Praktik hidup masyarakat sekarang sedang menolak keterangan Al-Qurannul Karim.Ini bererti menolak kekuasaan , kedaulatan dan janji Allah serta menolak cara hidup yang diredai oleh Allah SWT. Ia juga menolak rahmat Allah SWT untuk di fahami disedari dan diyakini dalam kehidupan ini.. Penolakan ini berpunca dari hati yang terikat dengan dunia, terikat dengan hawa nafsu, terikat dengan kepentingan diri......
Justeru itu, penolakan jiwa terhadap kebenaran Al-Quran ini mengakibatkan kekalutan dunia yang berlaku sekarang....ia merupakan satu ancaman keras yang membahayakan keselamatan jiwa, fikiran dan segala tindakan kita......
Kesan penolakan ini maka tiada umah islamiyah, tiada hukumah islamiyah, tiada daulah islamiayah yang mana berjalannya hukum Allah...
Juga tiada tarbiyah islamiyah kearah ubudiyah Allah yang sebenar, tiada akhlaq dan keperibadian islam sebenar,tiada perlembagaan dan undang-undang islam yang sebenar,tiada kekuatan dan pertahanan sebenar, dan tiada kejayaan dan keharmonian sebenar!!!
Apa yang ada ialah celupan-celupan islam yang menghiasi diri dan masyarakat yang tidak mendasari jiwa...islam dipraktikan cuma pada ketika dan suasana yang tertentu sahaja, tidak lebih dari itu. Kesyumulan islam tidak wujud dalam diri umat islam...
Mengapakah terjadinya demikan??? Permasalahan umat islam sekarang begitu meruncing......hilang nilai dan maruah diri,silap neraca pertimbangan, rakus dan tamak dengan dunia, akhlak yang teruk,masalah sosial yang berleluasa.....apa silapnya??
Umat islam sekarang berada dalam keadaan sakit!! Sakit akidahnya kerana ia telah dipengaruhi dan diserang oleh oleh deen atau cara hidup yang bukan islamik.. akibatnya ia menolak cara hidup islam dalam diri dan masyarakat...
Justeru itu pelbagai penyakit menyerang jiwa, fikiran dan tingkahlaku ..Islam telah kembali dagang!! Hilangnya rasa cinta pada cara hidup yang diredai Allah, hilangnya rasa keperluan pada pembentukan masyarakat islam, hilangnya rasa ukhwwah sesama islam.....yang ada hanya krisis...krisis nilai dengan ketetapan Allah SWT!!
Jadi sudah sepatut umat islam perlu kembali pada konsep kesedaran dan kefahaman islam yang sebenarnya. Kesedaran yang betul-betul melahirkan tindakan supaya kembali kepada islam secara syumul. Bermula dengan memproses diri dengan didikan islam, membuang segala nilai-nilai yang terpahat dalam diri yang tidak islamik menyerahkan seluruh penghidupan untuk di didik dengan didikan islam...
Bina semula kekuatan islam yang telah hilang dalam diri dan msyarakat...sehingga musuh-musuh Allah gerun dengan islam...bukan sperti sekarang...umat islam cukup lemah, berpecah belah, sehingga orang-orang kafir mengerumuni kita sebagaimana menngerumuni makanan...kita hilang daya tahan!!
Semua ini berlaku kerana salah kita sendiri.....tidak serius dengan deen Allah ini.. jadi rahmat dan hidayah Allah tidak datang pada kita... kita melupakan Allah maka Allah melupakan kita!
Jadi perlulah kembali padaNya dengan penuh keinsafan diri,mengikat hati dan jiwa kita dengan matlamat akhirat,menggabungkan diri sesama kita dan membina semula saf-saf umat islam yang bersatu padu supaya kita sama-sama mampu melawan arus jahiliyah yang datang...tidak bersendirian...kerana ibarat kambing yang terpisah senang dibaham serigala!!
asm
ReplyDeleteKesedaran yang ada perlu kembali kepada keimanan pada Allah. Apakah pengertian iman itu? Ia adalah kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta pengaruh bagi pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehar--hari. Jadi, iman itu bukan lah semata-mata ucapan lidah, bukan sekadar perbuatan dan bukan pulan pula hanya merupakan pengetahuan tentang rukun iman. Ini kerana ramai orang munafik(beriman palsu)yang mengaku beriman dengan lidahnya, sedangkan hatinya tidak percaya sebagaimana di sebut Allah "
Dia diantara manusia itu ada yang mengatakan" kami beriman pada Allah dan Hari Akhirat sedang yang sabenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman, tetapi sabenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak SEDAR (Al Baqarah :8-9)
Jadi kembali kepada keimanan kepada Allah untuk kesedaran yang hakiki tentang hidup yang sementara ini.
Bangi
asm
ReplyDeleteTertarik dengan persoalan pelbagai penyakit menyerang jiwa kita dalam realiti sekarang ini. Akibatnya manusia tidak merasa aman lagi di dalam mengharungi kehidupan. Untuk merasa kembali aman mestilah kita perlu kembali beriman dengan Allah. Orang beriman tidak menyesali dan menangisi masa yang lalu (YERTERDAY IS HISTORY) dan tidak menghadapi masa yang sedang dialaminya dengan kesal dan keluh kesah (TODAY IS REALITY) dan demikian pula dia tidak menanti masa depan, datang dengan ketakutan dan kecemasan (TOMORROW IS UNCERTAINTY). Dia hidup dengan perasaan aman, bagai orang yang mendiami surga. Itulah pengaruh iman kerana menurut Dr YQardawi keimanan menimbulkan perasaan aman dan tenteram yang sebenarnya.
marilah kita didik jiwa kita supaya sedar tentang pengaruh keimanan pada jiwa kita. Inilah yang hilang daripada kita dan wajib kita berusaha mengembalikan kepada jiwa kita.
Prihatin
bnyak info2 dn nasihat dlm blog ni...
ReplyDeletetima kasih pd pemilik blog ini..