Saturday, August 28, 2010

Kesan dan Pengaruh Maksiat



     

    Maksiat  yang dilakukan mempunyai kesan-kesan yang buruk lagi keji serta memudaratkan hati dan badan insan samada di dunia dan akhirat juga. Dr. Yusof Al-Qardhawi menyenaraikan diantara kesan-kesan dan mudaratnya untuk kita sama-sama renungi dan berusaha menghindarinya.
 
(i) Terhalang dari ilmu dan rezeki serta sulit urusan hidupnya
Ilmu merupakan cahaya yang Allah lontarkan ke dalam hati manusia
dan bermaksiat  akan memadamkan cahaya tersebut. Ini disebabkan ilmu itu adalah kurniaan dari Allah SWT dan kurniaan itu tidak akan diberi pada pelaku maksiat. Disamping itu pintu rezeki akan tertutup dan mewarisi kemiskinan. Urusan hidupnya selalu sulit dan sukar. Ketakwaan sesaorang sebenarnya memurahkan rezeki, memudahkan urusan dan Allah memberikannya jalan keluar akan masalah yang dihadapinya, insyaAllah!

(ii) Hatinya gelap, jauh dari Allah dan manusia, terhalang dari ketaatan dan memendekkan umur.
Ibnu Abbas r.a. berkata  " Kebaikan menyebabkan cahaya keputihan pada wajah, cahaya di hati, keluasan dalam rezeki, kekuatan pada badan dan kecintaan di dalam hati orang lain .  Maksiat menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan pada badan kekurangan pada rezeki dan kebencian di hati orang lain."
        Di samping itu , maksiat menghalang satu demi satu ketaatan pada Allah, sedangkan ketaatan itulah yang menghidupkan dan menjernihkan hati. Hilanglah keberkatan dari dalam dirinya iaitu hilangnya keberkatan pada umurnya! Hidupnya sesaorang kerana hidupnya hati. Lantaran itu Allah menganggap orang kafir itu sebagai mati. Umur manusia adalah jangka masa kehidupannya dalam ketaatan pada Allah, itulah hakikat umur yang sebenarnya!!  Bukannya bilangan umur yang kita kira!!
    Apabila seaorang itu bermaksiat pada Allah, banyak hari-hari dalam kehidupannya terbuang begitu
sahaja yang mana kesannya adalah di hari akhirat nanti di mana dia akan berkata....
    "Alangkah baiknya jika sekiranya aku dahulu melakukan amal soleh untuk kehidupanku ini."
    (Surah Al- Fajr: 24)
    Satu bentuk penyesalan dalam diri kerana kurangnya amal soleh di dunia dahulu!!

(iii) Mengundang laknat Allah, mendapat kehinaan Allah dan hilang nikmatNya.
  Saidina Ali berkata ," Bala tidak akan diturunkan melainkan dengan dosa atau maksiat, sementara dosa tidak akan terhapus melainkan dengan taubat." 
        Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita perlulah di pelihara, kerana dosa-dosa menghilangkan nikmat . Nikmat itu perlu dilindungi dengan ketaatan pada Allah kerana Allah amat cepat membalas dengan menurunkan bala yang tidak mengira sesiapa.  
       Allah dan Rasul melaknati pelaku maksiat dan mereka terhina disisi Allah. Kemuliaan diri hanya dengan taat padaNya seperti dalam firman Allah (Fatir:10)
       " Barangsiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu."

( iv) Menganggap kecil maksiat pada Allah dan bangga dengan maksiat yang dilakukan
    Berterusan dalam dosa dan maksiat akhirnya menyebabkan sesaorang itu menganggap maksiat itu kecil sahaja dihatinya, sedangkan disisi Allah ia adalah besar! Dari hadith Sahih  (dari Ibnu Mas'ud)
      Rasulullah bersabda yang bermaksud," Orang Mukmin memandang dosanya seolah-olah sebuah gunung yang dibimbangi akan menghempapnya, sedangkan orang-orang munafiq memandang dosa-dosanya seolah-olah seekor lalat yang hinggap di atas hidungya, lalu di tepisnya begini begitu , lalu ia pun terbang."
      Hati orang munafiq ini tidak sensitif dengan dosa kerana pintu hatinya telah tertutup, hati telah jadi buta lantaran dosa demi dosa yang dibuat!!
         Pada asalnya nya hati itu berkarat dengan maksiat, jika tiada usaha untuk membuang karat hati ini dengan taubat, lapisan karat yang terbentuk,  bertambah banyak sehingga ia menutup dan mengunci pintu hati dan ia  menghalang hidayah petunjuk dari Allah. Akhirnya akalnya jadi lemah dan lembab! Terjerumus lah diri manusia tersebut menyerupai makhluk tidak berakal iaitu, seperti binatang malah lebih rendah  dari itu. Ia bangga dengan maksiat yang dibuatnya dan dihebah-hebahkan pada orang. Golongan sebegini tidak akan dapat keampunan dari Allah dan hati mereka tidak  tergerak untuk memohon keampunan!!
       Sabda Rasulullah saw yang bermaksud...." Setiap umatku akan mendapat keampunan melainkan mereka yang berterang-terangan. Antara yang berterang-terangan  ialah seorang lelaki yang melakukan maksiat di malam hari, kemudian ia berpagi dalam keadaan perbuatannya itu ditutup oleh Allah.  Kemudian dia berkata, " Semalam aku melakukan sekian, sekian." Dia bermalam dengan keadaan ditutup kejahatannya tapi dia berpagi dengan membuka tutupan Allah."
       Bagaimana dengan keadaan realiti sekarang banyaknya video-video  dan gambar-gambar pornografi yang di upload ke internet dan di tonton oleh orang ramai? Pelaku dan penonton sama sahaja bersubahat dalam maksiat yang di buat sehingga menjadi satu fenomena yang sukar dibendung sekarang.  Keimanan dan ketakwaan dihatilah yang mengawal diri dari bersubahat dengan maksiat dan seronok menontonnya!  Nauzubillahi min zalik, mohon perlindungan Allah dari semua ini yang mengikis iman dan takwa dihati!      
        Jiwa kita perlu sensitif dengan apa sahaja yang kita buat; mata yang melihat, telinga yang mendengar, lidah yang berbicara, hati yang merasai, anggota badan yang lain jika berlaku maksiat pada Allah, maka lemahlah perjalanan jiwa menuju pada Allah dan hari akhirat.....hilanglah kekuatan perjuangan mujahadah diri, sukar perjalanan memperbaiki diri.....
         Langkah pertama untuk kembali pada Allah....tinggalkan maksiat dan bertaubat! Jalan menuju Allah akan jadi lebih mudah kerana bantuan kekuatan hati dari Allah kepada diri...... Jiwa akan tenang dan lapang dan persepsi diri dengan kehidupan jadi luas! Hati jadi sejahtera bagi orang yang meninggalkan keinginan yang haram dan keraguan yang batil....Inilah kenikmatan hakiki...........bukannya kenikmatan jasad! Inilah dia syurga dunia...yang sebenarnya boleh kita capai insyallah bila kembali pada Allah!   

3 comments:

  1. ya betul

    sama2 lah berusaha untuk menjauhi maksiat..
    Amin

    HABAT

    ReplyDelete
  2. "Allah dan Rasul melaknati pelaku maksiat dan mereka terhina disisi Allah. Kemuliaan diri hanya dengan taat padaNya".......

    Kata-kata diatas amat berat ancamannya bagi mereka yang beriman. Tapi bagi mereka yang gila dengan buaian nafsu di tambah lagi bantuan syaitan dan iblis yang datang dalam pelbagai rupa, maksiat dirasakan paling menyeronokan sekali. Ketika maksiat dilakukan hubungan dengan Allah terputus terus, malah dirasakan tidak ada keperluan langsung...Nasihat manusia lain tidak dperlukan langsung....akibatnya jatuh lah kelembah kehinaan dan hilanglah kemuliaan diri...mungkin insan tersebut telah bertaubat, IAllah Allah terima tetapi kehinaan dan kepercayaan di sisi manusia mengambil masa untuk dipulihkan........

    ReplyDelete
  3. dosa-dosa yang dibuat melemahkan dan menyakitkan jiwa...
    hati resah selalu dan tidak tenang....
    ubatnya dengan istigfar selalu dan tinggalkan dosa..
    balik semula pada Allah.....bertaubat padaNYA

    ReplyDelete

Hakikat hidup ini...

Siapa yang gemar membantu orang, Maka hidupnya senantiasa dipermudahkan. Siapa yang memiliki sikap belas ihsan, Maka akan disayang sesa...