Wednesday, August 11, 2010

Kunci pada jiwa yang tenang......bersihkan hati!

     Ketenangan jiwa adalah sesuatu yang sangat mahal harganya dan ia bukannya boleh di jual beli...Ia adalah sesuatu  yang menempati jiwa sesaorang dan sesunggguhnya orang yang sedemikianlah orang yang mempunyai kekayaaan yang sebenar. Kaya hati kerana jiwa yang tenang. Ketenangan jiwa inilah sebenarnya yang sangat-sangat di perlukan oleh manusia bila melayari kehidupan yang banyak dugaan ini. Tanpa ketenangan jiwa, kehidupan tidak bererti dan kosong walaupun mempunyai harta yang banyak, pangkat tinggi, dan berkedudukan dalam masyarakat. 
    Bagaimana nak mendapatkan ketenangan jiwa? Firman Allah yang bermaksud" Ingatlah pada Allah, sesungguhnya dengan mengingatiku hati akan jadi tenang......"
       Ketenangan yang sebenar bukan dengan cara berhibur seperti  mendengar musik terlarang, berpoya-poya, bersantai-santai......tapi apabila kita berzikir mengingati Allah, ketenangan jiwa akan dirasai...ketenangan yang mendamaikan perasaan dan tindakan....!!   Hati yang bersih,  yang berhubung dengan Allah,  sentiasa tenang tenteram kerana petunjuk dan hidayah Allah yang sentiasa datang padanya. Kebersihan jiwa sangat penting untuk hidayah Allah singgah! Bila jiwa kotor di selaputi maksiat dan hawa nafsu, maka iman dan takwa, susah menempati jiwa yang kotor.
       Jiwa kita ini umpama bekas yang kita nak isikan sesuatu.Kalau kita nak isikan  bekas tersebut dengan makanan yang bersih, tentu kita akan bersihkan bekas tersebut betul-betul, kemudian baru bubuh makanan itu agar tidak tercemar! Begitu jugalah hati kita. Islam yang bersih hanya boleh duduk dalam jiwa yang bersih!
   Jadi kesimpulannya perlulah bersihkan hati kita terlebih dahulu dengan perbanyakkkan istigfar dan taubat selalu. Taubat yang dilakukan diatas penyesalan diri  yang tidak akan mengulangi kesilapan yang lepas! Setiap insan tidak dapat mengelakkan diri dari  kelalaian, tersalah atau terlupa jadi taubat merupakan ubat  mujarab apabila kita tersasar! Namun demikian kita perlu ada kesungguhan memelihara diri  dari dosa, bukan setakat cakap sahaja!
     Dengan bertaubat, jiwa yang sakit tadi dapat di pulihkan, keresahan kerana dosa dapat dihilangkan!
Justru itu hati bertambah dekat dengan Allah dan takwa padaNya dapat ditingkatkan.
     Dengan taubat juga dapat membenteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan berbuat dosa dan maksiat.
     Dengan taubat juga kita akan memperoleh kemuliaan dan anugerah Allah dlam kehidupan kita di dunia dan akhirat.
      Firman Allah dalam surah Muzammil :20..." Dan mohonlah ampun kepada Allah SWT, sesungguhnya dia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."
  Jadi di bulan Ramadhan yang mulia penuh barokah ini, sama-sama lah kita bertaubat di atas segala dosa kita, memperbanyakkan istigfar kita supaya dapat bersihkan hati kita, agar hidayah Allah senang singgah dan meresap dalam jiwa kita ......meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita pada Allah. Rasulullah saw yang maksum bersih dari dosa beristigfar 100 kali sehari......kita sepatutnya lebih dari itu kerana banyaknya dosa yang kita buat....!!
  Ya Allah ampuni lah dosa-dosa kami dan masukkanlah kami di kalangan orang-orang yang bertaubat!! Ameen Ya Rabbal Alamin..... 

3 comments:

  1. asm

    Ketenangan itu milik Allah, pohon lah bersungguhsungguh dan solah dan doamu. Bertaubatlah untuk mendapat ketenangan dan bedrusaha bersungguhsunguh untuk tidak lagi mengulangi maksiat pada Allah. Allah berfirman At Tahrim: 8 " Hai orgorg yang beriman, bertaubatlah kepada ALLAH dengan pertaubatan yang sabenar-benarnya. mudah-mudahan Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahan kamu....

    Ini pun mudah disebut tetapi sukar untuk kita laksanakan betul-betul dalm kehidupan kita.

    Ya Allah terimalah taubat kami setelah kami masih lagi berbuat maksiat kepada Mu. Tunjukkan kami jalan yang lurus

    Ameen

    ReplyDelete
  2. Sya nak kunci tanggisan dal diri saya .....bila saya tahu nilai kasih sayang mak ngan ayah saye kat sye....tak guna saya menangis kepade orang yg tak sayang saye..kebencian terhadap mereka meluap luap .....bila mereka mati saya takkan balik....

    ReplyDelete
  3. Sya nak kunci tanggisan dal diri saya .....bila saya tahu nilai kasih sayang mak ngan ayah saye kat sye....tak guna saya menangis kepade orang yg tak sayang saye..kebencian terhadap mereka meluap luap .....bila mereka mati saya takkan balik....

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...