Ramadhan semakin menghampiri....perlunya kita meneliti apakah amalan-amalan sunnah yang perlu kita buat semasa di bulan yang mulia dan penuh barokah ini.....supaya setiap detik masa itu kita manfaatkan sepenuhnya! Amalan-amalan sunnah ini perlu kita contohi..kerana ia mempunyai hikmah yang banyak bila melaksanakannya di samping kita mendapat pahala mengikuti sunnnah Rasulullah saw. Ramai di antara kita memandang remeh perkara ini.....jadi sama-samalah kita perbetulkan...
Di antaranya...bersahur dan melewatkannya dan menyegerakan berbuka puasa bila tiba waktunya. Sahur merupakan barokah, sebab ia dapat menguatkan kita semasa menjalani ibadah puasa seharian.Bersahurlah walaupun dengan hanya seteguk air! Kemudian di anjurkan segera berbuka di mulai dengan makanan yang manis yang tidak di masak seperti kurma... ini dapat mengimbangi perut kita yang lapar seharian dengan makanan yang dapat memberi tenaga segera .....dan bila makan berpada-padalah....tidak memenuhi perut kita sepuas-puasnya sehingga penuh...nak solat pun malas kerana terlalu kenyang....! Nafsu perlu dikawal...sepanjang masa...bukan di siang hari sahaja!!
Hadis-hadis Nabi yang bermaksud,
" Manusia akan tetap berada dalam kebaikan selagi mana ia bersegera berbuka puasa."
" Kita merupakan pengikut para anbiya, mereka telah menyuruh kita menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur dan meletakkan tangan kanan keatas tangan kiri di dalam solat."
Puasa yang sempurna bukan setakat puasa perut dan kemaluan sahaja, tetapi semua anggota badan turut juga berpuasa: lidah berpuasa dari mengumpat, mengeji, cakap lucah dan kotor, dusta dan cakap yang sia-sia. telinga berpuasa dari mendengar perkara-perkara yang dilarang seperti nyanyian yang melalaikan, mengumpat dsb..., mata berpuasa dari melihat yang haram...pendek kata kita pelihara diri kita semua sekali dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan.....dengan ini pahala puasa dapat dijaga dan kita tidak hanya berpuasa sia-sia sahaja.!!
Bertadarus Al-Quran juga dianjurkan disamping mentadabbur Al-Quran iaitu menghayati makna Al-Quran dalam kehidupan... Bukan hanya berlumba-lumba menghabiskan 30 juzuk tapi tak rasa apa-apa pun...cuma setakat seronok dan puas dapat habis baca Al-Quran dalam bulan puasa ini tapi kesan nya tiada dalam jiwa!!
Memperbanyakkan solat sunat seperti solat tarawih, witir, taubat, tasbih sangat-sangat digalakkan supaya jambatan hati kita dengan Allah dapat diperkuatkan lagi .....Solat yang dilaksanakan dengan hati yang tenang dan penuh khusyuk ....bukan solat yang di buat seolah-olah nak kejar sesuatu tanpa hadirnya hati dan merasai hubungan jiwa dengan Allah semasa solat......!!.
Kita juga perlu perbanyakkan doa kerana doa orang orang berpuasa tidak disia-siakan Allah! Berdoa dengan hati yang penuh ikhlas dan tawaduk memohon ampunan dan rahmat Allah dan meminta kebaikan dunia dan akhirat kita agar dapat diperkuatkan lagi roh iman dan jihad kita dijalan Allah untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita pada deen Allah ini!
Pada bulan puasa, Rasulullah bersifat lebih dermawan dari bulan-bulan lain.....bersedekah pada yang memerlukan dan mengeluarkan zakat fitrah di hujung Ramadhan....Melalui puasa kita dapat merasai kesusahan dan keperitan fakir miskin yang terpaksa berlapar selalu kerana kesempitan hidup. Jadi dengan bersedekah pada mereka dapat menggembirakan hati fakir miskin ini. Planning kita untuk ini perlulah dari awal lagi sebelum bulan Ramadhan lagi..... dibulan puasa kita dapat menderma sebanyak mungkin dan mampu mengeluarkan zakat fitrah........
Melalui puasa , kita dapat mendekatkan diri dengan Allah SWT kerana kita telah melarang diri kita dari berbuat perkara yang biasa kita lakukan dan menjaga diri kita semata-mata kerana mencari redo Allah! Dalam satu hadis Rasul yang bermaksud.....
" Semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya, Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan atau lebih dari itu sehingga mencapai tujuh ratus kali ganda. Allah berkata.." Melainkan berpuasa, ia adalah untuk Ku dan Akulah yang akan membalasnya.Manusia itu meninggalkan makanan keranaKu, dia telah meninggalkan minuman kerana Ku, Dia telah meninggalkan kelazatan hidupnya kerana Ku, dia telah meninggalkan isterinya kerana Aku...."
Puasa merupakan bekalan kita untuk cas balik fizikal dan rohi kita untuk melalui kehidupan ini. Mengecas rohi supaya mengembalikan dan menguatkan keimanan dan ketakwaan kita semula , supaya dapat bersihkan hati, suburkan sifat ikhlas kita pada Allah dan mencintai Allah sebaik-baiknya kerana ia merupakan rahsia diantara hamba dan Tuhannya. Ia bukan semata-mata rutin tahunan yang kita jalani tanpa ada hikmah disebaliknya.
Puasa mendidik sifat sabar dalam diri, sifat penyantun, pengasih , menepati janji dan memperhatikan masa dan memperkukuhkan ikatan sesama manusia. Melalui puasa, perut jadi ringan, jiwa meningkat tinggi, hati jadi jernih dan terbayanglah kejernihan di muka dan bersinarlah nur Allah dalam hati nurani manusia. Lantas bersedialah jiwa manusia untuk dibersihkan melalui zikir, doa, membaca Qur'an , istighfar dan taubat.
Jadi inilah dia kebahagiaan yang hakiki, kelazatan rohani yang qudus, dan mengecapi nikmat menghampirkan diri pada Allah! Ini lah puasa yang kita hajati....bukan puasa yang diniatkan nak kuruskan badan dan sihatkan fizikal sahaja..... Puasa Ramadhan adalah puasa tarbiyah jiwa dan fizikal untuk meningkatkan darjat manusia .....supaya beroleh takwa!!
No comments:
Post a Comment