Alhamdullillah cikgu dapat kaitkan dengan Allah. Sabenarnya apabila kita bersedih teruslah berhubung dengan Allah dulu, solah zikir baca quran dan bukan terus hubungi manusia, kadang -kadang manusia akan menambah lagi kesedihan kita. Mintalah pertolongan Allah dan pohon pertolongan Allah dari setan yang terkutuk. Hendak baca quran pun kena minta perlindungan Allah apatah lagi buat perkara lain terutama pasal masalah kehidupan ini. Lihat firman Allah surah an nahl 16: 98,99

    maksudnya Maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al Quran, mohonlah perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk.
    Sungguh setan itu tidak akan berpengaruh terhadap orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan.

    Amin Ustaz muda

    ReplyDelete
  3. Assalam mualaikum wbh ...

    Pembaca yang budiman sekelian ...

    Ana sungguh terharu dengan ape yg cikgu tuleh nie ...
    Sekiranye perkara ini terjadi kepada cikgu, Ana harap cikgu dapat laluinya dengan penuh tabah & sabar ...
    Mudah2an mendapat ganjaran dari ALLAH SWT ...
    Sesungguhnya ape yang ditentukan oleh ALLAH adalah yag terbaik untuk kita ...
    Kita haruslah bersangka baik terhadap ALLAH SWT ..

    Ana jugak setuju degan ape yang di tuleh oleh suami tersayang !!! ..
    Memang betoi katanye ... Kita hidop ni sekali sahaja & hanya sementara sahaja.. Kita ni bagaikan musafir lalu .. membawa bekalan ke alam akhirat yang kekal abadi ..
    Jadi, jangan lah bersedih dengan ape yg sementara nie !!! Anggap lah ia sebagai ujian dari ALLAH SWT ... Sekiranye kita dapat menempuhi nya degna penuh kesabaran ... Ganjaran nya amat besar ...

    Wahai cikgu ... kecapi lah kehidupan yg sementara ini dengan PENUH kegembiraan ...
    KIta patut bersyukur ke atas segala kurniaan ALLAH SWT kepada kita ... ALways look on the positive side !!!

    Marilah sama2 kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya kita sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat yang di berikan ... Ameen ..

    Pak Janggut Ustaz Tua.

    ReplyDelete
  4. Para pembaca yang budiman ....

    something to share with everyone..kerana masa kita bersedih itu Syaitan amat suka sekali berdampingan..jadi bila rasanya kita bersedih...ingatlah bahawa:

    disebalik kesusahan pasti ada kesenangan...

    Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat ...
    Jangan bersedih, setipa sesuatu telah ada qada dan qadar ...
    Janagn bersedih, kerana kelapangan pasti datang ...
    Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah ...
    Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik ....
    Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain ...
    Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok ....
    Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran ....
    Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih ....
    Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah ....
    Jangan bersedih, segala yang ada didunia ini tidaklah berharga ....
    Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang ....
    Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah .....
    Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain ....
    Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat .....
    Janagn bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan ....
    Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira .....
    Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih ....
    Janganbersedih, kerana...segalanya akan berakhir ..... insya-Allah

    Peringatan tentang kesedihan:

    Mengingati Allah: hati kan menjadi tenang
    Solat: ubat yg mujarab menghilangkan kesedihan

    Pak Janggut Ustaz Tua

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wmwb.
    jazakallah di atas komen2 dan peringatan yang diberikan....
    Peringatan yang berguna buat kita semua terutama diri ini......
    Kesedihan itu datang dan pergi melanda diri....
    bila hati kurang hubungan dengan ALLah.....
    kurang terikat dengan matlamat akhir kita.....
    jadi tersasarlah tindakan kita.....
    jadi bisikan2 syaitan memainkan peranannya.....
    tapi bila hati tersedar kembali....
    keinsafan datang menerjah diri....
    begitulah kita dalam kehidupan sementara ini
    sentiasa diuji Allah .....
    "adakah kamu mengaku beriman sedangkan kamu tidak diuji??"
    Insyaallah, benar lah kata ustaz amin ustaz muda dan pak janggut ustaz tua.....
    berhubung selalu dgn allah terus bila ada masalah....
    Allah akan menunjukkan jalan keluar dari segala masalah apabila kita kembali pada Allah !!!

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...