Firman Allah dalam surah Al-Baqarah (214) yang bermaksud......
" Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti yang dialami oleh orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan) sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata ," Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah pertolongan Allah itu dekat."
Dalam kita melalui kehidupan dunia yang banyak godaan ini seringkali kita tergelincir dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kadang-kadang kita rasa kuat hubungan dengan Allah dan selalunya kita rasa lemah............sehingga kelemahan ini mempengaruhi sikap dan tindak tanduk kita seharian! Bila ini berlaku kita rasa gelisah dan tidak tenang....perlu cepat-cepat cari ubat supaya penyakit ini tidak berlarutan!
Terdapat dua jalan utama untuk kita menguat dan mengeratkan hubungan dengan Allah SWT.
Jalan pertama adalah melalui jalan kefahaman, berfikir dan beramal. Kita perlu mentadabbur dan mempelajari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith-hadith Nabi yang soheh dengan sedaya upaya kita, mengamatinya berulang-ulang, sehingga kita benar-benar faham dan merasai apa yang dibaca. Mengulang-ulang dalam membina kefahaman merupakan tuntutan tarbiah yang dapat melahirkan keberkesanan. Seterusnya berusaha sedaya upaya mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Apa yang kita fahami dari Al-Quran dan Hadith, kita bandingkan dengan amalan seharian yang kita dah perbuat selama ini. Adakah apa yang kita lakukan dalam hidup kita ini selaras dengan Al-Quran dan Hadith? Apakah kekurangan-kekurangan dan kelemahan-kelemahan diri yang masih ada pada kita? Sekadar mana kita memperelokkan realiti diri dan kehidupan kita selaras dengan Al-Quran dan Sunnah , sekadar itu pulalah hubungan kita dengan Allah dan Rasul! Penghayatan diri dengan Al-Quran dan Sunnah melambangkan keterikatan hubungan kita dengan Allah, bukannya terletak pada tingginya ilmu kita tapi tidak diamal dan dihayati!
Jalan kefahaman dan berfikir ini tidak akan kekal lama jika kita tidak beramal dengan ikhlas. Maknanya semua amalan yang kita buat mestilah kerana Allah semata-mata,mengharapkan redonya sahaja, tanpa mengirakan keuntungan dunia, samada di waktu kita susah atau senang , sibuk atau lapang, sunyi atau terang, seorang diri atau bersama orang ramai..........kita tetap istiqamah dengan nilai islam walau dalam keadaan apa sekali pun....mestipun dalam keadaan tertekan! Inilah yang sukar......
Kita mungkin mampu terikat dengan islam dalam keadaan kita senang, seorang diri....tapi bila Allah uji dengan sedikit susah, tekanan.........kita teruji dan tidak mampu bertahan....kita larut dalam arus suasana sekeliling kita....kita berkompromi dengan nilai tidak islamik! Pada ketika ini kita boleh nilai sendiri tahap mana iman dan hubungan kita dengan Allah! Jadi perlu pertingkatkan lagi usaha kita, mujahadah diri untuk mengambil nilai Allah dalam diri dan kehidupan seharian kita. Sentiasa perihatin dan sensitif akan nilai-nilai Allah di hati kita.......yang mana nilai ini bukan tinggal dihati sahaja tapi kena diterjemahkan dalam seluruh kehidupan! Kita perlu masuk kedalam kehidupan secara islamik ini secara menyeluruh..............bukan sebahagian-sebahagian mengikut selera dan kehendak kita! Mana yang kita suka kita ambil, mana yang tidak setuju ditinggalkan.....ini bukan yang islam dan Allah kehendaki sebenarnya.
Allah menghendaki kita menyerahkan secara total semua urusan hidup ini mengikut kehendakNya.....cara kita berfikir, cara kita bertindak, cara kita menyelesaikan masalah,cara kita berhubung.......semuanya nya...... Baru betullah konsep ubudiah kita pada Allah...... tiada tuhan yang disembah melainkan Allah! Jika kita ambil nilai lain dalam hidup kita.......nilai itu jadi illah atau tuhan/sembahan kita.....bukan Allah! Realiti umat islam sekarang ... masih ada illah /sembahan di hati berupa hawa nafsu yang menguasai diri..... nilai Allah dikesampingkan! Kesannya ubudiah tidak murni pada Allah, aqidah tercemar dan kita tiada kekuatan diri, senang terjebak dalam maksiat walaupun banyak ilmu.......! Dalam hati seorang muslim tidak boleh ada ubudiah selain Allah sahaja...!
Firman Allah dalam surah Al-Mukminun (117) yang bermaksud .....
" Dan barangsiapa yang menyembah tuhan yang lain disamping Allah, pada hal tidak ada satu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya diperhitungkan disisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tidak beruntung."
Meninggalkan larangan Allah hanya atas desakan iman sahaja bukan atas desakan duniawi. Kita tutup aurat kita dengan betul dan ikut syarak bukan kerana kekasih, suami atau tunang suruh, kita tidak menghampiri zina bukan kerana ibubapa kita larang, kita buat kebaikan bukan nak di puji atau dikatakan dermawan atau baik.......tapi kita buat semua itu atas dasar taat kita pada Allah semata-mata. Dasar inilah yang dapat menjadikan kita istiqamah dengan tindakan kita......walaupun sudah putus kasih, walaupun ibubapa tiada bersama kita, walaupun kita dicaci atau di hina orang! Inilah jalan untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah dan inilah jalan orang yang bertakwa!
Jalan kedua untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah adalah jalan memperelokkan amalan-amalan kita. Kita tingkatkan amalan-amalan kita dengan cara mengamalkan keutamaan-keutamaan, perkara-perkara fadzilat-fadzilat dan perkara sunat yang merupakan amalan yang dicintai Allah. Dalam masa yang sama, perkara-perkara makruh kena jauhi kerana ia dibenci oleh Allah SWT. Kita juga tidak boleh pandang remeh atau ringan terhadap perkara-perkara yang mendatangkan maslahah walaupun kecil.
Jalan kedua untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah adalah jalan memperelokkan amalan-amalan kita. Kita tingkatkan amalan-amalan kita dengan cara mengamalkan keutamaan-keutamaan, perkara-perkara fadzilat-fadzilat dan perkara sunat yang merupakan amalan yang dicintai Allah. Dalam masa yang sama, perkara-perkara makruh kena jauhi kerana ia dibenci oleh Allah SWT. Kita juga tidak boleh pandang remeh atau ringan terhadap perkara-perkara yang mendatangkan maslahah walaupun kecil.
Pendekata kita perlulah menjadi orang yang ringan beramal dalam pelbagai aspek yang melibatkan pengorbanan masa, usaha, fikiran, perasaan, harta malah jiwa sekalipun! Disamping itu kita perlu sentiasa berhati-hati agar dalam jiwa kita tidak tumbuh perasaan sombong, ujub, lupa diri apabila kita
melakukan pengorbanan-pengorbanan ini.
Segala lintasan-lintasan hati sebegini perlu di proses.......perlu merasakan pengorbanan yang kita buat masih terlalu sedikit berbanding dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang Allah taklifkan kepada kita yang perlu kita laksanakan. Kita hanya memohon kekuatan dari Allah agar memampukan kita melaksanakan tanggungjawab deen ini! Tanpa bantuan dari Allah kita tidak mampu nak buat apa pun.!
Sama-sama kita renungi ayat ini Surah Thaha (111-112).....
"Dan tunduklah semua muka (dengan berendah diri) kepada Tuhan yang hidup kekal lagi sentiasa mengurus(makhlukNya). Dan sesungguhnya telah merugilah orang-orang yang berbuat kezaliman. Dan barangsiapa yang mengerjakan amal-amal yang soleh dan dia dalam keadaan beriman, maka ia tidak akan khuatir akan perlakuan tidak adil terhadapnya dan tidak pula akan pengurangan haknya."
asm
ReplyDeleteHubungan dengan Allah perlu di jaga setiap masa, kalau lalai sudah tentu hati kita akan berhubung dengan yang lain. Hubungan dengan lain memang rapuh dan memang kebiasaan nya membawa kekusutan,kegelisahan , kemaksiatan dll. Jadi, buatlah pilihan yang bijak sementara masih bernyawa, kalau nyawa di ambil malaikat satu dunia dah tak ada gunanya lagi, tak dapat menolong kita kecuali amal soleh yang kita lakukan. Persoalannya cukupkan amal solleh yang nak kita bentangkan kepada Allah nanti. Di dunia ini kita boleh bagi alasan pada manusia sebab-sebab kita tak dapat berhubungan dengan Allah,sebabnya itu dan inilah sebuk lah lemah lah, manusia biasalah dll. Manusia boleh terima alasan kia tetapi Allah boleh ke terima Alasan kita...Oleh itu memang tulisan di atas boleh ingatkan kita balik tentang hubungan kita dengan Allah.
Tak teringin kah kita bila Allah panggil saperti dalam surah Al Fajr 27-30
" Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas, lagi diredainya. Masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaku dan masuklah kedalam Syurgaku"
Dari Hamba yang lemah amalan tapi teringin ke SyurgaMu ya Allah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAs Salam..saya amt tertarik dgn setiap artikel yg cikgu postkan disini..dan minta izin..utk saya copy n paste artikel2 itu ..utk saya kongsikan bersama rakan2 di group saya...skian trima kasih..Jazakillahu khairon katsira...
ReplyDeletewalakum salam...silakan ....ilmu untuk di kongsikan bersama semoga dapat memberi manfaat, insyaAllah
ReplyDelete