Keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu.....sebenarnya sukar diukur secara fizikalnya...kerana keikhlasan itu letaknya di hati....tiada siapa yang mengetahui melainkan Allah SWT. Mungkin kita kata kita ikhlas dalam memberi pertolongan....tapi betul ke? Sebenarnya amat sukar menentukan keikhlasan kerana mungkin pada awalnya kita ikhlas.....tapi setelah kita buat timbul pulalah rasa tak ikhlas..bagaimana? Keikhlasan yang sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa dari manusia meskipun pujian...ia hanya mengharap redo Allah di atas semua kerja-kerja yang dilakukan.....!
Pertolongan yang ikhlas akan menyentuh hati manusia dan orang yang ikhlas dicintai oleh Allah SWT. Amal yang tidak ikhlas akan tertolak meskipun pada zahirnya ia banyak berbuat kebajikan.....sebaliknya walaupun amal itu nampak kecil pada pandangan manusia...seperti membuang duri di jalan, senyuman pada saudara muslim lain ..........jika ikhlas dibuat kerana Allah semata-mata, ia lebih bagus dan di terima Allah! Oleh itu keikhlasan kita perlu dijaga sentiasa.......sebelum kita berbuat sesuatu, kena jaga niatnya , semasa kita sedang berbuat dan selepas melakukan amalan kita...! Yang pentingnya kita terus berusaha untuk menjaga keikhlasan kita......dan yang nak menilai ikhlas atau tidak itu hak Allah! Tidak boleh kita berhenti dalam memproses ikhlas ini dengan tidak berbuat apa-apa...jika tidak ikhlas tak payah lakukan!Konsep ini salah....kerana tiada mujahadah diri di sini!!
Orang yang ikhlas tidak pernah kecewa hatinya jika apa yang dilakukan tidak disebut atau dipuji orang kerana dia mengharapkan hanya balasan di akhirat sahaja. Hatinya tenang, tidak terkecewa atas hinaan orang lain.
Orang yang ikhlas tidak rindu akan dipuja , jadi sebutan atau ikutan orang. Samada dia di puja atau di caci sama saja..Hanya pujian Allah yang diharapkan bukan manusia!
Orang yang ikhlas tidak membezakan samada amal itu besar atau kecil.....semua amal itu sama saja jika ia dibuat kerana Allah.........pertolongan kecil yang dibuat jika ikhlas kerana Allah lebih bernilai disisiNya! Kisah seorang perempuan yang membantu seekor anjing yang kehausan dengan bersusah payah mengambil air dari telaga dengan sepatunya...dibalas Allah dengan syurga kerana keikhlasannya kerana Allah!
Firman Allah dalam surah Al-Zalzalah (7-8) yang bermaksud............
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula, dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihatnya pula. "
Jadi perlu kita rasa takut dengan segala amal yang kita perbuat samada kecil atau besar, ikhlas atau tidak.... semuanya tidak terlepas dari pengetahuan dan penilaian Allah SWT!! Sahabat-sahabat generasi Al Quran menangis bila membaca ayat ini kerana ketakutan sebab amal sebesar zarrah pun Allah ambil kira!! Bagaimana kita manusia yang lemah ni tak buat silap dan salah selalu?.....Jadi ketakwaan yang ada dalam diri mereka menyebabkan mereka lebih berhati-hati dalam tindakan ..... takut tersasar!
Tapi kita bagaimana?.....Kita selalu pandang ringan akan dosa-dosa kecil yang kita buat...sedangkan dosa-dosa ini menjadi racun dalam badan kita dan melemahkan kita! Dosa-dosa kecil yang dilakukan berterusan akan jadi dosa besar ! Dosa -dosa ini menambahkan titik-titik hitam dalam hati kita dan menjadikan hati kita tidak sensitif dengan ayat-ayat Allah dan hati kita keras dengan peringatan Allah. Ini lah yang menyebabkan kita selalu terhindar dari rahmat Allah!!Orang yang beriman memandang dosa kecil tu berat apatah lagi dosa besar dan berusaha menghindarinya!
Tapi kita bagaimana?.....Kita selalu pandang ringan akan dosa-dosa kecil yang kita buat...sedangkan dosa-dosa ini menjadi racun dalam badan kita dan melemahkan kita! Dosa-dosa kecil yang dilakukan berterusan akan jadi dosa besar ! Dosa -dosa ini menambahkan titik-titik hitam dalam hati kita dan menjadikan hati kita tidak sensitif dengan ayat-ayat Allah dan hati kita keras dengan peringatan Allah. Ini lah yang menyebabkan kita selalu terhindar dari rahmat Allah!!Orang yang beriman memandang dosa kecil tu berat apatah lagi dosa besar dan berusaha menghindarinya!
Orang yang ikhlas tidak hanya membantu kelompoknya atau kawannya sahaja. Tiada sifat assobiyah di sini. Sesiapa yang memerlukan pertolongan hatta orang bukan islam pun di bantu......kerana Rasulullah itu didatangkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Semua mahluk Allah berhak mendapat bantuan jika kesempitan...bukan di pandang sepi saja kerana bukan urusan kita!!
Orang yang ikhlas itu tidak memandang pada kedudukan , pangkat, harta, semua manusia ini sama sahaja disisi Allah kecuali mereka yang bertakwa.....Manusia sering membezakan yang lain kerana darjat, status dan keturunan. Tapi disisi Allah ....yang mulia hanya yang bertakwa! Pakaian takwa ini lah yang mahal nilainya pada Allah......dan takwa inilah yang kita nak didik dalam jiwa kita...
Keikhlasan dalam beramal akan memberikan rasa nikmat ,bahagia, seronok dan puas pada sesaorang dalam amalannya....dia senang membantu orang, dia senang melakukan amal ibadah, dia senang memberi sedekah......pendekata segala yang di perbuat bukan dengan rasa berat hati.......semua senang, puas dan bahagia selalu! Keikhlasan terpancar di wajahnya dan dalam tindakannya.....semua yang dicurahkan tiada diungkit-ungkit atau disebut-sebut! Tiada keikhlasan namanya jika sesuatu yang dibuat dalam keadaan marah-marah, merungut-rungut, keluh kesah, tinggi suara, sambil lewa, tiada kesungguhan, malas dan separuh hati!
Memang sukarlah sebenarnya kita nak sampai ke darjat keikhlasan yang sebenarnya! Tapi kita kenalah berusaha selalu, memohon doa pada Allah supaya kita tergolong di kalangan orang yang mukhlis (ikhlas hati). Amalan kita hanya baru jadi amal soleh jika kita buat nya ikhlas kerana Allah dan amal yang di buat mengikut syarak......... menderma diniatkan kerana Allah tapi dari hasil judi atau lain-lain sumber haram bukan dikira amal soleh!!
Kita nak jadikan setiap hari amalan-amalan yang kita buat, dari perkara yang sekecil-kecilnya hingga ke perkara yang besar.......kita buat ikhlas kerana Allah. Kena pasang niat yang betul dan luruskannya sebelum berbuat sesuatu......dan berterusan menjaga keikhlasan sehingga selesai kita perbuat...... Takut-takut Allah tidak terima amalan kita....dan bila kita kembali pada Allah, amal soleh yang kita sangka kita banyak perbuat itu.........ditolak.....dan kita muflis disisiNya!!!Nauzubillah.
Kita nak jadikan setiap hari amalan-amalan yang kita buat, dari perkara yang sekecil-kecilnya hingga ke perkara yang besar.......kita buat ikhlas kerana Allah. Kena pasang niat yang betul dan luruskannya sebelum berbuat sesuatu......dan berterusan menjaga keikhlasan sehingga selesai kita perbuat...... Takut-takut Allah tidak terima amalan kita....dan bila kita kembali pada Allah, amal soleh yang kita sangka kita banyak perbuat itu.........ditolak.....dan kita muflis disisiNya!!!Nauzubillah.
Jadi di bulan puasa yang mulia ini, sama-sama kita bersihkanlah hati kita dengan bertaubat, istigfar selalu, supaya jiwa kita lebih dekat dengan Allah , lebih ikhlas padaNya dalam apa saja yang kita buat...........sehingga kita dapat didik diri kita jadi...........pure in heart, pure in mind, pure in understanding and pure in actions!!
Ya Allah berilah maaf pada kami, ampunilah kami. rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir!! Ameen, ya Rabbal Alamin.
Ya Allah berilah maaf pada kami, ampunilah kami. rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir!! Ameen, ya Rabbal Alamin.
asm
ReplyDeleteTidak dapat di nafikan keikhlasan satu element yang penting samada lulus atau gagal ujian Allah. tak ada tengah-tengah tetapi kebanyakan kita gagal.gagal,gagal. Ini disebabkan syaitan, iblis,nafsu bekerja keras siang dan malam untuk menukar niat kita, kita kata kerana Allah, syaitan dan kuncu2 pusing , tak boleh hari ini, besuk dia rasuk lagi.Bila nak sempurna amalan kita pun mereka datang kacau lagi. Inilah kita manusia yang lemah...Tapi ini semua bukan alasan tak buat amal ibadah malah kena semakin kuat dan berdoa kepada Allah agar agar beri kekuatan, Allah yang menciptakan kita Allah tahu kelebihan dan kekurangan kita, jadi usaha dan tawakal di samping ingat mengingati satu sama lain tentang pekara asas ini supaya kalau tersilap kita usaha betulkan balik niat kita kerana Allah.