Friday, July 30, 2010

Ihsan dalam beramal...

     Dalam melaksanakan amalan kita dituntut untuk bersifat dengan sifat ihsan....satu sifat yang mulia dan terpuji. Ihsan ini umpama atap bagi bangunan islam yang didirikan di atas  batu asas iman dan islam sebagai tiangnya. Atap melindungi bangunan dan isi nya dari hujan, panas, ribut dan petir....begitu juga lah ihsan tadi memelihara dan menjaga bangunan islam yang didirikan dari perkara-perkara yang mengganggu- gugat dalam kehidupan. Ihsan yang merupakan perbuatan baik dan berkualiti itu adalah pelindung bagi bangunan keislaman sesaorang. Jika berbuat ihsan, maka amal-amal islam lainnya akan terperlihara dan tahan lama,,
    Seorang  ulama islam Sayid Sabiq berkata  " Islam  mengajak dan menganjurkan berbuat ihsan sebab pelaksanaan ihsan itu merupakan satu jalan yang paling ampuh untuk menanamkan dan menancapkan akar-akar keutamaan di dalam jiwa, untuk meningkatkan darjat manusia dalam meningkatkan potensi kemanusiaan memajukan kehidupan dan memberikan kebaikan kepada orang-orang yang mermerlukan kebaikan dan kasih sayang..." 
    Firman Allah dalam surah Al-Baqarah:195 yang bermaksud....
" Dan infakkanlah(hartamu) di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan diri kamu dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
    Dalam satu hadis Rasulullah (riwayat Muslim) menerangkan definisi ihsan...
" Sembahlah Allah seakan-akan kamu melihat Dia, tapi jika kamu tidak melihatNya, Dia Allah melihat kamu."
   Sesaorang yang beramal dengan sifat ihsan ini memperolehi tiga keuntungan, dicintai Allah, mendapat pahala dan mendapat pertolongan Allah.   
     Jadi berbuat kebaikan atau berihsan sangat-sangat di anjurkan dalam dalam semua hal dan segala sesuatu...dengan diri sendiri, dengan manusia lain, dengan haiwan, tumbuhan, segala-galanya....tapi boleh ke kita buat begitu kalau kita tidak merasai muraqabatullah Allah (monitoring dari Allah)??
Kita tak rasa sebenarnya apa saja yang kita buat ini tidak terlepas dari pengawasan Allah? Dimana saja kita berada ,sama ada seorang diri ke beramai-ramai ke di tempat yang sunyi atau tidak....Allah sentiasa melihat dan mengawasi kita!! Apa yang terlintas dalam hati kita pun Allah tau....macamana nak sembunyikan?
   Keyakinanlah yang membezakan manusia dengan yang lain....bila kita yakin dengan sebenar-benar yakin yang Allah sentiasa mengawasi kita,  inilah yang berkesan dalam menentukan tindakan kita zahir dan batin...kita  akan bersegera berbuat kebaikan sebagaimana yang Allah kehendaki......Tanpa keyakinan pada Allah, manusia akan buat apa saja yang disukai mengikut hawa nafsu saja, mereka lebih hina dari binatang! Diberi akal tapi tidak digunakan untuk berfikir tentang diri dan ciptaan Allah. Diberi hati tapi tidak digunakan hati untuk merenung-renung dan merasai tentang kekuasaan Allah dalam kehidupan! Manusia begini kehilangan nikmat terbesar dalam diri.....nikmat iman  dan islam!!
     Sabda Rasulullah saw ..... "Jika Allah hendak memberi kebaikan kepada sesorang..Dia akan memberikannya faham tentang deen." Kefahaman tentang deen Allah ini adalah satu nikmat yang Allah beri pada sesiapa yang dikehendakinya...insan yang Allah pilih untuk terima kebaikan! Kefahaman tentang deen Allah bukan secara luaran tapi kefahaman yang menyeluruh yang mendasari jiwa, mencorakkan tindakan dan cara hidup ..sebagaimana kefahaman sahabat-sahabat generasi Al-Quran yang pertama yang dididik oleh Rasulullah! Mereka merupakan umah terbaik yang pernah wujud di muka bumi ini.Segala tindakan dan cara hidup mereka merupakan terjemahan Al-Quran dalam kehidupan...Mereka di datangi iman sebelum Al-Quran, sebaliknya kita ada Al-Quran yang lengkap bersama kita..tapi iman kita lemah dan longgar....!! Itulah kenapa berbezanya tindakan kita dengan mereka......
    Sifat ihsan tidak akan dapat dicapai dalam diri jika asas iman tidak kukuh, iman longgar dan mandul...  kerana diri tiada matlamat dan kemahuan yang kuat untuk berbuat ihsan....kalau adapun mungkin kerana sebab-sebab lain selain Allah..bukan kerana dorongan Allah semata-mata!
   Jadi ..dalam hidup ini...kita kena selalu ada hubungan hati dengan Allah...sentiasa memohon pertolongan Allah dalam melayari kehidupan ini, memberikan kita taufik dan hidayah, menunjuki kita jalan yang lurus...... Inilah jalan yang perlu kita lalui ...jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat!! 

No comments:

Post a Comment

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...