Monday, August 02, 2010

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak....bagaimana persediaan kita?

      Lebih kurang seminggu lagi, bulan Ramadhan menjelma lagi...Alhamdulillah mudah-mudahan kita Allah izinkan bertemu lagi dengan bulan barokah ini, bulan yang penuh kemuliaan dan keampunan Allah! Datangnya persis tetamu istimewa yang menjenguk kita setahun sekali....datangnya membawa barokah, perginya membawa dosa-dosa kita! Tapi apakah persediaan kita menjelang Ramadan ini?
     Anologinya samalah seperti kita menyambut tetamu istimewa yang berkunjung ke rumah kita....sungguh gembira dan kita lantas membuat persediaan-persediaan yang perlu bagi menyambutnya...persediaan fizikal dan batin kita!
    Firman Allah yang bermaksud,' Bulan Ramadhan yang di dalamnya Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan sebagai keterangan-keterangan hidayah serta sebagai pemisah antara hak dan batil' 
    Bulan Ramadhan merupakan anugerah Allah kepada kita.....ia merupakan peringatan bagi yang lalai dan lupa, menguatkan semula keazaman kita dalam melakukan amalan kebaikan bila kita lemah. Masuknya kita ke dalam bulan Ramadhan tahun ini dengan azam...Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas! Kita memasuki bulan rahmat ini dengan persediaan hati yang betul.....untuk bersihkan jiwa kita zahir dan batin....sehingga bila tiba dihujung Ramadhan.....kita  memperolehi takwa pada Allah swt.!
   Firman Allah lagi "   Dan sediakanlah bekalan kamu dan sebaik-baik bekalan adalah takwa.Maka takutlah padaKu wahai ulul albab." 
   Bekalan takwa inilah yang hendak kita cari di sepanjang bulan mulia ini, kita didik diri kita;hati kita, semua anggota zahir kita, semua pancaindera kita agar semuanya tunduk dan patuh pada perintah Allah. Ketundukan yang lahir dari jiwa yang ingin kembali kepada Allah dengan penuh keikhlasan untuk membersihkan diri zahir dan batin sehingga apabila kita keluar dari bulan ini...umpama bayi yang baru dilahirkan.....bersih dari dosa kerana mendapat keampunan Allah dan dibebaskan dari api neraka! Inilah persediaan hati yang perlu ada dalam diri sebelum memasuki Ramadhan.Tertunggu-tunggu hari demi hari ...dan berdoa mudah-mudahan Allah bantu kita melaksanakan proses tarbiyah diri di sepanjang bulan ini..insyaAllah!
  Kita sedari alangkah ruginya kita bila kita biarkan bulan ini berlalu begitu saja...kita menolak anugerah Allah! Dunia ini mempunyai peniaga-peniaga dan akhirat juga mempunyai peniaga-peniaganya. Peniaga-peniaga dunia menunggu musim perniagaannya untuk mendapatkan keuntungan berlipatganda...MegaSalenya, jualan murahnya, Diskaun hebat...dan macam-macam lagi.......
Akan tetapi keuntungan peniaga-peniaga dunia tidak sama dengan keuntungan peniaga-peniaga akhirat!Keuntungan peniaga akhirat lebih hebat. dan tiada tandingnya  ..... .syurga dan keampunan Allah! Dangkal sungguh pemikiran kita jika kita tolak keuntungan hebat ini kerana keuntungan ini kekal selama-lamanya!
Peniaga akhirat diupamakan seperti firman Allah yang bermaksud,
    " Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh  perniagaan dan tidak juga oleh jual beli daripada mengingati Allah,mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.Mereka pada hari itu takut kepada hari yang mana pada hari itu hati dan pandangan akan terbalik."
     Hati peniaga-peniaga akhirat ini sentiasa terikat dengan hari akhir di mana segala sesuatu akan minta dipertanggungjawabkan. Bersediakah kita sekarang ini untuk menjawab persoalan ini?
    Pintu kebaikan dan syurga akan dibuka luas. Pintu kejahatan dan neraka akan tertutup. Punca-punca amal kebaikan begitu banyak sekali.....jadi alangkah beruntung dan bahagianya mereka yang mengambil faedah dan kesempatan setahun sekali ini....kemungkinan Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir kita! Betapa ramai kawan-kawan dan sanak saudara kita tidak lagi bersama kita sekarang.....mereka menyahut pangillan illahi! Jadi kita patut rasa bertuah kerana sekali lagi Allah izinkan dan beri kita peluang untuk kita bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini.
     Jadi sama-samalah kita berusaha menambah simpanan aset akhirat kita. Sama-sama berazam untuk memanfaatkan bulan Ramadhan semaksima mungkin.Memanfaatkan harta kita dengan mengeluarkan zakat dan sedekah. Menunaikan hak bagi segala yang berhak. Segala yang ada pada kita adalah amanah Allah bukan hak mutlak kita!
      Betapa perlunya kita kembali pada Allah dengan penuh keikhlasan dan ketundukan hati kita dan  berdoa dengan penuh khusyuk agar Allah menyelamatkan kita dari musibah yang menimpa dan melenyapkan semua kesusahan yang kita alami. Betapa perlunya kita berdoa pada Allah setiap masa dalam semua urusan kita kerana doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak sebagaimana
hadis Rasulullah yang bermaksud, " Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa doa yang tidak akan ditolak di tengah-tengah ia mengerjakan puasa."
    InsyaAllah dengan keyakinan dan keazaman ini, kita mengorak langkah masuki madrasah Ramadhan dengan rasa syukur,kita tingkatkan amalan kita hari demi hari yang berlalu, dan insyaaAllah melalui tarbiyah Ramadhan ini memungkinkan kita menghadapi sebelas bulan yang akan datang. Bulan ini umpama bulan kita mencari bekalan supaya kita dapat mengharungi liku-liku penghidupan ini yang banyak menguji hati dan jiwa kita. Subhanallah...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang beriman dengan menganugerahkan bulan yang mulia ini di mana ada malam lailatul Qadar....malam yang penuh keberkatan dan lebih baik dari seribu bulan!

(Rujukan :Khutbah  Jumaat Prof Dr. Yusof Al-Qhardawi)

1 comment:

  1. as salam

    Blog 3810

    Allah swt menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan yang agung, memberi keistimewaan yang banyak sekali kepadanya, serta menjadikan ia sebagai satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesyen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus. Sepatutnya pada bulan ini seorang muslim mencurahkan sebahagaian besar perhatiannya kepada Allah, akhirat, dan peningkatan ruhani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan rohani, bulan kebersihan jiwa, bulan munajat, serta waktu untuk mengadap kepada Allah, memohon pertolongan dari Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar, Ia adalah bulan yang mempunyai keistimewaan.
    Banyak ayat Alquran menerangkan pasal keistimewaan ini, antaranya Albaqarah :185,186,187. Marilah kita sama-sama memndidik dan mengajak hati kita yang lalai ini untuk merasai bulan ini adalah bulan prermohonan,munajat, hidayah dan petunjuk kebenaraan. Hendaklah kita mengembleng diri di dalamnya dan mrenjauhkannya dari urusan keduniaan agar kemanusian kita meningkat dan bersambung dengan rabbnya. Jadi, buat lah persediaan yang sepatutnya untuk memasuki Universiti Ramadhan ini. Persiapkan dengan sijil-sijil kelayakan untuk membolehkan kita diterima Allah memasuki Universiti yang agung ini.

    Wasalam

    Prihatin

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...